tabik hormat pandu puteri Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua, dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaaan berikut: Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orangorang kenamaan di dalam upacara kepanduan 1. 2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan 3. Upacara mengibarkan bendera
isyarat pandu puteri
Berjabat Tangan dan Khidmat Pandu Puteri
BERJABAT TANGAN
Isyarat Wisel dan serta Isyarat Tangan
ISYARAT WISEL
ISYARAT TANGAN
ISYARAT TANGAN
Lagu Pandu Puteri
Our way is clear as we march on, And see our flag on high; Its never furled throughout the world, For hope shall never die, We must unite for what is right, In friendship true and strong, Until the earth in its rebirth, shall sing our song. LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia, Harapan abadi. Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada, akan nyanyi lagu ini
LAGU TAPS
LAGU kumpulan berenam
Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia
bendera malaysia
bendera persatuan pandu puteri malaysia (pppm) Berikut merupakan maksud setiap simbol/imej/warna yang digunakan dalam bendera tersebut. Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.
bendera pandu puteri dunia
sejarah perkembangan dan struktur organisasi
SEJARAH PENGASAS PANDU PUTERI Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalamkumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telahmempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India, Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.
RIWAYAT HIDUP PENGASAS PANDU PUTERI ( Lord Baden-Powell) Lord Baden-Powell ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuh beliau ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik. Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah. Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai versi kepada pengakap wanita dan diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Lady Olave Baden-Powell, isteri Lord Baden Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan Ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930.
RIWAYAT HIDUP PENGASAS PANDU PUTERI Olave St. Clair Soames (Lady Baden-Powell) Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell ialah ister kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell. Olave mulai mengambil bahagian dalam Kepanduan Putri pada tahun 1914, dan pada thun 1918 diangkat sebagai Kepala Kepanduan Putri Inggris. Pada bulan Oktober 1939, beliau berpindah ke Nyeri, Kenya bersama dengan Baden-Powell, hingga Baden-Powell meninggal pada 8 Januari 1941. Setelah kematian Baden-Powell, beliau memimpin Gerakan Kepanduan Putri selama lebih kurang 40* tahun dan mengembangkan Gerakan Kepanduan ke seluruh penjuru dunia. Beliau sempat terkena serangan jantung pada tahun 1961 di Australia, dan akibatnya beliau dilarang untuk merantau keluar negeri lagi. Beliau meninggal pada tarikh 25 Jun 1977 di Birtley House, Bramley Inggris, dan abu jenazahnya dibawa ke Kenya dan dimakamkan di tempat pemakaman Baden-Powell.
Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai LadyBaden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert BadenPowell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenal Sebagai "Girl Scouts" . Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides" yang bertanggungjawab terhadap Pergerakan Pandu Puteri di negaranya dan di seluruh dunia. Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide" . Olave St. Clair Soames (Lady Baden-Powell) Pada tahun 1918 hingga tahun 1919, beliau telah menubuhkan Majlis Tanah Jajahan dan Majlis Antarabangsa. Majlis Antarabangsa telah bertanggungjawab sebagai perantara di antara Persatuan Pandu Puteri di sesebuah negara dengan pergerakan Pandu Puteri di negara lain. Kini ia dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Pada tahun 1930, beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" . Beliau hidup sehingga 25 Jun 1977 pada umur 88 tahun.
SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOCIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS)
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA
SEJARAH Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia jatuh pada 22 Februari pada setiap tahun dan tibalah masa untuk keluarga kepanduan menyambut hari peringatan ini. Hari peringatan disambut untuk mengingati jasa Pengasas Pandu Puteri iaitu isteri kepada Lord BadenPowell, pengasas pasukan pengakap. HARI PERINGATAN PANDU PUTERI SEDUNIA SEJARAH Sejarah sambutan Hari Peringatan ini bermula sejak tahun 1932 di Poland dan pada setiap tahun kita menyambut dan meraikan hari ini mengikut tema yang telah ditetaapkan oleh WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) iaitu Persatuan Pandu Puteri Pengakap Puteri Sedunia. 2010 “Bersama Kita Membasmi Kemiskinan dan Kelaparan” 2011 “Meningkatkan Ketaksamaan gender dan Memperkasakan Wanita” 2009 “Kita boleh Mencegah AIDS, malaria dan penyakit lain daripada berleluasa” “2008 “Fikirkan Tentang Air” 2007 “Kenali Potensi Anda dengan Mengambil Peluang memimpin, mengembangkan persahabatn dan berani bersuara”
STRUKTUR ORGANISASI Keluarga Pandu Puteri Malaysia
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Persatuan Pandu Puteri Cawangan
Persatuan Pandu Puteri Kadet Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan dalam pergerakan Pandu Puteri. Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institut perguruan dan ditadbir oleh Bahagian Pendidikan Guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pandu Puteri Kadet adalah di bawah Cawangan Bahagian Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru (IPG).
Guru Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Siantan Kenanga Melur Cempaka Teratai Kesidang Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Persatuan Pandu Puteri Kadet
Persatuan Pandu Puteri Tunas
Persatuan Pandu Puteri Kelip-Kelip
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
Program Pandu Puteri Tunas (PPT) Anugerah TOPAZ I, TOPAZ II, TOPAZ III
SKIM LENCANA KECEKAPAN
SKIM LENCANA KECEKAPAN
Rancangan Aktivti Tahunan PPT merancang program dan aktiviti
Rancangan Aktivti Tahunan PPT merancang program dan aktiviti