The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Majalah Kumpulan Bumi _20240422_065940_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by weetoh ngu, 2024-04-21 19:33:19

E-Majalah Kumpulan Bumi _20240422_065940_0000

E-Majalah Kumpulan Bumi _20240422_065940_0000

8 248950 3689 9 MPU23042 EDISITERBARU VOL 2 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA 8 248950 3689 9


ISI KANDUNGAN Sidang Redaksi 3 2 Pengenalan 4 5 7 8 Patriotisme dan Rukun Negara Kekurangan Kesepaduan Mempengaruhi Konsep Patriotisme 10 Kewujudan Masyarakat Majmuk di Malaysia Kurang Kesepaduan, Patriotisme Tergadai 14 Rujukan 16 Kesimpulan 12 Langkah Memperkukuhkan Semangat Patriotisme Kepentingan Perpaduan Antara Kumpulan Etnik 15


Redaksi Majalah Dari Pena Penasihat Sidang PUAN HASLINDA BINTI JAMA’ÍN PENSYARAH MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulilah bersyukur kehadrat Allah SWT dengan taufik dan hidayahnya diberi kesempatan untuk memberi sedikit kata-kata aluan sebagai penasihat dalam penghasilan e-majalah ini. E-majalah ini merupakan salah satu platform yang terbaik membolehkan perkongsian hasil penulisan pelajar. E-majalah adalah tugasan berbentuk penulisan ilmiah dan kreatif yang memberi impak kepada pembaca. Dengan terhasilnya e-majalah ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kefahaman yang mendalam dalam sesuatu isu yang dikupas. Tahniah kepada Kumpulan Bumi yang telah bertungkus lumus dalam menghasilkan e-majalah yang menarik minat pembaca. Saya berdoa semoga para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat daripada penghasilan e-majalah ini. Sekian, terima kasih. PEREKA GRAFIK & PENYUNTING ARABELLA ERICA ANAK JOHN TABOK 05DAT23F1037 JENIFFER JEZRA JOHN 05DAT23F1082 ELVINA ASUNG MARTIN 05DAT23F1032 NGU WEE TOH 05DAT23F1044 3


Penerbitan e-majalah kami pada kali adalah bertujuan untuk mengulas secara terperinci tentang topik konsep patriotisme dan rukun negara mengenai isu perpecahan antara kumpulan etnik dalam masyarakat di Malaysia. Antara objektif yang ingin kami capai dalam penulisan e-majalah kali ini termasuklah memahami tentang bagaimana kekurangan kesepaduan antara kumpulan etnik di Malaysia boleh merosakkan konsep patriotisme negara. Dalam masa yang sama, kami dapat mengenal pasti dan membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pemerintah dan masyarakat untuk mengatasi isu ini. Dengan mengambil langkah tersebut, kami percaya bahawa semangat patriotisme dapat diperkukuhkan dalam kalangan seluruh warganegara tanpa mengira usia. Tidak lupa juga, melalui kajian ini, kami ingin memberi kesedaran kepada pembaca tentang bahawa pentingnya menjaga kesepaduan dalam kalangan rakyat. Ini kerana tanpa kesepaduan, ianya boleh memberi impak kepada negara terutama dari segi peningkatan sentimen etnik yang akan menjulang tinggi dalam kalangan rakyat. Pengenalan 4


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Terdapat juga kaum yang lain di Sabah dan Sarawak iaitu kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban dan sebagainya. Tambahan pula, setiap kaum yang terdapat di Malaysia telah mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang seperti adat resam, agama, bahasa, kesenian dan kepercayaan. Justeru, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu pada awal abad ke-19. Pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK Dalam pada itu, kaum Cina di Tanah Melayu menetap di perbandaran dan bekerja sebagai peniaga. Semasa era penjajahan British, terdapat juga sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong. Bertitik tolak daripada hal ini, kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan rumah kongsi. Selain itu, kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India bekerja sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Malah, penjajah British mendapati kaum India merupakan buruh-buruh yang patuh, murah dan senang dikawal. Oleh: Arabella Erica 5


