DRAMA KANAK-KANAK
SI BELANG
YANG
TAMAK
DAN
BERLAGAK
PENULIS : KHAIRUL RIDHWAN BIN JASMANI
Tajuk : Si Belang Yang Tamak dan Berlagak
Nama Penulis : Khairul Ridhwan bin Jasmani
Nama Pensyarah : Dr. Noor Hayati binti Che Mat
Sinopsis :
Cerita ini mengisahkan tentang seekor harimau yang bernama Si Belang. Si Belang
merupakan raja rimba yang digeruni dan sitakuti oleh semua haiwan. Pada suatu hari, Si
Belang kelaparan dan ingin mencari mangsa sebagai makanannya. Tetapi kerana sifatnya
yang tamak dan sangat memilih, Si Belang mudah diperdaya dengan haiwan-haiwan lain.
Bukan itu sahaja, Si Belang juga merupakan Raja Rimba yang sangat berlagak. Dia merasa
bahawa dia hebat dalam segala perkara dan suka mencabar haiwan-haiwan lain. Si Belang
juga suka memandang rendah haiwan-haiwan yang berada di rimba. Sifat Si Belang yang
tamak dan berlagak akhirnya memakan dirinya sendiri.
Watak dan Perwatakan :
Si Belang : Seekor Raja Rimba yang mempunyai sifat tamak dan sangat berlagak serta
suka memandang rendah dengan haiwan yang lain.
Si Tikus : Seekor haiwan yang menghormati haiwan yang lain dan sangat takut
dengan Raja Rimba iaitu Si Belang.
Sang Kancil : Seekor haiwan yang suka bernyanyi dan bijaksana dalam memperdaya
haiwan lain.
Sang Buaya : Seekor haiwan merendah diri dan baik hati terhadap haiwan-haiwan yang
lain di dalam rimba.
BABAK 1
Di Sebuah hutan rimba yang sangat besar dan luas, terdapat seekor harimau iaitu Si
Belang. Si Belang merupakan haiwan yang sangat garang dan ditakuti haiwan lain.
Pada suatu hari, Si Belang sedang berjalan perlahan-perlahan mengambil angin di
rimba. Tiba-tiba perutnya berbunyi.
(Blupppp…. Blupppppp)
Si Belang : Aduhai, laparnya perut aku ni. Hari ini aku nak makan apa ya?
Si Belang menyanyi kelaparan
Hoo.. Perut dah lapar,
Laparnya
Laparnya
Nak makan apa..
Babak 2
Ketika sedang asyik bernyanyi, Si Belang mendengar bunyi tikus yang sedang ketawa
dan Si Belang pun pergi ke arahnya dan mengaum.
Si Belang : Grr… Aummm! Aummm! (Si Belang mengaum)
Si Tikus : Alamak! Tolonglah Si Belang, jangan makan aku. (Sedang memeluk
badannya kerana ketakutan)
Si Belang : Ada aku cakap nak makan kau ke Si Tikus?
Si Tikus : Oh, aku ingat kau nak makan aku kerana kau mengaum kelaparan tadi.
Si Belang : Aku memang sedang kelaparan tetapi kau ingat aku nak ke makan kau yang
kecil ni? Bukan kenyang pun kalau aku makan kau. Kau bukan selera aku.
Buang masa aku je makan kau.
Si Tikus : Kalau begitu kau nak apa daripada aku Si Belang?
Si Belang : Aku nak bertanya, kau ada lihat tak Sang Kancil atau Si Rusa?
Si Tikus : Oh, cakaplah awal-awal, kau ni buat aku takut je.
Si Belang : Cepatlah bagitahu, aku dah lapar ni!
Si Tikus : Tadi aku baru bermain dengan Sang Kancil. Hah! dia beritahu aku tadi yang
dia sudah mengantuk. Cuba kau cari dia di tempat yang biasa dia tidur.
Si Belang
: Kau memang tidak pernah mengecewakan aku lah Si Tikus. Tapi kau tak
Si Tikus tipu aku kan? (Sambil menjeling terus ke mata Si Tikus)
Si Belang
: Buat apa aku nak tipu kau, percayalah cakap aku.
: Baiklah, aku pun sudah lapar sangat ni. Tak sabar aku nak menjamu selera.
BABAK 3
Setelah mendapat info daripada Si Tikus, Si Belang pun meneruskan perjalanan untuk
mencari mangsanya iaitu Sang Kancil. Akhirnya Si Belang pun jumpa Sang Kancil yang
sedang tidur di bawah sebatang pokok.
Si Belang : Ha ha Ha Ha (Si Belang ketawa besar). Akhirnya, inilah makananku pada
hari ini. Hmm Sedapnya (membayangkan Si Kancil sebagai makanannya).
Sang Kancil pun terkejut mendengar bunyi ngauman Si Belang yang sangat berdekatan
dengannya. Rupa-rupanya apabila Sang Kancil membuka mata, Si Belang sudahpun
berada di depannya.
Sang Kancil : Tolong, jangan makan aku Si Belang. (Si Kancil terkejut dan ketakutan)
Si Belang : Grr! (Si Belang kelaparan). Aku tak kira, aku lapar dan aku akan makan kau
Sang Kancil.
Sang Kancil : Tolong Si Belang, aku merayu, janganlah makan aku.
Si Belang : Ah! Aku dah lapar, sini kau.
