The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maszbizzy, 2021-09-20 22:30:35

Buku Program Majlis Pelancaran Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang

21 September 2021
12.00 Tengah Hari

Majlis Pelancaran

PROGRAM PROFESIONAL
PENTADBIRAN AWAM
NEGERI PAHANG

DIRASMIKAN OLEH
YAB. MENTERI BESAR PAHANG
DATO’ SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL,

SSAP., SUMW., DSAP., DIMP., SMP., AMP.

SECARA DALAM TALIAN
21 SEPTEMBER 2021 (SELASA)
12.00 TENGAH HARI

Sekapur Sirih

YAB. DATO’ SRI HAJI WAN ROSDY
BIN WAN ISMAIL

SSAP., SUMW., DSAP., DIMP., SMP., AMP.

Menteri Besar Pahang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya ucapkan tahniah atas pewujudan kedua-dua Pusat Latihan Negeri
Pahang dan Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang – usaha
bersama pentadbiran Kerajaan Negeri dengan Kolej Universiti Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Usaha ini baik yang saya percaya, mampu meletakkan pentadbiran Kerajaan
Negeri sebagai organisasi tersohor dalam melonjakkan pengetahuan dan
kemahiran penjawat awam demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada
rakyat.

Terdapat pelbagai cabaran yang harus kita depani bersama termasuk dalam
era pandemik COVID-19 yang kini dikatakan - tidak dapat tidak; bakal
diterima sebagai endemik yakni, ia akan kekal berada dalam komuniti kita.

Oleh itu, antara usaha menangani cabaran-cabaran baharu ini ialah keperluan
bagi institusi-institusi pendidikan termasuk KUIPSAS, memperkasakan
agenda pendigitalan pendidikannya.

Sebagai permulaan, inilah cabarannya khusus buat KUIPSAS. Kejayaan
dalam mengendalikan bersama Pusat Latihan Negeri Pahang serta Program
Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang akan menjadi ‘testimony’
yang dinantikan.

Wabillahitaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Seulas Pinang

DATO’ SRI DR SALLEHUDDIN BIN ISHAK

SSAP,. SIMP.,DIMP.,JSM.,PJK.

Setiausaha Kerajaan Pahang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji
bagi Allah SWT, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seperti sedia maklum, kita sedang menuju ke arah Revolusi Industri Keempat
(IR 4.0) yang semakin berkembang pesat dan mencabar. Persediaan yang jitu
perlu dilakukan bagi mengharungi pemantapan arus perdana modenisasi
dan situasi keterangkuman amat diperlukan untuk bersatu menggapai
kegemilangan yang mapan. Perihal ini perlu dikekalkan dan dipertingkatkan
demi kelangsungan kecemerlangan pelaksanaan dasar negara.

Oleh itu, penjawat awam perlulah sentiasa mempersiapkan diri dengan
segala ilmu pengetahuan dan kemahiran secara menyeluruh. Elemen-
elemen soft-skills dan multitasking sebagai modal berharga untuk
menghadapi cabaran alam pekerjaan serta mendepani perubahan pada hari
-hari yang mendatang dalam kehidupan. Perkara inilah yang akan menjadi
ciri-ciri penjawat awam yang berkeyakinan diri, berdaya saing, berkualiti dan
berkredibiliti selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam.

Bagi memantapkan jaringan kolaborasi strategik, terdapat pelbagai jalinan
kerjasama yang boleh dilaksanakan melalui kedinamikan inisiatif kepada
penjawat awam. Saya melihat peluang ini masih lagi boleh kita terokai
selepas ini dengan pelbagai pihak lain.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh
jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Segala komitmen tenaga dan masa yang disumbangkan dalam memastikan
program ini berjalan seperti yang direncanakan akan membawa kepada
kecemerlangan budaya profesionalisme perkhidmatan awam di negeri
Pahang pada masa akan datang.

