The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SYARAFANA ATIAH BINTI MOHD SUFLI IPG-Pelajar, 2024-03-18 10:24:08

Buku Log Korsispa

Buku Log Korsispa

BUKU LOG KOR SISPA NAMA: NUR SYARAFANA ATIAH BINTI MOHD SUFLI NO KAD PENGENALAN: 031005101508 NO ANGKA GILIRAN: 2021302340531 KURSUS: MPU3481a Kokurikulum - Unit Beruniform Kor SISPA I AMBILAN: JUN 2022/2026 NAMA PENSYARAH: EN. ROSLI BIN CHEK LAH


PROFIL DIRI NAMA: NUR SYARAFANA ATIAH BINTI MOHD SUFLI NO KAD PENGENALAN: 031005101508 NO ANGKA GILIRAN: 2021302340531 TAHUN DAN SEMESTER: 2, SEM 2


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA BAHAGIAN 1


PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN PENUBUHAN KOR SISPA IPG ➢ Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT perlu membuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan (Lampiran 1) yang telah disokong oleh Naib Canselor / Presiden / Rektor / Ketua Eksekutif IPT kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu salinan kepada KPM. Bagi penubuhan Kor Sispa pada peringkat cawangan IPT, kelulusan perlu diperoleh daripada IPT induk terlebih dahulu. ➢ Pihak IPT perlu mengemukakan usul penubuhan Kor Sispa untuk kelulusan pihak Senat / Lembaga Pengarah / Pengurusan Eksekutif / Presiden. ➢ Permohonan daripada IPT akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor Sispa IPT, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada IPPA untuk kelulusan dan rekod. ➢ Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklum balas permohonan penubuhan Kor Sispa perlu dikembalikan kepada pihak IPT berkenaan. ➢ Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar kepada KPM. ➢ PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak IPT. ➢ Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi IPT berkenaan seperti berikut: X / SISPA / XX / I / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / I / 600-XXX(S) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(S) Contoh: B/SISPA/UiTM/I/600-01(A) B/SISPA/UiTM/C/600-02(A) B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S) B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S)


X : Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor. SISPA : Kor Sispa XX : Nama singkatan IPT yang memohon I : IPT Induk C : IPT Cawangan 600 : No. Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA XXX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. A : IPT Kategori Awam S : IPT Kategori Swasta ➢ Permohonan penubuhan Kor Sispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:- 1. IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPM. 2. IPT yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 3. Menawarkan sekurang-kurangnya DUA [2] jam kredit mengikut perancangan setiap IPT. KEANGGOTAAN PKS 1. Warganegara Malaysia. 2. Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam program Ijazah Sarjana Muda di IPT. 3. Pelajar lepasan diploma yang melengkapi PS13 dan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di IPT. 4. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan). 5. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain. 6. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPT. 7. Mengisi dan mengemukakan borang permohonan serta lulus temu duga kemasukan. PUNCA KUASA 1.1.1 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221] 1.1.2 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 [Akta 30] 1.1.3 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Pindaan 2000 1.1.4 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta [Akta 555] Pindaan 2017 1.1.5 Akta Syarikat 2016 [Akta 777] 1.1.6 Peraturan / Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuatkuasa 1.1.7 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan 1.1.8 Arahan Jabatan / Pekeliling terkini 1.1.9 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam Bil 1/2010 pada 31 Mac 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


KUASA PENGANJUR -STRUKTUR UNITInstitut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta: i) Mencadangkan lantikan Pegawai Kor SISPA Universiti. ii) Menyokong permohonan penubuhan pasukan Kor SISPA. iii) Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor SISPA peringkat universiti. iv. Menyediakan bajet perolehan peralatan & logistik Kor SISPA. v) Bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor SISPA di peringkat negeri. vi) Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor SISPA vii) Merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet SISPA. Naib Canselor/Ketua Pengarah: i) Memastikan penubuhan Kor SISPA di IPTA/S adalah sah. ii) Menjadi Pegawai Kehormat kepada Kor SISPA di IPTA/S. iii) Melantik Pegawai Bersekutu Kor SISPA daripada kalangan kakitangan universiti yang berminat, mempunyai ketokohan dan kewibawaan untuk memegang jawatan tersebut. iv) Bekerjasama dengan Pegawai Pertahanan Awam Negeri mengenai kenaikan pangkat Pegawai Penyelaras jika terdapat kekosongan. v) Menyediakan kemudahan-kemudahan yang perlu untuk menjalankan latihan dan aktiviti Kor SISPA.


