IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN
Ketokohan
Abu Talib
Al-Makki
Dalam Dunia
Tasawuf
DR SHARIFAH BASIRAH SYED MUHSIN
KUMPULAN 6
ISYATUN MARDHIYYAH BINTI ARSHAD U2000115
NAJWA ASYIRA BINTI NORMAN U2104240
SYAZWANI NUR ATIQAH BINTI SHOBRI U2104310
NURUL IMANI BINTI AZHAR U2000235/2
NUR ALYAA NABILAH BINTI OTHMAN @ FAZRI U2104208
KHAIRON BARIAH BINTI MAZLAN U2000146/2
HAMIZAH FATHIAH BINTI AHMAD FAUDZI U20000928
NURUL IZZATI BINTI MOHD RAHIMI U2000324/2
ISI KANDUNGAN
1 BIODATA ABU TALIB AL-MAKKI 1-3
SUMBANGAN PEMIKIRAN ABU TALIB
2 AL-MAKKI TERHADAP PEMBANGUNAN 4-8
PSIKOLOGI INSAN
SUMBANGAN PEMIKIRAN ABU TALIB
3 AL-MAKKI DALAM KAUNSELING 9-15
PASANGAN ISLAM
SUMBANGAN ABU TALIB AL-MAKKI
4 DALAM MENANGANI MASALAH 16-21
DISIPLIN REMAJA
5 RUMUSAN 22
6 RUJUKAN 23
BIODATA ABU THALIB AL MAKKI
Muhammad bin Ali bin Athiyyah
al-Haritsi al-Makki
- Lahir di daerah Jabal, Kota Baghdad
irak.
- Wafat pada masa kekuasaan dinasti
Abbassiyah di Kota Baghdad pada
bulan Jumadil Akhir tahun 386 H.
1
PENDIDIKAN
dimulai di kota mekah berpindah ke Kota
dengan mendengar dan Bashrah iaitu pusat
mencatat riwayat- peradaban gudang ahli
riwayat hadis Nabi ilmu dan mula mengenal
Muhmmad s.a.w tasawuf
Pulang ke daerah
asalnya Baghdad setelah
terpanggil untuk
mengajarkan ilmu dan
mengamalkan sehingga
ajal menjemputnya.
GU
RU ANAK M
URID
Abdullah bin Jak
far al-Ashbihani Abul Qasim
bin Sarat
Abu Bakr
al-Ajurri Abdul Azi
z al-Azji
Abu Zaid al
-Marwazi Muhammad bin a
l-Mudzaffar al-
Khayyath
Abu Bakr bin M
uhammad bin
Ahmad al-Mufid (w. 378 H)
Abu Bakr bin Kha
lad an-Nushaibi
Abu Sa’id bin al-
A’rabi al-Bashri
2
PENDEKATAN AL MAKKI
DALAM BIDANG TASAWUF
Idea pemikiran beliau Antara sumbangan
diakui oleh ramai sarjana terbesar beliau adalah
dengan menghasilkan kitab
Islam dan juga barat. Qutub Al-Qulub sehingga
Malah dijadikan rujukan menjadi rujukan kepada
dan panduan kepada ahli beberapa masalah umat
sufi yang berikutnya zaman sekarang.
Kitab tersebut Kajian menunjukkan karya
mengandungi elemen- beliau diaplikasikan dalam
elemen spritual serta
menangani masalah,
penyusunan yang anataranya :
sistematik dan
kauseling pasangan islam,
mengandungi 48 bab pembangunan psikologi
merangkumi aspek teori insan, dan masalah disiplin
dan praktikal remaja.
3
SUMBANGAN PEMIKIRAN ABU TALIB AL-MAKKI
TERHADAP PEMBANGUNAN PSIKOLOGI INSAN
Abu Talib Al-Makki telah memperkenalkan disiplin ilmu
tasawuf menekankan aspek spiritual, intelektual dan fizikal
dalam maqamat al-Makki. Ketiga-tiga aspek amat penting dalam
pembentukan rohani seseorang. Beliau ilmu tasawuf juga
mampu membangunkan psikologi melalui pembersihan jiwa
(tazkiyah al-nafs) yang membawa maksud penyucian diri
seseorang dari sifat-sifat keji serta berkait rapat dalam
memperoleh ma'rifat Allah dan pemurnian akhlak. Oleh itu
sumbangan Al-Makki dalam pembangunan psikologi insan ialah
:
1. Penerimaaan Dan Penyerahan Diri Kepada Allah
beliau telah membincangkan tiga aspek maqam iaitu
tawbah,sabr dan shukr. ia merupakan langkah permulaan yang
perlu dilakukan oleh manusia untuk merawat penyakit rohani.