Sang Kancil : Tolonglah Si Belang, jangan makan aku, aku masih belum puas
mengembara di dalam hutan ini. Kalau kau makan aku, nanti siapa pula
yang akan menyanyikan lagu untuk kau sebelum tidur.
(Sang Kancil pun menyanyikan lagu kegemaran Si Belang untuk mengambil
hati Si Belang)
Sang Kancil menyanyi
Cindailah mana tidak berkias,
Jalinnya lalu rentah beribu,
Bagailah mana hendak berhias,
Cerminku retak seribu..
(Si Belang tetap tidak mahu mendengar alasan yang diberikan oleh Sang Kancil kerana
terlalu kelaparan)
Si Belang : Ah, aku tak nak dengar semua alasan kau tu. Sini kau wahai Sang Kancil.
Si Belang pun menerkam dan ingin membaham Sang Kancil. Tiba-tiba dua ekor rusa
berlari melintasi Si Belang dan Sang Kancil. Sang Kancil yang bijaksana terus
mendapat idea untuk memperdaya Si Belang.
Sang Kancil : Sekejap Si Belang! Kau tengok dua ekor rusa tu. (Sambil menunjukkan
kepada dua ekor rusa)
Si Belang : Hah, kenapa dengan rusa tu?
Sang Kancil : Kau tak rasa ke kalau kau makan dia, kau akan lebih kenyang. Tengoklah
badan rusa-rusa tu, besar, berisi, ada dua lagi. Mesti kau akan kenyang dan
puas.
Si Belang : Betul juga apa yang kau katakana itu Sang Kancil. Badan kau juga tidak ada
isi cuma tulang je. Aku tengok kau sekarang pun sudah tak berselera.
Sang Kancil : Lebih baik kau bergegas mengejar dua ekor rusa itu Si Belang, sebelum kau
berputih mata.
Si Belang : Baiklah, aku gerak dulu ya.
Sang Kancil : Eh, jangan gerak dulu, geraklah sekarang.
Si Belang : Lawak apa yang kau buat ni, dah lah malas aku nak layan kau.
Lalu, Si Belang pun bergegas mengejar dua ekor rusa sebagai mangsa santapannya.
Si Belang terus mencari sehingga waktu senja tetapi masih tidak menjumpai dua ekor
rusa itu. Si Belang kepenatan dan berhenti mencari rusa tersebut. Akhirnya, Si Belang
terus kelaparan kerana sifatnya yang tamak itu.
BABAK 4
Pada keesokan harinya, Sang Buaya sedang berenang perlahan-lahan mengambil
angin pagi di rimba. Tiba-tiba datang Si Belang yang memang terkenal antara haiwan
yang terpantas di rimba itu.
Si Belang : Grr!.. Aummm (Harimau mengaum menunjukkan kehadirannya)
Sang Buaya : Eh, Si Belang, ada kau di sini, kau mahu ke mana?
Si Belang : Aku tak ke mana-mana pun. Saja berjalan-jalan mencari
mangsa.
Sang Buaya : Aku sedang belajar berenang ni, jom lah berenang sekali.
Si Belang : Malaslah aku nak berenang dengan kau. Buaya-buaya, kasihan aku tengok
kau ni, berenang pun lambat, bilalah kau mahu tiba ke destinasi. (Ejek Si
Belang yang memang dikenali suka mengejek yang lemah dan berlagak).
Sang Buaya : Di sungai ini aku rasa aku lah yang paling laju berenang. Kau biar betul
cakap aku lemah berenang.
Si Belang : Ye lah kau lemah. Kalau kau berani, jom kita berlumba sebab aku lah
binatang yang paling pantas di rimba ini. Tiada siapa lagi yang pernah
mengalahkan ku.
Sang Buaya : Tak apalah Si Belang. (Jawab Sang Buaya ringkas)
Si Belang : Tak kira Buaya, kau mesti berlumba dengan aku juga besok. Aku tunggu
kau besok pagi di tebing sungai ini.
BABAK 5
Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Si
Belang dan Sang Buaya. Dengan Sang Kancil menjadi pengadilnya, perlumbaan yang
dijadualkan bermula dari tebing sungai dan tamat di tebing sungai seberang yang
berukuran lebih kurang 60 meter, dengan arus yang deras. Perlumbaan itu dimulakan
di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong kedua-dua peserta.
Si Belang : Kau yakin ke kau dapat kalahkan aku Sang Buaya?
Sang Buaya : Aku tidak yakin tetapi aku akan mencuba sedaya upaya aku.
Si Belang : Nampak sangat kau akan kalah. Ha Ha Ha (Si Belang ketawa sinis).
Sang Kancil pun memulakan kan perlumbaan
Sang Kancil : Satu, dua, mula! (sambil mengibarkan bendera permulaan)
Dengan pantasnya Sang Buaya meninggalkan Si Belang jauh kebelakang. Si Belang
bergelut dengan arus yang deras sedangkan buaya dengan mudahnya melintasi
Sungai yang besar itu. Akhirnya, Sang Buaya memenangi perlumbaan itu.
Sesampainya Si Belang di garisan penamat kelihatanlah Sang Buaya menerima ucapan
tahniah dari haiwan-haiwan rimba yang lain kerana memenangi perlumbaan itu. Dengan
rasa malunya Si Belang yang menggelarkan dirinya sebagai haiwan yang paling pantas
di rimba beredar dari situ kerana tewas kepada Sang Buaya sambil diketawakan para
penghuni rimba.
-TAMAT-