TARIKH/HARI 13 - 15 FEBRUARI 2024 | ISNIN HINGGA RABU TEMPAT FACEBOOK KARNIVAL INOVASI KIT PEMBELAJARAN 2024 ANJURAN PELAJAR KUMPULAN B (KPD3016) PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN IN VASI KARNIVAL KIT PEMBELAJARAN
Latar belakang............................................................01 Objektif........................................................................01 Ucapan aluan pensyarah...........................................02 Ucapan pengarah program........................................04 Jawatankuasa induk....................................................06 Jawatankuasa buku program...............................07 Jawatankuasa pengacaraan.................................07 Jawatankuasa teknikal dan FB............................08 Jawatankuasa hadiah............................................08 Jawatankuasa sijil.................................................09 Jawatankuasa penghakiman................................09 Jawatan publisiti dan informasi..........................10 Kit media peserta Kemahiran bertutur...............................................11 Kemahiran mendengar..........................................13 Kemahiran membaca.............................................15 Kemahiran menulis................................................17 Kemahiran seni bahasa.........................................19 Kemahiran tatabahasa...........................................21 ISI KANDUNGAN
Karnival Inovasi Kit Pembelajaran ini dianjurkan oleh pelajar AT05B bagi kursus KPD3016. Karnival ini disertai oleh 36 orang pelajar dengan bimbingan pensyarah bagi membantu proses penghasilan projek inovasi. Karnival ini merupakan satu bentuk inisiatif para pelajar dalam menghasilkan bahan bantu mengajar bersifat inovatif untuk kegunaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, karnival ini akan mempamerkan pelbagai jenis produk inovasi yang praktikal dan bermanfaat kepada sistem pendidikan bahasa Melayu hasil olahan idea yang kreatif dan inovatif. LATAR BELAKANG Memantapkan budaya inovasi dalam kalangan pendidik. Menyebarkan hasil inovasi bakal pendidik supaya dapat memberi impak dan manfaat secara langsung kepada dunia pendidikan. Memberi pengiktirafan dan penghargaan secara formal atas usaha bakal pendidik yang berjaya menghasilkan produk pembelajaran berasaskan inovasi. OBJEKTIF 01
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Barisan ahli jawatankuasa, Siswa Siswi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t, selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kerana terlaksananya kita dapat bersama-sama berada dalam Karnival Inovasi Kit Pembelajaran pada kali ini. Sesungguhnya karnival yang dijalankan secara dalam talian dapat direalisasikan atas kesepaduan usaha antara ahli jawatankuasa. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memberi penghormatan kepada saya untuk memberi sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan program. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang bertekad dalam menjayakan penganjuran karnival ini yang sememangnya sangat signifikan dengan keperluan mahasiswa dan mahasiswi pada masa ini terutamanya bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Saya difahamkan karnival ini menghimpunkan pelajar-pelajar ISMP Bahasa Melayu di bawah kursus KPD3016 Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran 1. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. UCAPAN ALUAN 02 Profesor Madya Dr. Dahlia Binti Janan Penaung Program Karnival Inovasi Kit Media Pembelajaran Bahasa Melayu (KPD3016) AT05B