KUASA PENGANJUR -STRUKTUR UNITAjutan Kor SISPA Universiti/Penasihat Unit Beuniform: i) Berhubung dengan Pegawai Pertahanan Awam Negeri/ Daerah berkaitan latihan dan aktiviti Kor SISPA. ii) Menentukan bahawa keanggotaan Kor SISPA dipenuhi setiap masa. iii) Menyediakan kemudahan dan suasana yang selamat bagi Pegawai Kadet SISPA menjalankan aktiviti. iv) Mendorong dan memberi peluang kepada Pegawai Kadet SISPA mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat universiti/ negeri/ kebangsaan/antarabangsa. v) Menjadi Pegawai Bersekutu Kor SISPA di peringkat IPTA/S. Ajutan Kor SISPA Universiti/Penasihat Unit Beuniform: i) Berhubung dengan Pegawai Pertahanan Awam Negeri/ Daerah berkaitan latihan dan aktiviti Kor SISPA. ii) Menentukan bahawa keanggotaan Kor SISPA dipenuhi setiap masa. iii) Menyediakan kemudahan dan suasana yang selamat bagi Pegawai Kadet SISPA menjalankan aktiviti. iv) Mendorong dan memberi peluang kepada Pegawai Kadet SISPA mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat universiti/ negeri/ kebangsaan/antarabangsa. v) Menjadi Pegawai Bersekutu Kor SISPA di peringkat IPTA/S.


Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti/IPG: i) Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor SISPA. ii) Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor SISPA di IPTA/S. iii) Merancang dan menjalankan aktiviti Kor SISPA berdasarkan sukatan pelajaran/ silibus yang ditetapkan. iv) Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat Pegawai Kadet SISPA. v) Menyediakan laporan tahunan Kor SISPA. vi) Menguruskan penyertaan Pegawai Kadet SISPA dalam kegiatan di setiap peringkat. vii) Menghadiri perjumpaan/ mesyuarat/ kursus yang berkaitan dengan Kor SISPA. viii) Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih. ix) Menganggotai panel tatatertib Pegawai Kadet SISPA. x) Menasihati tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran & Logistik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor SISPA Universiti


Pengurusan Buku Log CARA MENULIS CATATAN AKTIVITI TARIKH / HARI: MASA: TEMPAT: KUMPULAN: AKTIVITI/ CATATAN: TATACARA PERJUMPAAN: TATACARA PERJUMPAAN: a) Kehadiran Mencatat dan mengambil kehadiran ahli Kor SISPA b) Pesanan daripada ajutan tentang aktiviti minggu seterusnya b) Tatacara Penutup Menyanyikan lagu tema APM Bergambar


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN • Pegawai Kehormat selaku Komandan a. Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada pihak IPT dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik PKS. b. Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor Sispa IPT berkenaan. c. Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan kewangan Kor Sispa IPT. • Timbalan Komandan a. Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran dan logistik melalui bantuan daripada pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan. b. Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek pemerintah, pentadbiran, kawalan dan perhubungan. c. Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada mana-mana pegawai d. Menjadi perantara antara Kor Sispa dengan pihak IPT dalam semua aspek. e. Menentukan latihan PKS dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual latihan seperti yang telah dikeluarkan atau ditetapkan. • Ajutan a. Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dalam segala aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek latihan. b. Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai Penyelaras dan PKS. c. Memantau dan menyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh APM dan arahan Komandan. d. Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh PKS. e. Bertindak sebagai Setiausaha semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Komandan. f. Menentukan semua Perintah Tetap dikemas kini dan mendapat persetujuan daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan APM Negeri dan dipatuhi oleh Pegawai Bersekutu / PKS. g. Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT tentang dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh IPT dari semasa ke semasa. h. Bertanggungjawab atas kebajikan PKS di IPT. i. Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau agensi luar untuk mendapatkan bantuan latihan dan pentadbiran.


