The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peranan dan pemikiran tokoh dalam memartabatkan bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 976-16-shafiqah, 2021-12-30 10:16:51

Peranan dan pemikiran tokoh dalam memartabatkan bahasa Melayu

Peranan dan pemikiran tokoh dalam memartabatkan bahasa Melayu

Peranan dan
pemikiran tokoh
dalam
memartabatkan
bahasa Melayu

ASMAH HJ OMAR

▫Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar dilahirkan di Jitra, Kedah

pada 5 Mac 1940

▫Beliau merupakan pakar nahu Bahasa Melayu & tokoh terkenal dalam

bidang perancangan bahasa

▫Beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa & Linguistik

dan Timbalan Naib Canselor di Universiti Malaya

▫Pada tahun 2000 , beliau telah dianugerahkan gelaran

Doktor Persuaratan (D.Litt) daripada Universiti Malaya
kerana sumbangan beliau yang begitu besar dalam bidang
kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia

▫Beliau banyak menjalankan penyelidikan tentang

bahasa orang asli di Sabah dan Sarawak

▫Beliau merupakan wanita Melayu Malaysia terawal

yang memperoleh PhD

▫Beliau merupakan individu di Malaysia yang paling lama

memegang jawatan sebagai profesor.

▫Jawatan sebagai profesor merupakan jawatan yang tertinggi

di universiti dan mula dipegang oleh beliau sejak berusia 36
tahun hingga beliau bersara wajib pada usia mencecah 65
tahun

PERANAN ASMAH HJ OMAR DALAM
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

▫Beliau telah menulis buku-buku dalam bidang

tatabahasa yang dijadikan sebagai rujukan orang ramai

▫pada masa kini
Antara buku yang dikeluarkan ialah Nahu Melayu
Mutakhir (1980), Morfologi-Sintaksis Bahasa
Melayu(Malaya) dan Bahasa Indonesia (1968) dan lain-

▫lain.
Beliau juga turut menerbitkan buku tentang
perkembangan sejarah dan genealogi bahasa Melayu
sebagai bahasa tua

PEMIKIRAN
ASMAH HJ OMAR

Pemikiran tentang susur galur sejarah bahasa Melayu



-Menurut Asmah Haji Omar (2008), susur galur serta pemahaman tentang bahasa Melayu yang
lengkap adalah melalui Ensiklopedia bahasa Melayu

-Ensiklopedia merupakan perkembangan bahasa Melayu dari sudut sejarah, variasi, tulisan, ejaan,
fonetik, fonologi, nahu, morfologi, sintaksis, ragam bahasa sehinggalah kepada etimologi

-Bahasa Melayu merupakan bahasa rumpun Austronesia yang terbahagi kepada empat keluarga
iaitu Indonesia, Melanesia, Mikronesia dan Polinesia

▫Bahasa-bahasa dalam keluarga Indonesia dikenali sebagai bahasa-bahasa Austronesia

Barat dan keluarga tiga yang lain itu dikenali sebagai bahasa-bahasa Austronesia Timur atau
juga dikenali sebagai bahasa Oceania kerana terdapat di kawasan lautan

▫Asmah Haji Omar turut menyatakan teori pergerakan bahasa Austronesia dengan

mengambil beberapa teori sarjana dunia iaitu Teori Kern berdasarkan bukti linguistik dan
bukti budaya.

Pemikiran tentang bahasa dan alam Melayu






Asmah Haji Omar (1993) meneroka alam pemikiran Melayu dan pengalaman-pengalaman
orang Melayu yang terakam dalam bahasanya

▫melalui penelitian terhadap bahasa kanak-kanak, khususnya dalam penuturan bahasa itu

sebagai bahasa pertama dan bahasa orang dewasa.

▫Penelitian mengenai bahasa kanak-kanak itu dilakukan secara empiris dan perbincangan

bertumpu pada pelbagai unit dan fungsi bahasa

▫Beberapa penemuan beliau terhadap bahasa subjek penyelidikan sesuai dengan sesuatu yang

terdapat dalam bahasa lain tetapi terdapat perbezaan,

▫Khususnya dalam penguasaan sistem bahasa secara kronologi, iaitu menurut peredaran masa

sesuai dengan peningkatan usia kanak-kanak

▫Beliau melihat pemikiran orang Melayu dalam penghitungan, konsep-konsep ruang dan waktu

serta cara mengeluarkan arahan dalam bahasa tulisan, iaitu dalam soal peperiksaan

Pemikiran tentang nahu dan tatabahasa



Asmah Haji Omar (1976) dapat mengesan beberapa prinsip fonologi yang
melandasi analisis Za’ba tentang sistem ejaan bahasa Melayu seperti yang berikut:

a)Keutamaan ucapan di atas tulisan (kewujudan bunyi mendahului tulisan)
b)Huruf sebagai lambang bunyi
c)Hubungan antara fikiran mekanisme bahasa

●Asmah merupakan penulis bahasa Melayu yang menerapkan nahu struktural.

Sebagai contoh melalui bukunya, Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini

●(2008).
Huraian tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Hal ini jelas

●berbeza dengan acuan nahu tradisional yang mementingkan makna semata-mata.
Menurut Asmah, ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Ayat mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan
perbuatan senyap.