Penyakit tipu daya dan hawa nafsu akan meninggalkan kesan
buruk terhadap psikologi seseorang seperti gelisah dan cemas
selama rasa berdosa dalam diri. Maka unsur tawbah adalah satu
langkah penyucian jiwa dan keperluan dalam merawat penyakit
rohani sekaligus mewujudkan ketenangan dan kebahagian
dalam jiwa seseorang. Al-Makki berkata langkah pertama dalam
elemen tawbah adalah berikrar dan membuat pengakuan dosa
serta berjanji tidak mengulanginya.
4
Antara latihan praktikal yang diperkenalkan oleh Al-Makki
bagi mendatangkan shukr adalah
secara lisan iaitu berzikir
secara hati iaitu mengakui dan beri'tiqad bahawa Allah
adalah pemberi nikmat
melalui anggota badan iaitu menghindari diri dari
melakukan maksiat dan beramal soleh
Latihan ini boleh dijadikan sebagai peringatan kepada seseorang
bagi menunjukkan rasa penyerahan diri kepada al-Khaliq.Oleh
itu, kesemua elemen merupakan sumbangan beliau dalam
penerimaan dan penyerahan diri bagi membantu ,meningkatkan
psikologi insan.
2. Latihan Dan Didikan Kejiwaan
Latihan ini melibatkan tiga unsur maqam iaitu Raja, Khawf
dan Zuhd yang mampu mendidik jiwa supaya berada dalam
keadaan terkawal. Al-Makki mengatakan bahawa Raja mampu
membangunkan psikologi dengan berbaik sangka dengan Allah
agar sentiasa berfikiran positif dengan ketentuan Allah. Raja
juga dapat menyedarkan seseorang mengenai tanggungjawab
dirinya terhadap Pencipta secara amali. Sebagai contoh,
seseorang itu melakukan ibadah kerana ditakuti tidak
berkesempatan dan berharap amalannya diterima yang diiringi
dengan elemen Kawf iaitu takut kepada Allah. Apabila
seseorang mengenali dirinya dan Pencipta maka akan timbul
bibit-bibit Khawf dalam dirinya.
5
Langkah kedua ialah seseorang itu perlu berusaha dalam
memperbaiki sikap buruk dan hendaklah sentiasa menyesal
terhadap dosa-dosa lepas. Kemudian selepas seseorang itu
melakukan tawbah maka langkah pembersihan jiwa diteruskan
dengan elemen sabr iaitu menahan diri dari hawa nafsu
daripada melakukan perkara yang dilarang mampu
merealisasikan elemen tawbah. Hal ini kerana sabr amat penting
bagi seseorang untuk mengekang diri mereka agar tidak
melakukan perkara-perkara negatif. Ijtihad seseorang itu dalam
sabr mampu menanam ketaatan kepada Allah dalam bentuk
penyerahan diri. sabr juga merupakan salah satu kunci
ketenagan dalam psikologi islam terutamanya apabila
mempunyai kesabaran yang tinggi dapat menghasilkan output
yang positif.
Para psikologi juga telah membuktikan bahawa kecelaruan
mental dan spiritual mungkin berpunca dari ketiadaan perasaan
sabr. Elemen seterusnya adalah shukr di mana ia perlu
diterapkan dalam diri seseorang bagi memperlihatkan nikmat
atau rasa berterima kasih kepada pemberi nikmat melalui lisan
dan hati. Al-Makki menekankan bahawa seorang yang
mengalami penyakit rohani perlu memahami dirinya agar dapat
memahami segala nikmat yang diberikan oleh Allah melalui
elemen shukr. hal ini kerana manusia sering merasa bangga,
sombong dan bongkak di atas nikmat yang dikurniakan sehingga
lupa bahawa nikmat itu milik Allah
6
Langkah seterusnya dalam mendidik jiwa adalah zuhd yang
bertujuan bagi melatih jiwa agar lebih kuat untuk menghadapi
segala cabaran dan dugaaan yang datang. Setiap manusia perlu
menanam sifat zuhd iaitu tidak menyukai dunia dan hati
menolak sepenuhnya hal-hal yang melibatkan keduniaan
dengan asbab untuk mengejar pahala dan berjihad di jalan
Allah. bagi membendung diri daripada terbelenggu bersama
hawa nafsu seseorang itu perlu menanam sifat fakir dalam
konsep zuhd yang ditekan oleh beliau.
