The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK BANDAR SUNWAY

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahrin_smkpp, 2021-06-27 20:47:22

LALUAN KERJAYA POLIS DIRAJA MALAYSIA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK BANDAR SUNWAY

SMK BANDAR SUNWAY
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ANLGAGOLTUA BAANDANKBEERRUJNAIFOYRAM

PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

JOM SERTAI PDRM

Polis Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: ‫ ;ڤوليس دراج مليسيا‬singkatan: PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri
daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan
berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk
kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan
tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Acyrl Sani Bin Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh
Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

SKIM PERKHIDMATAN
BAGI JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/WANITA)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 yang dikeluarkan
melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016
yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun

pada tarikh permohonan secara online;

c) Kelayakan Akademik:

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan

Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
(serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau ;

ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104
(sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred
kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai
kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan
kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam
bidang kursus seperti berikut ;

a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
d) Perniagaan;
e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
f) Teknologi Kejuruteraan Marin

atau;

iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil
Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];

iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil
Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02];

d) Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan
pancaindera seperti berikut:-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita)
tanpa bersepatu;

ii) Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita
sekurang-kurangnya 48 kg;

iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat
19 hingga 26;

iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik
nafas 86 sm (lelaki sahaja);

v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat
bantuan;

vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar (kerajaan).

DIKSKRIPSI TUGAS :-

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan
Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas,
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik,
Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat,
menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan
peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-
pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi
mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

KELAYAKAN GAJI

Jadual Gaji Gaji Minimum Gaji Maksimum
Gred YA1
: RM 1,441.00 - RM 4,152.00

Kadar Gaji Tahunan : RM 105.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun dan kemudahan Jumlah

Elaun Tetap Perumahan : RM 300

Elaun Cola : RM100 - RM 350

Elaun Khidmat Awam : RM 115

Elaun Khas PDRM : RM 200

Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690

Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan

sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

SKIM PERKHIDMATAN BAGI
JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT 1

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/WANITA)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 yang dikeluarkan
melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang
berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada
tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:
i). Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah
(PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]; dan

ii). PMR : Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan
mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata
pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.

Contoh kelulusan seperti berikut :

MATA PELAJARAN KELULUSAN

Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu MINIMUM
Matematik ‘C’
Sains ‘D’
Pendidikan Islam ‘D’
Bahasa Inggeris ‘D’
Sejarah ‘D’
‘D’

iii). PT3 : Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa
Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan
empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.

Contoh kelulusan seperti berikut :

MATA PELAJARAN KELULUSAN
MINIMUM
Bahasa Melayu Ujian Bertulis & ‘C’
Bahasa Melayu (Lisan)
Matematik ‘E’
Sains ‘E’
Pendidikan Islam ‘E’
Bahasa Inggeris ‘E’
Sejarah ‘E’

d). Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera
seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa
bersepatu;

ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-
kurangnya 48 kg;

iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19
hingga 26;

iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86
sm (lelaki sahaja);

v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar (kerajaan).

DIKSKRIPSI TUGAS :-

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan
Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan
Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan
Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan
jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik,
mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan
mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal
dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan
suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

KELAYAKAN GAJI Gaji Minimum Gaji Maksimum
Jadual Gaji

Gred YT1 : RM 1,220.00 - RM 2,748.00

Kadar Gaji Tahunan : 85.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun dan kemudahan Jumlah

Elaun Tetap Perumahan : RM 350

Elaun Cola : RM100 - RM 350

Elaun Khidmat Awam : RM 95

Elaun Khas PDRM : RM 200

Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690

Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan

sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

SKIM PERKHIDMATAN
BAGI JAWATAN INSPEKTOR POLIS GRED YA13

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/WANITA)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor Polis YA13 yang dikeluarkan
melalui:
i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016
yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun
(Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun
(Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan
PhD) pada tarikh permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau

ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau

iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang
diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau

iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau

v). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vi). Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vii). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan
serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang
diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau

viii). Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

ix). Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik
atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67];

xii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d). Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan
pancaindera seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita)
tanpa bersepatu;

ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita
sekurang-kurangnya 48 kg;

iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat
19 hingga 26;

iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik
nafas 86 sm (lelaki sahaja);

v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat
bantuan;

vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan berdaftar (kerajaan).

DIKSKRIPSI TUGAS :-

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan,
Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam,
Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan
Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah,
menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan,
menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal,
mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di
darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan
rakyat dan negara;

KELAYAKAN GAJI Gaji Minimum Gaji Maksimum
Jadual Gaji

Gred YA13 : RM 2,502.00 - RM 9,803.00

Kadar Gaji Tahunan : RM 230.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun dan kemudahan Jumlah

Elaun Tetap Perumahan : RM 450

Elaun Cola : RM100 - RM 350

Elaun Khidmat Awam : RM 300

Elaun Khas PDRM : RM 200

Elaun Seragam : RM 500

Elaun Istiadat ( 3 tahun sekali) : RM 3050

Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan

sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima


Click to View FlipBook Version