''Gambaran situasi kaum Kadazandusun menyambut Pesta Kaamatan.'' Umum mengetahui bahawa, di Sarawak terdapat pelbagai etnik. Contohnya ialah etnik Iban. Masyarakat Iban merupakan salah satu etnik paling terkenal di Sarawak. Masyarakat Iban bermula tinggal di rumah panjang yang merupakan lambang utama komuniti mereka. Tradisi seperti perayaan Hari Gawai Dayak adalah perayaan yang meriah disambut bersama keluarga dengan adanya upacara adat, tarian dan muzik tradisional. Masyarakat Iban juga terkenal dengan kebolehan mereka dalam pembuatan pakaian tradisional seperti pua kumbu, kain tenunan yang mempunyai corak-corak yang unik. Dalam pada masa yang sama, mereka masih mengekalkan adat resam walaupun terdapat kebanyakan masyarakat Iban beragama Kristian. KEPELBAGAIAN KAUM DI SARAWAK DAN SABAH Di Sabah pula, kaum bumiputera asli terbesar ialah Kadazandusun. Masyarakat dusun menyambut perayaan Pesta Kaamatan atau 'pesta menuai' yang juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan dalam bahasa Kadazandusun. Bagi kemuncak perayaan kaamatan, terdapat pertandingan ratu cantik atau 'Unduk Ngadau', tarian tradisi dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan atau "ketua pendita". Masyarakat Kadazandusun juga percaya kepada makhluk halus. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisional bagi masyarakat Kadazandusun. 6


02 03 Diskriminasi Kaum 01 Apabila terdapat elemen pemilihan dalam penerimaan etnik tertentu sahaja untuk bekerja dalam sesuatu sektor pekerjaan, ia akan menimbulkan konflik berlaku dimana etnik yang tidak mempunyai peluang yang sama akan merasa terpinggir. Dalam masa yang sama, perpecahan antara kumpulan etnik turut akan berlaku dimana ia akan menyebabkan mereka saling tidak mengendahkan konsep patriotisme negara yang sedang berada pada tahap membimbangkan. KURANG KESEPADUAN, PATRIOTISME TERGADAI. Bagaimana kekurangan kesepaduan antara kumpulan etnik di Malaysia boleh merosakkan konsep patriotisme negara? TOPIK HANGAT Ketidakstabilan Politik Politik yang tidak sihat boleh menghancurkan kesepaduan antara kumpulan etnik apabila isu-isu etnik yang tidak diselesaikan dijadikan sebagai modal untuk meraih sokongan rakyat. Kesempatan yang diambil akan memperkeruhkan lagi keadaan dimana etnik yang terlibat akan memandang serong terhadap cara pentadbiran negara dan dalam masa yang sama ia akan mengakibatkan rasa cinta terhadap negara dalam diri mereka semakin berkurangan. Tahap Kesedaran Rendah Tahap kesedaran masyarakat dalam aspek patriotisme dapat dipengaruhi oleh penggunaan media baharu seperti media sosial. Apabila terdapat individu yang kurang cakna dengan isu sekeliling atau sengaja menyentuh isu sensitif sesuatu etnik dalam media sosial, hal ini boleh menimbulkan sentimen etnik berlaku. Tindakan yang menunjukkan tiada kesepaduan antara etnik seperti inilah yang akan merosakkan konsep patriotisme di negara kita. Oleh : Jeniffer Jezra John 7


