ETIKA DAN PERADABAN
YANG MENJADI AMALAN
KAUM INDIA DI MALAYSIA
NAMA KURSUS; PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN (MPU21032)
NAMA PENSYARAH; UZTAZ IZZUDDIN
NAMA AHLI KUMPULAN;
NURUL HASLINDA BINTI AHMAD RAPA’IL
(17DKA21F2005)
RASIKA MALAR A/P CHANDRAN
(17DKA21F2021)
AASIAH AL-USWAH KHAIZALANI
(17DKA21F2023)
MANOJ KUMAR A/L ANBARASAN
(17DKA21F2027)
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN
3. AGAMA KAUM INDIA
4. MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
5. PERAYAAN KAUM INDIA DI MALAYSIA
6. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
7. PERKAHWINAN
8. PANTANG LARANG KAUM INDIA
9. CADANGAN
10. KESIMPULAN
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya
dapat kami menyempurnakan tugasan bagi
kursus Penghayatan Etika dan Peradaban
(MPU21032) ini dengan jayanya.
Terima kasih diucapkan buat Uztaz Izzudin,
selaku pensyarah kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan atas budi
bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan.
Terima kasih juga diucapkan buat semua ahli
kumpulan yang bertungkus-lumus menghasilkan
pengeluaran idea yang terbaik yang akan
memberikan banyak manfaat kepada semua
pembaca.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga buat
pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Segala bantuan yang mereka hulurkan amatlah
berguna dan bermakna buat kami.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
Malaysia sudah pasti dikenali sebagai negara yang
mempunyai pelbagai kaum yang hidup dengan aman. Salah
satu kaum yang terdapat di Malaysia ialah kaum India. Kaum
India di Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India.
Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman
penjajahan British di Tanah Melayu. Kaum ini merupakan
kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan
kaum Cina.
Masyarakat India merupakan salah satu kaum yang telah
menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat
majmuk di Malaysia. Masyarakat ini juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka yang tersendiri dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut hingga ke hari ini. Antaranya ialah boleh
dilihat dari sudut perkahwinan dan kelahiran. Seperti
masyarakat lain, masyarakat India mempunyai pelbagai suku
kaum. Oleh itu, maklumat berikut memaparkan adat resam
masyarakat India secara umum.
Jenis
perayaan
kaum
india
Perayaan
deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan
yang disambut oleh semua penganut
yang beragama Hindu di seluruh
dunia dan merupakan hari cuti di
Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan Pada pagi Deepavali, penganut
gabungan perkataan "Dipa"yang Hindu akan menjalani mandi minyak
beerti cahaya dan perkataan "Gavali"
yang beerti barisan. Perayaan yang melambangkan penyucian
Deepavali ini disambut pada hari ke badan dan semangat. Selepas
14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil
(antara bulan Oktober dan upacara penyucianyang
November) dan juga dikenali sebagai melambangkan permulaan yang
pesta cahaya.
baru, penganut Hindu akan
Menurut lagenda, Raja Naragasuri mengunjungi kuil dimana patung
yang kejam dan selalu memeras dewa Hindu akan dikalungkan
rakyatnya,telah dikalahkan dan
dibunuh oleh Maha Krishnan. dengan kalungan bunga.
Sebelum mati, Raja Naragasuri
meminta semua manusia agar mereka Pada pintu masuk rumah penganut
merayai hari kemenangan itusebagai Hindu hiasan "kolam", hiasan
peringatan kepada yang mereka yang
baik tentang godaan hantu dan bungaanhalus yang dilakarkan di
syaitan, peringatan kepada mereka atas tanah yang biasanya diperbuat
yang lupa agar berbuat baik dan daripaja bijiranpelbagai warna akan
menjauhi daripada membuat kejahatan
sesama manusia. diletakkan. Hiasan "kolam" ini
merupakan lambangpenyembahan
Pelita yang dipasang dalam barisan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan
dapat dilihat dinyalakan di rumah
penganut Hindu bagi melambangkan yang dipercayai hanya
kejayaan kebaikan mengatasi akanmengunjungi rumah mereka
kejahatan yang dirayakan sebagai yang mempunyai hiasan "kolam" di
perayaan Deepavali.
pintu masukrumah mereka
"Kolam" merupakaan upacara
keagamaan bagi penganut Hindu
dan orang Islam adalah dilarang
mengikutnya.
