The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sikinuzma, 2020-10-13 11:28:47

Mesyuarat PJPK kali 1 2020

Mesyuarat PJPK kali 1 2020

CBA5024.600-3/1/18 / PJPK@SKSB/BIL.1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BIRAM
26600 PEKAN PAHANG

Minit Mesyuarat
Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Bil 1/2020

Tarikh : 12 Februari 2020
Hari : Rabu
Masa : 2:05 petang
Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup

Kehadiran: Ketua Panitia
1. Encik Mohd Suhairi Bin Che Sudin GPK Kokurikulum
2. Puan Masmaliza Binti Ahmad Setiausaha
3. Encik Mazlan Bin Mohammad Guru
4. Puan Asmah Binti Mahmud Guru
5. Puan Saidatul Akmal Binti Awang Ali Guru
6. Puan Nik Som Binti Nik Wil Guru
7. Puan Suhaili Binti Samsuddin Guru
8. Encik Zainul Hashim Bin Jenal Guru
9. Encik Zaharuddin Bin Abdul Razak Guru
10. Encik Borhan Bin Muhamad Guru
11. Encik Faizal Bin Atan

Agenda :
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi
2. Perkara Berbangkit
3. Isu-Isu Perbincangan :
3.1 Takwim dan Program Panitia
3.2 DSKP/RPT/RPH
3.3 Analisa dan Post Mortem PAT/UPSR
3.4 Kewangan
3.5 KBAT
3.6 Agihan Tugas
3.7 Pengurusan Fail Panitia
3.8 Sudut Panitia
4. Hal-hal Lain
5. Penangguhan Mesyuarat

CBA5024.600-3/1/18 / PJPK@SKSB/BIL.1

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Beliau mengalu-ngalukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua
AJK kerana dapat menghadiri dan meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat kali
pertama ini.

1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menjalankan
tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun lepas. Beliau juga berharap agar semua
dapat memberikan kerjasama dalam merancang dan melaksanakan program yang akan
dilaksanakan kelak dengan baik.

Tindakan: Semua Guru PJPK

2. PERKARA BERBANGKIT

2.1 Kegagalan guru merekodkan penggunaan alatan sukan semasa PdPc secara konsisten
pada buku rekod penggunaan yang disediakan.

2.2 Tidak adanya pengawasan guru sewaktu proses pengambilan dan pemulangan alatan
sukan ke stor .

2.3 Alatan sukan yang digunakan tidak disimpan semula pada tempatnya.

2.4 Pintu stor tidak ditutup selepas digunakan.

Tindakan : Semua Guru PJPK

3. ISU-ISU PERBINCANGAN

3.1 Takwim dan Program Panitia PJPK 2020
-( Rujuk Lampiran )

3.2 DSKP/RPT/RPH
3.2.1 Semua bahan-bahan berkenaan boleh didapati atau dimuat turun melalui laman
portal Bahagian Pembangunan Kurikulum.

3.2.2 Ketua Panitia mengingatkan agar semua guru dapat menyediakan dan sentiasa
membawa DSKP sewaktu PdPc dalam apa bentuk sekalipun sebagai bukti
panduan pengajaran.

3.2.3 Beliau juga berpesan agar guru-guru tidak memuat turun Draf DSKP disebabkan
tidak lengkap dan tepat.

CBA5024.600-3/1/18 / PJPK@SKSB/BIL.1

3.2.4 Sebagai makluman sekolah menggunakan 43 minggu PdPc. Sehubungan itu, guru
PJPK perlu mengubahsuai atau menambah topik sedia ada pada RPT yang hanya
memperuntukkan 32 minggu bagi Pendidikan Kesihatan manakala 38 minggu bagi
Pendidikan Jasmani.

3.2.5 Ketua Panitia memaklumkan bahawa terdapat masalah dalam mendapatkan
bahan-bahan utama dan terkini bagi PJPK Tahun 4 2020. Beliau mencadangkan
agar guru merujuk buku teks dan membina senarai semak dalam bentuk
mingguan untuk RPT berkenaan.

3.2.6 Penulisan RPH adalah sepertimana yang telah dimuat naik untuk memastikan
keseragaman penulisan RPH dan eRPH.

Tindakan: Semua Guru PJPK

3.3 Analisa Dan Post Mortem PAT/UPSR

3.3.1 Panitia PJPK menetapkan dan meletakkan KPI pencapaian bagi semua murid
adalah pada jumlah 80% lulus peperiksaan dan menguasai sekurang-kurangnya
Tahap Penguasaan 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah.

3.3.2 Post Mortem PAT/UPSR ( Rujuk Lampiran )

3.3.3 Ketua Panitia mencadangkan agar diwujudkan program intervensi bagi murid-
murid yang tidak menguasai dan bermasalah dalam subjek PJPK.

