BAHAGIAN 6
PANDUAN PAPAN TANDA AMARAN
KESELAMATAN KEBAKARAN, PAPAN TANDA
AMARAN KESELAMATAN BENCANA
DAN
PLAN LALUAN PENGUNGSIAN LANTAI
BIL DAFTAR PAPAN TANDA AMARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN
PAPAN TANDA AMARAN KESELAMATAN BENCANA
Papan Tanda Kawasan Tempat Berkumpul
Papan Penunjuk Arah Kawasan Tempat Berkumpul
Anak Panah Penunjuk Arah Laluan Keluar Bangunan
Tanda Keluar
Papan Tanda Amaran Bahan Mudah Terbakar
Papan Tanda Kawasan Larangan Merokok
Papan Tanda Kawasan Mudah Di Naiki Air
PENGENALAN
Terdapat kepelbagaian papan tanda amaran kebakaran, papan tanda
keselamatan kebakaran yang wujud di Hospital Queen Elizabeth. Keadaan ini akan
menimbulkan kekeliruan terhadap kakitangan, pesakit dan pelawat yang berada di
kawasan hospital. Oleh yang demikian, satu piawaian papan tanda keselamatan
kebakaran dan papan tanda keselamatan bencana diwujudkan sebagai panduan
kepada semua kakitangan hospital.
TUJUAN
Panduan ini diwujudkan bertujuan untuk memberi panduan berkenaan
penyediaan tanda amaran, amaran pencegahan dan pengungsian kecemasan.
KEWAJIPAN PENYEDIAAN PAPAN TANDA KESELAMATAN KEBAKARAN DAN
KESELAMATAN BENCANA
1. Orang yang bertanggungjawab hendaklah memastikan bahawa persekitaran
kerja dilengkapi dengan Tanda Amaran Keselamatan Dan Kesihatan yang
sesuai
2. Setiap Tanda Amaran Keselamatan hendaklah disediakan sebagaimana perlu
dan dipamerkan pada lokasi yang mudah dilihat
3. Fungsi dan maksud tanda amaran hendaklah diberitahu kepada pengguna atau
pekerja kawasan tersebut
4. Tanda amaran hendaklah ditulis dalam Bahasa Kebangsaan dan juga Bahasa
Inggeris
5. Setiap papan tanda amaran berpatutan harus diletakkan pada bahan mudah
terbakar, bahan kimia berbahaya, hazard biologi, bahan radioaktif atau sinaran
mengion.
SPESIFIKASI TANDA AMARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN TANDA
AMARAN KESELAMATAN BENCANA
1. Tanda “KELUAR” harus diletakkan pada setiap pintu keluar “final exit” (Pintu
Exit Access dan Exit Discharge) bangunan mengikut kepada spesfikasi MS 982
dan pada setiap lencongan daripada pintu “Exit Access” menuju ke pintu “Exit
Discharge”
2. Setiap tangga-tangga kecemasan diletakkan tanda-tanda laluan kecemasan
mengikut kepada keperluan MS 982
3. Setiap laluan-laluan kecemasan diletakkan tanda-tanda anak panah menunjuk
arah keluar ke pintu "Exit Access” terdekat. Diletakkan bertentangan dengan
setiap pintu keluar pada bilik-bilik dalam ruang lantai dan pada setiap lencongan
menuju ke “Exit Access”. Saiz ditetapkan adalah mengikut keperluan (rujuk
panduan penglihatan papan tanda) dan mempunyai material photo-
luminescent. Ketinggian ditetapkan adalah pada aras 3 kaki daripada aras
lantai.
4. Papan tanda arah menuju ke kawasan tempat berkumpul diletakkan
bertentangan dengan pintu “Exit Discharge” bangunan dan pada setiap
lencongan menuju ke kawasan tempat berkumpul. Saiz ditetapkan adalah
mengikut kepada keperluan (rujuk panduan penglihatan papan tanda) dan
mempunyai material photo-luminescent atau self-luminescent mengikut
kesesuaian.
5. Papan Tanda Kawasan Tempat berkumpul hendaklah boleh dilihat daripada
jarak 25 meter (rujuk panduan penglihatan papan tanda) dengan ketepatan saiz
yang berpatutan. Diletakkan pada ketinggian 10 kaki daripada aras tanah bagi
memudahkan ianya dapat dilihat. Mempunyai material self-luminescent dan
berpandukan kepada MS 982.