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN • Pegawai Pentadbiran a. Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personal. b. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan pentadbiran. c. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa. d. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran. • Pegawai Logistik a. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan logistik. b. Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian seragam kepada PKS. c. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal logistik. • Pegawai Latihan a. Merancang dan menyediakan jadual latihan. b. Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti PKS berjalan mengikut jadual. c. Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan. d. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal latihan dan aktiviti. • Pegawai Akademik a. Merancang dan menyediakan silibus. b. Menyampai dan mendapatkan penceramah untuk latihan PKS. c. Membuat kajian berkaitan subjek-subjek yang diajarkan. d. Menyelaraskan penyediaan kertas ujian serta mengurus pemeriksaan dan pemarkahan. e. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal akademik.


• Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT (Pegawai Lantikan APM) a. Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor Sispa.b. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor Sispa di IPT. c. Merancang dan menjalankan aktiviti Kor Sispa berdasarkan sukatan pelajaran / silibus yang ditetapkan. d. Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat PKS. e. Menyediakan Laporan Berkala Kor Sispa. f. Menguruskan penyertaan PKS dalam kegiatan pada setiap peringkat. g. Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan dengan Kor Sispa. h. Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih. i. Menguruskan mesyuarat panel tatatertib PKS. j. Membantu tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran, Pegawai Bersekutu Logistik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor Sispa IPT.


FUNGSI MAJLIS TADBIR KOR SISPA IPG 1. Pengerusi i. Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) 2. Timbalan Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) 3. Ahli-ahli i. Ajutan-ajutan Kor Sispa IPT ii. Penolong Pengarah Cawangan Sokongan, BPA, IPPA iii. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri iv. Wakil Komandan ILPA 4. Urus Setia i. Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun.


FUNGSI MAJLIS TADBIR KOR SISPA IPG 1. Pengerusi Komandan Kor Sispa IPT 2. Timbalan Pengerusi Timbalan Komandan Kor Sispa IPT 3. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri ii. Ajutan Kor Sispa IPT iii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT 4. Urus Setia Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun.


FUNGSI MAJLIS TADBIR KOR SISPA IPG Jawatankuasa Peringkat IPT Cawangan 1. Pengerusi Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Cawangan 2. Timbalan Pengerusi Ajutan Kor Sispa IPT 3. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri atau Daerah ii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT Cawangan iii. Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT Cawangan iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT 4. Urus Setia Setiausaha yang dilantik daripada Pegawai yang sedia ada Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini adalah merupakan sub kepada IPT induk dan hendaklah merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT Cawangan berdasarkan aspirasi daripada IPT induk. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun.


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN • JENIS PAKAIAN a. Pakaian Istiadat No. 1 (pentauliahan) b. Pakaian Seragam No. 2 (bush jacket) c. Pakaian Seragam No. 3 (pakaian pejabat) d. Pakaian Seragam No. 4 (pakaian operasi / kawad) e. T-Shirt oren dan seluar pakaian seragam No. 3 atau 4 (separuh pakaian seragam) f. T-Shirt oren / putih dan seluar sukan hitam / biru gelap (pakaian sukan) g. Tudung biru gelap (PKS wanita) • UNTUK TUJUAN BERKAWAD a. Jambul (Hackle) b. Mafla c. Anklet d. Sarung tangan putih e. Selempang putih f. Selempang oren untuk ketua platun


Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai APM lelaki dan wanita apabila terlibat dalam sesuatu acara istiadat sama ada pada peringkat jabatan,negeri mahupun persekutuan. Digunakan dalam acara-acara berikut:- a. Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Persekutuan / Negeri b. Majlis Pembukaan Perasmian Dewan c. Majlis Penerimaan Pingat Kebesaran d. Perbarisan istiadat dan acara-acara lain yang menetapkan pemakaian pakaian ini. TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM Pakaian Nombor 1 Pakaian Seragam Istiadat Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita


. TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM Pakaian Nombor 2 (Bush Jacket) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita Tatacara Pemakaian Pakaian ini dipakai oleh pegawai APM lelaki apabila menjalankan tugas rasmi jabatan atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:- a. Menghadiri temu duga b. Menghadiri mesyuarat c. Hadir ke acara perbarisan di mana anggota perbarisan memakai pakaian nombor 4 (kawad) d. Dalam semua bentuk lawatan / majlis rasmi


. TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita Tatacara Pemakaian Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam lelaki dan Wanita apabila menjalankan tugas rasmi atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:- a. Menjalankan tugas rasmi seharian b. Menghadiri mesyuarat c. Menjalankan aktiviti latihan dalam kelas d. Menjalankan tugas operasi


. TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM Pakaian Nombor 4 (Operasi) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita Tatacara Pemakaian Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam Lelaki apabila menjalankan tugas am atau latihan atau operasi.


. LENCANA DAN PANGKAT TANDA PANGKAT (EPOLET) PEGAWAI KADET SISPA


. LENCANA DAN PANGKAT


KORSISPA SEJARAH PENDIDIKAN BAHAGIAN 2


Sejarah Penubuhan Korsispa Pelaksanaan kurikulum Pertahanan Awam dijalankan oleh Jabatan Pertahanan Awam Negeri (JPA3) dan bukan secara berpusat pada tahun 1990-an. Antara IPT awal yang terlibat dengan JPA3 adalah Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT), Institut Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. UPM Cawangan Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu) merupakan IPT yang pertama menubuhkan Pasukan Anggota Pelajar JPA3 seramai 60 orang pada tahun 1996, diikuti oleh UUM pada tahun 1997, ITM dan UTM pada tahun 1998. Pada tahun 1999, Pusat Kokurikulum UUM dengan kerjasama JPA3 Negeri Kedah telah menawarkan Kursus Pertahanan Awam berstruktur 4 kredit. Inisiatif itu dimulakan dengan 30 pelajar berserta 10 pensyarah dan kakitangan UUM yang mengikuti Kursus Bakal Pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Butterworth dan seterusnya Majlis Pentauliahan pada 20 March 2000 yang disempurna Ketua Pengarah JPA3. Pada bulan Disember 2000, penyelarasan semula kokurikulum Pertahanan Awam UiTM telah dilakukan oleh JPA3 Negeri Selangor dan seorang Pegawai Penyelaras telah dilantik untuk menguruskan kokurikulum Pertahanan Awam UiTM. Pada 16 Januari 2002, pelancaran semula kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Pelancaran semula ini menyaksikan kokurikulum Pertahanan Awam ini diasingkan dari Unit Kesatria HEP UiTM dan bergerak dengan jenama sendiri. Ia turut menggunakan silibus pembelajaran yang digariskan oleh pihak JPA3 dan UiTM.


Pada sekitar tahun 2008 dan 2009, beberapa siri perbincangan antara pihak Kokurikulum Pertahanan Awam UiTM Shah Alam dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Selangor untuk membawa usul penubuhan sebuah pasukan berunifom siswazah yang boleh ditauliahkan kepada pihak Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA). Usaha tersebut akhirnya telah membuahkan hasil yang mana kesemua pihak pada masa itu menerima idea penubuhan pasukan yang dimaksudkan dan bersetuju dengan beberapa perkara yang melibatkan dasar dan pelaksanaan. Pada 6 Februari 2010 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat UiTM Seluruh Malaysia dilancarkan secara rasmi. Pelancaran itu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pihak JPAM untuk membuka ruang yang lebih besar kepada penubuhan Kor Sispa di IPT yang lain. Pendaftaran dan penubuhan Kor Sispa UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam, Jengka, Machang dan Dungun dibuat dalam tahun 2010- 2011. Majlis Pentauliahan Kor Sispa yang pertama berjaya dianjurkan di UiTM Shah Alam pada 12- 16 Disember 2010 melibatkan Pegawai Kadet Sispa daripada lima buah IPT iaitu UiTM, UMT, UNISEL, UniKL dan USIM. Majlis ini disusuli dengan pelancaran Buku Panduan Pengurusan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) yang telah disusun dan diterbitkan dengan kerjasama antara pihak IPPA, JPAM Selangor, JPAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kor Sispa UiTM Shah Alam. Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum Kor Sispa ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.


