HAK CIPTA HARTA INTELEK, UNDANG-UNDANG
SIBER, PLAGIAT, KERAHSIAAN, KESELAMATAN
DAN PENYEBARAN MAKLUMAT
NAMA PEMBENTANG:
1. MASYITAH BT ABNI HAJAR
2. MUHAMAD RAFI’ BIN AHMAD MUBAROK
3. MUHAMAD FADZLI BIN MOHD TAHARIN
4. MAI NURHIDAYAH BT MOHAMAD AMIN
5. MAIZATUL AISYAH BT MAZLAN
HAK CIPTA HARTA INTELEK
• Harta intelek merujuk kepada perlindungan yang diberikan terhadap ciptaan
intelektual yang berkaitan dengan karya sastera dan seni, reka bentuk dan simbol,
nama dan imej yang mempunyai nilai komersial.
• Contoh isu harta intelek: syarikat pengeluar, pengedar dan peruncit beras Faiz Rice
Sdn Bhd yang didapati bertanggungjawab melanggar hakcipta enam jenama beras
milik syarikat Faiza Sdn Bhd.
• Hasil kreativiti manusia merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan
seni, reka cipta dan simbol, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan
termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan.
• Pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak
eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.
UNDANG-UNDANG HARTA INTELEK
• Antara undang-undang yang melindungi harta intelek ialah:
a) Akta Cap Dagangan 1976
b) Akta Paten 1983
c) Akta Hakcipta 1987
d) Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996
CAP DAGANGAN
• Cap dagangan ialah tanda yang mampu membezakan barang atau perkhidmatan
satu perusahaan daripada perusahaan yang lain.
• Cap dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor
atau kombinasi elemen-elemen tersebut.
PATEN
• Paten ialah hak eksklusif yang diberikan untuk sesuatu ciptaan sama ada produk atau
proses yang menyediakan secara umum cara baharu untuk melakukan sesuatu atau
menawarkan penyelesaian teknikal baharu kepada sesuatu masalah.
• Antara reka cipta yang boleh dipatenkan ialah:
a) Baru, iaitu rekacipta yang belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana
b) Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta itu tidak ketara kepada
seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi
tersebut; dan
c) Dapat digunakan dalam mana-mana industri.
HAK CIPTA
• Hak cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh
masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka.
• Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
• Antara jenis hakcipta iaitu:
a) Karya seni
b) Reka bentuk binaan
c) Siaran radio dan televisyen
REKA BENTUK CIPTAAN INDUSTRI
• Reka bentuk ciptaan industrI merupakan ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang
digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu
ciri yang perlu ada pada barang siap, ciri yang menarik dan dinilaikan dengan
pandangan mata.
• Antara reka bentuk yang boleh didaftarkan ialah:
a) Memenuhi tafsiran reka bentuk perindustrian
b) Baru di Malaysia atau di tempat lain
c) Tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral
UNDANG-UNDANG
SIBER
Definisi
● Undang-undang siber ialah bidang undang-undang yang berkaitan dengan
penggunaan internet yang merangkumi unsur teknologi dan elektronik. Undang-
undang ini mula diperkenalkan bagi mengawal sebarang salah laku memandangkan
risiko yang dihadapi dalam urusan harian yang menggunakan talian internet.
Sejarah
● Diluluskan pada 1997 apabila kerajaan membangunkan pelan pembangunanan IT yang kompleks iaitu
program Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1996 sebagai suatu kawasan berlatar teknolgi IT.
● Menurut Tonny Benn(1979) menyifatkan bahawa kewujudan teknologi baru kan mengundang pelbagai
implikasi berbentuk teknikal, sosiologikal ataupun psikologikal kepada golongan tertentu.
● Bertujuan dari aspek penentuan status undang-undang urusniaga digital, perlindungan pengguna dan
meminimumkan penyalahgunaan undang-undang(Norkhanizam.1998))
CONTOH UNDANG-UNDANG SIBER
1. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
-Untuk memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses untuk
tujuan transaksi komersial.
- Sebarang data yang membolehkan seseorang individu yang masih hidup dikenalpasti adalah
dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi. Beberapa contoh:
nama dan alamat, nombor kad pengenalan, nombor pasport,maklumat kesihatan, alamat emel,
Gambar,lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV) dan maklumat dalam fail peribadi
2. Akta Jenayah Komputer 1997
- Melindungi daripada penyalahgunaan komputer dan aktiviti jenayah komputer seperti
penggunaan program komputer tanpa kebenaran transmisi tidak sah data atau mesej menerusi
komputer dan penggodaman sistem dan rangkaian komputer.
3. Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
Memastikan keselamatan bagi maklumat, rangkaian dipercayai dan kemampuan perkhidmatan
di Malaysia. Malah memastikan keyakinan keyakinan pengguna pada tahap tinggi dalam indutri
teknologi maklumat dan komunikasi.
Sambu..
4. Akta Hakcipta 1987
- Menggalakkan penciptaan karya yang bernilai dan dihargai, melindungi kepentingan
ekonomi,pencipta karya, mengimbangi kepentingan pengguna & pencipta.
