The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-18020535, 2021-04-24 01:57:06

TOKOH PEMIMPIN JOHOR (SK LKTP KLEDANG)

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

SK LKTP KLEDANG

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN JOHOR

2021

NAMA : DANISH IZZKHAN BIN OMAR KHAN

KELAS : 6 UNIVERSITI MALAYA

EMAIL : [email protected]
ALAMAT SEKOLAH : SEK. KEB. LKTP KLEDANG
81900 KOTA TINGGI JOHOR

ISI KANDUNGAN BUKU SKRAP

 Pendahuluan
 Biodata tokoh pemimpin
 Pendidikan tokoh yang dipilih
 Kerjaya tokoh
 Sumbangan tokoh
 Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
 Penutup / kesimpulan
 Sumber rujukan

PENDAHULUAN

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Muafakat Johor.
Buku skrap ini dihasilkan adalah untuk mengenali lebih dekat lagi tentang seorang tokoh yang berjiwa besar dan berjiwa rakyat demi

membela nasib rakyat Negeri Johor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar merupakan pemimpin yang mempunyai semangat juang dalam mentadbir

negerinya sendiri. Tuanku merupakan pemimpin yang serba boleh dalam apa jua aktiviti. DYMM merupakan Raja Melayu yang pertama yang
menjelajah setiap pelusuk negeri pada setiap tahun untuk merapatkan diri dengan rakyat. DYMM merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat dan
penyayang. Dalam buku ini akan mencertakan ciri-ciri kepimpinan , ketokohan dan keperibadian yang sangat menyanjung tinggi rakyat jelata negeri
Johor.

BIODATA TOKOH

SULTAN JOHOR

DYMM SULTAN IBRAHIM
IBNI

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
D.K (JOHOR), D.K (PERAK), D.K (KELANTAN), D.K. (PERLIS), D.K (SELANGOR), D.K (NEGERI SEMBILAN),

D.K (TERENGGANU), D.K.M.B. (BRUNEI), S.P.M.J, S.S.I.J, S.P.M.T, S.M.N, S.P.M.K, S.P.M.P, P.I.S
SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM

DYMM diputerakan pada 22 November 1958. Telah dididik dan diasuh untuk menjadi seorang Raja yang cerdik, berpengetahuan, berwibawa
dan berdaulat. Tunku Ibrahim dilantik sebagai waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar menaiki takhta Kerajaan Johor dan dimasyhurkan
sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Pada 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai
Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang Di Pertuan Agong. Tuanku memanfaatkan tempoh sebagai
Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta berdamping dengan rakyat.Tunku Mahkota Tunku Ibrahim
dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.

Tuanku mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima
orang putera dan seorang puteri :
▪ DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
▪ YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim
▪ YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor
▪ YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor
▪ YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor
▪ YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor

AHLI KELUARGA DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

PENDIDIKAN TOKOH

Duli Yang Maha Mulia telah melibat diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan asas untuk membina

semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan. Kepimpinan Tuanku terserlah apabila setelah tamat persekolahan Tuanku dilantik sebagai
platun komander ketika menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi.

Kemudiannya di atas jemputan khas Tuanku mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan untuk pegawai muda di Fort Benning, Georgia
USA. Selain dari itu Tuanku juga menjalani latihan ‘airborne‘ dan ‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas berehat dua bulan, Tuanku meneruskan
latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder’ dimana Tuanku telah membuat 19 terjunan payung terjun, lapan darinya pada waktu malam.
Tuanku dipilih dan ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai seorang komando.

Tuanku juga ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL (tentera laut dan darat). Selain itu Tuanku melakukan beberapa penerjunan di
Bandung Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Indonesia.

Sekembalinya ke Johor, Tuanku dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri. Dalam masa yang sama Tuanku
menjalani latihan juruterbang helikopter dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia. Dengan kecekapan yang ditunjukkan.

Tuanku dibenarkan mengendalikan penerbangan helikopter perseorangan. Dengan kesungguhan dan ketabahan, Tuanku berjaya lulus satu
kursus lebih awal dari peserta lain. Tuanku dikurniakan dan menerima sayap pada 26 April 1982 dari Sultan Iskandar dalam satu upacara perbarisan
dalam mana Tuanku menjadi ketuanya.

Tuanku juga menyertai selama tiga bulan latihan tentera laut di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Lumut, sekaligus melengkapkan
Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara. Bagi mengimbangi latihan ketenteraan dan untuk menjadikan Raja yang berwibawa dan
dihormati, Tuanku meneruskan pelajaran di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts USA. Tuanku menyertai dan
melengkapi dua kursus, ‘Southeast Asian Strategic Studies’ dan ‘International Laws of the Seas’.

