The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mazlan bin Mahdan D'Great, 2019-12-26 11:29:12

SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




3.3.5 Teknik ‘peear-group’/rakan sebaya.
3.3.6 Penggunaan ABM yang menarik dan berkesan.
3.3.7 Pendekatan ‘Multiple Intelligent’ (MI).

4. PROFESINALISME GURU
4.1 Iklim
4.1.1 “High Espectation dan Low Stress” – Best Learning (Study Hard, Study Smart)
4.1.2 Suasana yang supportif/mendorong/kondutif - Pujian untuk kejayaan.
4.2 Pengurusan
4.2.1 Memahami matlamat sekolah
4.2.2 Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan berhikmah.
4.2.3 Menepati masa
4.2.4 Menyelesaikan tugas menepati waktu. Semua tugas yang diserahkan
hendaklah diambil tindakan dengan segera.
4.2.5 Dokumen/tugasan yang telah diambil tindakan. Hendaklah diserahkan
kepada pejabat untuk tindakan seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan
hendaklah difotokopi dan difailkan.
4.3 Menyertai/menjalani semua program sekolah dan menjalankan semua aktiviti
kokurikulum dengan bermatlamat kejayaan cemerlang dan gemilang.
4.4 Penampilan
4.4.1 Pakaian yang kemas, lengkap dan sopan. Guru yang mengajar Pendidikan
Jasmani dikehendaki memakai pakaian sukan tidak melebihi waktu rehat.
4.4.2 Pemakaian kasut, tanda nama, tali leher dan aksesori yang minimum.
4.4.3 Gaya komunikasi :
4.4.3.1 Bahasa ilmu, terang dan mudah difahami
4.4.3.2 Tiada slanggah / longhat kenegerian
4.4.3.3 Lemah lembut
4.4.3.4 Tiada labelling.
4.4.4 Gaya berjalan mempamerkan keterampilan, kewibawaan dan keyakinan diri.
4.5 Kerahsiaan
Segala maklumat yang dibincangkan oleh/dengan pihak pengurusan sekolah adalah
ditakrifkan sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak dibenarkan di
tempat-tempat umum seperti kantin, tempat letak kereta, di tempat menunggu dan
rehat dalam kawasan sekolah dan kepada/dengan yang tidak berkenaan.
4.6 Etika Guru
4.6.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan
seperti jualan langsung, promosi barangan, insurans dan lain-lain. Tindakan
akan diambil sekiranya mengingkari arahan ini.
4.6.2 Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.
4.6.3 Guru dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja pada waktu rehat dan
waktu tidak mengajar.
5. TUGAS GURU
5.1 Guru Bertugas
5.1.1 Masa
Guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia



101 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




perjalanan sekolah 15 minit lebih awal dan mengelolakan Perhimpunan
(7.10pagi) dan (12.50 tghari) serta pergerakan murid (senyap dan tersusun).
5.1.2 Tugas
Pada waktu rehat, suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin
hendaklah dipastikan diikuti.
5.1.2.1 Murid beratur (tertib, senyap dan tidak berebut-rebut)
semasa membeli makanan.
5.1.2.2 Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib.
5.1.2.3 Masukkan pinggan, mangkuk, sudu garpu ke dalam tempat
yang disediakan.
5.1.2.4 Pembuangan sampah oleh murid dikawal / sentiasa bersih.
5.1.2.5 Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan berada di
dalam kelas).
5.1.3 Bangunan
5.1.3.1 Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah
dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya
yang boleh menyebabkan kecederaan dan perkara-perkara
yang tidak diingini. Lapor segera sekiranya ada bahagian
bangunan, peralatan dan lain-lain yang boleh mendatangkan
bahaya kepada pihak pengurusan.
5.1.3.2 Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria
(rondaan).

5.2 Guru Kelas
5.2.1 Rekod dan kemas kini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual
kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan
sekolah.
5.2.2 Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditandakan pada waktu yang
pertama pada setiap hari belajar.
5.2.3 Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat
doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
5.2.4 Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada
memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah
mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan
satu salinan ke pejabat sekolah.
5.2.5 Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari
buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM
terlebih dahulu.
5.2.6 Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah
mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran
kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi dan meja berada dalam
keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
5.2.7 Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan
mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku
jadual kedatangan dan buku yuran.



