The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perlembagaan Pertubuhan - PPM-008-14-04012001 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farrahmad89, 2021-10-13 22:41:23

Perlembagaan Pertubuhan - PPM-008-14-04012001 5

Perlembagaan Pertubuhan - PPM-008-14-04012001 5

PERLEMBAGAAN BAGI

PERTUBUHAN INDUK

BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT MARA))

(PPM-008-14-04012001)

1 NAMA & TEMPAT URUSAN

1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama
BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA dan selepas ini
dikenali sebagai MUAFAKAT MARA.

1.2 Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah:

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA,
TINGKAT 19, MEDAN MARA,
21, JALAN MARA,
50609 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

dan alamat surat menyurat adalah:

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA,
TINGKAT 19, MEDAN MARA,
21, JALAN MARA,
50609 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang ditetapkan dari semasa
ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat.

1.3 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak
boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftaran Pertubuhan terlebih
dahulu.

2 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

Di dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain:

2.1 "Akta" bermakna Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang berkuatkuasa
diseluruh Persekutuan (Malaysia).

2.2 "Ahli" bermakna anggota Badan menurut Fasal 4.

2.3 "Ahli Jawatankuasa Pusat'' bermakna pegawai di peringkat pusat sebagaimana
menurut subfasal 10.3.

1

2.4 "Ahli Jawatankuasa Cawangan" bermakna pegawai di peringkat Cawangan,
sebagaimana menurut subfasal 18.3.

2.5 "Ahli Jawatankuasa Biasa" bermakna pegawai menurut perenggan 10.3.8;
18.6.9; 19.1.6 atau subfasal 10.3; 18.6; 19.1 perlembagaan.

2.6 "Aturan-aturan Kecil' bermakna suatu kaedah khas atau undang-undang khas
yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Badan dan diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan untuk menjalankan aktiviti tertentu seperti "Aturan-aturan Kecil
Mesyuarat" dan sebagainya

2.7 "Ahli seumur hldup" bermakna ahli yang diputuskan keahliannya menurut Fasal
4.3.

2.8 "BADAN” atau "Badan bermakna Badan Permuafakatan Pendidikan MARA
Malaysia yang didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta dengan perakuan pendaftaran
di bawah Peraturan 5.

2.9 “BAB" atau "Bab" bermakna kumpulan susunan Fasal-fasal untuk memudahkan
rujukan menglkut peringkat-per1ngkat pentadbiran.

2.10 "Bapa" bermakna bapa kandung dan bapa yang berdaftar secara sah dengan
MARA.

2.11 "Cawangan" bermakna cawangan Badan yang ditubuhkan di bawah Fasal 17.

2.12 "Ex-Officio" bermakna di atas sebab jawatan (yang berkaitan dengan Badan)
sebagaimana merujuk Fasal 12.7 bagi peringkat Pusat dan Fasal 21.8 bagi
peringkat Cawangan.

2.13 "Fasal" bermakna bahagian daripada undang-undang dalam perlembagaan
Badan.

2.14 "Guru" bermakna Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA.

2.15 "lbu" bermakna ibu kandung dan ibu yang berdaftar secara sah dengan MARA.

2.16 "Jawatankuasa Pusat" bermakna agen Badan menurut Fasal 10, Fasal 11 dan
Fasal 12.

2.17 "Jawatankuasa Cawangan" bermakna agen Cawangan menurut Fasal 17 dan
Fasal 18.

2.18 "Jawatankuasa Kecil" bermakna Jawatankuasa Khas atau Biro untuk tugasan
tertentu sebagaimana menurut subfasal 10.9 dan perenggan 21.7.2 perlembagaan.

2.19 "Kuorum" bermakna cukup bilang atau bilangan yang paling sedikit yang patut
hadir dalam mesyuarat- mesyuarat Badan / Cawangan.

2

2.20 "Laman sesawang'' atau "website" bermakna dokumen elektronik pada
paparan skrin komputer mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, organisasi dan
sebagainya yang dapat dicapai melalui Internet.

2.21 "MARA" bermakna Majlis Amanah Rakyat.

2.22 “MRSM” bermakna Maktab Rendah Sains MARA; “KM" bermakna Kolej
MARA; dan "KPM” bermakna Kolej Profesional MARA.