3. Pemantapan Jiwa
Menurut Al-Makki selepas seseorang itu melepasi peringkat
pertama dan kedua maka peringkat ketiga diteruskan dengan
pemantapan jiwa. Pemantapan jiwa mempunyai dua elemen
maqam iaitu Tawakkal dan Rida. Proses pertama pemantapan
jiwa dimulakan dengan tawakkal yang bermaksud bergantung
sepenuhnya kepada Allah dalam segala urusan. Namun
kebergantungan ini memerlukan usaha untuk mencapai sesuatu
tujuan agar dapat membangkitkan semangat dirinya bahwa
Allah sentiasa bersamanya setiap saat. Seterusnya usaha
pemantapan jiwa yang kedua adalah rida. Rida bertujuan
menjadikan seseorang itu lebih kental menahan segala cabaran
dan dugaan yang datang . Hal ini kerana penyakit hati telah
menbawa banyak memusnahan dalam diri dan masyarakat
sekeliling . Oleh itu, Rida membantu membangunkan spiritual
dan potensi rohani seseorang insan agar dapat melahirkan rasa
yakin dan teguh pendiriannya terhadap Allah dalam
menghadapi ujian. Maka, seseorang yang menghadapi masalah
kehidupan hendaklah menanam perasaan rida yang tinggi
terhadap ketentuan-Nya.
7
4. Pengekalan
Peringkat pengekalan serta meninkatkan kepulihan
merupakan langkah terakhir yang boleh dicapai bermula
dengan keazaman seseorang disertai dengan komitmen. Oleh itu,
Mahabbah mampu merealisasikan proses pengekalan akan
tetapi seseorang itu perlu mewujudkan rasa sayang,cinta dan
rindu kepada Allah . Apabila rasa cinta, rindu dan sayang ini
meresap dalam diri makan akan terbit rasa tenang serta
kemanisan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Hal ini
mampu menjauhkan diri seseorang dari melakukan perkara-
perkara mungkar dan negatif kerana berasa malu terhadap
Allah.
Seseorang itu perlu menumpukan minda, diri, jiwa dengan
sentiasa ingat Allah selaku pemberi nikmat dengan
membasahkan lidah mereka dengan berzikir serta menghiasi
malam dengan bertahajud, munajat serta beribadah bagi
mencapai komitmen mahabbah. Abu Talib Al-Makki
mengatakan bahawa ujian dan musibah adalah tanda Allah
menyayangi seseorang itu. Setelah lengkap melalui keempat
peringkat tersebut ,seandainya seseorang itu kecundang di
tengah jalan dia perlulah melakukan proses terapi ini bermula
dari peringkat pertama sehingga peringkat terakhir iaitu
pengekalan.
8
SUMBANGAN PEMIKIRAN ABU TALIB AL-
MAKKI DALAM KAUNSELING PASANGAN ISLAM
Abu Talib Al-Makki adala
h seorang tokoh Islam dan
ulama silam dalam bidang taswauf yang sangat masyhur.
Penglibatan beliau dalam bidang tasawuf telah banyak
memberi inspirasi terhadap gaya hidup orang Islam
melalui karya-karya agungnya yang dijadikan rujukan.
Antara karya agungnya ialah Qut Al Qulub. Oleh itu,
Abu Talib Al-Makki juga telah memberi sumbangan
pemikiran dalam kaunseling pasangan Islam. Sumbangan
beliau telah memberi impak yang positif kepada
pasangan Islam dalam membina alam rumahtangga yang
bertunjangkan kepada asas-asas Islam serta mencari
keredhaan Allah SWT.
a) Melaksanakan Tanggungjawab Dengan Rahmah, Ihsan Dan Kasih
Sayang
Manusia diutuskan ke muka bumi ini sebagai khalifah Allah SWT
yang dipertanggungjawabkan dengan amanah untuk memakmurkan
bumi. Begitu juga dengan pasangan yang berkahwin, masing-masing
suami dan isteri mempunyai tanggungjawab dan peranan yang perlu
digalas dengan penuh rahmah, ihsan dan kasih sayang. Menurut Abu
Talib Al-Makki, tanggungjawab seharusnya digalas secara bersama
antara suami dan isteri supaya dapat mengecapi kebahagian bersama
dalam ketaqwaan. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran :
9
َو ِم ْن آَياِتِه َأْن َخَلَق َلُكْم ِم ْن َأْنُف ِس ُكْم َأْز َو اًجا ِلَت ْس ُكُن وا ِإ َلْي َه ا َو َجَع َل
َبْي َن ُكْم َم َو َّد ًة َو َر ْح َم ًة ۚ ِإ َّن ِف ي َٰذ ِلَك آَل َياٍت ِلَق ْو ٍم َيَت َف َّكُروَن
Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya
ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari
jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu
rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah)
bagi kaum yang berfikir. (Surah al-Rum:21)
َيا َأُّيَه ا الَّناُس اَّتُقوا َرَّبُكُم اَّلِذي َخَلَقُكْم ِم ْن َنْف ٍس َواِح َدٍة َوَخَلَق ِم ْنَه ا َزْو َجَه ا
َوَبَّث ِم ْنُه َم ا ِرَجااًل َكِثيًرا َوِنَس اًۚء
Maksudnya : Wahai manusia!bertakwa kepada Tuhanmu yang telah
menciptakan kamu dari diri yang satu(Adam) dan Allah menciptakan
pasangannya (Hawa) dari dirinya dan lalu dari keduanya Allah
mengembiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.