Selamat maju jaya

Semanis Bicara

YBRS. PROF. MADYA DR. HAJI MOHD
ZAWAVI BIN ZAINAL ABIDIN, AMP., SMP.
Rektor Kolej Universiti Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan lafaz alhamdullilah saya mengucapkan puji syukur kepada illahi atas
segala limpahan rahmat atas Pusat Latihan Negeri Pahang dan Program
Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang dapat dilaksanakan. Program
ini merupakan pengiktirafan KUIPSAS sebagai institusi pendidikan sepanjat
hayat di samping memperkasakan hubungan KUIPSAS dengan kerajaan negeri.

Melalui pendidikan, latihan, kesepaduan pengetahuan dan kemahiran, nilai dan
sikap serta kompetensi mampu melahirkan individu yang boleh menyumbang
ke arah pelestarian pembangunan komuniti sejagat. Inilah matlamat KUIPSAS
dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik di Negeri Pahang
seterusnya berbakti kepada masyarakat.

Saya yakin dan percaya kita semua sedang berusaha meningkatkan kepakaran
masing-masing, baik dalam kalangan pensyarah mahupun staf. Perubahan ini
mungkin sukar, namun akan ada manis diakhirnya atas jerih perih yang kita lalui.
Kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu yang KUIPSAS miliki perlu diperkembang
dan dikongsi bersama.

KUIPSAS perlu mengadaptasi perubahan ini dengan menggabungjalinkan ilmu
dan teknologi di samping mengimbangi nilai kemanusiaan sejagat. Ini menuntut
ketersediaan serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Pelaksanaanya
perlu digarap menjadi lebih kemas, diperluaskan spektrumnya, dan dipantau
secara rapi bagi memastikan hasil yang ditetapkan dapat dicapai.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
YAB Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Setiausaha
Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Dr Salehuddin bin Ishak di atas sokongan
mereka yang berterusan dalam penganjuran program ini.

Dan akhir sekali tidak dilupakan rasa terima kasih yang tidak terhingga saya
kepada semua ahli jawatankuasa yang berusaha sedaya upaya dan memberikan
masa dan tenaga bagi merealisasikan perasmian program ini. Semoga Allah
memberikan ganjaran yang terbaik atas setiap usaha dan pengorbanan kita.

Sekian, terima kasih.

Latarbelakang

Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang
(PPPANP) merupakan satu cetusan idea daripada Pentadbiran
Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang yang komited untuk
mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,
berintegriti dan cekap dalam memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada stakeholders di samping meningkatkan
kecekapan dan hasil Kerajaan Negeri.

MMK Yang Ke- 25/2021 pada 30 Jun 2021 telah bersetuju
meluluskan cadangan mewujudkan Pusat Latihan Negeri
Pahang secara kolaborasi bersama KUIPSAS bagi pelaksanaan
Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang.

MMK tersebut juga telah mengambil keputusan meluluskan
Program Profesional Perkhidmatan Awam Negeri Pahang bagi
pegawai lantikan baharu Negeri Pahang termasuklah lantikan
oleh SPA Pahang dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Objektif

Mendedahkan kepada penjawat awam negeri Pahang mengenai
konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara,
sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas
perkhidmatan awam.

Melahirkan penjawat awam Negeri Pahang yang profesional,
berkelayakan, berkebolehan, produktif dan berkompetensi
melalui latihan-latihan yang relevan.

Memupuk sahsiah, jati diri dan nilai patriotisme pegawai
supaya lebih berketerampilan dan memiliki minda kelas
pertama dalam perkhidmatan awam Negeri Pahang.

Mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah
(value–added) dalam kalangan penjawat awam Negeri Pahang
yang mampu menyumbang terhadap kemajuan kerjaya
mereka.

Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat
memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan
berkesan.

Memperkasa warisan (Sejarah, jawi) dan jati diri.

