The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulezani, 2019-12-06 05:38:50

ebook_BAB 1 WAWASAN PENDIDIKAN 2020

ebook_BAB 1 WAWASAN PENDIDIKAN 2020

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.1 RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta suatu masyarakat yang
adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami, untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.3 WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA

Perpaduan
Stail Pengurusan
Perkhidmatan ( Empowerment )
Sistem Pengesanan Yang Efektif
Budaya Ilmu
Sekolah Penyayang
Budaya Cemerlang
Ke Arah Tiada Kecacatan ( Zero Defect )

1.4 MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia
(World Class) bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi Malaysia.

1.5 ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Objektif Etika Kerja Kementerian Pendidikan ialah :
Menanam sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang
kepada pelanggan dan organisasi.
Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Penggerak ke arah kebaikan

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

Memperkotakan apa yang dikatakan

Berdisiplin dan beradab

Walaupun terdapat banyak nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika
Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai itu ialah :

Amanah Dedikasi
Benar Ikhlas
Bijaksana Penyayang
Bersyukur

1.6 ETIKA KERJA ISLAM

Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
Bekerja dengan ikhlas dan amanah
Bekerja dengan tekun dan cekap
Bekerja dengan semangat gotong royong dan berpadu
Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat

1.7 TERAS PERKHIDMATAN

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggung jawab
Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.8 PENGURUSAN SEKOLAH BERKESAN

1. Pembentukan Sekolah Berwatak
2. Sokongan Padu Staf Guru Dan Staf Sokongan
3. Penguasaan Sekolah
4. Perhubungan Awam
5. Pembinaan Kerangka Sekolah
6. Pembinaan “Pathways Menghubungi Sekolah Dengan Pendidikan

Lepasan Sekolah Dan Dunia Pekerjaan “
7. Sukan Dan Kokurikulum
8. “Beyond Theory One “
9. Peningkatan Taraf Fizikal
10. “Equal Access To Quality Schooling”

1.9 9 CIRI SEKOLAH BERKESAN

1. Pengajaran Dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
2. Menawarkan Pelbagai Program Akdemik
3. Menyediakan Suasana Pengajaran Dan Pembelajaran Kondusif
4. Memiliki Iklim Sekolah Yang Positif
5. Menggalakkan Interaksi Rakan Sejawat
6. Program Pembangunan Staf Yang Ekstensif
7. Mengamalkan Kepimpinan Bersama-sama
8. Penyelesaian Masalah Yang Kreatif
9. Menawarkan Penglibatan / Keterlibatan Ibu Bapa Komuniti

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.10 CIRI-CIRI GURU BERKESAN

1. CIRI-CIRI PROFESIONAL
a) Pengetahuan
Berpengetahuan dalam bidang kepakaran / bidang yang diajar dan
berupaya menyampaikan ilmu kepada pelajar.
Sentiasa meningkatkan pengetahuan dan peka terhadap perkembangan
teknologi dan isu semasa dalam bidang pendidikan.

b) Kemahiran Mengajar
Mahir dalam pengajaran dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran.
Menggunakan pelbagai sumber dan alat bantu mengajar.
Mengubahsuai kaedah, teknik dan alat bantu mengajar bersesuaian
dengan kumpulan pelajar.
Menggabungjalinkan/mengaitkan pelajaran yang diajar dengan mata
pelajaran lain dan kehidupan sehari-hari.

c) Pengurusan Kelas
Keupayaan mengawal kelas dan mengekalkan interaksi dan wacana
dalam kelas.
Mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif dengan maklumat bersih
dan ceria.

d) Etika

Mematuhi Kod Etika Perguruan.
Berdedikasi, bertanggungjawab, berwawasan dan sentiasa memberi
motivasi untuk meningkatkan pengetahuan pelajar.
Menjadi guru mithali dan membentuk peribadi pelajar.

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

2. CIRI-CIRI PERSONALITI

a) Rupa Diri : Menarik dari segi pakaian dan penampilan diri.

b) Emosi : Emosi yang stabil dan sentiasa mengawal perasaan dan
perilaku.

c) Adil : Adil, saksama dan memberi layanan, perhatian yang sama
rata kepada semua pelajar.

d) Amanah : Jujur, menepati masa / waktu, bertanggungjawab dan
berprinsip teguh.

e) Perwatakan : Sopan, bertimbangrasa, empati, penyayang dan mengambil
berat terhadap kebajikan pelajar.

f) Kemahiran : Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan suasana saling
Interpersonal hormat-menghormati di antara guru dan pelajar serta
berfikiran terbuka

g) Proaktif : Berfikiran positif dan mengambil inisiatif untuk memajukan
diri dan juga pelajar. Berinovatif dan suka mencuba sesuatu
yang baru sealiran dengan kemajuan dan perkembangan
semasa

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.11 KONSEP SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

DEFINISI

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri
dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai
tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional
yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya antarabangsa.