Antara tanggungjawab bersama suami isteri yang telah
ditekankan dalam Islam ialah pergaulan yang baik, saling kasih
mengasihi, memenuhi nafkah zahir dan batin, menyediakan
keperluan anak-anak dan saling bantu membantu.
b) Melihat kepada tujuan berkahwin
Islam menyarankan serta memberi galakan kepada umatnya untuk
berpasangan dan berkahwin. Hal ini dapat dibuktikan dengan nas-nas
yang terdapat di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Nas-
nas ini menggariskan syarat-syarat yang teratur dalam melahirkan
sebuah perkahwinan yang berhikmah, syumul dan universal. Firman
Allah SWT:
َوَأْنِكُحوا اَأْلَياَم ٰى ِم ْنُكْم َوالَّص اِلِح يَن ِم ْن ِع َباِدُكْم َوِإَم اِئُكْم ۚ ِإْن َيُكوُنوا ُفَقَراَء
ُيْغ ِنِه ُم ُهَّللا ِم ْن َفْض ِلِه ۗ َوُهَّللا َواِس ٌع َع ِليٌم
10
Maksudnya; Dan kahwinilah orang yang masih
membujang di antara kamu dan juga orang yang layak
(berkahwinan) daripada hamba-hamba sahayamu yang
lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberi kemampuan kepada mereka dengan
kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas(pemberianNya), lagi
Maha Mengetahui. (Surah al-Nur ayat 32)
Abu Talib Al-Makki telah menegaskan kepada
pasangan Islam untuk melihat tujuan sebenar
perkahwinan selari denga napa yang dianjurkan oleh
agama. Objektif perkahwinan yang jelas serta
dipraktikkan terhadap pasangan Islam dapat membantu
melahirkan keharmonian dalam rumah tangga. Justeru,
antara tujuan perkahwinan ialah :
i. Untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T di samping meramaikan
zuriat, menjaga maruah, mengharmonikan masyarakat dan menjadi
individu yang lebih bertanggungjawab.
ii. Untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni, berkasih
sayang, tolong menolong di antara satu sama lain. Rumahtangga
sebegini merupakan asas kukuh pembentukan sebuah masyarakat
yang baik dan gemilang.
iii. Menambahkan lagi kekuatan r
ohani, khusyuk dalam beribadah
serta pengabadian diri kepada Allah S.W.T. Menerusi perkahwinan
dapat mententeramkan perasaan berahi yang membara dalam jiwa
manusia. Begitu juga dapat mendamaikan kerunsingan-kerunsingan
kejiwaan kerana segala permasalahan hidup dapat dikongsi bersama
dengan pasangan masing-masing.
11
iv. Mengamalkan sunnah dan syari'at Islam yang dibawa oleh nabi
Muhammad SAW serta dapat membina masyarakat manusia selaras
dengan naluri semulajadi manusia.
Kesimpulannya, sumbangan pemikiran Abu Talib Al-Makki dalam
dunia kaunseling pasangan Islam telah membuka minda pasangan
Islam untuk mengubah tujuan perkahwinan yang bukanlah hanya
semata-mata untuk nafsu atau kebendaan. Ibadah perkahwinan yang
suci ini perlulah ditujukan kepada Allah SWT pada akhirnya.
c) Pasangan mempunyai kesedaran untuk bertaubat
i. Dalam rangka ini, suami isteri mestilah menerapkan kesedaran
untuk melakukan taubat kepada Allah sebagai langkah awal untuk
mengelakkan permasalahan antara pasangan suami isteri. Taubat
kepada Allah adalah metode penyucian diri daripada dosa-dosa
lampau. Ia bersesuaian dengan fitrah semula jadi manusia yang
bersifat lemah dan sentiasa melakukan kesilapan dan dosa.
Sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith:
Anas Bin Malik radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
كُّل بني آدم َخَّط اٌء وخيُر الَخَّط اِئيَن التوابون
Maksudnya: "Setiap anak Adam sering melakukan dosa dan sebaik-
baiknya orang yang melakukan dosa adalah orang-orang yang
bertaubat". (HR. Ibnu Majah, no. 4251, dan dihasankan oleh Al-
Albani).