“ Kepelbagaian secara lazimnya menuntut masyarakat untuk saling memahami dan menerima setiap perbezaan dengan penuh bijaksana. “ Tidak asing lagi bagi masyarakat dunia bahawa negara Malaysia kaya dengan kepelbagaian etnik yang membawa budaya dan agama yang berbeza. Kepelbagaian ini menjadikan negara Malaysia dipandang sebagai salah satu negara yang unik. Namun begitu, konsep patriotisme di negara Malaysia boleh di ambang bahaya apabila tercetusnya kekurangan kesepaduan antara kumpulan etnik. Kepelbagaian secara lazimnya menuntut masyarakat untuk saling memahami dan menerima setiap perbezaan dengan penuh bijaksana. Apabila terdapat perbezaan dalam etnik seperti perbezaan agama, budaya, dan bahasa yang sering dipersoalkan dan tidak diterima oleh sesetengah individu, hal ini boleh menyebabkan etnik tersebut merasa tersinggung dan tidak berpuas hati. Secara tidak langsung, ini akan membangkitkan amarah mereka yang boleh mendorong kepada perang dingin berlaku antara etnik di negara Malaysia. Sikap seperti ini akan merugikan bangsa dan negara sendiri kerana sikap seperti inilah yang akan menghancurkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. KEKURANGAN KESEPADUAN MEMPENGARUHI KONSEP PATRIOTISME Selain itu, sudah menjadi lumrah bagi penganut agama tertentu untuk mempertahankan ajaran agama mereka. Jika terdapat sesetengah individu yang bersikap individualistik dan berpendapat bahawa agama lain tidak benar, maka hal ini akan membawa kepada ketidakharmonian yang boleh menjejaskan kesepaduan antara etnik dimana penganut agama akan berjuang untuk mempertahankan kesucian ajaran agama yang dianuti mereka agar tidak ditindas oleh sesetengah individu tersebut. Masalah ini secara automatik akan mencetuskan pertelegahan kaum serta agama berlaku dan dimana ia turut menjejaskan hubungan antara kaum yang akan menjadikan semangat patriotisme sukar untuk disemai dalam diri. Tanpa disedari, di pertengahan pertelegahan kaum serta agama di negara ini belaku, terdapat musuh yang sedang memerhati. Mereka seperti harimau menyusup di antara kumpulan domba untuk merencanakan sesuatu seperti menjalankan sebarang kegiatan ekstremisme. Secara umum, ekstremisme merujuk kepada tindakan atau pandangan yang melampaui – 8


batas munasabah atau rasional, dan boleh mengancam keselamatan, kestabilan, dan keharmonian sosial. Apabila dilihat, pertelegahan ini akan membuka ruang kepada mereka untuk menjadikan isu ini sebagai isu yang tiada penghujung dan tidak terkawal. Mereka akan mengeksploitasi isu pertelegahan kaum serta agama ini kerana ‘‘bahan-bahan’’ untuk memperapikan hubungan kaum-kaum yang terlibat tersebut sudah ada. Mereka ibaratkan bom menunggu masa untuk meletup untuk percikan api permusuhan dalam skala yang besar. Dengan terjadinya perkara seperti ini, tidak lain dan tidak bukan, ia akan memberikan impak yang besar kepada negara kita. Hubungan antara etnik yang terdahulunya sudah renggang akan menjadi semakin parah sehingga sukar untuk mencari jalan ke arah kedamaian. Sudah terang lagi bersuluh, jelaslah sudah bahawa kekurangan kesepaduan antara kumpulan etnik di Malaysia boleh menjejaskan konsep patriotisme di negara kita. Oleh hal yang demikian, seluruh rakyat Malaysia dan tidak ada seorang pun terkecuali untuk berganding bahu dalam mempertahankan dan mengukuhkan kesepaduan sesama etnik agar negara kita sentiasa dalam keadaan yang harmoni berserta rakyatnya sentiasa berada dalam lingkungan yang positif. “ Gambaran situasi apabila semangat patriotisme yang tinggi ada dalam masyarakat. “ Oleh : Jeniffer Jezra John 9


LANGKAH MEMPERKUKUH SEMANGAT PATRIOTISME Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Kebangsaan Warganegara harus mengambil bahagian secara aktif dalam acara kebangsaan seperti sambutan Hari Kebangsaan atau perayaan kebudayaan tempatan. Penglibatan aktif dalam aktiviti seperti ini dapat menyemai semangat perpaduan dan patriotisme dalam sanubari setiap orang. Contohnya, pada sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun, warganegara yang boleh mewakilkan diri untuk menyertai perarakan bendera bagi menyatakan taat setia kepada negara. Meningkatkan Kesedaran Politik dan Pendidikan Awam Semua warganegara perlu bergiat aktif dalam proses membuat keputusan negara dan menyatakan pandangan mereka dengan betul melalui saluran undang-undang. Sebagai contoh, mengadakan kuliah umum dan forum mengenai isu semasa dan hak sivil kerana ianya dapat meningkatkan kesedaran politik dalam masyarakat. Oleh : Ngu Wee Toh 10