5. Akta Perdagangan Elektronik 2006
-Bagi mengatasi halangan yang wujud dalam menjalankan transaksi secara elektronik serta
mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi
pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara konvensional
Kepentingan undang-undang
siber
Sambu.. 04 Memastikan Transaksi Dalam
Talian sah
Membawa penjenayah siber
05 Menjaga Keselamatan Data
01ke muka pengadilan. Kerajaan
Memaksa pengguna untuk 02 06 Menjaga Privasi dan
menjadi baik dengan kawalan kerahsiaan Maklumat
keatas sikap dan perlakuan
yang dibuat melalui internet. 07 Menlindungi Hak Harta Intelek
Memberi perlindungan dan 03
keadilan kepada mangsa-
mangsa akibat salah guna
internet, kerosakan komputer,
pencurian data dan sebagainya
PLAGIAT
PLAGIAT
• Menurut kamus dewan edisi ke 4 (2007), plagiat bermaksud mencedok kata-kata,
idea, dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya
sendiri (menjiblak).
• Plagiarisme merupakan satu amalan yang tidak profesional.
Mengambil idea tentang
sesuatu perkara tanpa
memberikan kredit kepada
pemilik asal
Mengubah hasil kerja Antara Tidak memasukkan
seseorang dan contoh sumber rujukan setelah
plagiat merujuk tentang sesuatu
menyatakan bahawa ia
adalah milik sendiri. ialah perkara
Memberikan maklumat yang
salah tentang sesuatu
sumber yang dirujuk/diambil
Undang – undang berkaitan
plagiarisme
• Terdapat undang – undang yang diberikan kepada pemilik asal sesebuah hak cipta.
• Undang – undang tersebut ialah Akta Hakcipta 1987 dan kemudian dipinda pada
1997 berikutan masalah pemindahan karya hak cipta melalui internet.
• SUMBER : https://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/
SUMBER : https://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/
KERAHSIAAN
Kerahsiaan
International Organisation for Standardization (ISO) telah
mentakrifkan kerahsiaan sebagai seseuatu maklumat itu
hanya boleh dicapai oleh orang-orang yang tertentu sahaja
dengan kebenaran.
Kerahsiaan juga bermaksud mengekalkan sekatan terhadap
akses dan pendedahan maklumat yang diizinkan. Hilang
kerahsiaan bermakna pendedahan maklumat tanpa izin
telah berlaku.
Kerahsiaan juga bermaksud ada kaitan dengan penjagaan
dan pemeliharaan bahan, alat atau objek serta bahan
bertulis.
Dalam pengurusan dan
pentadbiran sesuatu
organisasi atau negara,
teknologi maklumat
digunakan untuk
membina dan
memelihara kerahsiaan
pembangunan.
Contoh: Microsoft
● Microsoft mempunyai rahsia
tersendiri untuk membangun dan
memajukan teknologinya.
● Penggunaan jenama Microsoft
digunakan secara meluas di
serata dunia.
● Pemeliharaan nilai-nilai kerahsiaan
dapat mempertingkatkan dan
memperkukuhkan organisasi.
Nilai-nilai kerahsiaan
Alat komunikasi
Pengendalian data
Penggunaan alat Berhati-hati mengendalikan
komunikasi seperti data yang diterima bagi
komputer, telefon pintar mengelakkan maklumat
dan lain-lain harus tersebar kepada pihak yang
berniat jahat.
dirahsiakan.
Maklumat peribadi Kaedah kerahsiaan
Status kewangan, Amalan penguatkuasaan
insurans, kesihatan dan undang-undang, peraturan,
pelesenan dan praktis
tempat tinggal perlu penguatkuasaan pentadbiran.
dirahsiakan.
RUJUKAN
• https://www.kpdnhep.gov.my/images/dokumen/awam/perundangan/24-bm-Akta-Hak-Cipta-
1987-sehingga-1-7-2012.pdf
• https://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/
• https://www.pdp.gov.my/jpdpv2/soalan-lazim/
• Pitchan, M. A., & Omar, S. Z. (2019). Dasar keselamatan siber Malaysia: Tinjauan terhadap
kesedaran netizen dan undang-undang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication,
35(1).
• https://www.myipo.gov.my/ms/akta-hak-cipta-1987/
• Start – Portal Rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myipo.gov.my)
PENYEBARAN
MAKLUMAT
Penyebaran maklumat yang dilakukan melalui
platform teknologi maklumat dan komunikasi
membolehkan guru dapat berkomunikasi dengan
murid tanpa Batasan masa dan tempat.
Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah:
1. Persekitaran pembelajaran maya ( Virtual Learning
Environment)
2. Sistem pengurusan pembelajaran ( Learning Management
System)
FUNGSI PENYEBARAN MAKLUMAT
Membuat Pelengkap Maklum Kolaborasi
keputusan ilmu balas
CIRI-CIRI MAKLUMAT PALSU
Rujukan Tidak Kerap Jalan Tiada Sumber
tidak logik ulang cerita sumber yang
tepat tayang menarik
asas disamarkan
SEKIAN TERIMA KASIH