12
Firman Allah s.w.t:
﴿ َوآَتاُكْم ِم ْن ُكِّل َم ا َس َأْلُتُم وُه َوِإْن َتُعُّدوا ِنْع َم َت ِهَّللا اَل ُتْحُص وَها ِإَّن اِإْلْنَس اَن
34 :﴾ [إبراهيم٣٤]َلَظ ُلوٌم َكَّفاٌر
Maksudnya: "Dan Dia (Allah) telah memberikan kepadamu
(keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan
jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu
menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan
sangat mengingkari (nikmat Allah)". QS. Ibrahim: 34.
ii. Abu Talib al-Makki menggoreskan perkara-perkara yang perlu
diamal sebagai hukuman atau pampasan atas kesilapan yang
dilakukan dengan amalan jawarih (badan) dan amalan hati. Amalan
badan (fizikal) contohnya solat dua rakaat, istigfar 70 kali dan
sedekah manakala amalan hati pula perlu iktikad yang kuat untuk
bertaubat, mempunyai keinginan untuk tidak mengulangi dosa, takut
akan seksaaan Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
d) Mengukuhkan kesabaran dalam diri
Sabar adalah pokok yang paling penting dalam sesebuah hubungan
dalam menghadapi kehidupan bersama. Suami isteri perlulah
berusaha untuk mengawal diri daripada perasaan marah yang
berlebihan atau melewati batas terhadap pasangan. Justeru, pasangan
mestilah sabar dan bertawakal kepada Allah dalam berikhtiar untuk
memperbaiki hubungan. Tambahan pula, janganlah sesekali
melibatkan orang lain untuk melepaskan kemarahan tersebut
contohnya dengan mendera anak atau mengadu pada orang luar
tentang hal rumahtangga yang akhirnya akan merosakkan
rumahtangganya sendiri. Ingatlah pahala dan ganjaran bagi orang
yang sabar atas kesulitan hidupnya adalah tidak terbatas.
13
e) Bersyukur terhadap diri pasangan
i. Apabila seseorang bersyukur dengan apa yang ditetapkan oleh Allah
kepadanya maka segala kesulitan hidup, kesempitan dan musibah
dipandang suatu nikmat yang mana segenap keburukan ditutupi
dengan seluruh kebaikan.
ii. Menurut Abu Talib al-Makki, pasangan suami isteri mestilah
menanam sifat syukur dalam diri terhadap pasangan masing-masing
atas apa yang telah ditakdirkan oleh Allah. Di samping itu, sentiasa
melihat kebaikan pasangan dan bukanlah sisi negatifnya sahaja
supaya konflik rumahtangga sentiasa harmoni dan jauh dari
bersangka buruk terhadap pasangan. Beliau mencadangkan bagi
pasangan suami isteri untuk melatih diri ikhlas dan tulus dengan
pasangan justeru mensyukuri kebaikan yang ada pada pasangan
walaupun sedikit.
f) Mahabbah sebagai kunci kebahagiaan
i. Seseorang Mukmin mestilah sentiasa meningkatkan perasaan cinta
dan kasih sayang kepada penciptanya. Selain itu, untuk
menghidupkan rumahtangga dan suburkan perasaan antara pasangan
suami isteri adalah sangat penting bagi kita menilai hubungan diri
dengan Allah swt.
ii. Ikhlas dalam bermahabah adalah rahsia antara makhluk dan
pencipta. Mereka yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah adalah
mereka yang dapat menguasai maqam mahabbah ini.
14
iii. Maka, di sinilah bertitik tolak nilai yang perlu dijaga oleh
pasangan Muslim dalam mengejar cinta manusia dalam sesebuah
hubungan. Cinta kepada Tuhan yang Maha Agung adalah kunci
kepada cinta-cinta yang lain.
iv.. Allah adalah tempat kiat bersandar dan memohon segala
pertolongan dan petunjuk. Mahabbah juga melahirkan jiwa yang
tenang, yakin, perasaan shawq (rindu yang tinggi kepada Allah SWT).
