The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asnawihassim9, 2021-10-28 21:57:55

Katalog Baytul Hikma

Katalog Baytul Hikma

KATALOG

BAYTUL HIKMA

Pembelian & Pertanyaan:
Facebook : @Mulaqa Bookstore
No H/P : +6017-274 5347
Email : [email protected]
Shopee : https://shopee.com.my/akademijawi

https://shopee.sg/akademijawi.sg

OGOS 2021

‘Ajā’ibul Hind

Buzurg Al-Ramhurmuzi
Penterjemah
Arsyad Mokhtar
Sebuah buku yang mengisahkan pelbagai kisah-kisah
menarik oleh para nakhoda, pedagang dan lainnya.
Kisah tentang naga, burung garuda dan pelbagai lagi.
Paling menarik adalah terdapat juga kisah-kisah yang
berkaitan rantau Kepulauan Melayu di zaman sekitar
lebih 1000 tahun lampau.

Terbit: 2016 | 236 + xiv muka surat
ISBN: 978-967-14660-0-1 RM50.00

‘Ajā’ibul Makhlūqāt

Zakaria Al-Qazwini
Adapun buku ini merupakan sebuah karya yang
membahaskan jenis-jenis makhluk dan kewujudan,

serta ciri-cirinya.
Dari satu sudut, karya ini bolehlah dianggap sebagai
salah satu kaedah taksonomi klasik yang wajar dikaji
ketepatannya. Bahkan taksonomi al-Qazwini lebih baik
daripada taksonomi moden dalam aspek penglibatan
perkara-perkara yang bersifat rohani atau takfizikal.
Hal tersebut dapat dilihat pada Mukaddimah Kedua
yang membicarakan pembahagian makhluk. Makhluk
yang tidak mengambil ruang (ghayr mutahayyiz), yakni
yang tiada baginya panjang, luas atau isipadu, maka ia
termasuk dalam kategori jauhar rohani (jawhar ruhani).

Terbit:2018 | 113 muka surat
ISBN: 978967-20911-5-8 RM25.00

MULAQA BOOKSTORE

‘Ajā’ibul Makhlūqāt

Buzurg Al-Ramhurmuzi
Penterjemah
Arsyad Mokhtar
Ajaibul Makhluqat Siri 2 merupakan lanjutan bagi
siri sebelum ini. Siri 2 menceritakan perihal bulan dan
matahari serta proses gerhana bagi kedua-duanya.
Dinyatakan juga kesan-kesan yang terhasil daripada
keadaan bulan dan matahari, terutamanya kesan
kepada bumi, laut, cuaca, tumbuhan, haiwan dan
manusia. Dilampirkan beberapa laporan fenomena
yang berlaku disebabkan oleh keadaan bulan dan
matahari. Turut dilampirkan ramalan bagi fenomena
gerhana bulan dan matahari. Ajaibul Makhluqat Siri
2 sangat sesuai dimiliki oleh para pengkaji khususnya
pengkaji falak, astronomi dan meteorologi.

Terbit: 2018 | 150 muka surat
ISBN: 97896-720912-2-6 RM25.00

Bustānus Salāṭīn

Nuruddin Ar-Raniri
Kajian & Transliterasi

Naseer Sobree
Kata Pengantar

Dr. Harun Mat Piah
Kitab Bustanus Salatin merupakan sumbangan yang

sangat penting untuk ilmu perubatan (Kitab tibb),
walaupun sebagai bahagian kecil (bab 7 fasal 3) dari jumlah

keseluruhan tujuh bab atau fasal yang meliputi pelbagai
ilmu. Untuk ilmu perubatan (ilm› al-tibb) ar-Raniri

membicarakan antara lain takrif atau definisi ilmu tibb,
unsur-unsur dan tabiat insan, punca atau pohon segala
penyakit, hubungan pemakanan dengan penyakit, kaedah
pengubatan penyakit dan huraian yang cukup terperinci

mengenai pelbagai khasiat makanan, khususnya yang
berkenaan sebagai ramuan untuk pengubatan penyakit.

Terbit: 2017 | 191 muka surat
ISBN: 978-967-2091-12-7 RM40.00

MULAQA BOOKSTORE

Terbit: 2020 | 189 muka surat Risālah Ibnu Faḍlān
ISBN: 978967-20913-3-2 RM40.00
Aḥmad Ibnu Faḍlān
Penterjemah
Arsyad Mokhtar

Ibn Fadlan ialah seorang pengembara Arab yang
terkenal sekitar abad ke-10 Masihi. Beliau dilantik
sebagai diplomat bagi kerajaan Abbasiyah sewaktu
pemerintahan Khalifah al-Muqtadir, dan dihantar ke
kawasan utara, terutamanya di sekitar Volga yang kini
terletak dalam negara Rusia.
Ibn Fadlan mengarang Risalah Ibn Fadlan yang
menjadi catatan penting dalam merekodkan tatacara
hidup masharakat Viking dan pengembarannya ke
negeri Turk, Saqalibah (Viking), Rusia dan Khazar.
Selain itu, catatan beliau juga mempersembahkan
kemajuan kegiatan keilmuan orang Arab yang telah
memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu
geografi.