Thaiponggol merupakan perayaan
menuai yang diraikan mengikut
kalender Hindu. Disebabkan hari
perayaan Thaiponggol ditetapkan
dalam kalender Hindu, hari
Thaiponggol disambut berbeza
dengan tempoh menuai yang
sebenar. Pada kebiasaannya, orang-
orang Tamil akan meraikan perayaan
menuai Thaiponggol pada minggu
kedua bulan Januari.
Pada subuh pagi Thaiponggol, para
petani akan bangun dan memasak
bijiran yang baru dituai yang dikenali
sebagai Ponggol. Masakan Ponggol
ini merupakan masakan hasil tuaian
baru yang akan dipersembahkan
kepada matahari pada waktu pagi.
Pesta Thaiponggol merupakan hari
bagi memuliakan Dewa Matahari
yang penting kepada semua tanaman.
Upacara penyembahan juga
diadakan di kuilsecara besar-
besaran, dan di rumah secara kecil-
kecilan.
Bagi perayaan di rumah, seluruh
keluarga akan bangun awal dan
mandi danberpakaian cantik sebelum
subuh. Semua ini dilakukan tanpa
menggunakancahaya. Apabila semua
ahli keluarga telah bersedia, mereka
berkumpulmengelilingi gubahan buah
dan bunga. Hanya ketika itu lampu
akan digunakan. Gambaran
kecantikan alam semulajadi mesti
merupakan gambaran pertama dilihat
pada waktu pagi. Pada pagi hari,
makanan pagi dari tumbuhan
sepenuhnya "vegetarian" akan
dihidangkan kepada semua ahli
keluarga.
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh
masyarakatberagama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi
menghormati dewaHindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini
disambut pada bulan kesepuluhdalam kalendar Tamil yang dikenali
juga sebagai bulan 'Thai'.
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari
untukmenghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan
kesalahan yang lepas.
Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan
berpuasaselama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam
tempoh sebulan ini,mereka berpuasa dengan makan sayur sehari
sekali dan sentiasa mengunjungikuil. Dua puluh empat jam sebelum
menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.
Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan
menyambutperayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah
tempat suci bagimasyarakat Hindu di sini.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa
patung DewaSubramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di
atas pedati perak dan diarakdengan muzik tradisi. Selain itu,
antara ciri utama perayaan Thaipusam ini,penganut agama
Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangkabesi
yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-
buahan segaryang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai
tanda membayar nazar ataubertaubat kepada Dewa
Subramaniam.
Pada hari Thaipusam, penganut agama
Hindu akan membawa patung
DewaSubramaniam, iaitu anak bongsu
Dewa Siva, di atas pedati perak dan
diarakdengan muzik tradisi. Selain itu,
antara ciri utama perayaan Thaipusam
ini,penganut agama Hindu juga akan
membawa 'kavadi', iaitu sebuah
kerangkabesi yang dihiasi dengan bunga,
kertas berwarna-warni, dan buah-buahan
segaryang dijunjung di atas bahu. Ini adalah
sebagai tanda membayar nazar
ataubertaubat kepada Dewa
Subramaniam.
Bagi sesetengah penganut agama Hindu
juga, mereka akan mencucuk logamatau besi
yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan
anggota badan yanglain bagi tujuan
membersihkan dosa dan menyucikan diri.
Mereka akanberkumpul beramai-ramai
sambil membawa 'kavadi'. Biasanya,
pembawa'kavadi' ini berada dalam keadaan
terpukau sambil mengikut rentak lagu
yangdimainkan.
Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan
berarak dan menaiki 272 anak tanggadi
Batu Caves sehingga sampai di pintu gua
dan meletakkan kavadi dihadapanpatung
dewa. Selain itu, penganut agama Hindu
juga akan membawa kelapa,madu, dan susu
untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa
bagi mendapatkan restu.
Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya
disambut secara meriah bagimasyarakat
yang beragama Hindu. Perayaan ini turut
mendapat perhatiandaripada masyarakat
yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak
hairanlah banyakpelancong yang datang
dan merakamkan suasana menarik semasa
sambutanperayaan ini.
PAKAIAN TRADISIONAL
KAUM INDIA
DHOTI Dhotī atau doti ialah pakaian tradisi
untuk kaum lelaki di tanah benua India
yang terdiri daripada kain empat segi
panjang berwarna putih yang dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada
celah paha dan bahagian depan atau
belakang. Ia juga dipakai oleh lelaki
India semasa perkahwinan dan juga
semasa hari perayaan. Kain asas ini
boleh datang dalam pelbagai warna
malah berhias sulam atau manik kecil
supaya kelihatan menarik. Ada juga
dhoti yang berwarna kuning pudar
atau kuning susu. Semasa perkahwinan
lelaki India mengenakan "pattu veshti"
iaitu, pakaian yang berwarna kuning
muda.
SARI Sari adalah pakaian lazim dalam
kalangan kaum wanita di Asia Selatan
khususnya anak benua India. Ia terdiri
daripada sehelai kain panjang tidak
berjahit dibalut keliling pinggang dan
disandangkan atas bahu mendedahkan
bahagian perut. Kain ini digandingkan
dengan suatu anak baju atau baju dalam
disebut sebagai choli.
Sari paling lazim dipakai dengan
membalut kain keliling pinggang
sehingga ada lebihan yang boleh
diselendangkan pada bahu
menampakkan bahagian pusat. Hal ini
ada dipengaruhi kepercayaan Hindu di
mana pusat dewa Vishnu dianggap
sebagai tumpuan (juga "pusat") segala
apa yang ada di alam semesta serta
punca segala kehidupan. Peranan kaum
perempuan juga sebagai sumber
kehidupan dan punca shakti, maka ia
dijadikan kesimpulan yang
membenarkan pendedahan tersebut
melambangkan pelepasan tenaga
sepertimana yang dipercayai. Ada juga
pengkaji yang menyatakan pendedahan
tersebut dipengaruhi iklim panas serata
India.
MAKSUD
PERKAHWINAN
Perkahwinan bermaksud
hubungan yang terikat antara
seorang lelaki (suami) dengan
seorang perempuan (isteri)
yang diiktiraf oleh pihak
berkuasa(sivil) atau diikat oleh
kepercayaan agama bagi
pasangan tersebut. Dewasa ini,
kita mengetahui bahawa setiap
lapisan masyarakat telah
mengamalkan perkahwinan
dalam kehidupan mereka masing-
masing.
Terdapat beberapa peringkat perkahwinan di
kaum india:
1)merisik
2)Kunjungan ke rumah pengatin
3)Prosedur ikat janji(niccayam)
4)Adat parisam
5)Thaali atau tirumaangalyam
6)Mukururtta kaal
7)Upacara perkahwinan
8)Selepas majlis perkahwinan
merisik
Merisik atau lebih dikenali melihat bakal
pengantin merupakan adat tradisi bagi
masyarakat India dan juga masyarakat lain.
Ianya bertujuan untuk meihat atau sinonim
dengan ‘meninjau’ keadaan bakal pengantin
yang menjadi idaman si teruna. Meninjau
keadaan si pengantin disini bererti
memastikan status atau keadaan semasa
gadis berkenaan serta berkenal-kenal
dengan sikap dan kemahiran yang dimiliki
olehnya. Hal ini kebiasaanya diuruskan oleh
pihak ibubapa si lelaki yang lebih
berpengalaman dalam menilai seseorang
untuk dijadikan pasangan hidup.