102 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




5.2.8 Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak
sekolah.
5.2.9 Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks
kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar
ke sekolah lain.
5.2.10 Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat
Jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
5.2.11 Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
5.2.12 Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan
memberitahu pelajar.
5.2.13 Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam
semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
5.2.14 Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK
HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut
yuran dan masalah disiplin lain.
5.2.15 Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar
baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod
Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
5.2.16 Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang
masuk Peperiksaan membantu menyusun kerusi meja.
5.2.17 Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di
samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
5.2.18 Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
5.2.19 Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas
pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
5.2.20 Berada di samping pelajar semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan
pada masa perhimpunan hari biasa.
5.2.21 Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah,
maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-
tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah
kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.
5.2.22 Guru kelas hendaklah mencatatkan kehadiran pelajar-pelajar yang tidak
hadir ke sekolah mestilah menyerahkan surat / kenyataan bertulis daripada
ibu bapa / penjaga atau surat akuan doktor (Medical Certificate) kepada
guru kelas apabila hadir semula ke sekolah.
a. Sebaik-baiknya ibu bapa / penjaga memaklumkan kepada pihak sekolah
terlebih dahulu akan ketidakhadiran anak masing-masing melalui telefon
atau datang sendiri ke sekolah.
b. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara berturut-turut" (tanpa
kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke 3 – Amaran Pertama
ii. Hari ke 10 – Amaran Kedua
iii. Hari ke 17 – Amaran Terakhir
iv. Hari ke 31 – Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan





103 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




c. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara tidak berturut-turut"
(tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke 10 – Amaran Pertama
ii. Hari ke 20 – Amaran Kedua
iii. Hari ke 40 – Amaran Terakhir
iv. Hari ke 60 – Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan
5.2.23 Surat-surat tentang tindakan tersebut di atas akan dikeluarkan oleh pihak
sekolah kepada ibu bapa / penjaga, iaitu surat amaran pertama, surat
amaran kedua, surat amaran terakhir (berdaftar akuan terima) dan surat
pembuangan / pemberhentian persekolahan pelajar (berdaftar akuan
terima).
5.3. Pengurusan bilik darjah

5.3.1. Perkara-perkara yang perlu ada di dalam bilik darjah/kelas:
a. Di pintu masuk/hadapan – Satu salinan jadual waktu serta nama guru di bawah
setiap mata pelajaran. Satu salinan jadual kedatangan murid.
b. Di papan kenyataan – Satu salinan peraturan-peraturan sekolah, Satu salinan
peraturan kecemasan , carta mata pelajaran, Perkara-perkara lain yang difikirkan
perlu contoh kalender.
c. Di meja Guru – Pelan kedudukan murid dalam kelas.
d. Di dinding – Cogan kata jelas , jam dinding.
e. Perkara-perkara lain:
- Jika hendak memasang langsir pastikan pemasangannya betul dan kemas
- Penyapu , bakul sampah , dan penadah sampah disusun dengan kemas dan
teratur di belakang kelas.
- Lain-lain yang difikirkan perlu untuk menambahkan keindahan dan
keselesaan kelas.
5.3.2. Melantik ketua kelas dan penolongnya serta penubuhan j/kuasa kelas.
5.3.3. Menentukan bilangan kerusi/meja murid mencukupi untuk kelasnya.
5.3.4. Menentukan kebersihan kelas dijaga dengan sempurna.
5.3.5. Menentukan alat-alat pemadam , kayu pembaris , bakul sampah dan lain-lain dijaga
dengan baik.
5.3.6. Menentukan kerusi/meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga dengan sempurna oleh
pelajar-pelajar. Jika berlaku kerosakan/kehilangan, pelajar bertanggungjawab
menggantikannya.
5.3.7. Memeriksa dan menentukan keseragaman pakaian dan kesihatan murid-murid
seperti rambut , kuku , pakaian , gigi , kasut dan lencana nama.
5.3.8. Mengemas kini Kad 001 dan menyerahkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
5.3.9. Menyediakan borang berhenti sementara bagi guru-guru tahun 6 bagi tujuan
mengeluarkan Sijil Berhenti.
5.3.10. Menguruskan pemberian buku teks mengikut peraturan mengenainya.
5.3.11. Guru-guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya atas kebersihan, keindahan dan
keselesaan bilik darjah.