Riḥlatus Sīrāfī

Aḥmad Ibnu Faḍlān
Penterjemah

Arsyad Mokhtar

Di dalam Rihlatus Sirafi atau Akhbarus Sin wal Hind
oleh Abu Zaid As- Sirafi terdapat sebuah kisah mengenai

pertemuan dengan seorang lelaki Arab Quraisy
dengan Maharaja China. Antara yang menarik dalam

pertemuan tersebut adalah apabila lelaki Quraisy
berkenaan ditunjukkan gambar-gambar para Nabi
termasuk gambarnya Nabi Muhammad SAW dan para
sahabat yang terdapat dalam simpanan Maharaja China.

Terbit:2017 | 212 muka surat
ISBN: 978967-20910-9-7 RM45.00

MULAQA BOOKSTORE

Terbit:2018 | 99 muka surat Nilai Angin
ISBN: 978967-20911-4-1 RM25.00
Tuan Guru Ustaz Haji
Hanafiah Abdul Razak
Melalui buku Nilai Angin karya Tuan Guru Haji
Hanafiah Abdul Razak, kita dapat mengetahui
bagaimana para ilmuwan Islam yang terdahulu melihat
dan menilai angin yang Allah ciptakan. Dinyatakan
juga beberapa fungsi angin, klasifikasinya dan amalan-
amalan yang sesuai ketika berlakunya tiupan angin.
Klasifikasi angin yang dinyatakan dalam buku ini
disusun berdasarkan karya dua ilmuwan besar iaitu
kitab al-Azminah wa al-Amkinah karya Imam Al-
Marzuqi dan kitab ‘Ajaib al-Makhluqat wa Gharaib
al-Mawjudat karya Imam Zakaria Al-Qazwini.
Kedua-dua kitab ini bolehlah dianggap sebagai kitab
yang muktabar dan layak dijadikan rujukan dalam
membahaskan konsep angin, khususnya menurut
perspektif sains klasik.

Adab Penuntut Ilmu

Nasiruddin At-Tusi
Penterjemah

Syafiq At-Tauhidi
Kebanyakan daripada kalangan penuntut sukar untuk
mendapatkan ilmu meskipun mereka telah berusaha, dan
tidak dapat menikmati buah usaha mereka meskipun telah
bersusah payah, kerana mereka tersilap cara belahar dan
meninggalkan syarat-syarat pembelajaran, dan semua

yang tersilap cara akan tersesat dan memesongkan,
demikian, mereka tidak mampu mencapai tujuan mereka.

Daku ingin menerangkan cara belajar, secara ringkas,
berdasarkan pemerhatianku terhadap al-Qur’an dan hasil

pendengaranku daripada para guruku, para ahli ilmu.
Allah sajalah yang memberi taufiq, dan memberi bantuan.

Terbit: 2018 | 55 muka surat
ISBN: 149477-60737-1-6 RM20.00

MULAQA BOOKSTORE

Falsafah Dan Prinsip Asas
Perubatan Melayu

Nornizam Ngadeni
Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan melayu
membicarakan pengkajian Ilmu Perubatan Melayu
bagi memperkasakan dan mengembangkan amalan
perubatan ini.

Terbit:2018 | 167 muka surat
ISBN: 978967-20911-1-0 RM40.00

Mukhtasar Ilmu Falak

Mohamad Faizal Bin Jani
Buku ini membincangkan ilmu falak dalam aplikasi
seharian terutamanya kehidupan sebagai seorang muslim.
Penulis mengutamakan sumber-sumber turath dan tulisan
dari para ulama falak untuk dijadikan sumber utama
dalam buku ini. Namun penulis tidak menolak sumber-
sumber lain untuk memperkukuhkan lagi perbahasan

dalam buku ini. sahabat yang terdapat dalam
simpanan Maharaja China.

Terbit:2020 | 179 muka surat
ISBN: 978967-20913-2-5 RM40.00

MULAQA BOOKSTORE

Mabda’ul Fikrah

Shaikh Abdul Qadir Al-Fatani
Penterjemah
Arsyad Mokhtar
Buku ini membicarakan perihal ilmu maqulat sepuluh
bermula dengan jauhar hingga ke beberapa hukum
‘arad dengan tambahan pesanan shaikh Abdul Qadir
al-Fathani.

Terbit:2020 | 35 muka surat
ISBN: 978967-20911-8-9 RM25.00

Perubatan Melayu
Bersadarkan Manuskrip

Kitab Tibb Melayu

Nornizam Ngadeni
Membicarakan Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan

Melayu. Teori Unsur, Mijaz dan Akhlat. Ilmu
tashrih(anatomi) dan Ilmu Tibb (perubatan).

Terbit:2018 | 198 muka surat
ISBN: 978967-20911-3-4 RM40.00

MULAQA BOOKSTORE

KATALOG

BAYTUL HIKMA

Pembelian & Pertanyaan:
Facebook : @Mulaqa Bookstore
No H/P : +6017-274 5347
Email : [email protected]
Shopee : https://shopee.com.my/akademijawi

https://shopee.sg/akademijawi.sg

FEBRUARI 2021


Click to View FlipBook Version