2.23 "MUAFAKAT MARA" bermakna ringkasan nama Badan.

2.24 “Mesyuarat Jawatankuasa Pusat" bermakna sebagaimana menurut Fasal 11.

2.25 "Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan" bermakna sebagaimana menurut Fasal
19.

2.26 "Mesyuarat Khas Jawatankuasa" bermakna sebagaimana menurut subfasal
11 untuk Pusat atau subfasal 20.2 untuk Cawangan.

2.27 "Minit mesyuarat" atau "peringatan mesyuarat" bermakna catatan mesyuarat
yang meliputi perkara-perkara kuorum kehadiran, keputusan, pandangan,
makluman dan laporan.

2.28 "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'' bermakna berunding dan bersepakat
untuk kebaikan adalah jalan untuk mendapatkan rahmat dari Allah Yang Maha Esa.

2.29 "Mesyuarat Agung" bermakna mesyuarat yang terbuka kepada semua Ahli
Badan.

2.30 "Notis'' bermakna pemberitahuan rasmi secara bertulis mengenai urusan yang
berhubung dengan Badan, dan boleh disampaikan melalui Surat Rasmi atau
pemberitahuan secara media elektronik.

2.31 "Peraturan" atau "Peraturan-peraturan" bermakna Peraturan-peraturan
Pertubuhan 1984 di bawah Akta, diwujudkan bagi tujuan menguatkuasakan Akta.

2.32 "Perlembagaan" bermakna aturan-aturan atau kaedah-kaedah atau undang-
undang yang digubal selaras dengan kehendak Jadual 1 (Seksyen 7(3)(f)) Akta dan
Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

2.33 "Presiden" bermakna pemimpin tertinggi Badan.

2.34 "PERMUAFAKATAN" atau "Permuafakatan" bermakna tindakan
memuafakatkan ibubapa/penjaga pelajar-pelajar, guru-guru dan pendukung-
pendukung MRSM/KM/KPM dengan kesepakatan matlamat di peringkat
Kebangsaan dan Cawangan.

2.35 "Panjar Tunai Runcit" bermakna peruntukan wang tunai untuk pembelian-
pembelian kecil (petty cash) sebagaimana menurut perenggan 13.3 atau 21.5.5

3

perlembagaan.

2.36 "Pengerusi mesyuarat" bermakna pegawai/ahli yang memimpin mesyuarat.

2.37 "Pengetua" bermakna Pengetua MRSM; "Pengarah KM" bermakna Pengarah
Kolej MARA; dan "Pengarah KPM" bermakna Pengarah Kolej Profeslonal MARA.

2.38 "Pusat" bermakna induk atau pusat pentadbiran atau ibu Pejabat pengelolaan
Badan.

2.39 "Pegawai-pegawai utama" bermakna pemegang-pemegang jawatan utama di
peringkat Pusat menurut subfasal 10.6; dan pemegang-pemegang jawatan utama
di peringkat Cawangan menurut subfasal 18.10, selaras dengan Peraturan 2.

2.40 "Pasangan" atau "pasangannya" bermakna sama ada isteri atau suami
kepada ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Cawangan, bersesuaian dengan
proviso kepada perenggan 5.1.3 perlembagaan.

2.41 "Peringkat kebangsaan" bermakna melibatkan semua Cawangan.

2.42 ''Perenggan" bermakna pecahan undang-undang di bawah subfasal.

2.43 "Pendaftar" bermakna Pendaftar yang dilantik di bawah Subseksyen 3(1) Akta
dan termasuklah mana-mana Timbalan Pendaftar Pertubuhan oleh Yang di-Pertuan
Agong.

2.44 "Penolong Pendaftar" bermakna Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah
subseksyen 3(1A) Akta dan termasuklah pegawai-pegawai lain oleh Menteri.

2.45 "Proksi'' bermakna wakil (suami atau isteri kepada ahli) yang mendaftarkan diri
dalam Mesyuarat Agung Badan/Cawangan sebagaimana menurut perenggan 4.1.2
perlembagaan.

2.46 "Pangkalan data" bermakna kumpulan fail atau rekod komputer yang berkait
secara logik dan disusun secara sistematik dalam bahantara untuk sumber rujukan.