104 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




5.4. Hal-hal lain
5.4.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada murid-murid tentang pemilihan kegiatan-
kegiatan kokurikulum dan sebarang arahan sekolah.
5.4.2. Mewujudkan suasana yang harmoni supaya tersemai rasa hormat menghormati antara
murid dengan guru dan murid dengan murid.
5.4.3. Menentukan pelajar-pelajar perempuan mempunyai adap sopan dan tingkah laku yang
baik.
5.4.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang murid-muridnya dan kegiatan luar mereka.
5.5 Guru Subjek
5.5.1. Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda.
5.5.2. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas/gunakan ABM
secara berkesan.
• Menepati masa, riang, tegas dan adil.
• Murahkan pujian.
• ‘Class control’.
5.5.3. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan P&P subjek anda.
5.5.4. Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak
segera setiap masa.
6. PENGURUSAN TUGAS GURU
6.1 Rutin Harian
6.1.1 Waktu 7.05 pagi hingga 2.00 petang ialah waktu persekolahan rasmi bagi guru sesi
pagi, manakala 12.20 tghari – 6.30 petang ialah waktu persekolahan rasmi guru sesi
petang.
6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan
berkesan bagi menjana ‘core bisness’.
6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal. Paling lewat 10 minit sebelum waktu
pertama. Masuk ke kelas masing-masing tepat pada waktunya. Mereka yang lewat
dikehendaki memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar.
6.1.4 Perakam waktu hendaklah diketik sebaik sahaja sampai ke sekolah.
6.1.5 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap hari bersama
pengawas bertugas, untuk :-
i. Doa, ikrar, lagu (Sekolah/Bangsa Johor/ Negara ku)/senaman ringkas.
ii. Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat).
iii. Guru Besar/GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran
mingguan.
iv. Tindakan-tindakan disiplin/Peringatan terhadap pelanggaran disiplin.
6.1.6 Perakam waktu guru hendaklah diketik pada waktu balik.
6.2 Perhimpunan
6.2.1 Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan setiap
minggu iaitu pada hari Ahad (7.15 pagi - 7.45 pagi bagi guru sesi pagi dan 12.30 –
1.00 petang bagi guru sesi petang).
6.2.2 Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Pengawas, Guru Bertugas dan
Pengawas.
6.2.3 Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar
sekiranya tidak dapat bersama dalam perhimpunan tersebut.



105 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




6.2.4 Guru Bertugas bertanggungjawab memastikan :-
i. Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal.
ii. P.A Sistem, muzik iringan, pembaca doa, susuncara (pastikan ucapan Guru
Besar pada susunan yang terakhir)
iii. Semua guru wajib hadir.
iv. Merekodkan secara rasmi amanat Guru Besar, GPK dan Guru Besar.
v. Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar
dengan senyap dan tersusun.
6.2.5 Semua murid dan guru sepatutnya mencatat amanat penting dari Guru Bertugas,
GPK dan Guru Besar dan maklumat-maklumat penting lainnya.
6.3 Cuti /Guru tidak hadir.
Mengikut Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 (Pindaan) 2002 Bhg. III, ketidakhadiran termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua
tempoh masa pada masa dan tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-
tugasnya. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa munasabah boleh menyebabkan
seseorang pegawai dikenakan tindakan Tatatertib mengikut Peraturan 24.

6.3.1 Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akuan doktor kerajaan/swasta
(tidak melebihi 2 hari).
6.3.2 Cuti Rehat Khas dibenarkan atas budi bicara/kebenaran Guru Besar (ia bukan
menjadi suatu hak pemohon).
6.3.3 Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C
hendaklah dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang
dipohon.
6.3.4 Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru terdekat
jika anda sakit/kursus/bertugas di luar sekolah/kecemasan dengan SEGERA
(telefon).
6.3.5 Pastikan tugas disediakan/diberi kepada anda. Setiap lembaran kerja atau tugasan
muridhendaklah diserahkan kepada GPK 1 untuk diserahkan kepada guru ganti
berserta rekod mengajar.
6.3.6 Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan kepada Guru
Besar.
6.3.7 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperoleh jika guru ingin keluar dari kawasan
sekolah untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku Keluar.
*** Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran
terlebih dahulu atau tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan hendaklah
mengambil tindakan dengan memberhentikan segala emolumen dengan serta-merta.
6.5 Pakaian Batik.
Pakaian batik – merujuk Surat JPA (S) TT.193/37/Jld. 4 (57) bertarikh 9 November 2004
menghendaki semua pegawai awam memakai pakaian batik. Keputusan ini tidak terpakai
kepada pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam.