3.3.4 Sebagai makluman, peperiksaan yang melibatkan subjek PJPK akan dijalankan 2
kali setahun dan termasuklah Tahun 4/2020.

Tindakan: Semua Guru PJPK

3.4 Kewangan

3.4.1 Ketua Panitia memaklumkan kedudukan kewangan semasa bagi tahun 2020 ;

Kewangan Pend.Jasmani Pend.Kesihatan
Wajib RM 1206.40 RM 1206.40
Teras RM 2198.40 RM 2198.40

3.4.2 Beliau memohon agar semua guru PJPK dapat memaklumkan kepada beliau
sekiranya terdapat peralatan atau bahan bantu mengajar yang perlu ditambah
bagi tujuan PdPc.

CBA5024.600-3/1/18 / PJPK@SKSB/BIL.1

3.4.3 Beliau juga bercadang untuk menambah bilangan peralatan berkaitan dengan
permainan dalaman bagi memenuhi keperluan subjek PJ terutama dalam topik
rekreasi dan kesenggangan.

3.4.4 Sebarang permohonan pembelian perlu dibuat melalui nota minta dan
maklumkan kepada Ketua Panitia.

Tindakan: Semua Guru PJPK

3.5 KBAT

3.5.1 Penerapan unsur KBAT dalam PdPc perlu dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

3.5.2 Penerapan unsur berkenaan boleh dilaksanakan dalam PdPc dalam bentuk Peta i-
Think, kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu merujuk kepada aktiviti yang
dirancang adalah lebih kepada berpusatkan murid.

3.5.3 Kaedah pemulihan,pengukuhan dan pengayaan juga perlu dirancang dengan
menerapkan unsur KBAT ini terutamanya pada penyediaan soalan yang mampu
menjana jawapan, pendapat dan pandangan yang berunsurkan KBAT.

Tindakan: Semua Guru PJPK

3.6 Agihan Tugas

3.6.1 Agihan tugasan akan disusun semula terutamanya tugas dalam penyediaan
ataupun penggubal soalan peperiksaan mengikut tahun.

3.6.2 Hal ini bagi mewujudkan keseragaman aras penilaian bagi setiap tahun dan
memudahkan pengurusan penandaan kertas melalui skema jawapan yang
seragam.

3.6.3 Tugas-tugas lain akan diteliti semula mengikut keperluan semasa terutama dalam
pelaksanaan program-program yang telah dirancang.

Tindakan: Ketua Panitia

CBA5024.600-3/1/18 / PJPK@SKSB/BIL.1

3.7 Pengurusan Fail Panitia

3.7.1 Pengurusan fail panitia akan dikemaskini oleh setiausaha dengan kerjasama Ketua
Panitia serta ajk.

Tindakan: Ketua Panitia/Setiausaha

3.8 Sudut Panitia PJPK

3.8.1 Terdapat 3 sudut utama panitia yang akan diberikan perhatian iaitu papan
kenyataan di dalam dan diluar stor sukan serta sudut pameran panitia di bahagian
tangga.

3.8.2 Bahagian-bahagian berkenaan akan cuba dipenuhkan dengan info dan maklumat
berkaitan Panitia PJPK manakala sudut pameran memerlukan pandangan dan
idea dari semua ajk dalam menjadikan kawasan berkenaan lebih menarik dan
berfungsi.

3.8.3 Pelabelan bahan dan peralatan sukan serta susun atur di dalam stor juga menjadi
keutamaan pada masa kini untuk dilaksanakan dengan kerjasama semua ajk.

Tindakan: Semua Guru PJPK

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Puan Masmaliza Binti Ahmad;

4.1.1 Beliau mengingatkan dan menasihatkan kepada semua guru agar sentiasa
mengutamakan keselamatan diri murid-murid semasa beraktivti dan semasa
mengendalikan peralatan yang berisiko.

4.1.2 Beliau berharap agar guru sentiasa menyelia aktiviti murid agar kemalangan yang
tidak diingini dapat dielakkan.

4.2 Puan Suhaili Binti Samsuddin ( Penyelaras Kesihatan );

4.2.1 Beliau meminta kerjasama terutama guru-guru PJPK agar dapat bekerjasama
dengan Unit Kesihatan Sekolah dalam bersama-sama melaksanakan program
yang dirancang yang juga dapat disenaraikan dalam takwim panitia.

CBA5024.600-3/1/18 / PJPK@SKSB/BIL.1

4.2.2 Terdapat 3 program utama yang akan dilaksanakan pada tahun 2020;

a) Intervensi Smile ( Pergigian )
b) Fito ( Intervensi SEGAK )
c) JOMSI ( Jom Makan Secara Sihat )

4.2.3 Selain itu, unit ini juga akan menjalankan Program Stesen Kesihatan yang akan
memaparkan info berkaitan dengan kesihatan diri seperti kesihatan gigi, bahaya
rokok dan banyak lagi.