Pemikiran penggunaan bahasa menurut situasi



Asmah Haji Omar (2002) menyatakan pengertian setia bahasa merujuk kepada
pengertian yang mematuhi pedoman-pedoman politik, sosial atau budaya dalam
penggunaan bahasa menurut situasi

●setia bahasa tidaklah bermakna bahawa seseorang itu harus menggunakan satu bahasa

sahaja dalam kehidupannya sehari-hari, dan menyisihkan bahasa yang lain

●Setia bahasa dalam masyarakat berbilang bahasa bermakna menghormati kedudukan

sesuatu bahasa sesuai dengan tempat yang diberi kepadanya dalam dasar yang disetujui
oleh masyarakat

●Asmah mengemukakan pemikirannya mengenai peraturan linguistik adalah peraturan

yang memastikan keteraturan sebutan dan nahu dalam penggunaan bahasa

Pemikiran tentang wacana




● Wacana akademik
Menurut pandangan Asmah Haji Omar (2006), wacana akademik merupakan hasil kreatif
yang menggabungkan faktor-faktor psikologi, sosio retorik dan bahasa

●Dengan itu pembahagian teks secara tradisional yang meletakkan teks akademik dalam

golongan penulisan deskriptif tidak begitu tepat

●Asmah (2006) memaparkan pemikirannya melalui teori-teori di sebalik proses kreatif itu

dan memberi panduan penggunaan berbagai-bagai strategi dalam penghasilan wacana
akademik yang baik

●Pedoman tersebut merupakan satu peringkat peraturan tentang cara mengeja (bagi

Pedoman Umum Ejaan) dan cara membentuk istilah (bagi Pedoman Umum Pembentukan
Istilah)

Wacana temu duga dan wawancara



Wacana temu duga dan wawancara edisi kedua dapat membantu mereka
yang ingin memahirkan diri dalam temu duga dan wawancara.

●Beliau memperlihatkan wacana temu duga dan wawancara sebagai genre

tersendiri kerana terdapat jaringan sosial yang menimbulkan sesuatu
wacana itu

●Tujuan wacana temu duga dan wawacara dilaksanakan adalah untuk

memberi huraiandan penjelasan tentang wacana yang berlaku dalam temu
duga dan wawancara

●Berdasarkan bidang wacana, jelas ia membuktikan bahawa Asmah Haji

Omar berfikiran jauh bagi memastikan keperluan masyarakat dipenuhi.

NIK SAFIAH KARIM

-Prof Emeritus Datuk Doktor Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17 Disember 1939 di
Kota Bharu, Kelantan

-Beliau merupakan tokoh dan cendekiawan tanah air yang aktif memperjuangkan
kedaulatan bahasa Melayu

-Beliau juga merupakan salah seorang Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah
menjadi Presiden selama 18 tahun

-Gelaran Professor Emeritus diberikan kepada Nik Safiah Karim pada tahun 2002

-Nik Safiah Karim juga telah mengasaskan dua persatuan iaitu PERTIWI (Pertubuhan
Tindakan Wanita Islam) dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia

Peranan dan pemikiran Nik Safiah Karim dalam memartabatkan bahasa Melayu



-Penggunaan bahasa Melayu yang tepat ketika berkomunikasi.
-Beliau telah menerbitkan lebih 35 buah buku berkaitan bahasa yang meliputi 30 buah
buku tentang wanita dan 10 buah buku yang dianggap secara langsung dengan bidang
bahasa.
-Pemantapan dalam sistem bahasa.
-Beliau telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan majalah tentang bahasa.
Menerbitkan pelbagai karya berkaitan dengan tatabahasa sebagai rujukan kepada
masyarakat
-Penggunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.
-Memastikan bahasa Melayu menjadi asas pendidikan negara.
-Memastikan buku ilmiah dan akademik ditulis dalam bahasa Melayu.
-Tanggungjawab guru memperluaskan bahasa Melayu.
-Menasihati orang melayu mempelajari dan memartabatkan bahasa Melayu.
-Tahap penguasaan bahasa Melayu yang berkesan.
-Lebih menumpukan kepada sosiolinguistik.

MUNSYI
ABDULLAH

●Nama Sebenar : Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
●Tarikh lahir : 1976 masihi bersamaan tahun hijrah 1211
●Tempat lahir : Kampung masjid atau dikenali sebagai
Kampung Pali
●Asal : Keturunan Arab dan India
●Gelaran : Munsyi pada usia 11 tahun apabila mengajar askar-
askar melayu di Melaka
●Beliau juga mengajar askar-askar India dan British Bahasa
Melayu
●Beliau mula bekerja dengan bapanya dengan menolong
bapanya menyalin dokumen-dokumen penting

●Pada tahun 1815, beliau menggunakan peralatan percetakan di kediaman Paderi Milne

untuk membuat huruf, mengaturnya dan mencetak buku serta surat.

●Abdullah mengikuti Raffles ke Singapura dan terus menjadi jurutulis dan jurubahasa

Raffle.

●Dilantik sebagai jurutulis dan penterjemah ketika Stamford Raffles membuat lawatan ke

Melaka.

●Pada usia 27 tahun, beliau telah mengajar bahasa Melayu kepada Paderi Milne dan C.H.

Tomse.

●Beliau diberi tugas untuk mengumpul bahan sastera Melayu lama untuk Raffles

membawa pulang ke England serta mengkaji adat Cina dan masyarakat Jakun.

PEMIKIRAN MUNSYI ABDULLAH DAPAT MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

●Munsyi Abdullah telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 yang bertajuk

Syair Singapura Terbakar.

●Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui

karya kesusasteraan, malahan beliau menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa
tersebut.

●Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah

bahasa.

●Hal ini lebih nyata apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa

ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah
berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

●Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah

merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam
bahasa Melayu.

●Beliau menegaskan betapa pentingnya bahasa Melayu dipelajari oleh

orang Melayu.

●Beliau berminat mempelajari dan mendalami bahasa Melayu

Beliau juga menjelaskan betapa ruginya orang Melayu kerana tidak
mahu mempelajari bahasa Melayu iaitu bahasa mereka sendiri


Click to View FlipBook Version