6. Papan Tanda Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) hendaklah boleh dilihat
daripada jarak 23 meter (rujuk panduan penglihatan papan tanda) dengan
ketepatan saiz yang berpatutan. Diletakkan pada ketinggian 10 kaki daripada
aras tanah bagi memudahkan ianya dapat dilihat. Mempunyai material self-
luminescent dan berpandukan kepada MS 982. Dilengkapi dengan strob-light
berwarna merah bagi memudahkan ianya dapat dilihat dan dikenalpasti dari
jauh.
7. Semua papan tanda amaran yang diletakkan dibahu-bahu jalan wajib mematuhi
spesifikasi ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya
FINAL EXIT / MEANS OF
EGRESS
SPESIFIKASI WARNA TANDA AMARAN KESELAMATAN
Warna Keselamatan : Merah
Maksud dan fungsi : Larangan atau amaran bahaya
Arahan dan panduan : Perilaku berbahaya, berhenti,
Sifat Intrinsik tutup, pengungsian
: Berbentuk bulat. Pictogram
berwarna hitam diletakkan pada
bahagian belakang tanda
amaran. Bahagian merah wajib
mewakili lebih daripada 35%
daripada keseluruhan bahagian
papan tanda amaran
Warna Keselamatan : Kuning atau Amber
Maksud dan fungsi : Amaran
Arahan dan panduan : Berhati-hati, sila ambil perhatian
Sifat Intrinsik : Berbentuk segitiga dan dikelilingi
oleh sempadan berwarna hitam.
Bahagian kuning wajib mewakili
lebih daripada 50% daripada
keseluruhan bahagian papan
tanda amaran
Warna Keselamatan : Biru
Maksud dan fungsi : Wajib diaplikasi
Arahan dan panduan : Berkenaan dengan tindakan
Sifat Intrinsik spesifik
: Berbentuk bulat dengan latar
bewarna biru. Diletakkan
bersama-sama pictogram bagi
menerangkan arahan. Bahagian
biru wajib mewakili lebih
daripada 50% daripada
keseluruhan bahagian papan
tanda amaran
Warna Keselamatan : Hijau
Maksud dan fungsi
Arahan dan panduan : Laluan keluar, bantuan
Sifat Intrinsik kecemasan, tiada bahaya
: Digunakan pada pintu-pintu,
laluan keluar, atau peralatan
penyelamatan atau
menyelamatkan diri
: Berbentuk segi empat hijau dan
dikelilingi oleh sempadan
berwarna hijau. Disertakan
bersama-sama pictogram.
Bahagian hijau wajib mewakili
lebih daripada 50% daripada
keseluruhan bahagian papan
tanda amaran
Warna Keselamatan : Merah
Maksud dan fungsi : Menentang kebakaran
Arahan dan panduan : Digunakan untuk menanda
Sifat Intrinsik peralatan-peralatan menentang
kebakaran
: Berbentuk segi empat dan
disertakan dengan pictogram
berwarna putih dan berlatakan
warna merah. Bahagian hijau
wajib mewakili lebih daripada
50% daripada keseluruhan
bahagian papan tanda amaran
PANDUAN KEPERLUAN SAIZ PAPAN TANDA DAN JARAK PENGLIHATAN
JARAK PENGLIHATAN SAIZ PAPAN TANDA
METER (m) KAKI (ft) TINGGI (mm) LEBAR (mm)
4.5 m 15 ft 100 mm 100 mm
7.7 m 25 ft 200 mm 150 mm
15.5 m 50 ft 400 mm 300 mm
23 m 75 ft 800 mm 400 mm
KATEGORI TANDA AMARAN
Tanda Amaran Keselamatan dan Kesihatan dibahagikan kepada 5 kategori mengikut
fungsi tersendiri seperti berikut:
KATEGORI KEFUNGSIAN
Kategori E
Kategori F Tanda Amaran Keadaan Selamat
Kategori M Tanda-tanda yang menunjukkan laluan pengungsian, lokasi
Kategori P peralatan selamat atau fasiliti selamat, atau tindakan
Kategori W selamat
Tanda Amaran Keselamatan Kebakaran
Tanda amaran yang menunjukkan lokasi penggera
kebakaran dan kemudahan alat pemadam kebakaran
Tanda Amaran Tindakan Mandatori
Tanda amaran yang menunjukkan arahan wajib dijalankan
Tanda Amaran Larangan
Tanda amaran yang menunjukkan suatu tindakan atau
aktiviti yang tidak dibenarkan
Tanda-tanda amaran
Tanda-tanda amaran bahaya atau keadaan berbahaya
TANDA-TANDA AMARAN BERKAITAN BERDASARKAN KATEGORI
(BERDASARKAN MS982)
KATEGORI E
Kawasan Tempat Berkumpul
Tanda Anak Panah Keluar
KATEGORI F
Peralatan Aktif (Menentang Kebakaran)
Arahan Keselamatan
KATEGORI P
PAPAN TANDA KOMBINASI KATEGORI
PENYEDIAAN PLAN LALUAN PENGUNGSIAN LANTAI
Terdapat beberapa proses penilaian asas semasa penyediaan Plan Laluan
Pengungsian Lantai. Antaranya adalah seperti berikut mengikut prioriti:
1. Kenalpasti lokasi kemungkinan tinggi berlaku bencana atau hazard pada
kawasan lantai
2. Pergerakan keluar daripada lantai menuju ke exit access adalah menggunakan
konsep menjauhi punca bencana.