Atur Cara

MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM PROFESIONAL PENTADBIRAN AWAM

NEGERI PAHANG
21 SEPTEMBER 2021 (SELASA)

12.00 tengah hari : Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang Secara
Dalam Talian

: Bacaan Doa Oleh :
Ustaz Nik Ahmad Mumtaz bin Nik Din

: Bacaan Ayat-Ayat Suci Al Quran Oleh :
Saudara Muhammad Fahmi Akmal bin

Badrulisham, Pelajar Jurusan Ijazah Syariah
Dengan Pentadbiran Kehakiman, KUIPSAS

: Ucapan Perasmian oleh:
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang
YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail

: Tayangan Montaj Pelancaran Program
Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang

: YAB Menteri Besar Pahang Meninggalkan Majlis
Secara Dalam Talian

: Majlis Bersurai

Komponen Pengajian

PROFESIONALISME

Negara dan Perkhidmatan Awam (6 jam)

Pengurusan Sumber Manusia (5 jam)

Integriti Penjawat Awam (6 jam)

Budaya Kerja Cemerlang (2 jam)

Pengurusan Kewangan Berakauntabiliti (12 jam)

Perundangan dan Penguatkuasaan (5 jam)

Jumlah : 36 Jam

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Negara dan Perkhidmatan Awam (6 jam)
Kesejahteraan Psikologi (4 jam)
Pengurusan Kewangan Peribadi (2 jam)
Komunikasi (5 jam)
Kemahiran Generik (11 jam)
Jumlah : 22 Jam


PENGAJIAN ISLAM

Tasawwur Islam (12 jam)
Jawi (6 jam)
Muamalat (6 jam)
Dakwah (2 jam)
Tahsin Al-Quran (6 jam)
Jumlah : 32 Jam


JUMLAH JAM KESELURUHAN : 90 JAM

Ahli Jawatan Kuasa

MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM PROFESIONAL PENTADBIRAN AWAM

NEGERI PAHANG

JAWATAN KUASA INDUK

Penaung : YB Dato’ Sri Dr. Salehuddin bin Ishak

Pengerusi : YH Dato Mohd Zakaria bin Ibrahim

Timbalan Pengerusi : YBrs. Prof.Madya. Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal

Abidin

Encik Mohd Khuzaidi bin Harun

Penyelaras : Encik Jumshoiry Novdany bin Mohd Sulaiman

: Puan Maszita binti Mohd Dom

Penasihat
En. Mohd. Zamri b. Wahab
Dr. Muhammad Hafiz b. Dato’ Hj. Yaakub
En. Mohd Faizul b. Abdul Hadi Nor
Prof. Madya Dr. Jelani b. Sulaiman
Dr. Norahida bt. Mohamed
Pn. Zarina bt. Kamarozaman

JAWATAN KUASA KERJA

PEJABAT SUK PAHANG
1. En Zain Mokhsar Bin Ahmad
2. Encik Muhammad Shahrinnahar bin Abd Latib
3. Encik Mohd Afdzam bin Madzlan
4. Encik Mohd Sabri bin Mustafa
5. Encik Muhd Zaim Nafie bin Khalil Anwar
6. Puan Husnalrita binti Yussof

KUIPSAS
1. Encik Wan Emril Nizam bin Wan Embong
2. Encik Mohd Hider bin Othman
3. Puan Nor Faziah binti Mohd Rejab
4. Encik Muhammad Hisyamudin bin Baharuddin
5. Encik Nurhan Esmady bin Ismail
6. Cik Sa’adiah binti Abdullah Ba’awi
7. Encik Nik Ahmad Mumtaz bin Nik Din
8. Cik Norhafizatul Sheha binti Dzulkepli
9. Puan Norzulaipah bt. Abu Bakar

Sekalung Penghargaan

Sekalung
penghargaan dan terima kasih
atas penglibatan dan kerjasama

semua pihak
dalam menjayakan majlis ini


Click to View FlipBook Version