KUNJUNGAN KE RUMAH
PENGANTIN
Adat ini dilakukan selepas adat merisik
dilakukan. Bakal pengantin akan
mengunjungi rumah bakal pengantin
perempuan untuk melihat.Bakal pengantin
lelaki akan mengunjungi bakal pengantin
perempuan untuk melihat sendiri paras rupa
dan perawakan calon isterinya.Seterusnya
ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua
bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal
pengantin dikenali sebagai Thirumanam
Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu,
dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep
perceraian.
PROSEDUR IKAT JANJI(NICCAYAM)
Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah
bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti
kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan
kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin
lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang
ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih
pinang.
ADAT PARISAM
Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari
perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan
pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam
masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin
lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini
perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil
‘sumanggali’. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan
terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang
mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin
perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu
daripada tuhan.Perkahwinan akan diadakan.Selepas perkahwinan, terdapat
beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki
pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka
disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula
dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu,
ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan
jamuan.
Merupakan lambang suci
perkahwinan yang dikalungkan
pada leher kedua-dua pengantin
iaitu lelaki dan perempuan. Pada
Thaali itu diikat segumpal
benang putih yang disapu
dengan kunyit.Terdapat
pelbagai jenis Thaali yang
digunakan oleh masyarakat
India seperti lingath Thaali,
pottut Thaali,tenant thaali dan
sebagainya. Ini disebabkan
terdapat pelbagai suku di
kalangan masyarakat India.
Adat penyediaan Thaali ini
dilakukan tujuh atau sembilan
hari sebelum hari perkahwinan.
Pihak lelaki akan membawa
emas, cendana, kumkum, sirih
pinang, kelapa dan bayaran
upah untuk pembuat Thaali. Ini
adalah untuk memastikan
tukang Thaali mengetahui hari
yang sesuai untuk membuat
Thaali. Tiga hari sebelum
perkahwinan, Thaali akan
diambil dan diletakkan di
tempat sembahyang atas
suruhan pembuat Thaali. Pihak
pengantin adalah dilarang untuk
tawar –menawar dengan
perkhidmatan yang dilakukan
oleh pembuat Thaali. Selepas itu
upacara sembahyang dilakukan
dan ini dinamakan sebagai
Thaalippadaiyal . Dalam upacara
itu, bubur manis dan nasi manis
disediakan termasuklah dhoti
dan sari untuk pasangan
pengantin. Secara umumnya
Thaali tidak diwajibkan
diperbuat daripada emas. Ini
kerana Thaali masih boleh
dibuat daripada kunyit yang
dikatakan lebih selamat dan
tidak dicuri orang.
Mukuurtta Kaal
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat
mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat
India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda
dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok
tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara
20 hingga 30 sentimeter.Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai
menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-
bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya
disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya
perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan
dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah
berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu
tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan
daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan
dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke
dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara
sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan
tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan
lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan
menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar.
Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin
lelaki.
. Upacara Perkahwinan
Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan
antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat
tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu (1) Vaitikat
Thairumanam, (2) Tamil Thairumanam dan (3) Diya Thairumanam yang
mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji)
dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan
disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai
tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam
sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari
sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak
dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.
Selepas Majlis Perkahwinan
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan
berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah
selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan
mengalungkan Thaali yang diperbuat daripada benang
yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras
dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa
atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan
dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Pantang
Larang kaum
india
Minimalist
Monthly Report
Here is where your presentation begins
1) Mendidihkan Susu
Mengikut adat resam kaum India, apabila
sebuah keluarga pindah ke rumah baru,,
susu hendaklah dididihkan terlebih dahulu
di atas dapur masak yang baru sehingga ia
melimpah keluar dari periuk. Ini adalah
simbolik untuk rezeki yang sentiasa
melimpah ruah untuk keluarga tersebut dan
juga memberkati rumah baru. Susu yang
telah dididih itu akan dipersembahkan
untuk dewa-dewa terlebih dahulu sebelum
diberikan kepada tetamu dengan sedikit
gula.