106 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




7. TANGGUNGJAWAB/KOMITMEN GURU
7.1 Pentadbiran Kewangan
7.1.1 Pungutan Wang Keperluan Sekolah
Serah terus wang kepada Pembantu Tadbir. Jangan simpan. Isi resit untuk murid
dengan segera dan serah ke pejabat. Rekodkan pembayaran dalam buku kedatangan
murid mengikut ruang yang ditetapkan dengan betul.
7.1.2 Pembelian Keperluan P&P
Setiap pembelian keperluan untuk tujuan P&P panitia mata pelajaran, mestilah
dibuat melalui Ketua Panitia dan Guru Besar, GPK akan menentukan pesanan dan
pembelian diluluskan (bergantung kepada kewangan dan kemampuan).
7.2 Disiplin dan pergerakan murid.
7.2.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang
melanggar peraturan/bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada
dikenakan tindakan disiplin.
7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan
bilik darjah setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi mesti
memastikan murid-murid membersihkan dan mengemaskinikan kelas 10 minit
sebelum balik.
7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar, dan
kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada
Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM dan GPK Ko-kurikulum.
7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan
sekolah, bilik pembelajaran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains/KH). Guru-guru
hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid.
7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya
menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah terutama di atas
jalan raya.
7.2.6 Murid yang dikenal pasti menghidap penyakit seperti semput/lelah, gila babi,
jantung berlubang (surat doktor/permohonan ibu bapa), tidak sempurna anggota
hendaklah dikecualikan daripada menyertai PJK/sukan. Jika terdapat murid sakit,
guru bertugas hendaklah mengambil tindakan sewajarnya.
7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar.
7.2.8 Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum.
7.2.9 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas
keluar’.
7.2.10 Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’. Murid
perempuan dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh berseorangan).
7.3. Buku Rekod Kedatangan Murid.
7.3.1 Hanya guru sahaja dibenarkan menandakan dan mengisi butiran dan kedatangan
murid. Kehadiran murid mestilah di tanda pada awal pagi setiap hari persekolahan.
7.3.2 Pastikan semua maklumat dan butiran murid sentiasa dikemas kini dan
dilengkapkan dengan tepat dan betul. Semak, lengkapkan dan tutup buku
kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani.
7.3.3 Hantar ke pejabat setiap hari sebelum jam 8.00 pagi.





107 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




7.3.4 Laporkan ke pejabat (GPK HEM/Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang tidak
hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya.
7.4 Buku Rekod Persediaan Mengajar.
7.4.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme,mutu kerja
serta taraf seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan maklumat
berkenaan pencapaian serta kemajuan murid yang diajar.
7.4.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi, serta merekodkan segala
maklumat berkaitan P&P yang diajar
7.4.3 Maklumat asas seperti surat-surat Pekeliling Ikhtisas, tatasusila profesion, tugas-
tugas guru dan sukatan pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan
difahami dengan jelas oleh guru.
7.4.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti,
sasaran tahunan P&P, rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti
guru/pencapaianperingkat (di sekolah dan di luar), penggunaan buku rujukan,
perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah kemajuan dan
pencapaian murid mestilah dilengkapkandengan kemas mengikut garis panduan
yang diberi.
7.4.5 Rancangan Kerja Tahunan boleh difotokopi (mesti jelas) untuk dilekatkan dengan
kemas. Walau bagaimanapun, tulisan tangan yang kemas, komputer, dan bertaip
amat digalakkan.
7.4.6 Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar/ GPK pada
setiap hari Jumaat sebelum balik.
7.4.7 Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999
Penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran.
- Rancangan pelajaran tahunan.
- Rancangan pelajaran harian.
- Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki………….
**** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya.
Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya.
7.5. Menghadiri mesyuarat.
7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran
pemberitahuan/panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya sehari
sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan.
Catatan mesyuarat/kehadiran mesti dicatat.
7.5.2 Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah/PPD/JPN/Kementerian adalah
wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan/masalah, pengganti perlu dicari. Sila
maklumkan secara rasmi kepada Gurur Besar.
7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada
GPK/Guru Besar dalam Minit Curai (format laporan disediakan).
7.6. Kursus-kursus profesionalisme.
7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan
dengan profesion, yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan-jabatan,
PPD yang berkaitan dengannya. Semua dapatan kursus B wajib disebarluaskan





