The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dasar pendidikan Kebangsaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by perakangperakang, 2024-05-23 10:58:02

pendidikan

Dasar pendidikan Kebangsaan

Keywords: DPK

152 Punca Kuasa Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 3/1995: Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Rendah dan Menengah ”Ekspatriat” (26.4.1995). Institusi pendidikan yang menawarkan program pendidikan peringkat tadika, rendah dan menengah dengan menggunakan kurikulum negara asal untuk pendidikan warganegara masing-masing. 6.2.2 Sekolah Ekspatriat Dasar Pengenalan Sekolah Ekspatriat Pernyataan Dasar Sekolah ekspatriat diwujudkan bertujuan untuk memenuhi kebajikan dan keperluan pendidikan anak-anak masyarakat ekspatriat di Malaysia bagi mempelajari kurikulum negara asal masing-masing dan bahasa rasmi negara masing-masing sebagai bahasa pengantar. Strategi Pelaksanaan Memastikan semua sekolah ekpatriat berdaftar secara sempurna dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Memastikan semua sekolah ekpatriat sentiasa mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan peraturan secara berkala. Mendapatkan data sekolah, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan rekod. i. ii. iii. Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) terdiri daripada 60 buah institusi pendidikan persendirian yang tidak akur terhadap Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. SMPC ditubuhkan dan diurus oleh Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong). SMPC menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan Unified Examination Cerificate (UEC) yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Namun begitu, kewujudan SMPC dan UEC adalah kekal status quo sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pelajaran 1961 serta peruntukan di bawah seksyen 151 Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. 6.3 Institusi Pendidikan Lain 6.3.1 Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Dasar Pengenalan Sekolah Menengah Persendirian Cina Pernyataan Dasar SMPC ialah institusi pendidikan persendirian yang tidak akur dengan Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, menjalankan Kurikulum Kebangsaan dan menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan yang sama.


153 Punca Kuasa Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; Fasal 151 Rang Undang-Undang Pendidikan 1995; dan Hansard Parlimen bertarikh 18 Disember 1995 – Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 oleh YB Menteri Pelajaran. Strategi Pelaksanaan Mengekalkan status quo SMPC dan UEC seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; Memastikan tiada penubuhan SMPC baharu selain 60 buah sedia ada selaras dengan dasar dan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa; dan Memastikan UEC yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia hanya dilaksanakan di 60 buah SMPC sedia ada sahaja. i. ii. iii. Punca Kuasa Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. 26 April 1995: Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 9/1995: Pengurusan Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS). Strategi Pelaksanaan Memastikan semua Pusat Perkembangan Minda berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Mendapatkan data pusat, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan rekod. Memastikan semua Pusat Perkembangan Minda sentiasa mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan peraturan secara berkala dari sudut tadbir urus dan kurikulum/ program bagi menjamin perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. i. ii. iii. Pusat Perkembangan Minda ialah institusi pendidikan yang menjalankan program pendidikan untuk perkembangan minda individu dengan menggunakan metodologi tertentu. 6.4 Institusi Lain Disediakan oleh Pelbagai Agensi 6.4.1 Pusat Perkembangan Minda Dasar Pengenalan Pusat Perkembangan Minda Pernyataan Dasar Pusat perkembangan minda yang wujud adalah untuk menyediakan program pendidikan berbentuk pengayaan, perkembangan kemahiran minda dengan menggunakan metodologi tertentu dan berfokus, ditawarkan kepada semua peringkat umur dengan umur minimum empat tahun.