2) Pecahkan Kelapa
Ya! Rumah baru bermakna anda mempunyai
alasan baru untuk memecahkan barang!
Tapi ini bukan bermakna anda perlu
menghancurkan rumah. Tiada apa yang akan
dipecahkan melainkan kelapa.Mengikut tradisi
kaum India, mereka akan menghempaskan
sebiji kelapa di atas tanah/lantai sehingga pecah
apabila membeli kereta baru atau rumah
baru, sebagai tanda berkat.
13
17
3) Nombor Memainkan Peranan Penting
Terutama sekali nombor 3, 8 dan 13. Nombor 8, mengikut
numerologi dan astrologi kaum India, adalah ditadbir oleh planet
Zuhal (Shani). Ia dikatakan membawa kemusnahan. Nombor yang
berkaitan dengan angka 8, seperti 17 dan 26 (1+7=8 dan 2+6=8),
juga dianggap nombor yang kurang bernasib baik. Lebih menarik,
nomb0or 26 sering dikaitkan dengan peristiwa malang seperti
tsunami yang telah melanda pada 26 Disember, 2004, Terutama
sekali nombor 3, 8 dan 13. Nombor 8, mengikut numerologi dan
astrologi kaum India, adalah ditadbir oleh planet Zuhal (Shani). Ia
dikatakan membawa kemusnahan. Nombor yang berkaitan dengan
angka 8, seperti 17 dan 26 (1+7=8 dan 2+6=8), juga dianggap
nombor yang kurang bernasib baik. Lebih menarik, nomb0or 26
sering dikaitkan dengan peristiwa malang seperti tsunami yang
dan tragedy letupan yang terjadi di Ahmedabad pada 26 September
2008. Anda boleh lihat artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Bukan itu sahaja. Nombor 3, dan 13 dikaitkan dengan pepatah
agama Hindu iaitu “teen tigaada kaam bigaada” yang bermaksud
“nasib malang akan terjadi apabila adanya tiga”. Bagi sesetengah
masyarakat kaum India, 13 haribulan yang jatuh pada hari Jumaat,
8juga membawa petanda tidak baik untuk beberapa kepercayaan lain.
3
4) Dilarang memotong rambut pada hari
khamis,sabtu dan selasa
Ni adalah kerana orang-orang tua percaya bahawa pada hari-hari tersebut, planet
memancarkan sinar yang boleh membahayakan kesihatan dan kesejahteraan
seseorang. Ia dikatakan bahagian otak manusia memainkan peranan penting bagi
kita, dan mengikut kepercayaan, memotong rambut pada hari-hari dimana sinar akan
dipancarkan menpunyai kesan negatif ke atas kepala.
Sila rujuk perkara di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai signifikasi hari-
hari tersebut dari segi konteks agama dan sudut astrologi.
Hari Selesa
- Agama: Sekiranya anda memotong rambut pada hari Selasa, jangka hayat hidup
anda dipendekkan sebanyak 8 bulan.
- Astrologi: Dari segi Astrologi, planet marikh wujud di dalam darah, dan rambut
berasal dari darah. Memotong rambut anda pada hari Selasa boleh menyebabkan
penyakit yang berkaitan dengan darah.
Hari Khamis
- Agama: Khamis merupakan hari Dewi Lakshmi (Dewi Kekayaan). Sekiranya anda
memotong rambut pada hari ini, anda akan sentiasa tidak mempunyai wang yang
cukup. Ini adalah kerana orang-orang tua percaya bahawa pada hari-hari tersebut,
planet memancarkan sinar yang boleh membahayakan kesihatan dan kesejahteraan
seseorang. Ia dikatakan bahagian otak manusia memainkan peranan penting bagi
kita, dan mengikut kepercayaan, memotong rambut pada hari-hari dimana sinar akan
dipancarkan menpunyai kesan negatif ke atas kepala.