IPT merangkumi Universiti Awam / Institut Pendidikan Tinggi Swasta / Institut Pendidikan Guru pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan beruniform negara menubuhkan pasukan beruniform di institusi masingmasing seperti kerjasama antara UA dengan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan dengan Pasukan Polis DiRaja Malaysia menubuhkan Kor Sukarelawan Siswa-Siswi Polis (Kor Suksis) serta lain-lain pasukan beruniform. Sejajar dengan hasrat untuk membangunkan kemahiran insaniah melalui salah satu daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM iaitu Teras Kesukarelawanan, pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana badan beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental, dan kemahiran insaniah. Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada kepentingan penubuhan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (KorSispa). Penubuhan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri, jabatan, universiti dan masyarakat. Pengenalan Korsispa Matlamat Korsispa Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Objektif Penubuhan Korsispa Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam. Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti. Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas. Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta akan negara.


AKTA & PERUNDANGAN PENUBUHAN KOR SISPA AKTA 221 1. Akta Pertahanan Awam 1951 (Disemak 1979) 2. Kaedah-kaedah Pertahanan Awam(Bencana Diri) 1970 3. Kaedah-kaedah Pertahanan Awam(Pasukan Pertahanan Awam) 1970 4. Peraturan Pertahanan Awam(Pakaian Seragam) 1983 AKTA 425 1. Akta Perkhidmatan Negara 1952 (Semakan 1990) 2. Perlembagaan Malaysia - Jadual Kesembilan 3. Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara 4. Skim 'Non-Operational Pertahanan Negara 5. Pelan Kontinjensi Kebangsaan Menghadapi Peperangan 6. Dasar Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) 7. Arahan Menteri 8. Arahan Dan Pekeliling Jabatan 9. Deklarasi ICDO (International Civil Defence Organisation) PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERKARA 74, 77 – JADUAL KESEMBILAN Pertahanan bagi maksud Persekutuan atau bagi mana-mana bahagiannya termasuk Angkatan Laut, Darat dan Udara dan lain-lain Angkatan Tentera serta Pertahanan Awam. Tugas Pertahanan Awam: • Membantu menjalankan kerja-kerja menyelamat nyawa dan harta benda mangsa terancam atau akan terancam. • Membantu dalam menyelia dan menyelenggara pusat-pusat pemindahan serta menyediakan makanan bagi mangsa-mangsa. • Membantu dalam memberi pertolongan cemas kepada mangsa-mangsa jika diperlukan


LOGO KOR SISPA DAN TAKRIFAN LOGO- Menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa. SEGI TIGA SAMA BERWARNA OREN- Lambang dan warna keselamatan iaitu berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segi tiga adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan SENTIASA SIAP SEDIA- Di sekeliling segi tiga adalah moto APM. BUNGA PADI BERWARNA BIRU- Melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. TAPAK LOGO BERWARNA OREN- Melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu APM untuk mendokong wawasan yang diharapkan.


LAGU PERTAHANAN AWAM IKRAR PERTAHANAN AWAM Bahawa Kami Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sesungguhnya Berikrar Akan Sentiasa Melaksanakan Peranan Dan Tanggungjawab Kami Dengan Ikhlas Cekap Berkualiti Tinggi Berintegriti Tidak Mementingkan Diri Sendiri Dan Bekerja Dengan Semangat Berpasukan Ke arah Mewujudkan Masyarakat Yang Berpengetahuan Dan Responsif Terhadap Bencana Yang Mengancam Nyawa Dan Harta Benda


Visi, Misi Dan Moto VISI Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MISI Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara. MOTO “SEDIA PANTAS BERINTEGRITI” Objektif Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara: 1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam. 2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana. 3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana. Memberi respond kepada bencana dengan cara: 1. Menubuhkan pasukan (First Responder). 2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan. Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara: 1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana. 2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana. 3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.