KERJAYA TOKOH

Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima
kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Tunku Ibrahim telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah berdiam di Istana Pasir Pelangi.

Tunku Ibrahim dilantik sebagai Waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar menaiki takhta kerajaan Johor dan dimasyurkan sebagai
Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja
semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong.

Tuanku memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta berdamping dengan
rakyat. Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan
Iskandar.

SUMBANGAN TOKOH

KEMBARA MAHKOTA JOHOR SELAMA 14 TAHUN

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai banyak keistimewaan dan pencapaian yang membanggakan, selain keperibadian yang menawan
hati rakyat. Sultan yang berjiwa rakyat ini cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti yang berteraskan kerja sosial yang
diilhamkan oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim sejak 2001 ketika Tuanku menjadi ‘Tunku Mahkota Johor’.

Program Kembara Mahkota Johor dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi dijadikan acara tahunan yang disertai YAB Menteri Besar dan
pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, bagi melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi disemua 10 daerah di negeri Johor. DYMM
Tuanku Sultan Ibrahim juga turut membabitkan ahli keluarganya, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan
putera puteri Tuanku menyertai program mesra rakyat ini.

Dalam Kembara Mahkota pertama yang diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2001, penjelajahan tiga hari dua malam, diiringi oleh 28 buah
motosikal berkuasa tinggi, menyusuri setiap pelosok negeri merangkumi lapan daerah di negeri Johor sejauh kira-kira 870 kilometer.

Ekspedisi bermotosikal yang julung kali diadakan itu bertujuan mendekatkan istana dengan rakyat selain mempromosikan industri pelancongan.
Lantaran keberkesananya, Tunku Mahkota ketika itu mengumumkan Kembara Mahkota Jelajah Johor, dijadikan acara tahunan dan meletakkan
matlamat menjadikannya sebagai program amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Tunku Mahkota ketika itu bertitah, Kembara Mahkota Jelajah Johor juga bermatlamat memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat
berbilang kaum di negeri ini. Menerusi ekspedisi ini, DYAM Tunku Mahkota dapat melihat kesetiaan pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India
menyambut ketibaannya di merata tempat. Siri kedua program ini berlangsung selama empat hari dan tiga malam iaitu pada 25 hingga 28 Mac 2002
merentasi tujuh daerah dengan lebih 15 destinasi sejauh 1002 kilometer melalui jalan raya.

Kembara Mahkota Johor telah pun berlangsung selama empat belas tahun, melalui laluan darat (motosikal, pacuan 4 roda, keretapi dan bas),
jalan air (bot dan kapal). Pada 5 Febuari 2012, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah memperkenankan Bandar Muar
(Bandar Maharani) menjadi Bandar Diraja ketika Tuanku menghadiri sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat negeri Johor di Masjid Sultan Ibrahim,
Bandar Maharani, Muar. Terdapat beberapa sebab DYMM Sultan Johor bertitah bahawa Bandar Maharani akan diisytiharkan sebagai Bandar Diraja.

Bandar Maharani adalah bandar kedua terpenting selepas Bandaraya Johor Bahru. Terletaknya Istana Tanjung yang menjadi Istana
Persemayaman ketika Tuanku berangkat ke Bandar Maharani. Di Bandar Maharani, semenjak Almarhum Sultan Abu Bakar, diadakan beberapa kali
sambutan Hari Keputeraan Sultan dan Istiadat Penganugerahan Bintang Kebesaran. Hubungan istana di Johor Bahru yang begitu rapat dan akrab
dengan daerah Muar membawa kepada pengisytiharaan Bandar Muar oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 12 Ogos 1887 sebagai Bandar Maharani
yang bermaksud ‘Bandar Permaisuri Sultan’ merujuk kepada Maharani Fatimah.

Semenjak bandar Muar dibuka pada tahun 1884. Baginda Sultan Abu bakar dan DYMM Sultan-sultan selepasnya sering berangkat ke Muar.
Kerabat-kerabat Diraja semenjak pembukaan Muar dilantik mentadbir Muar, antaranya YM Ungku Sulaiman, YM Ungku Abdul Majid, YM Tunku
Temenggung Ahmad dan YM Ungku Mohd Khalid. Pemilihan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja kerana Tuanku menggemari suasana bandar
yang tenteram dan harmoni. Dalam satu istiadat yang bersejarah, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengisytiharkan
Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor pada 24 November 2012, sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku pada 22
November 2012.