108 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




kepada rakan sejawatan. Satu salinan Minit Curai hendaklah diserahkan kepada
Guru Besar.
7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan
mengambil/mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian.
8. PENTADBIRAN
8.1. Pejabat Sekolah/Penggunaan Telefon/ Kemudahan.
8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi.
8.1.2 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran
panggilan hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir.
8.1.3 Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru dan kakitangan
sekolah mengikut Pekeliling KementerianPendidikan Malaysia
KP(BS)B543/041/Jld.III(28) bertarikh 15 Januari 2004 seperti berikut :
Penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah
yang lain seperti semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum,
mengawas peperiksaan, dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.
8.2. Bilik Rehat Guru.
8.2.1 Bilik rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya harus
memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap, efisien serta
berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar.
8.2.2 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru
hendaklah sentiasa mempastikan susunan, kekemasan, keceriaan dan mengelakkan
keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan/kerja di atas meja.
8.3. Keselamatan/Pelawat.
8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat/bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila
tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan
bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat.
8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan
serta melaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai
tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang kebenaran masuk
perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah.
8.3.3 Murid-murid dilarang membawa keluarga/kawan-kawan dan orang luar masuk ke
kelas tanpa kebenaran pejabat/Guru Besar/GPK.
8.3.4 ‘Jurujual’ adalah dilarang sama sekali masuk ke Bilik Guru., lain-lain bilik di bangunan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/GPK.
8.4. Kenyataan Media.
8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan
kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar.
8.4.2 Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD/JPNJ/Kementerian Pelajaran
mestilah dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat kebenaran
Guru Besar terlebih dahulu.
9. PENUTUP
Risalah Panduan Guru/Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti,
difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Taman Daya 2 Sila tandatangani
akuan penerimaan.




109 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




10. SURAT PEKELILING IKHTISAS.
10.1 SPI Bil. 1/1972 Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajar
1959 (Corporal Punishment Guru Besar)
10.2 SPI Bil 5/1977 Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal (Tidak
Melebihi Separuh)
10.3 SPI Bil. 3/1979 & 6/1985 Pakaian Guru Pendidikan Jasmani.

10.4 SPI Bil 4/1979 & 3/1985 Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah.
10.5 SPI Bil. 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang
(Free Period) Oleh Guru-Guru.
Waktu Tidak Mengajar Adalah Waktu Kerja
10.6 SPI Bil. 3/1983 & 8/1985 Pakaian Murid.
10.7 SPI Bil. 4/1984 Perhimpunan Sekolah Masa Dan Atur Cara bukan
Tempat Untuk Menjalankan Hukuman Memalukan.
10.8 SPI Bil. 5/1985 Rancangan Mencantikkan Dan Mengindahkan
Sekolah.
10.9 SPI Bil. 8/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
10.10 SPI Bil. 12/1988 Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-
Sekolah.
10.11 SPI Bil. 13/1988 Pendaftaran Murid/Pelajar Baru Dan Hari Pertama
Persekolahan.
10.12 SPI Bil. 1/1995 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikanjasmani
Dan Kokurikulum.
10.13 SPI Bil. 13/1998 Program Membina Minat Membaca.
10.14 SPI Bil. 8/1999 Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan
Balik Sekolah.
10.15 SPI Bil. 12/1999 Penggunaan Buku Teks Dan Buku Latihan Aktiviti
Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia
10.16 SPI Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran.
10.17 SPI Bil. 6/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan
Gangster
10.18 SPI Bil. 4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
10.19 SPI Bil. 2/2003 Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih
10.20 SPI Bil. 8/2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di
Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bukan
Kokurikulum
10.21 SPI Bil. 8/2016 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat
Mulai Tahun 2017
10.22 SPI Bil. 3/2008 Mengundang Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah
Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Sekolah
10.23 SPI Bil. 3/1993 Pemakaian Tudung/ Mini Telekung Bagi Pelajar
Perempuan





110 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




10.24 SPI Bil. 11/2011 Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di
Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan
10.25 SPI Bil. 6/2016 Cuti Pada Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat
10.26 SPI Bil. 3/2017 Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media
Sosial Guru Dan Murid
10.27 SPI Bil. 1/2017 Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan
*** Sila rujuk link http://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas untuk
merujuk surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan bidang pendidikan.
11. Surat Pekeliling
11.1 SPAM Bil. 1/2004 Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di
bawah agensi-agensi kerajaan.