03 kepada semua pelajar subjek KPD3016 kumpulan AT05(B) kerana telah berjaya menghasilkan inovasi yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai bahan mengajar. Guru inovatif ialah guru yang mampu membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itulah, guru berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi dalam melonjak transformasi pendidikan negara dengan idea dan kepakaran yang telah diterapkan sebagai salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi. Oleh sebab itu, Karnival Kit Pembelajaran inilah yang akan menjadi panduan kepada bakal guru untuk menjadi guru yang berrdedikasi, mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang padu untuk merealisasikan cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan kecemerlangan dan melonjak transformasi pendidikan negara. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengarah program dan ahli jawatankuasa kerana atas usaha semua, Karnival Inovasi Kit Pembelajaran berjaya diadakan. Tidak lupa juga Karnival Inovasi Kit Pembelajaran ini merupakan satu persembahan hasil usaha para pelajar kursus KPD3016 dalam usaha mereka menghasilkan bahan inovasi bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Karnival ini diadakan bertujuan untuk melihat dan menilai hasil kerja pelajar dalam penghasilan sesebuah inovasi yang dapat memberi manfaat dalam bidang pendidikan. Selain itu, untuk melihat tahap potensi pemikiran dan kebolehan para siswa siswi UPSI dalam menghasilkan sesuatu bahan yang bersifat kreatif dan inovatif.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Prof. Madya Dr. Dahlia binti Janan, ahli-ahli jawatankuasa program serta mahasiswa/i UPSI. Terlebih dahulu, saya ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, dapat kami melaksanakan Karnival Inovasi Kit Media bagi subjek Bahasa Melayu 2024. Peluang untuk mengadakan Karnival Inovasi Kit Media ini merupakan salah satu inisiatif sangat bagus untuk bakal-bakal guru supaya mampu menjana satu suasana pembelajaran yang lebih baik, kreatif serta menarik. Selain itu, karnival seperti ini mampu dijadikan sebagai satu persediaan kepada bakal-bakal guru untuk mewujudkan satu inovasi yang mampu membantu memudahkan sesi PdP kelak. Penerapan digital dalam penghasilan inovasi seperti yang dilaksanakan oleh para peserta juga selaras dengan pembangunan digital yang semakin hari semakin canggih juga mampu membuktikan bahawa profesion perguruan ini juga tidak ketinggalan dalam mengikuti arus pemodenan. UCAPAN PENGERUSI KARNIVAL 04 Muhammad Fadlie bin Kamaruddin Pengerusi Program Karnival Inovasi Kit Media Pembelajaran Bahasa Melayu (KPD3016) AT05B
05 Oleh hal yang demikian, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Profesor Madya Dr. Dahlia binti Janan di atas peluang dan ruang bagi kami selaku pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu untuk menjalankan Karnival Inovasi Kit Media bagi tahun 2024. Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana kerana membantu saya dan bertungkus lumus melaksanakan gerak kerja demi menjayakan karnival sebegini biarpun secara dalam talian. Saya berharap karnival seperti ini akan diteruskan lagi dan akan sentiasa ditambah baik supaya dapat membentuk dan melahirkan bakal guru Bahasa Melayu yang kreatif dan inovatif pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. UCAPAN PENGERUSI KARNIVAL
PENAUNG PROFESOR MADYA DR. DAHLIA BINTI JANAN PENGERUSI MUHAMMAD FADLIE BIN KAMARUDDIN BENDAHARI NUR ALEEYA TASHA BINTI MARZUKI SETIAUSAHA NUR DINI SAFIYA BINTI AMIN 06 JAWATANKUASA INDUK
NUR HUSNINA BALQIS BINTI AHMAD FAIZA NURIDA BINTI MUSMESUARI NUR HANIS SYAKIRAH BINTI YAACOB NUR AMIRAH NADIA BINTI MOHD NIZZAM NOR FATIHAH BINTI KHALILI NUR AUNI ZAYANI BINTI RASID NORHIDAYAHANI NATASHA BINTI ROSLEN NUR AINA SHAFIQAH BINTI ZULKIFLI 07 NUR ATHIRAH SYUHADA BINTI MOHAMMAD AZMI JAWATANKUASA BUKU PROGRAM JAWATANKUASA PENGACARAAN
SHEILA ANAK TIRAU NUR FAZIRA BINTI ABDUL RAHMIN MELISSA ESMERALDA ANAK MENCHON NOOR AIDA BINTI NAZARUDIN NURUL AFIEQAH BINTI HASSAN NURUL HAMIZAH BINTI ROMELI NURUL NATASHA NABILA BINTI OTHMAN FARAH NAJIAH BINTI MOHD YUSOFF 08 JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN FB JAWATANKUASA HADIAH SITI NUR AISHAH BINTI MOHD KHALID