PRASYARAT

Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan
Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR
dan SPM)
Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang
setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi
Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang
menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti
Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah sekolah lain dari dalam dan luar
negara
Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi
impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah
Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah sekolah sama ada di dalam negeri
atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program
Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

CIRI – CIRI UTAMA SBT

Kepimpinan
Pengurusan
Pencapaian
Kejayaan
Perhubungan
Identiti Kendiri
Pembelajaran Terarah Kendiri
Sistem Bekerja Berprestasi Tinggi
Kesaksamaan
Timbal-Balas
Penurunan Kuasa

PELAN STRATEGIK SBT

Fokus 1 : Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
Fokus 2 : Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah
Fokus 3 : Mewujudkan Akauntabiliti
Fokus 4 : Piawaian dan Penandaarasan
Fokus 5 : Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan
Fokus 6 : Menerajui Perubahan dan Pembaharuan

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.12 DASAR MBMMBI

Strategi memertabatkan Bahasa Melayu melibatkan penggunaan BM sebagai
bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta
menambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Manakala strategi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan
penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang
mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.

Definisi Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.

Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada
tempat yang sepatutnya sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang termaktud dalam perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu
juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan
1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa
ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tujuan MBMMBI

Tujuan memertabatkan Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan dan menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu
ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia.

Tujuan memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris
merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan
berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
nasional dan global.

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.13 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula
sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian
semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa
yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi
muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21 dan peningkatan harapan ibu bapa
serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

Dalam tempoh 15 bulan (Oktober 2011 hingga Disember 2012), Kementerian
telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang
dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi
Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa,
murid, dan orang ramai di seluruh negara.

Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai
prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau
dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi
sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada
masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.14 LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

AKSES

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada pra sekolah hingga
menengah atas menjelang 2020.

KUALITI

Negara dalam kelompok satu per tiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

Ekuiti

50% pengurangan dalam jurang pencapaian bandar – luar bandar, sosio ekonomi,
gender menjelang 2020.

Perpaduan

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

Kecekapan

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.15 ENAM ASPRASI MURID

Setiap murid akan mempunyai ;

1. Pengetahuan
2. Kemahiran Berfikir
3. Kemahiran memimpin
4. Kemahiran Dwibahasa
5. Etika dan Kerohanian
6. Identiti Nasional

1.16 Anjakan Transformasi Pelan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
4. Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus

berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Mentranformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.17 TIGA GELOMBANG TPPM 2013 - 2025

Gelombang 1 (2013 – 2015)

Memberi penekanan kepada penambahbaik sistem dengan mempercepatkan
perubahan kaedah pelaksanaan program. Tumpuan akan diberikan kepada kaedah
peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada,
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan literasi Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan numerasi.

Gelombang 2 (2016 – 2020)

Kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk
mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa
gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua
kepada pakej kerjaya baru, dan penstrukturan Kementerian,. Kurikulum Standard
Sekolah Rendah dan Menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha
menangani kebimbangan mengenai pengetahuan kemahiran dan nilai untuk maju
sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

Gelombang 3 (2021 – 2025)

Akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dan peningkatan
keluwesan operasi di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru,
pengetua perlu menunjukkan prestasi melebihi tahap minimum. Kementerian akan
menganjakkan kebanyakkan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah
berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem
pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan
meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..

1.18 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Konsep Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Suatu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan
bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan, guru yang
kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.
1. Mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik Sekolah Amanah di sekolah harian

terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah
2. Membangunkan kepakaran tempatan melalui pendekatan latihan dan bimbingan

yang berstruktur kepada Pemmbimbing Kepimpinan (PK) dan Pembimbing
Pedagogi (PP) serta pemimpin sekolah transformasi. Pembiayaan ditanggung
sepenuhnya oleh KPM
3. Menggalakkan dan mengamalkan;

Pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan pemikiran kritis dan
kreatif dalam kalangan murid,
Pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim bilik
darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdPc yang kreatif dan
berkesan
Pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan kemenjadian murid,
peningkatan capaian dan penggunaan ICT
Penglibatan aktif komuniti setempat

..MANUAL PENGURUSAN SMKKC 2020..


Click to View FlipBook Version