154 Punca Kuasa Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 26 April 1995: Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 9/1995: Pengurusan Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS). Memorandum Jemaah Menteri Bersama-sama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM): Penyelarasan Pendaftaran Kelahiran dan Akses kepada Pendidikan bagi Kanak-Kanak Etnik Rohingya. 20 Mac 2015: Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Pusat Bimbingan Alternatif (kelulusan oleh YAB Menteri Pendidikan). Strategi Pelaksanaan Memastikan semua Pusat Bimbingan Alternatif berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Mendapatkan data pusat, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan rekod. Memastikan semua Pusat Bimbingan Alternatif sentiasa mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan peraturan secara berkala dari sudut tadbir urus dan kurikulum/program bagi menjamin perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. i. ii. iii. Pusat Bimbingan Alternatif ialah institusi pendidikan yang khusus memberi bimbingan bagi membantu individu yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal sama ada di institusi pendidikan milik kerajaan atau swasta. 6.4.2 Pusat Bimbingan Alternatif Dasar Pengenalan Pusat Bimbingan Alternatif Pernyataan Dasar Pusat Bimbingan Alternatif diwujudkan adalah untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak bukan warganegara Malaysia yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal di institusi kerajaan atau swasta di Malaysia dengan asas kemahiran membaca, menulis dan mengira serta kemahiran hidup daripada peringkat prasekolah, rendah dan menengah rendah. Peluang pendidikan ini selaras dengan Dasar Pendidikan Alternatif di Malaysia. Pusat Bahasa ialah institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran bahasa dan komunikasi. 6.4.3 Pusat Bahasa Dasar Pengenalan Pusat Bahasa Pernyataan Dasar Pusat Bahasa yang wujud adalah untuk menawarkan pelbagai kursus bahasa berfokus tentang kemahiran bahasa dan komunikasi kepada semua peringkat umur.


155 Punca Kuasa Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] 26 April 1995: Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 9/1995: Pengurusan Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS). Strategi Pelaksanaan Memastikan semua Pusat Bahasa berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Mendapatkan data pusat, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan rekod. Memastikan semua Pusat Bahasa sentiasa mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan peraturan secara berkala dari sudut tadbir urus dan kurikulum/program bagi menjamin perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. i. ii. iii. Punca Kuasa Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] 26 April 1995: Surat Pekeliling Pentadbiran BPSG 9/1995: Pengurusan Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) 20 Februari 2001: Surat Pekeliling Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 1/2001: Permohonan Pendaftaran, Perakuan Sementara Pendaftaran dan Membaharui Pendaftaran Institusi Pendidikan Prasekolah Strategi Pelaksanaan Memastikan semua Pusat Tuisyen berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Mendapatkan data pusat, guru dan enrolmen murid secara berkala untuk tujuan rekod. Memastikan semua Pusat Tuisyen sentiasa mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa melalui pengawalseliaan, pemeriksaan dan penguatkuasaan peraturan secara berkala dari sudut tadbir urus dan kurikulum/program bagi menjamin perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. i. ii. iii. Pusat Tuisyen ialah institusi pendidikan swasta yang khusus memberi perkhidmatan bimbingan atau membantu murid institusi pendidikan ke arah persediaan murid menduduki peperiksaan. 6.4.4 Pusat Tuisyen Dasar Pengenalan Pusat Tuisyen Pernyataan Dasar Pusat tuisyen yang wujud bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid yang sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan sebagai persediaan menduduki sesuatu peperiksaan.


156 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENUTUP Dasar-dasar yang dimuatkan dalam buku ini merupakan dasar-dasar yang digubal untuk mencapai visi, misi dan matlamat pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga amat bersesuaian dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun, dasar-dasar pendidikan tersebut tertakluk kepada perubahan dasar utama negara dan keperluan pendidikan semasa. KPM amat berharap agar penerbitan ini dapat memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan tentang maklumat berkaitan dasar utama pendidikan yang dilaksanakan oleh kementerian ini bagi menjayakan pelaksanaan program-program di bawah seliaan KPM. Pelibatan semua pihak mematuhi pelaksanaan dasar-dasar KPM amatlah dihargai bagi memastikan semua program yang disusun dan dirancang dapat disempurnakan dengan kemas, teratur dan sistematik.


Click to View FlipBook Version