JAWATANKUASA PENGHAKIMAN NURALIYA BINTI YAAKUB NOR ALIANA AZREEN BINTI ABD. JAMIL NUR AINUN NABILAH BINTI NORAZMAN NUR SYARFA ALIAA BINTI ABD WAHAB NORARISYAH BINTI YAAKUB SITI NURSHAKIRA BT SARDIANTO NURFATIN ALIA BINTI SALLEH NUR HAINIE BINTI ANUAL NUR AIFA ARYANI BINTI MOHAMED NURUL AUNEY BINTI MOHD SUBRI 09 JAWATANKUASA SIJIL
MOHAMMAD ASYRAF BIN MOHD SHARIFF MUHAMMAD NAQIB BIN ZAHRI MUHAMMAD HARITH SYAHMI BIN HANAFI RAY NASHIUN 10 JAWATANKUASA PUBLISITI DAN INFORMASI
Kit Mahir Lisan merupakan kit media instruksional yang membantu murid bagi memudahkan pengajaran dalam kemahiran bertutur. Kit media ini merupakan kit media yang menggunakan aplikasi Canva. Murid akan lebih memahami sesuatu topik pembelajaran dengan lebih berkesan. Nur Syarfa Aliaa Binti Abd Wahab Kit Mahir Lisan KIT MEDIA PESERTA 11 TaJadaTur ialah singkatan bagi Tanya, Jawab, dan Tutur. Inovasi ini dihasilkan khas untuk pengajaran bagi kemahiran bertutur. TaJadaTur ini dihasilkan melalui laman web Genially dan digabungkan dengan penggunaan aplikasi Canva bagi tujuan perekodan suara murid. Permainan ini dihasilkan bagi menarik minat murid untuk mengingati dan mengikuti topik pembelajaran tertentu. Permainan ini dikhaskan untuk aktiviti bersoal jawab bagi kemahiran bertutur secara digital. Nurul Natasha Nabila Binti Othman TaJaDaTur Mari Bersoal merupakan inovasi yang membantu guru mendapatkan data dan membuat pentaksiran kemahiran bertutur murid-murid. Inovasi ini merupakan gabungan dua aplikasi iaitu Quizizz dan Canva Mohamad Asyraf Bin Mohd Shariff Mari Bersoal (Kemahiran bertutur)
LI-FI-TUR atau dikenali sebagai Lihat, Fikir dan Tutur ini adalah dihasilkan untuk menarik minat pelajar menggalakkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru disamping meningkatkan kemahiran bertutur dalam diri pelajar itu sendiri. Nur Husnina Balqis Binti Ahmad Faiza LI-FI-TUR Eksplorasi DiTur ini merupakan singkatan kepada Eksplorasi Didik Tutur. Inovasi ini dicipta untuk pengajaran kemahiran bertutur. Eksplorasi DiTur ini bersesuaian untuk digunakan sebagai aktiviti pembentangan di dalam kelas bagi menarik minat dan fokus pelajar menjalankan aktiviti yang memerlukan mereka untuk bertutur sambil berhibur. Nur Aifa Aryani Binti Mohamed Eksplorasi DiTur 12 Kit media ini menggabungkan elemen kemahiran bertutur dengan peta i-think yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. TuThink bertujuan untuk memudahkan murid bagi melihat idea yang telah dikeluarkan oleh rakan-rakan lain serta saling bersoal jawab untuk membuktikan kebenaran jawapan yang telah diberikan Noor Aida Binti Nazarudin Tu-Think KIT MEDIA PESERTA (Kemahiran bertutur)
Kit Me-Si merupakan inovasi yang membantu guru dalam membuat penilaian terhadap respons murid. Kit ini memerlukan murid untuk bekerjasama antara ahli kumpulan untuk menjawab soalan dan membantu meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam memberikan respons terhadap soalan. Nur Amirah Nadia Binti Mohd Nizzam Kit Me-Si Audi-tar atau dikenali sebagai kit media audio pintar. Kit media ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti kemahiran mendengar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kit media ini dihasilkan menggunakan aplikasi Canva dan dijadikan sebagai permainan bingo. Permainan yang interaktif ini dapat menarik minat murid belajar dan menguasai kemahiran mendengar dengan baik sekaligus dapat meningkatkan semangat murid mempelajari bahasa Melayu. Nurul Hamizah Binti Romeli KIT MEDIA PESERTA 13 De’Jaw merupakan satu bahan mengajar yang membolehkan guru menilai tahap kepekaan murid terhadap audio yang didengar dan memberi respon secara lisan. De’Jaw adalah satu kuiz soalan yang perlu dijawab oleh murid setelah mendengar audio daripada guru. Siti Nur Aishah Binti Mohd Khalid De'Jaw AUDI-TAR (Kemahiran mendengar)