Setiausaha Tuan Nur Alya Irdina Binti Tuan Mohd Khosim Bendahdari Ummu Awanis Binti Mat Sofi Timbalan Setiausaha Siti Fariha Izwana Binti Mazni Timbalan Bendahari Shaila A/P N. Jagadish Ajk Peralatan -(L) Syed Muhammad Farhan bin Syed Muhammad - Muhammad Ilmam Fikri bin Ismail Ajk Kecemasan dan Keselamatan - (L) Muhammad Hafiz Hakimi bin Amiruddin - Muhammad Zulhakim Bin Baludin


Ajk Makanan - Nurul Faiqah Faqihah binti Ahmad Faizal - Nur Syarafana Atiah binti Mohd Sufli Ajk Dokumentasi - (L) Muhammad Aisar Zahin bin Zulkifli - Nurul Azyantie Binti Mohamad Ridzwan Ajk Pengangkutan - (L) Muhammad Aiman bin Abu Bakar - Muhamad Fikri Hakim bin Rosli


Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) atau juga dikenali sebagai Undang-undang Peperangan atau Undang-undang Konflik Bersenjata, adalah peraturan yang, atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. Ia melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan UUKA merangkumi: • perlindungan ke atas mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi terlibat secara aktif dalam pertempuran; • menghadkan cara peperangan, terutama jenis senjata dan kaedah peperangan seperti taktik ketenteraan. Pembangunan konvensyen-konvensyen Perjanjian UUKA yang paling dikenali adalah empat Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan kepada konvensyen tersebut. Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-dua protokolnya; Konvensyen Senjata Biologi 1972; Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya; Konvensyen Senjata Kimia 1993; Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api; Protokol 2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas Perang (Explosive Remnants of War/ERW).


Protokol-protokol Tambahan Protokol Tambahan I Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977) • Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. Protokol Tambahan II Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977) Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya. Protokol Tambahan III Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005) Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Tanggungjawab Negara-negara Menyiasat pelanggaran serius UUKA dan untuk mendakwa mereka yang dituduh melakukan jenayah perang terletak pada negaranegara, tanpa mengira di mana jenayah tersebut telah dilakukan. Perbuatan-perbuatan tertentu di bawah Konvensyen-Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan I, seperti pembunuhan dengan sengaja penyeksaan atau layanan tidak berperikemanusiaan rogol perbuatan sengaja yang lain yang mengakibatkan penderitaan atau kecederaan teruk terhadap badan atau kesihatan Memburu tertuduh dan menghadapkan mereka ke mahkamah atau menyerahkan mereka kepada negara lain untuk dibicarakan Memastikan agar komander-komander tenteranya mencegah pelakuan jenayah perang dan mengambil tindakan ke atas mereka yang berada di bawah kawalan komander-komander tersebut yang telah melakukan pelanggaran berat


Lambang/Emblem Menghormati lambang-lambang palang merah, bulan sabit merah dan kristal merah adalah komponen penting UUKA. Sebarang penyalahgunaan lambang-lambang tersebut akan melemahkan kesan perlindungannya dan menjejaskan keberkesanan bantuan kemanusiaan yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa. Pengenalan dan Perlindungan dengan penggunaan lambang Lambang-lambang tersebut digunakan untuk menunjukkan bahawa UUKA memberi perlindungan kepada beberapa kategori orang yang tertentu sewaktu konflik bersenjata. Lambang-lambang tersebut juga digunakan sebagai Pengenalan kepada orang atau objek tertentu yang berkaitan dengan Pergerakan. Apabila lambang-lambang tersebut digunakan untuk tujuan perlindungan, lambang-lambang itu mestilah boleh dilihat dari jarak sejauh mungkin dan boleh dipaparkan sebesar mana yang diperlukan. Apabila lambang tersebut digunakan untuk tujuan pengenalan, lambang itu hendaklah bersaiz kecil dan tidak boleh terpampang pada kain lilit lengan (armlet) atau bumbung bangunan. Lambang-lambang itu sendiri tidak memberikan perlindungan.


ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN 3


Click to View FlipBook Version