Perasaan rindu ini adalah anugerah daripada Allah dan merupakan
nikmat yang paling agung yang akan diganjari dengan nikmat yang
lebih besar di akhirat yang kekal abadi. Seperti dalam Al-Qur’an
Allah berfirman:
﴿ُقْل ِإْن ُكْنُتْم ُتِح ُّبوَن َهَّللا َفاَّتِبُعوِني ُيْحِبْبُكُم ُهَّللا َوَيْغ ِف ْر َلُكْم ُذُنوَبُكْم َوُهَّللا َغ ُفوٌر
31 :﴾ [آل عمران٣١ ]َرِح يٌم
Maksudnya:”Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu
mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu
serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Al-Imran 3:31)
15
SUMBANGAN ABU TALIB AL-MAKKI DALAM
MENANGANI MASALAH DISIPLIN REMAJA
terdapat tiga fasa atau proses dalam pelaksanaan maqamat melalui
hasil pemerhatian daripada perjalanan kerohanian Abu Talib al-
Makki
Fasa Pertama :Mengenal Diri
Fasa Kedua : Mendidik Hati
Fasa Ketiga :Pengukuhan Jiwa
Fasal pertama : Mengenal diri
Fasa mengenal diri adalah proses muhasabah diri dengan kembali
melihat dan menginsafi fitrah kejadiandiri dan mendekatiAllah SWT
melaluiamalan-amalan ibadah yangdituntut oleh agama. Jika jiwa
seseorang hamba bersih dari kekotoran maka mudahlah segala ilmu
dan penerangan dapat diterima. Oleh itu, terdapat 3 maqam yang
memainkan peranan utama dalam proses awal memndidik iaitu
maqam taubat, sabar dan syukur.
I.Maqam taubat
Menurut al-Makki maqam taubat terbahagi kepada dua peringkat,
iaitu Peringkat Pertama: semasa seseorang bertaubat akibat dosanya
dengan berikrar terhadapdosa yang dilakukan. Kemudian berjanji
supaya tidak melakukan dosa dan menuruti hawa nafsu selain
daripada membersihkan makanan daripada yang haram, sentiasa
bersedih di atas kesalahan seterusnya beristiqomah dalam melakukan
suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Manakala Peringkat
Kedua:selepas bertaubat seseorang itu perlulah berusaha memperbaiki
perbuatan buruknya dengan menggantikan perilaku yang terpuji.
Kemudian perlu berasa sedih dan rasa penyesalan berterusan
terhadap dosa yang dilakukan sebelum itu. (al-Makki, 1997,
hlmn.250)
16
Dalam konteks penyelesaian masalah disiplin dan salah laku
murid, kaedah taubat perlu diterapkan sebagai langkah awal
atas penyesalan dan kesedaran melakukan tindak tanduk yang
terkeji samada di sekolah ataupun dirumah. Murid-murid perlu
diterapkan kepada pentingnya amalan bertaubat atassetiap
kesalahan, disampingkaunseling, nasihat, denda,hukuman dan
sebagainya. Para pendidik boleh membimbing murid yang
bermasalah ini kaifiyat untuk solat sunat taubat, berpuasa,
beristigfar dan sebagainya.
II. Maqam Sabar
Seseorang murid yang berusaha melakukan taubat akan mampu
melahirkan sifat sabar yang merupakan maqamkedua pada
pandanganAbu Talib al-Makki.Maqam sabar yang dimaksudkan
adalah sabar daripada melakukan kemungkaran dan salah laku
seperti menahan keinginan hawanafsu, sabar dalam mengabdikan diri
kepada Allah SWT. Selain itu sabar dalam menegakkan keadilan
seperti sabar menghadapi ujian Allah SWT dan sabar memerangi
perbuatan keji.( al-Makki, 1997, hlmn.299).
Sifat sabar yang dianjurkan oleh al-Makki menyeru kepada
sabaryang paling disukai AllahSWT iaitu menyembunyikan
kesakitanatau musibah daripadapengetahuan orang lain serta
menjadikan Allah SWT sebagai tempat pengaduan utama. Pelajar
yang ingin meluah rasa bole mengadu kepada kepada guru yang
bertanggungjawab seperti guru kaunseling dan guru pendidikan Islam
(GPI) dan bukanlah di media sosial.
Dalam konteks menangani masalah disiplin dan moral murid-murid,
sabar memainkan perananyang sangat pentingdalam usaha
mengawaldiri daripada perasaaningin mencuba perkara-perkara yang
dilarang oleh agama ataupun yang bertentang dengan peraturan
sekolah dan salah laku moral. Selain itu, menahan dan mengawal
kemarahan akibat perbuatan rakan sebayanya agar tidak melepaskan
kemarahan tersebut kepada orang lain ataumelakukan kecederaan
pada orang lain dalam pelbagai bentuk.
17
III.Maqam Syukur
Manakala syukur adalah sebahagian daripada iman danAllah SWT
memerintahkan supaya berzikir sebagai tandasyukur. Menurut alMakki:
syukur dapat melahirkan dua maqam iaitu maqam redha dan juga maqam
mahabbah. Ini adalah keadaan di mana apabila seseorang yang syukur ketika
mendapat sesuatuyang tidak disukai,musibah, kesempitan dansesuatu yang
tidak diharapkanmerupakan suatu nikmatyang wajib disyukurimaka lahirlah
kedua-dua maqam tersebut.