DESOLA merupakan bahan bantu mengajar yang menggunakan platform aplikasi Telegram untuk menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti bagi kemahiran mendengar. Terdapat tiga bahagian dalam kit media ini iaitu De (Dengar), So (Soal) dan La (Latihan). Siti Nurshakira Binti Sardianto Nurul Afieqah Binti Hassan DESOLA KIT MEDIA PESERTA 14 NGAR’n’NGAT ialah kit media yang membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih interaktif. Hal ini kerana kit media ini menggunakan aplikasi TikTok untuk merakam suara penyampai radio. Suara pula boleh ditukar dengan pelbagai jenis suara menggunakan AI yang ada dalam TikTok. Kemudian, suara yang dirakam akan diperdengarkan kepada kumpulan lain semasa aktiviti radio rosak. NGAR'n'NGAT Nurul Afieqah Binti Hassan Siti Nurshakira Binti Sardianto DESOLA DESOLA merupakan bahan bantu mengajar yang menggunakan platform aplikasi Telegram untuk menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti bagi kemahiran mendengar. Terdapat tiga bahagian dalam kit media ini iaitu De (Dengar), So (Soal) dan La (Latihan). (Kemahiran mendengar)
Kit Media Eksplorasi Baca merupakan satu platform interaktif untuk menerapkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid terutamanya membaca teks dengan memuatkan bahan bacaan yang seronok seperti artikel-artikel daripada surat khabar atau majalah. Dengan adanya Kit Media Eksplorasi Baca ini, murid bukan sahaja dapat mengakses maklumat dengan mudah malah mereka dapat meningkatkan pengetahuan diri tentang perkembangan isu-isu semasa. Nur Dini Safiya Binti Amin Eksplorasi Baca KIT MEDIA PESERTA 15 Penggunaan flipbook ini bertujuan untuk menjadikan bahan bacaan itu lebih menarik dan boleh dibaca dan dikongsikan dimana mana sahaja secara atas talian. Dalam flipbook tersebut, guru telah memuat naik segala jenis maklumat yang menjadi persoalan kepada murid. Nor Aliana Azreen Binti Abd.jamil FLIPBOOK Kit Media Instruksional BaKiWa (Baca, Fikir dan Jawab) memfokuskan kemahiran membaca bagi pelajar tingkatan 1 yang mengintegrasikan kaedah didik hibur menggunakan aplikasi Quizwhizzer dan Google Form sebagai latihan kendiri kepada pelajar. Kit media ini menggunakan teks rencana dan cerpen yang dimuatkan dalam bentuk kuiz supaya pelajar merasai kelainan dan keseronokan sewaktu belajar. Nor Fatihah Binti Khalili BaKiWa (Kemahiran membaca)
ACA.ATU (Baca , Tahu) merupakan sebuah inovasi kit media yang dihasilkan untuk menerapkan kemahiran membaca dalam diri murid. Melalui penggunaan kit media ini pelajar dapat mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Nurfatin Alia Binti Salleh ACA.ATU BaKuSi (Baca, Kupas, kongSi) merupakan satu platform untuk membantu murid-murid membaca dan mengulas pelbagai teks seperti artikel dengan betul dan tepat. Kit media ini dimainkan menggunakan aplikasi Educaplay “Cross Word Puzzle” atau Teka Silang Kata. Melissa Esmeralda Anak Menchon BaKuSi Pustaka piksel merupakan sebuah kit media yang dibina menggunakan laman platform rooms xyz. ianya dibina bertujuan untuk membantu murid dalam membuat carian pelbagai bahan bacaan. Oleh itu, ianya membantu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid. Terdapat banyak pautan bahan bahan bacaan yang boleh diakses oleh murid dalam pustaka piksel ini. Muhammad Harith Syahmi Bin Hanafi Pustaka PIKSEL KIT MEDIA PESERTA 16 (Kemahiran membaca)