2.47 "Protokol" bermakna tatacara dalam upacara atau adat-istiadat rasmi,
perjawatan, pentadbiran dan pengurusan Badan.

2.48 "Penjaga" bermakna penjaga yang berdaftar secara sah dengan MARA.

2.49 "Pemerhati" bermakna wakil dari cawangan yang dipilih untuk hadir ke
Mesyuarat Agung Pusat tetapi tidak mempunyai hak seperti perwakilan.

2.50 "Perwakilan" bermakna wakil yang dipilih dari cawangan untuk hadir ke
Mesyuarat Agung Pusat.

2.51 "Surat pekeliling" bermakna suatu kaedah membuat keputusan oleh
Jawatankuasa Pusat atau Jawatankuasa cawangan sebagaimana menurut

4

subfasal 10.12 untuk Pusat atau 18.16 untuk Cawangan.

2.52 "Subfasal" bermakna pecahan undang-undang dibawah Fasal.

2.53 "Struktur organisasi" bermakna susunan ke atas jawatan-jawatan dalam
pentadbiran dan pengurusan Badan di peringkat pusat dan Cawangan-cawangan.

2.54 "Yang Dipertua" bermakna pemimpin tertinggi Cawangan.

2.55 Perubahan dari segi nahu, jenis Jantina dan bilangan;
Jika mana-mana perkataan atau perbahasan ditakrif dalam sesuatu undang-
undang bertulis, takrif itu hendaklah diperluaskan kepada segala perubahan nahu
dan perbahasan kognitif perkataan itu atau perbahasan yang ditakrifkan. Perkataan-
perkataan dan perbahasan-perbahasan yang memaksudkan lelaki meliputi
perempuan. Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan
tunggal meliputi jamak, dan akasnya sebaliknya.

2.56 Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini yang
di buat di bawah kuatkuasanya, maka tafsiran yang diberikan oleh Jawatankuasa
Pusat adalah muktamad.

3 TUJUAN/MATLAMAT

3.1 Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan pelajar-pelajar di MRSM/KM/KPM.

3.2 Membantu dan menambah usaha MRSM/KM/KPM bagi memenuhi kehendak-
kehendak dan keperluan-keperluan pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka.

3.3 Membolehkan ahli-ahli bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai
pendidikan pada amnya.

3.4 Memberi peluang kepada ahli-ahli berunding antara satu sama lain berkenaan
dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar-pelajar MRSM/KM/KPM.

3.5 Mengukuhkan permuafakatan ahli-ahli di peringkat kebangsaan serta untuk
meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.

3.6 Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ahli-ahli mewujudkan dana
dan menyalurkannya bagi membantu membiayai program-program pendidikan
MARA.

4 KEAHLIAN

4.1. Keahlian Badan terbuka kepada setiap ibu/bapa/penjaga, ibu/bapa bekas
pelajar MRSM/KM/KPM, Guru dan bekas Guru MRSM/KM/KPM dan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA yang lain.

5

4.1.1 Tiap-tiap permohonan mendaftar sebagai ahli dibuat dengan mengisi borang
atau secara “on-line” melalui Intemet di laman sesawang (“website”) yang
disediakan oleh Badan atau Cawangan dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan
yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat
mungkin kepada Jawatan kuasa Cawangan untuk kelulusan. Permohonan
mendaftar sebagai ahli bagi tempat di mana Cawangan belum ditubuhkan,
hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan
Jawatankuasa Pusat. Format borang hendaklah mengandungi maklumat (proksi)
kepada pemohon.

4.1.2 Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut
di atas hendaklah, (setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama
yang ditetapkan) diterima menjadi ahli Badan, (proksi) yang dinamakan, berhak
menggantikan/mewakili ahli berkenaan untuk mendaftarkan diri dalam Mesyuarat
Agung Badan/ Cawangan.

4.1.3 Setiausaha Cawangan hendaklah mengemukakan senarai nama-nama ahli
yang berdaftar secara sah dengan MARA yang terkini di dalam mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan dan satu senarai yang disahkan oleh Setiausaha
Cawangan mestilah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pusat beserta yuran pada
atau sebelum 30 April tahun berkenaan untuk kelulusan sebelum dan untuk
melayakkan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan terdekat diadakan.