Aku Janji
Akan Sentiasa Taat Setia Kepada Yang Dipertuan Agong, Negara Dan Kerajaan
Contoh pelanggaran:
1. Bersubahat dengan musuh negara
2. Membocorkan rahsia kerajaan
3. Memburukkan serta memperkecilkan dasar kerajaan
4. Berlaun dalam ilem yang memburukkan kerajaan
Akan Sentiasa Melaksanakan Tugas Dengan Cermat, Bersungguh-Sungguh, Cekap, Jujur,
Amanah, Dan Bertanggungjawab
Contoh pelanggaran:
1.Kurang cekap atau kurang berusaha
a) gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur
b) membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucer, bil,resit dan invois
c) tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa
2.Tidak jujur dan amanah
a) tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga
b) membuat tuntutan palsu
c) tidak melaporkan hutang piutang yang berkaitan tugas guru
3.Tidak bertanggungjawab
a) menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh
b) bercuti semasa perkhidmatan amat diperlukan
c) tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya yang berkaitan dengan tugas
guru
Tidak Membelakangkan Tugas Awam Demi Kepentingan Peribadi
Contoh pelanggaran:
1. Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat
mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan, atau orang yang rapat dengannya semasa
menimbang sesuatu permohonan
2. Menguruskan tender/sebut harga terdiri daripada saudara - maranya
3. Menggunakan waktu bekerja untuk urusan peribadi tanpa kebenaran ketua jabatan
Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Mungkin Menyebabkan Kepentingan Peribadi
Bercanggah Dengan Tugas Awam




111 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




Contoh pelanggaran:
1. Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan
mendapat keuntungan daripada tugas rasmiya
2. Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli
perniagaan atau individu
3. Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya
Tidak Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Menimbulkan Syak Yang Munasabah Bahawa
Pegawai Telah Membiarkan Kepentingan Peribadinya Bercanggah Dengan Tugas Rasmi Sehingga
Menjejaskan Kegunaan Sebagai Penjawat Awam
Contoh pelanggaran:
1. 1.Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan
dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya
2. Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk
tapak kilang di daerah yang berada di bawah petadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah
seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut
Tidak Akan Menggunakan Kedudukan Sebagai Penjawat Awam Sebagai Pegawai Awam Bagi
Faedah Diri Sendiri
Contoh pelanggaran :
1. menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik
pejabat, menhantar anak ke sekolah dan sebagainya
2. Menggunakan pengaruh kdudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada
isterinya sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian
Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Memburuk Dan Mencemarkan Nama
Perkhidmatan Awam
Contoh pelanggaran :
1. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
2. Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah
3. Berada dalam keterhutangan kewangan yang serius
4. Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai
5. Bersikap kurang sopan seperti mabuk atau memarahi dan memaki orang ramai yang
berurusan di kaunter
Tidak Akan Membawa Sebarang Pengaruh Atau Tekanan Luar Untuk Menyokong Atau
Memajukan Tuntutan Diri Sendiri Atau Pegawai Lain Berhubung Dengan Perkhidmatan Awam
Contoh pelanggaran:
1. Meminta orang kenamaan untuk mnggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga
Kenaikan Pangkat
2. Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah
kerajaan, rumah atau jawatan
Tidak Ingkar Perintah Atau Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Ditafsirkan Sebagai Ingkar
Perintah
Contoh pelanggaran :
1. Membantah atau melawan pegawai atasan
2. Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran
3. Keluar negara atau urusan pserendirian tanpa kelulusan
4. Mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran



112 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0




TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































113 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































114 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































115 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































116 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































117 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































118 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































119 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































120 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































121 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































122 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































123 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































124 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































125 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































126 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































127 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































128 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































129 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































130 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































131 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































132 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI


TARIKH : _________________________ MASA : _________________________

TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________






















































133 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0





TUGAS / MESYUARAT / TAKLIMAT SAYA PADA HARI INI

TARIKH : _________________________ MASA : _________________________


TEMPAT : _______________________ TAJUK :_________________________











































































134 | S K T D 2

P E N G U R U S A N 2 0 2 0


































SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 2

JALAN NIPAH TAMAN DAYA


81100 JOHOR BAHRU

JOHOR DARUL TAKZIM



https://www.facebook.com/SKTAMANDAYA2/


07 – 354 0385













Deisgn by : MNZ 2020



















135 | S K T D 2


Click to View FlipBook Version