Dalam menghadapi gejalakeruntuhan moral danmasalah disiplin, setiapmurid
yang bermasalah perlumelalui proses taubatdan sabar. Contohnya, apabila
berlakusesuatu konflik dalaman kebiasaannya pelajar hanya melihat negatif
tidak dapat apa yang diingini dan tidak pada positifnya alasan mereka tidak
dapat perkara tersebut. Maqamsyukur yang dicadangkan oleh al-Makki ini
melatih setiap murid yang bermasalah supaya bersikap telus melihat kebaikan
dan kekurangan,seterusnya menghormati mereka. Hal ini akan meningkatkan
tahap kesabaran dan rasional sebagai seorang yang bedisiplin.
Fasal kedua : Mendidik Hati.
Di dalam proses mentarbiyah hati, Abu Talib al-Makki mencadangkan tiga
maqam utama iaitu raja’, khauf dan zuhud:
’I.Maqam raja
Beberapa sifat dan ciri-ciri Raja’ digambarkan oleh Abu Talib al-Makki iaitu
sentiasa bersegeramelakukan ibadah keranatakuttidak sempat untuk
beribadah lagi dan mengharapakan agar amalan diterima. Selain itu sentiasa
banyak solat tahajud dan disertai rasa khauf. Begitu juga akan lahir al-uns
iaitu sentiasa mendekati para ulama’ dan orang soleh serta sentiasa melakukan
kebaikan dan ringan tulang memberi pertolongan sesama makhluk dalam
kebaikan.
Dalam konteks menangani masalah disiplin dan moral, murid-murid yang telah
dikenalpasti melakukan kesalahan, guru kaunseling dan guru pendidkan Islam
(GPI) perlulah membimbing dan menasihati murid yang bermasalah supaya
sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT sepanjang masa dan melakukan
solat tahajjud pada waktu malam. Apa yang lebih penting ialah sematkan dalam
diri mereka supaya sentiasa mendekati dan mesra dengan orang-orang berilmu.
18
II.Maqam khauf
menurut al-Makki diistilahkansebagai hakikat taqwayang meliputi
segala bentuk ibadah kepada AllahSWT dalam mencapai
keredhaanNya. Ciri khauf adalah takut terhadap kemunafikan
iaitu:hasad dengki,ujub dan bangga terhadap suatu ujian,syirik,
mencintai kejahatan dan membenci kebaikan. (al-Makki,1997,
hal.350).
Dalam mungurangkan masalah disiplin , murid yang telah melepasi
fasa mengenal diri iaitu melalui proses taubat,sabar dan syukur akan
mampu untuk lebih tenang menghadapi ujian kehidupan di alam
persekolahan seterusnya mendekatkan diri kepada Allah dan rasa
insaf manakala untuk pergi ke tahap mendidik hati, pelajar
memerlukan bimbingan guru dan ibu bapa yang beterusan.
III.Maqam zuhud
Maqam zuhud ialah yang terpenting dan merupakan kunci ketaatan.
Zuhud ialah tidak meletakkan kebahagian dunia semata di hatinya
dan kerana ia bukan keutaamaan bagi menuju ke Tuhan. Sepertimana
dinukilkan oleh al-Makki bahawa “tidak ada amal kebaikan yang
dapat menghimpunkan semua ketaatan selain zuhud terhadap dunia.”
(al-Makki, 1997, hlmn.329)
Murid-murid yang bermasalahiaitu tidak meletakkan semata-mata
kebahagiaan dunia sebagai tujuan hidup serta menggunakan apa yang
dimiliki untuk mencari redhadan taqwa AllahSWT. Al-Makki juga
meletakkansabar sebagai kunciutama dalam mencarizuhud. Bagi
murid yangbermasalah seharusnya bermuhasabahdan meletakkan
kebahagiaan akhirat sebagai matlamat utama di dalam melangkah
alam remaja yang penuh pancaroba.
19
Fasal ketiga: pengukuhan jiwa
I.Maqam tawakkal
Tawakkal melahirkan perasaan sabar dantenang ketika diuji,redha
dengan setiappemberiannya, bersangka baik dengan Allah SWT dan
dapat melihat hikmah di sebalik setiap yang berlaku dalam
kehidupan pasanganMuslim. (al-Makki, 1997)
Mendapat ilmu yangbermanafaat merupakan satuwasilah dan
bukandiletakkan sebagai matlamat semata-mata dalam kehidupan
sehingga kita meninggalkan perkara-perkara asas dalam agama. Oleh
itu, para pelajar haruslah melihat kembali tujuan utama ke sekolah.