4.2 Jawatankuasa Pusat berhak dan berkuasa untuk menentukan serta
mengadakan aturan-aturan atau dasar-dasar bagi menyelaraskan prosedur
kemasukan dan pendaftaran ahli-ahli.

4.3 Jawatankuasa Pusat atau: Jawatankuasa Cawangan boleh meluluskan atau
menolak permohonan tanpa mengemukakan sebarang alasan untuk pendaftaran
keahlian seumur hidup. Kelayakan keahlian adalah terhad kepada
lbu/bapa/penjaga pelajar yang berdaftar secara sah dengan MARA (yang anaknya
telah menamatkan pengajian) dan bekas pelajar.

4.4 Bagi ibu/bapa/penjaga kepada lebih dari seorang pelajar sama ada di
maktab/kolej yang sama atau yang berlainan, keahlian hanyalah untuk maksud
seorang pelajar sahaja. Walaubagaimanapun, “sumbangan wajib” seperti di Fasal
5.1.4 perlulah dibayar mengikut bilangan anak yang belaiar di MRSM/KM/KPM
tersebut. Bagi guru, pegawai dan bekas pegawai perkhidmatan pendidikan MARA
yang menjadi ibu/bapa/penjaga kepada pelajar, status keahliannya akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pusat Pendidik Cawangan. Borang keahlian hendaklah
mengambil kira peruntukan subfasal ini.

5 TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

5.1 Tiap-tiap ahli Badan mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

5.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan serta peraturan-peraturan lain
yang dikeluarkan oleh Badan bagi mencapai tujuan dan matlamat Badan.

6

5.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian di dalam kegiatan Badan dan
Cawangannya.

5.1.3 Menjelaskan yurannya mengikut Fasal 7.1. Perlembagaan Badan. Yuran
itu juga adalah sebagai bukti pembayaran daripada ibu atau bapa atau seorang
penjaga kepada pelajar MRSM/KM/KPM. Oleh itu seorang sahaja yang mempunyai
hak sebagaimana menurut Fasal 5.3 perlembagaan. Walaubagaimanapun
pasangannya boleh hadir sebagai pemerhati atau proksi (sekiranya ahli berkenaan
tidak hadir) dalam Mesyuarat Agung Badan/Cawangan sebagaimana menurut
perenggan 4.1.2 perlembagaan.

5.1.4 Membuat bayaran sebagai sumbangan wajib dengan nilaian yang sama
dengan yuran tahunan yang dikenakan ke atas seorang ahli bagi ibu/bapa/penjaga
kepada lebih daripada seorang pelajar, begitu juga dengan guru, pendidik dan
bekas pegawal perkhidmatan pendidikan MARA yang telah menjadi ahli yang
kemudiannya menjadi ibu/bapa/penjaga kepada pelajar sebagaimana menurut
subfasal 4.4.

5.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam perlembagaan ini, setiap ahli
berhak bersuara, memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam
Badan dan Cawangannya. Pada setiap masa yang berkenaan, setiap Naib Yang
Dipertua yang merupakan Pegawai/kakitangan dan guru atau Pegawai/kakitangan
cawangan berkenaan berhak memegang jawatan hanya di satu cawangan sahaja
walau pun mempunyai anak yang belajar di lebih dari satu cawangan.

5.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu
pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan
semua Yuran Tahunan beliau sama ada yuran semasa atau yuran tertunggak di
dalam tahun di mana Mesyuarat Agung Badan dan/atau Cawangan diadakan
seperti berikut

5.3.1 Setiap ahli dari MUAFAKAT Cawangan dari MRSM mestilah menjelaskan
yuran keahlian pada atau sebelum 30hb April.

5.3.2 Setiap ahli dari MUAFAKAT Cawangan KM dan KPM yang telah sedia
berdaftar mestilah menjelaskan yuran keahlian pada atau sebelum 30hb April.

5.3.3 Untuk semua pelajar-pelajar KM dan KPM yang baru berdaftar selepas 30hb
April, mestilah menjelaskan yuran keahlian pada atau sebelum 30hb Julai.

