The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 976-16-shafiqah, 2022-06-28 10:37:24

PENGUASAAN LITERASI

LITERASI MEMBACA

Literasi
Membaca

KUMPULAN 5
SYAKIRIN - SHAFIQAH -
SYARMIMI - SYADHIRA -

KHADIJAH

Aktiviti Prabacaan

❖ Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan
memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca.

❖ Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya,
kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan
kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas.

❖ Pada tahap ini,murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh
mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

❖ Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran
kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran
sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Sambungan...

❖ Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca
kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan.

❖ Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran,
kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor,
latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.

❖ Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga
membaca ayat.

❖ Tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk
membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan
kesediaan membaca adalah sama.

Kemahiran-kemahiran Prabacaan

01Pengamatan penglihatan 02 Pendengaran

Tujuan aktiviti membolehkan murid Tujuan aktiviti adalah melihat
membezakan perkataan, huruf, keupayaan murid-murid untuk
nombor dan perkataan yang hampir mengenali danmengamati persamaan
sama. dan perbezaan bunyi atau perkataan
yang telah didengar.

03 Pergerakan mata dan tangan

Aktiviti ini bertujuan membantu
murid-murid menguasai kemahiran asas
menggerakkan tangan secara kemas,
berpandu dan bersistematik.

Peringkat bacaan

mekanis

Pada peringkat ini murid sudah boleh
membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh
membatang perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka dan tertutup. Murid membaca secara
kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan
yang jelas dan terang.

Tujuan Bacaan Mekanis

❖ Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

❖ Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda
baca serta tahu pula berhenti pada tempat
berhenti yang betul.

❖ Membolehkan murid membaca dengan irama membaca
yang betul.

❖ Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata
muridan yang lain.

❖ Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan
kecekapan membaca secara kuat.

Aktiviti Bacaan Mekanis

❖ Guru memberikan satu petikan dalam satu masa
khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan
umur murid.

❖ Bersoal jawab dan membantu murid dengan
perkataan dan rangkai katra yang susah sama
ada dari segi sebutan atau makna perkataan
itu.

❖ Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak
bacaan guru.

❖ Guru membaca dan murid mengikut. Boleh
dilakukan secara kelas atau kumpulan.

❖ Guru membimbing murid membaca secara individu
dan bergilir-gilir.

❖ Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid
tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman
mereka.

Peringkat
Bacaan
Mentalis

Tujuan Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau
menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara.
Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis
kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis
seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak
diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan
sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan
mekanis.

Tujuan Bacaan Mentalis

❖ Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
❖ Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa

yang dibacanya,
❖ Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
❖ Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan

pengetahuan.

❖ Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

Aktiviti Bacaan Mentalis

❖ Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.

❖ Bahan-bahan yang diajar mestilah
berperingkat-peringkat daripada
bahan-bahan yang sedikit dan senang
kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.

❖ Guru memberi dan menentukan bahan bacaan.
Semasa pelajaran dijalankan guru membantu
dan memandu murid-murid yang lemah.

❖ Guru bersoal jawab dan membincangkan
perkataan dan rangkai kata yang susah.

Sekian,
Terima
Kasih.

CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, including icons by Flaticon and
infographics & images by Freepik
Please keep this slide for attribution


Click to View FlipBook Version