Sila rujuk perkara di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai signifikasi hari-
hari tersebut dari segi konteks agama dan sudut astrologi.
S ab tu
- Astrologi: Sabtu merupakan hari planet Zuhal, yang menandakan kematian serta
meningkatkan kehidupan. Memotong rambut anda pada hari ini akan menyebabkan
anda berisiko kehilangan 7 bulan dari jangka
5) Si ‘Mata Jahat’
Adakah anda pernah melihat buah limau dan
cili diikat bersama di pintu hadapan rumah
jiran-jiran anda? Itulah Nimbu-Mirchi-Totka,
dan ia digunakan untuk menghindarkan
"mata jahat", yang boleh membawa aura
negatif kedalam rumah.
Adalah dipercayai bahawa Nimbu-Mirchi-
Totka digunakan untuk menghalang
Dewi Alakshmi (kakak kepada Dewi Lakshmi)
daripada berada dekat dengan rumah kerana
dia dipercayai membawa kemiskinan dan
kesengsaraan. Dia juga suka akan benda
yang masam, berperisa kuat dan pedas.
Limau dan cili yang diikat diluar adalah
untuk mengalihkan perhatian Dewi Alakshmi
dan juga supaya dia beredar dari rumah tanpa
mengutuskan ‘mata jahat’ ke dalam rumah.
Cadangan...
Cadangannya ialah, kerajaan hendaklah memastikan perpaduan asas
pastikan kaum India tidak ketinggalan seperti membuat perancangan
pembangunan pendidikan masyarakat India secara inklusif melalui Pelan
Tindakan Masyarakat India (MIB), untuk pendemokrasian pendidikan
negara khususnya bahasa Tamil. Selain itu, Mencari kepentingan minoriti
India , Contohnya menurut akhbar harian Tamil, Malaysia Nanban
bahawa kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) sedar akan
keperluan input kaum minoriti India dalam penyediaan RMK-12 telah
memperoleh cadangan-cadangan bernas daripada pelbagai pihak
berkepentingan , Misalnya, Jawatankuasa Penasihat RMK-12, Pusat
Khidmat Masyarakat Klang, Concerned UM Indian Graduates (CUMIG),
Transformasi Ekonomi India Malaysia (MIET), Badan Pemikir Ekonomi
India dan pengamal kebajikan sosial. Akhir sekali, memberi peluang
kepada kaum India dalam pendidikan dan pekerjaan, hal ini demikian
kerana kebanyakan kaum India tidak diberikan peluang dalam hal
demikian oleh kerana isu perkauman yang berlaku di negara kita, hal ini
menyebabkan mereka yang berkelayakan tidak dapat berkerja dengan
hasrat mereka dan tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya mereka
dapatkan. Oleh itu,semua kaum tidak boleh pilih bulu dan harus memberi
peluang kepada semua orang yang layak termasuklah kaum india kerana
pendidikan dan pekerjaan amatlah penting buat semua orang.
Kesimpulan...
Secara keseluruhan,dapat dirumuskan
bahawa kaum india merupakan kaum yang
Penting dalam membentuk keunikan di
Malaysia. Hal ini demikian kerana banyak
tradisi dan budaya dari kaum india kini
diamalkan oleh banyak kaum di negara ini
seperti pemakaian inai. Malahan, sajian
enak dari kaum india seperti roti
canai,dhal,kari dan Nasi beryani menjadi
hidangan yang disukai oleh banyak kaum
di Malaysia. Keindahan budaya yang ada
dalam kaum india juga sangatlah unik .
Perayaan Yang di sambur oleh orang india
terutamanya yang beragama hindu
sungguh menarik menambahkan
keistimewaan kaum ini. Oleh hal yang
demikian, kita hendaklah bersatu padu
dengan semua kaum termasuklah kaum
india untuk melahirkan rakyat yang
berpotensi untuk memajukan negara kita
kerana perpaduanlah yang mampu
memajukan negara dan menjadikan negara
kita disegani dunia.