5.3.4 Mana-mana ahli baru seumur hidup hanya layak untuk mendapat hak untuk
mengundi dan bertanding menjadi ahli Jawatankuasa seperti ahli-ahli lain setelah
tiga (3) bulan daripada tarikh keahliannya diterima.

5.4 Jawatankuasa Pusat atau Jawatankuasa Cawangan boleh mempertimbangkan
permohonan ibu atau bapa atau penjaga kepada pelajar MRSM/KM/KPM untuk
mendaftar sebagai ahli secara berasingan dengan membayar yuran masuk dan
yuran tahunan mengikut individu.

7

5.4.1 Ibu atau bapa atau penjaga (seperti di dalam Fasal 5.4) mempunyai hak
keahlian yang sama seperti ahli-ahli berdaftar yang lain.

6 PENALTI AKIBAT KEGAGALAN MEMBAYAR YURAN TAHUNAN DALAM TEMPOH YANG
DITETAPKAN

PENALTI AKIBAT KEGAGALAN, KEENGGANAN DAN/ATAU KECUAIAN
MEMBAYAR YURAN TAHUNAN MENGIKUT TEMPOH YANG DITETAPKAN

6.1 AHLI

Mana-mana ahli yang gagal, enggan dan/atau cuai yang tidak membayar yuran
tahunan kepada Badan, keahliannya akan digantung. Mana-mana ahli yang
digantung dan/atau tergantung keahliannya sama ada oleh Badan atau Cawangan
atau disebabkan oleh perlanggaran perlembagaan ini olehnya tidak berhak:

6.1.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan.

6.1.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat
Agung Badan atau Cawangan dan/atau mana-mana forum Badan atau
Cawangannya.

6.1.3 Memilih, mengundi dan/atau dilantlk untuk apa-apa jawatan di dalam mana-
mana Mesyuarat Agung Badan dan/atau Cawangannya.

6.1.4 Menggunakan apa-apa kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras
dengan hak-haknya sebagai seorang ahli.

6.2 CAWANGAN

Mana-mana cawangan yang gagal, enggan dan/atau cuai membayar yuran
tahunan kepada Badan, keahlian cawangan akan digantung. Mana-mana
cawangan yang digantung dan/atau tergantung keahliannya oleh Badan
disebabkan oleh pelanggaran perlembagaan ini, maka:-

6.2.1 Ahli dari Cawangan berkenaan kehilangan hak untuk bertanding mana-mana
jawatan diperingkat Badan.

6.2.2 Tidak berhak menghantar perwakilan ke Mesyuarat Agung Badan.

6.2.3 Mana-mana perwakilan yang dihantar oleh cawangan berkenaan ke
Mesyuarat Agung Badan hanya berstatus sebagai Pemerhati sahaja.

6.2.4 Tidak berhak bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana
Mesyuarat Agung Badan dan/atau mana-mana forum Badan.

6.2.5 Tidak berhak memilih, mengundi dan/atau dilantik untuk apa-apa jawatan di
dalam mana-mana Mesyuarat Agung Badan.

8

6.2.6 Tidak berhak menggunakan apa-apa kemudahan serta keistimewaan yang
diberi selaras dengan hak-haknya sebagai cawangan.

6.3 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

Mana-mana ahli yang gagal, enggan dan/atau cuai mematuhi Perlembagaan Badan
dan/atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Badan, pihak
Badan berhak bertindak seperti berikut:-

6.3.1 Mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap ahli berkenaan berkaitan
pertuduhan ke atas beliau.

6.3.2 Ahli berkenaan dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari tarikh surat
berkenaan hendaklah memberi penjelasan dan/atau membela dirinya secara
bertulis kepada Jawatankuasa Pusat.

6.3.3 Setelah menerima surat berkenaan Jawatankuasa Pusat akan menilai
samada untuk menerima dan/atau menolak jawapan kepada surat tunjuk sebab
berkanaan.