DYMM Sultan Ibrahim sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan
sehingga ke peringkat antarabangsa. Turut menjadi kegemaran Tuanku ialah sukan tenis, luncur layar, menembak, memandu dan payung
terjun. Tuanku juga telah mencipta sejarah memperolehi Lesen Memandu Kereta Api Kelas 26 setelah menyempurnakan acara pusingan
lokomotif seberat 86 tan menggunakan alat ‘turn table’. Tuanku juga telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records
(MBOR) sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Majlis penyampaian lesen memandu kereta api ini disempurnakan oleh
Dr. Aminuddin Adnan, Presiden Kereta Api Tanah Melayu Bhd (KTMB) pada 29 Jun 2010 di Stesen Kereta Api Gemas. Sifat-sifat
kepimpinan, ketokohan dan keperibadian yang menawan hati rakyat ini telah menjadikan DYMM Tuanku seorang sultan yang amat
disenangi dan disayangi oleh seluruh rakyat Negeri Johor.



SUMBANGAN BUBUR LAMBUK UNTUK RAKYAT JOHOR

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sempena Ramadan tahun ini, baginda berkenan menyediakan bubur lambuk untuk
diedarkan kepada rakyat. Bubur lambuk merupakan buah tangan dari istana yang diberikan kepada rakyat Johor sempena bulan Ramadan. Pada tahun
2020, Sultan Ibrahim telah meluangkan masa memasak sendiri bubur lambuk untuk diagihkan kepada setiap daerah negeri Johor.

KEBAJIKAN RAKYAT JOHOR

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar seorang yang berjiwa rakyat sering membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan.
Seramai 137 keluarga miskin termasuk golongan nelayan di Sungai Rengit, Pengerang telah menerima sumbangan keperluan makanan. Seorang
nelayan yang telah menerima sumbangan daripada Sultan Johor itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur disebabkan pendapatan yang tidak
menentu.

LEBIH 200 pemandu teksi Johor Bahru menerima kurnia sumbangan barangan keperluan makanan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Sultan Iskandar.Sumbangan disampaikan wakil Sultan Johor, Datuk R Sugumaran dengan dibantu beberapa kakitangan Istana Pasir Pelangi di Jalan
Stulang Laut, Johor Bahru, hari ini. Dalam satu muat naik baru di Facebook rasminya, Sultan Ibrahim menyatakan sumbangan dikurniakan kepada
pemandu teksi pelbagai kaum di daerah Johor Bahru.Dalam pada itu, pemandu teksi yang menerima sumbangan berkenaan merakamkan penghargaan
kepada Sultan Johor yang sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat. Pemandu teksi, Jamil Omar, 67, menyifatkan bantuan itu cukup
bermakna."Terima kasih Tuanku di atas kurniaan sumbangan kepada pemandu teksi. Bantuan ini cukup bermakna lebih-lebih lagi pada waktu begini
kerana kami turut terkesan akibat penularan wabak Covid-19, " katanya. Manakala P Subramaniam, 39, dari Taman Desa Jaya berkata, Covid-19 .
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa pelbagai cabaran hingga menjejaskan pendapatan pemandu teksi."Bantuan disampaikan
Sultan Johor pastinya dapat mengurangkan beban kami khususnya yang bergantung kepada pendapatan harian,"

YAYASAN SULTAN IBRAHIM (YSIJ)

Yayasan Sultan Ibrahim Johor ditubuhkan bagi membantu meringankan beban rakyat Johor. Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bersama
syarikat cermin mata, Season Optical menjalinkan kerjasama menghulurkan bantuan cermin mata bernilai RM500,000 kepada 2,500 murid sekolah di
seluruh Johor. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, pihaknya mengalu-alukan jalinan kerjasama antara swasta dengan YSIJ dalam
usaha menyantuni golongan yang memerlukan.

Sultan Johor telah menyumbangkan 42 ventilator bagi kegunaan hospital-hospital di negeri Johor. Baginda Tuanku Sultan bertitah, ventilator
berkenan akan diagihkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor. “Bukan mudah
untuk mendapatkan peralatan ini lebih-lebih lagi ketika musim penularan wabak COVID-19. Kita berusaha keras untuk mendapatkannya. “Jika ada
lagi pihak yang sudi untuk memberi sumbangan kepada YSIJ, kita mungkin dapat mengusahakan lebih banyak untuk kegunaan hospital-hospital,”
titah Baginda Tuanku Sultan.