Islam mengajar umatnya sentiasa berusaha dan metakkan setiap apa
yang diusahakan kepada-Nya.Apabila kita mendapatapa yang
dihajatiseharusnya kita perbanyakkan syukur, jika sebaliknya kita
seharusnya memandangnya dari sudut yang positif bahawa tawakkal
dan azam kita hanya kerana Allah SWT.
II.Maqam Redha
Redha yang dimaksudkan oleh al-Makki boleh dibahagikan kepada
dua keadaan. Pertama, menerima apa jua bentuk tegahan atau apa
yang tidak diberikan Allah SWT kepadanya, juga merupakan sifat
redha yang dituntut. Ini adalah kerana seorang murid yang sabar dan
berlapang dada akan sentiasadiuji. Apa yangtidak diberikan
kepadakita adalah suatubentuk ujian. Kedua, apabila murid yang
tidak berbolak balik hatinya kepada apa jua yang diberikan atau
tidak kepadanya. Maqamini dikenali sebagaimaqam redha.
20
III.Maqam mahabbah
Mahabbah dieertikan sebagai perasaan kasih sayang kepada Yang
Maha Esa dan percaya bahawa bagiNya segala punca kasih sayang itu.
Justeru bagi menghidup suburkan perasaan bertanggungjawab
sesamamanusia, adalah pentinguntuk kita menilaihubungan seseorang
denganTuhanNya.
Al-Makki turut menghuraikannya sifat-sifat hamba yang menguasai
maqam mahabbah ini antaranya mereka dalam keadaan berterusan
zikir iaitu mengingati Allah SWT. Maka apa yanglahir dari
kecintaanini ialah denganmenunaikan hak-hak AllahSWT, dan
melakukan perkara-perkara yang disukai-Nya dan meninggalkan
perkara-perkara yang tidak disukai jauh sekali dibencioleh Allah
SWT. Al-Makkiturut menjelaskan bahawa mereka yang mencapai
maqam mahabbah, sentiasa akur dengan ketentuan dan sebaraang
ujiantermasuklah ujian-ujian yangdilalui dalam tempohmenempuh
alam remaja. Maqam mahabbah ialah maqam terakhir dan penting
untuk mencapai tingkatanyang paling tinggidalam kemuncak
kerohanian seorang remaja.
21
RUMUSAN
Sumbangan pemikiran dan ketokohan Abu Talib Al Makki dalam
dunia tasawuf dengan menggunakan peringkat-peringkat berdasarkan
kepada pendekatan tasawuf iaitu maqamat mampu membentuk nilai-
nilai akhlak yang baik dan sempurna kepada personaliti manusia
serta merupakan kaedah psikoterapi islam untuk menyucikan jiwa
dari penyakit rohani.
Selain itu, pengaaplikasian maqamat yang beliau perkenalkan juga
mampu membentuk kesempurnaan insan yang seimbang dari segi
emosi dan psikologi kognitif dalam mencapai pasangan islam yang
harmoni dan juga menangani masalah disiplin remaja.
sumbangan ketokohan oleh Abu Talib Al Makki dalam dunia tasawuf
amatlah wajar dikagumi kerana sumbangan pemikiran beliau yang
besar terutamanya dari segi pembangunan psikologi insan, kauseling
pasangan islam dan juga turut membantu dalam menangani masalah
disiplin remaja. Jelaslah sumbangan beluai memberi impak besar
kerana turut merangkumi dari tahap remaja iaitu dari peringkat awal
kerana melunturkan buluh biarlah dari rebungnya.
Karya penulisan beliau wajarlah diambil istifadah oleh umat islam di
seluruh dunia. Tambahan pula karya penulisan dan cetusan ideanya
telah digunakan oleh para ulama' tasawuf-sunni sebagai rujukan.
Jelaslah bahawa ketokohan Abu Talib Al Makki dalam dunia tasawuf
telah memberi sumbangan yang besar kepada umat islam.
22
RUJUKAN
https://www.scribd.com Tokoh Sufi Abu Talib Al-Makki
Pendekatan Tasawuf Abu Talib Al Makki Dalam Menangani Masalah Disiplin
Remaja,Abdul Arif Sidi,Volume 1, Issue 1, 2021
Sumbangan Abu Talib Al-Makki Terhadap Pembangunan Psikologi Insan
Berdasarkan Maqamat Dalam Qut Al-Qulub, Sharifah Basirah Syed Muhsin,
Afkar Vol. 20 Issue 1 (2018): 109-142
https://bincangsyariah.com/khazanah/abu-thalib-al-makki-tokoh-sufi-rujukan-
imam-al-ghazali/
Khazanah, Habib Maulanatahun, 2021
23