4.2.4 Pihak unit juga telah mewujudkan Rakan CSI diakalangan murid yang berfungsi
sebagai penyampai info ringkas kepada rakan-rakan kelas pada awal waktu PdPc
Pendidikan Kesihatan.

4.2.5 Kuiz kesihatan juga akan dilaksanakan bagi mengaktifkan papan info Doktor Muda
sedia ada.

4.2.6 Untuk makluman, Unit Doktor Muda PKI telah membina banyak bahan bantu
mengajar yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan dan mengalu-alukan
kepada semua guru Pendidikan Kesihatan untuk menggunakannya dalam proses
PdPc. Selain itu juga, beliau menawarkan khidmat untuk bersama-sama membina
BBM sekiranya perlu.

4.3 Encik Faizal Bin Atan ;

4.3.1 Beliau bertanyakan berkenaan penulisan bagi RPH Pendidikan Jasmani dan juga
Pendidikan Kesihatan sama ada boleh digabungkan sekiranya PdPc berkenaan
adalah bagi tahun yang sama.

4.4 Encik Suhairi Bin Che Sudin ( Ketua Panitia );

4.4.1 Beliau memaklumkan bahawa RPH boleh digabungkan tetapi refleksi perlulah
berlainan dan hanya satu buku tulis sahaja digunakan secara bergabung bagi
subjek PJPK.

4.4.2 Sentiasa memastikan latihan murid ditanda dan diperiksa dengan betul.

4.4.3 Bahan bantu menjagar bagi subjek Pendidikan Kesihatan boleh didapati di stor
sukan ( Tahun 1, 4 dan 5 ).

4.4.4 Modul Perekodan secara offline perlu sentiasa dikemaskini dan dicetak satu
Salinan sebagai simpanan fail. Pentaksiran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

CBA5024.600-3/1/18 / PJPK@SKSB/BIL.1

4.4.5 Beliau memohon agar semua guru yang membuat pinjaman peralatan sukan
4.4.6 dapat memaklumkan kepada Ketua Panitia ataupun merekodakan peminjaman
bahan berkenaan.
Berkaitan dengan PdPc, beliau memohon agar guru menyampaikan topik
pembelajaran kepada murid dengan jelas dan tepat mengikut sukatan walaupun
topik berkenaan agar sukar untuk dilaksanakan.

4.4.7 Beliau menasihatkan agar semua guru yang terlibat dengan subjek Pendidikan
Jasmani agar mendalami terlebih dahulu sesuatu topik sebelum PdPc sebenar dan
sentiasa mengutamakan keselamatan murid.

4.4.8 Beliau juga menekankan berkaitan batas sentuhan guru terutama murid
perempuan semasa beraktiviti agar tidak menjadi isu dengan mengambil
pendekatan yang lebih sesuai dan selamat.

4.5 Puan Nik Som Binti Nik Wil;

4.5.1 Beliau memohon agar Ujian SEGAK dapat melibatkan sekurang-kurangnya
seorang penilai wanita agar murid perempuan yang melaksanakan ujian dapat
melakukannya dengan selesa dan berkeyakinan.

4.5.2 Hal ini menjadi isu apabila terdapat ibubapa yang menyatakan bahawa penurunan
pencapaian ujian disebabkan murid malu untuk melaksanakan ujian apabila
melibatkan penilai adalah guru lelaki.

4.5.3 Beliau juga meminta agar semua guru-guru lelaki Pendidikan Jasmani dapat
bersama-sama dalam melaksanakan Program Senamrobik setiap Rabu dengan
cara terlibat sama dibahagian konduktor senamrobik bagi meningkatkan minat
murid untuk menjayakan aktiviti.

4.6 Puan Saidatul Akmal Binti Awang Ali;

4.6.1 Beliau meminta agar rekod penilaian ujian SEGAK dapat direkodkan dengan bersih
dan mampu dibaca dengan baik bagi memudahkan pemindahan data berkenaan
ke dalam sistem.

4.6.2 Selain itu, beliau juga meminta agar rekod berkenaan adalah tepat terutamanya
pada bahagian tinggi dan berat yang sering berlaku ralat untuk dua kali ujian yang
dilaksanakan.

CBA5024.600-3/1/18 / PJPK@SKSB/BIL.1
5. Penangguhan Mesyuarat

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.24 petang.
Tindakan: Ketua Panitia

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

………………………………………… ……………………………………………… ……………………………………….
MAZLAN BIN MOHAMMAD MOHD SUHAIRI BIN CHE SUDIN SABARINA BINTI ABDULLAH
Setiausaha, Ketua Panitia, GPK Pentadbiran,
Panitia PJPK, Panitia PJPK, SK Seri Biram
SK Seri Biram SK Seri Biram


Click to View FlipBook Version