6.3.4 Setelah berpuas hati Jawatankuasa Pusat hendaklah memaklumkan secara
bertulis keputusan kepada ahli berkenaan.

6.3.5 Keputusan Jawatankuasa Pusat adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

7 YURAN DAN BAYARAN LAIN

7.1. Bayaran masuk dan yuran tahunan dikategorikan seperti berikut:-

7.1.1 Kategori A

lbu/bapa/penjaga pelajar, MRSM/KM/KPM.
- Bayaran keahlian sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja) dan
yuran tahunan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

7.1.2 Kategori B

Guru MRSM/KM/KPM dan pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA yang masih
dalam perkhidmatan
- bayaran masuk sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima Sahaja) dan
- Yuran Tahunan sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima Sahaja)

7.1.3 Kategori C

Ahli Seumur hidup ialah ibu/bapa/penjaga bekas Pelajar, bekas pelajar, bekas guru
MRSM/KM/KPM dan bekas pegawai Perkhidmatan pendidikan MARA.
- Bayaran yuran seumur hidup dibayar sekali gus sebanyak RM200.00 (Ringgit

9

Malaysia Dua Ratus Sahaja):
- Bayaran yuran seumur hidup ini hendaklah dibayar dalam tempoh enam (6) bulan
setelah anak tamat pengajian di mana-mana MRSM/KM/KPM. Mana-mana ahli
yang gagal membuat bayaran yuran seumur hidup ini dalam tempoh berkenaan,
keahlian ahli adalah dikira luput.
- Sekiranya keahlian telah luput dan bekas ahli tersebut ingin menjadi Ahli Badan,
beliau hendaklah membayar sejumlah RM20.00 untuk menjadi ahli baru.
- Pembayaran yuran ahli seumur hidup ini hendaklah dibuat terus ke Cawangan.

7.2.1 Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan seperti di
dalam Fasal 5.3.

7.2.2 10% daripada yuran tahunan semasa hendaklah dijelaskan kepada Bendahari
Agung oleh Bendahari Cawangan seperti di dalam Fasal 5.3 setiap tahun. Selaras
dengan kehendak Peraturan 13. Kegagalan mematuhi peraturan ini, cawangan
berkenaan tertakluk kepada Fasal 6.3.

7.3 Sumbangan atau kutipan bagi tujuan khusus atau tertentu pada peringkat Pusat
ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat dan Peringkat Cawangan ditentukan oleh
Jawatankuasa Cawangan.

7.4 Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa Cawangan berhak dan berkuasa untuk
menentukan serta mengadakan aturan-aturan atau dasar bagi menyelaraskan
prosedur pengutipan dan penggunaan yuran keahlian di peringkat masing-masing.

8 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSAT

8.1. Mesyuarat Agung Tahunan Badan adalah merupakan kuasa tertinggi yang
akan menentukan hala tuju dan wawasan Badan. Wakil-wakil Cawangan dan
Jawatankuasa Pusat boleh hadir bagi menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan
mengikut peraturan-peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini.

8.2 Perwakilan Cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh Cawangan masing-
masing dan mereka boleh dipilih semula. Sesebuah Cawangan boleh menghantar
tidak lebih daripada tiga (3) wakil yang terdiri daripada Yang Dipertua Cawangan
atau wakilnya dan dua (2) lagi dipilih dari ahli-ahli Cawangan bagi mewakili
Cawangan tersebut di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

8.3 Semua Ahli Jawatankuasa Pusat dan Perwakilan Cawangan yang hadir
berkuasa mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

8.4 Kuorum untuk Mesyuarat Agung Tahunan dianggap cukup jika Perwakilan
Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Pusat yang hadir berjumlah sekurang-
kurangnya dua (2) kali bilangan Ahli Jawatankuasa Pusat.

8.5 Jika kuorum tidak cukup selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan selama
satu jam lagi, dan jika kuorum tidak cukup juga selepas daripada waktu yang

10

ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil
yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah mereka berkuasa
meminda perlembagaan Badan dan membuat keputusan yang melibatkan semua
ahli.

8.6 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada atau sebelum 30
September pada tahun yang berkenaan sepertimana yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pusat.

8.7 Pemilihan Jawatankuasa dan Juruaudit Pusat

Mesyuarat Agung Pusat untuk memilih ahli Jawatankuasa dan Juruaudit Pusat
hendaklah diadakan untuk suatu tempoh selama dua (2) tahun.