Lit-Karangan (Literasi Karangan) merupakan satu platform yang boleh digunakan oleh pelajar untuk meningkatlan kemahiran menulis mereka sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlaku. Nur Aina Shafiqah Binti Zulkifli Lit-Karangan KIT MEDIA PESERTA 17 Kit Media BiKa ini membantu pelajar meningkatkan kemahiran menulis mereka. Pelajar dapat merujuk semula kesalahan dan membetulkan semula kesalahan yang mereka lakukan ketika menulis perenggan. Pelajar juga dapat berkongsi idea bersama rakan-rakan yang lain. Kit media BiKa juga dapat menarik minat pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana mereka dapat menghasilkan tapak penulisan yang pelbagai mengikut kreativiti masing-masing. Nuraliya Binti Yaakub Kit Media BiKa (Bijak Karangan) 'My Storybooks' merupakan platform yang boleh digunakan dalam menyediakan bahan pembacaan untuk kemahiran menulis sekali gus menggalakkan penggunaan digital dalam sesi pembelajaran. Kit media ini juga membolehkan guru untuk menarik minat murid daripada aspek kreativiti semasa menghasilkan bahan bagi aktiviti menulis. Norarisyah Binti Yaakub My Storybooks (Kemahiran menulis)
Kit media Gimkit Bahasa merupakan satu permainan yang memerlukan murid untuk mengisi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan. Kit media ini menggunakan gajet bagi memudahkan sesi pdp berjalan dengan lancar sekali gus dapat menarik minat murid di dalam kelas. Muhammad Naqib Bin Zahri GimKit Bahasa KIT MEDIA PESERTA 18 Kit media fitusi (fikir, tulis dan kongsi) merupakan alat bantu mengajar yang memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kemahiran menulis murid di sekolah. Menggunakan aplikasi Quizizz, kit ini membolehkan guru membuat dan menilai latihan menulis murid secara dalam talian serta memudahkan murid untuk berlatih dan berkongsi hasil kerja mereka dalam lingkungan digital. Dengan FiTuSi, sesi pembelajaran akan menjadi lebih interaktif dan menarik. Farah Najiah Binti Mohd Yusoff FiTuSi Kit Media P2C ialah singkatan kepada Pena Citra Ceria. Kit Media ini merupakan inovasi pengajaran bagi meningkatkan kemahiran menulis dalam diri pelajar. Kit Media P2C ini amat fleksibel dan bersifat interaktif di mana di dalam kit media ini terdapat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan sesi aktiviti yang berunsurkan PAK21 yang akan membawa kepada pembelajaran dua hala. Nur Hainie Binti Anual Kit Media P2C (Kemahiran menulis)
Kit media ini diberi nama sebagai Multi Kit kerana ia menggunakan slaid tentang topik pembelajaran dan dibantu dengan bahan bantu mengajar yang lain iaitu pautan permainan. Kit media ini dihasilkan untuk menarik minat murid-murid dan membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran seni bahasa serta menekankan aspek didik hibur dan interaktif. Murid-murid diberikan beberapa soalan sebagai pengayaan atau pengukuhan dalam kit media ini. Nur Aleeya Tasha Binti Marzuki KIT MEDIA PESERTA 19 Kit Cerita Kami digunakan bertujuan untuk menghasilkan sajak. Kit media ini akan memaparkan beberapa keping kad imbas yang berkaitan dengan tema yang dipilih. Pelajar akan dapat merangsang idea untuk menghasilkan sajak melalui kit tersebut di samping menghasilkan sajak melalui pengalaman yang diperoleh oleh diri sendiri. Nur Ainun Nabilah Binti Norazman Kit Cerita Kami Multi kit Dunia Per-Ba merupakan satu medium pembelajaran peribahasa. Kit ini mengandungi beberapa permainan seperti padan kata, bom peribahasa, menara peribahasa dan sebagainya. Kit ini dapat mengukuhkan pemahaman mereka tentang peribahasa melalui pelbagai bentuk soalan. Nur Hanis Syakirah Binti Yaacob Kit Dunia Per-Ba (Kemahiran seni bahasa)
Kit ini menggunakan platform dalam talian yang memudahkan guru dan murid untuk membuat penilaian terhadap tugasan yang diberikan kepada murid. Kit ini menggunakan slaid sebagai bahan utama dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Nurida Binti Musmesuari KIT MEDIA PESERTA 20 Kit Pintar Seloka ini menggunakan pendekatan secara dalam talian yang menyeronokkan. Kit Media ini turut memaparkan slaid pengajaran interaktif dan nota daripada padlet. Dengan adanya Kit Media ini, murid akan lebih mudah untuk mengakses maklumat dan mudah untuk mengetahui aspek seni bahasa khususnya seloka. Norhidayahani Natasha Binti Roslen Kit Pintar Seloka KIT BETA Kit ini menggunakan pendekatan didik hibur untuk menilai tahap kefahaman pelajar untuk membina skrip dengan bahasa yang kreatif secara spontan berdasarkan peristiwa. Guru dapat menilai tahap kemahiran seni bahasa murid-murid. Permainan ini dilakukan secara atas talian. Guru boleh melaksanakan aktiviti ini sewaktu kelas dalam talian mahupun secara bersemuka menggunakan komputer riba dan LCD Projektor semasa PdP dijalankan. Permainan ini dibina menggunakan aplikasi ‘WordWall’. Nur Auni Zayani Binti Rasid Kit Media Permainan SBP (Kemahiran seni bahasa)