NILAI KEPIMPINAN YANG
BOLEH DICONTOHI OLEH

GENERASI

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mempunyai semangat perpaduan
yang sangat tinggi antara semua kaum dalam negeri Johor. Tuanku sangat menjaga hubungan yang harmoni antara kaum dan agama yang berbeza
supaya hubungan yang baik dapat dibentuk dibawah satu payung. Semangat perpaduan yang ada pada Tuanku patut dicontohi oleh generasi sekarang
supaya sikap membenci dan bermusuhan antara kaum tidak wujud . Sultan Ibrahim juga pernah bertitah, rakyat Johor perlu menunjukkan nilai dan
budaya bangsa Johor yang beradab sopan, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain. "Jangan biarkan perbezaan fahaman
politik memecah-belahkan bangsa Johor," titah baginda. Sultan Ibrahim bertitah generasi muda perlu mengetahui tentang sejarah negeri dan bangsa
Johor supaya tidak terpengaruh dengan hasutan yang boleh merosakkan masa depan mereka dan menggugat kesejahteraan hidup generasi akan
datang. "Kita sering bercakap tentang perpaduan kaum yang masih belum berjaya sepenuhnya. Puncanya adalah kerana masih wujud pendidikan asas
atau sekolah rendah yang dipisahkan mengikut jenis kaum," titah baginda. Sultan Ibrahim bertitah untuk menghasilkan generasi baru yang bersatu-
padu, mereka perlu dicampurkan dalam satu pendidikan asas yang seragam. "Tidak boleh diasingkan mengikut kaum atau agama. Pendidikan asas
inilah yang amat penting untuk mengajar tentang nilai dan budaya hidup dalam masyarakat berbilang kaum," titah baginda.

Sultan Ibrahim sangat menekankan sikap bertolak ansur dan menhormati kemuliaan agama Islam. Agama Islam merupakan agama yang
mementingkan kemuliaan dan agama lain perlu menghormati hak keistimewaan yang telah dierikan kepada agama laian. Nilai bertolak ansur ini akan
mewujudkan hubungan yang harmoni antara kaum dan sikap hormat-mnghormati oleh semua masyarakat negeri Johor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengamalkan konsep “Bangsa Johor” iaitu membawa lebih banyak kebaikan
untuk Malaysia dan tidak menyebabkan Johor bersifat parokial. Sejarah konsep Bangsa Johor bermula pada kira-kira tahun 1920 apabila nenda
baginda, Sultan Sir Ibrahim mendapatinya perlunya mensyukuri dan menyatukan pelbagai kaum yang sama-sama menyumbang ke arah pembukaan
Johor. Titahnya , kedudukan Beta mengatasi politik. Beta tidak terlibat dengan politik. Tanggungjawab Beta ialah untuk menyatupadukan semua
'Bangsa Johor'. Bukan sebaliknya. Itu saja yang ingin beta titahkan.“. Semangat perpaduan yang tinggi patut dicontohi supaya rakyat Malaysia
sentiasa mensyukuri dan berganding bahu Bersama-sama membentuk masyarakat yang sejahtera pelbagai bangsa dan agama.

KESIMPULAN

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar adalah seorang yang mempunyai banyak keistimewaan dan pencapaian
membanggakan rakyat neger Johor. Sultan yang berjiwa rakyat ini suka melakukan aktiviti yang berteraskan kerja sosial yang diilhamkan oleh DYMM Tuanku
Sultan Ibrahim sejak 2001 ketika Tuanku menjadi ‘Tunku Mahkota Johor’. Ciri-ciri kepimpinan , ketokohan dan keperibadian yang menawan hati rakyat ini telah
menawan hati rakyat dan menjadikan DYMM sangat disayangi dan disenangi rakyat Johor. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang menjadi pemimpin
banyak mementingkan rakyat jelata negeri Johor yang memerlukan bantuan. Misi-misi kebajikan Yayasan Sultan Ibrahim Johor banyak membantu mengurangkan
beban rakyat-rakyat negeri Johor. Sifat kepimpinan ini menjadi contoh dan kebanggaan kepada semua rakyat negeri Johor . DYMM Sultan Ibrahim sinonim di
gelar Tokoh Kepimpinan Johor berjiwa Rakyat.

Sekian Terima Kasih

RUJUKAN :

1. Laman Web Rasmi :
https://kemahkotaan.johor.gov.my/galeri/

2. https://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_of_Johor
3. https://www.utusan.com.my/berita/2021/02/yayasan-sultan-ibrahim-sumbang-2500-cermin-mata-kepada-murid-sekolah/
4. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/687272/137-keluarga-miskin-terima-sumbangan-sultan-johor
5. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/574085/sultan-johor-sumbang-makanan-kepada-pemandu-teksi
6. https://www.johor.gov.my/kerajaan/kesultanan-johor/dymm-sultan-johor
7. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-johor-berkenan-sediakan-bubur-lambuk-untuk-rakyat-293775
8. https://www.johorkini.my/tag/sultan-ibrahim-sultan-iskandar/
9. https://www.satujohor.net/sultan-johor-kurnia-sumbangan-peribadi-kepada-yayasan-jdt-bagi-bantu-masyarakat/
10. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1930641


Click to View FlipBook Version