Membina Perpaduan dan Toleransi Antarabangsa Patriotisme tidak hanya terhad kepada perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga harus merangkumi toleransi dan perpaduan dengan rakyat dari negara lain. Melalui kerjasama dan hubungan baik dengan negara jiran dan antarabangsa, kita dapat memupuk cintakan keamanan dan keharmonian di seluruh dunia. Contohnya, program pertukaran pelajar dengan negara luar dapat mengeratkan hubungan diplomatik dan memperkenalkan Malaysia kepada dunia. Melibatkan Masyarakat Dalam Projek Pembangunan Negara Kerajaan boleh menggalakkan projekprojek sukarelawan yang membabitkan pemuliharaan infrastruktur awam, program membersihkan kawasan kampung, dan aktiviti membantu golongan miskin. Contohnya, seseorang yang terlibat secara aktif dalam menjayakan projek gotongroyong akan merasakan kebanggaan dan tanggungjawab terhadap komuniti dan negara. 11


Semangat kekitaan yang mementingkan diri KEPENTINGAN PERPADUAN ANTARA KUMPULAN ETNIK Semangat ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum dan dapat mengakibatkan perpecahan antara kaum seperti negara luar yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aperteid merupakan dasar yang mewujudkan jurang antara sesama manusia. Menjadikan Malaysia sebagai negara merdeka Sebelum Malaysia merdeka, rakyat kita melalui pelbagai kesusahan.Namun, perpaduan antara etnik dalam negara kita telah membuka mata pihak Ingggeris untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Kesannya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa adanya pihak penjajah. Perpaduan yang telah wujud ini merupakan warisan nenek moyang yang harus kita kekalkan. OLEH : ELVINA ASUNG 12


OLEH : ELVINA ASUNG Dapat memelihara budaya dan warisan masyarakat Kepelbagaian agama dan budaya merupakan keunikan tersendiri yang hanya ada di negara kita, jadi wajarlah untuk kita memelihara budaya dan warisan kerana kepelbagaian kita merupakan satu simbol kepada negara kita. Bukan itu saja, budaya dan warisan ini merupakan khazanah negara yang tidak akan didapati dari negara lain dari segi perayaan, makanan dan pakaian tradisional yang ada di negara ini. Hal ini dapat memupuk semangat perpaduan di dalam negara kita dan menjadi tarikan pelancong. 13 KEPENTINGAN PERPADUAN ANTARA KUMPULAN ETNIK


PERLEMBAGAAN PATRIOTISME AGAMA KEHARMONIAN KEAMANAN PATRIOTISME DAN RUKUN NEGARA KEDAMAIAN PERPADUAN BERSATU PADU KEBANGSAAN KESETIAAN 12 14


Sumber Rujukan Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia: Membina Keharmonian dan Kesejahteraan Bersama. (2023, April 14). https://cerdika.com/my/pemantapan-kesepaduan-nasional-malaysia/ Muda, D. T. S. T. (2021, October 14). Integrasi kepelbagaian bangsa, agama satukan Keluarga Malaysia. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/10/875945/integrasikepelbagaian-bangsa-agama-satukan-keluarga-malaysia AHAD, K. (2019, November 3). “Punca utama konflik adalah sikap” [METROTV]. Harian Metro. https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/utama/2 019/11/513597/punca-utama-konflik-adalah-sikap-metrotv Asmida Lajabara (2017, April 7). "Kepelbagaian Etnik di Sabah" https://asmidaling85.blogspot.com/2017/04/kepelbagaian-etnik-disabah.html Nurhajira Hadi (2024). "Kepelbagaian Kaum dan Etnik di Sarawak" https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/kepelbagaiankaum-dan-etnik-di-sarawak/ Team Teks ( August 2, 2023). "Cara Memupuk Semangat Patriotisme dalam Kalangan Masyarakat" https://teks.my/caramemupuk-semangat-patriotisme-dalam-kalangan-masyarakat/ 15


Umum mengetahui bahawa, semangat patriotisme amat penting untuk dipratikkan oleh setiap individu. Lagilagi, generasi muda kini yang masih belajar dan diberi contoh yang baik seperti menerapkan perasaan cinta akan negara dalam diri. Dalam meniti arus kemodenan ini, pihak kerajaan haruslah menitikberatkan kesejahteraan negara supaya rakyat dapat hidup bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama. Hubungan kaum dan agama yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, pihak kerajaan sekali gus rakyat perlulah berdedikasi dan komited dalam membangunkan negara yang perpaduan. Kesimpulan 16


8 248950 3689 9


Click to View FlipBook Version