Kit ini menggunakan laman sesawang Quizrace yang boleh diakses oleh pelajar menggunakan pautan yang diberikan. Kit ini menggunakan kuiz dan permainan untuk menguji kebolehan murid menjawab soalan soalan imbuhan tentang bahan rujukan yang telah diberikan. Kit ini akan membantu pelajar untuk lebih memahami serta menguji tahap kefahaman mereka. Kit ini juga dicipta untuk menambah minat pelajar untuk mendalami topik imbuhan dengan cara pembelajaran yang lebih menarik. Nur Athirah Syuhada Binti Mohammad Azmi KIT MEDIA PESERTA 21 Aplikasi ImTanKA merupakan singkatan kepada aplikasi Imbuhan Apitan Kata Nama. Ia merupakan satu kit yang dibina khas untuk subjek KPD3016. Aplikasi ImTanKA menggunakan platform Quizizz yang ingin menguji cara pengaplikasian murid menggunakan imbuhan apitan kata nama dengan betul berdasarkan teks berita kesihatan yang telah diberikan. Secara keseluruhannya, kit ini dijadikan sebagai satu pentaksiran guru untuk melihat pemahaman murid dengan mengaplikasikanya dalam bentuk ayat lengkap mengikut konteks yang telah diberi. Muhammad Fadlie Bin Kamaruddin Kit Aplikasi ImTanKA Kit Media QuizRace Jom Kenali Imbuhan Kit media ini merupakan kit media instruktional yang menggunakan slaid sebagai bahan utama untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam sesuatu topik pembelajaran secara terancang. Teknik SILC ini telah saya hasilkan berdasarkan standard kandungan yang dipilih iaitu memahami dan menggunakan kata terbitan. Selaras dengan objektif pembelajaran, kit media ini berupaya memudahkan proses menganalisis ayat bagi mengenal pasti kata terbitan dalam kalangan pelajar. SILC merupakan singkatan kepada S (Skimming), I (Identify), L (Listing) dan C (Categorize). Sheila Anak Tirau Teknik SILC (Kemahiran tatabahasa)
GoKataNama merupakan singkatan daripada Golongan Kata Nama. Kit Media ini merupakan kit media intruksional yang mengandungi bahan pembelajaran interaktif merangkumi topik golongan kata nama Tingkatan 4 berdasarkan DSKP Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kit media GoKataNama membolehkan murid untuk memahami konsep golongan kata nama dengan lebih jelas. Inovasi ini juga menggalakkan pembelajaran digital yang interaktif dan menyeronokkan. Nurul Auney Binti Mohd Subri KIT MEDIA PESERTA 22 Kit media ini merupakan kit media interaksi yang digunakan dalam model pengajaran iaitu Pembelajaran Berasaskan Masalah pada fasa 3 iaitu fasa memilih strategi. Kit media ini membantu murid untuk memilih strategi bagi mengenal pasti ayat dasar dengan lebih baik mengikut pola ayat dasar yang betul. Oleh itu, dengan penggunaan kit media ini murid akan dapat memilih strategi dengan aktiviti yang lebih menarik sekaligus dapat menerapkan tajuk pembelajaran yang akan diajar pada hari tersebut. Ray Nashiun Kit Kenal atau Tidak? GoKataNama Kit media ini merupakan kit media instruksional yang menggunakan slaid sebagai bahan utama untuk membantu pelajar dalam mengenal pasti dan mengklasifikasi fungsi frasa nama dalam ayat. Kit ID-A-C ini dihasilkan khusus untuk meningkatkan kemahiran tatabahasa terutamanya dalam mengenal pasti dan mengklasifikasi fungsi frasa nama. Kit media ID-A-C ini merupakan singkatan daripada identify and classify. Nur Fazira Binti Abdul Rahmin Kit Media ID-A-C (Kemahiran tatabahasa)
TERIMA KASIH SEKIAN