3. Tentukan 2 pintu “final exit” (Exit Access) yang boleh digunakan yang jauh
daripada kawasan berpotensi tinggi berlaku hazard. Kedua-dua pintu ini berada
pada kedudukan berjauhan antara satu sama lain
4. Jika bilangan penghuni adalah ramai, kenalpasti lebih pintu “exit access”.
5. Jadikan pintu exit discharge paling berhampiran dengan kawasan tempat
berkumpul sebagai pintu utama. Akan tetapi elakkan menggunakan pintu ini jika
bencana berlaku berhampiran pada lokasi pintu.
6. Kenalpasti jenis dan keperluan khas penghuni bangunan. Pilih laluan paling
mudah berdasarkan keperluan penghuni bangunan.
7. Kenalpasti kawasan-kawasan lobi terlindung (emergency bay) yang ada
berdekatan dengan kawasan lantai dan nyatakan di dalam Plan Laluan
Pengungsian Lantai.
8. Kenalpasti sistem keselamatan kebakaran aktif yang terdapat pada lokasi lantai
dan nyatakan di dalam Plan Laluan Pengungsian Lantai
9. Available Safety Egress Time (ASET) bagi proses pengungsian lantai sehingga
ke Exit Discharge adalah 5 minit.
CONTOH PLAN LALUAN PENGUNGSIAN LANTAI FINAL
Exit Discharge EXIT
Exit
(Protected Lobby)
Exit Access
Hospital Disaster Line
Ext: 4235
Main Control Room (Security Room)
Ext: 8181
RUJUKAN
1. Akta Bangunan Seragam 1984
2. Akta Perkhidmatan Bomba 1988
3. MS 982:1985 Specification for fire safety signs, notices and graphic symbols
4. MS 1183:2015
5. MS 1184:2014
6. MS 2558:2014 Spesifikasi Penggunaan Tanda Amaran Keselamatan Dan
Kesihatan di Tempat Kerja
7. BS 5499-1:2002 Graphical symbols and signs. Safety signs, including fire safety
signs. Specification for geometric shapes, colours and layout.
8. BS 5499-2:1986 Fire Safety Signs, notices, and graphic symbol. Specification
for self-luminous fire safety sign
9. BS 5499-4:2000 Safety signs, including fire safety signs. Code of practice for
escape route signing
10.BS 5499-5:2002 Graphical symbols and signs. Safety signs, including fire safety
signs. Signs with specific safety meaning
11.BS 5499-6:2002 Graphical symbols and signs. Safety signs, including fire safety
signs. Creation and design of graphical symbols for use in safety signs.
Requirements
12.BS 5499-10:2006 Safety signs, including fire safety signs. Code of practice for
the use of safety signs, including fire safety signs
13.BS 5378: Part 2:1980 Safety signs and colours. Specification for colorimetric
and photometric properties and materials
14.BS EN 60598-2-22:1988 Luminaire’s. Particular requirement. Luminaire’s for
emergency lighting
15.BS 9999 : Code of practice for fire safety in the design, management and use
of buildings
16.ISO 3864-1-4: 2016 Graphical symbols – safety colours and safety signs
17.Arahan Teknik Jalan JKR 2A/85
18.Arahan Teknik Jalan JKR 2B/85
19.Arahan Teknik Jalan JKR 2C/85
20.Arahan Teknik Jalan JKR 2E/87