8.8 Tanggungjawab Mesyuarat Agung Tahunan ialah:

8.8.1 Menerima laporan Setiausaha Agung berkenaan perjalanan Badan di dalam
tahun yang sebelumnya.

8.8.2 Menerima laporan Bendahari Agung dan Penyata Kewangan yang telah
diaudit bagi tahun yang sebelumnya.

8.8.3 Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat dan dua orang juruaudit untuk tempoh
selama dua (2) Tahun yang akan datang.

8.8.4 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu
sepertimana yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat.

8.8.5 Sekiranya Mesyuarat Agung tidak dapat dilaksanakan mengikut ketetapan,
Ahli Jawatankuasa boleh benarkan Penangguhan Mesyuarat Agung ke tarikh
sesuai dengan syarat tidak melebihi Tahun semasa.

8.9 Makluman Mengenai Mesyuarat Agung Tahunan

Notis awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah menyatakan tarikh,
waktu, tempat, serta jemputan mengemukakan cadangan untuk perbincangan
(usul), dan pencalonan untuk pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah
dihantar oleh Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat
daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk dipamerkan di
pejabat berdaftar Badan.

8.10 Nama-nama Perwakilan dan cadangan dan/atau usul, sekiranya ada untuk
dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pusat hendaklah dihantar oleh
Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak kurang daripada empat
belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Pusat.

8.11 Hanya Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan sahaja yang boleh menjadi
calon.

11

8.12 Setiausaha Agung hendaklah membekalkan secukupnya kepada Ahli-Ahli
Jawatankuasa Pusat dan setiap perwakilan satu Notis Mesyuarat Agung yang
melampirkan sesalinan agenda, peringatan Mesyuarat Agung yang lalu, laporan
tahunan dan penyata kira-kira (bagi tahun yang telah diaudit) Badan empat belas
(14) hari sebelum memulakan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

8.13 Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha
Cawangan salinan Minit Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh enam puluh (60)
hari setelah selesainya mesyuarat itu. Penghantaran boleh dibuat secara
memuatnaik (upload) melalui Intemet di laman sesawang (website) yang disediakan
oleh Badan.

9 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA

9.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi Badan ini boleh diadakan atas salah satu
atau kesemua sebab-sebab berikut:

9.1.1 Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat.

9.1.2 Atas permintaan dengan bertulis oleh lebih satu perdua (1/2) daripada jumlah
cawangan-cawangan yang sah dengan menerangkan tujuan dan sebab-sabab
yang sama bagi mengadakannya.

9.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa Pusat yang diminta oleh Cawangan-Cawangan
hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh penerimaan permintaan bertulis mesyuarat tersebut.

9.3. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah
diedarkan kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung sekurang-
kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat.

9.4 Peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Fasal 8.4 dan 8.5
Perlembagaan ini berkenaan kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung Badan
boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa tetapi dengan syarat jika
kuorum tidak mencukupi satu jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat
Agung Luar Biasa itu atas permintaan Cawangan-Cawangan, maka mesyuarat itu
hendaklah dibatalkan. Sekiranya pembatalan ini berlaku, maka sekurang-
kurangnya di dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Luar
Biasa yang dibatalkan tersebut, satu Mesyuarat Agung Luar Biasa yang lain yang
dipohon dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

9.5 Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha
Cawangan salinan minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dalam tempoh enam puluh
(60) hari setelah selesainya mesyuarat itu.

10 STRUKTUR ORGANISASI PUSAT

12

10.1. PENAUNG

Sebagaimana menurut subfasal 28.1

10.2. PENASIHAT- PENASIHAT

10.2.1 Sebagaimana menurut subfasal 28.2

10.2.2 Sebagaimana menurut subfasal 28.3

10.3. JAWATANKUASA PUSAT

Di masa ketiadaan Mesyuarat Agung Badan, Jawatankuasa Pusat adalah badan
bertanggungjawab untuk mentadbir keseluruhan hal ehwal Badan dan membuat
keputusan ke atas perjalanannya. Pegawai-pegawai atau Ahli-ahli Jawatankuasa
Pusat Badan adalah sebagaimana berikut:

Ex-Officio (Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi dan Pengarah Bahagian
Pendidikan Menengah MARA terkini) dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis.

10.3.1 Seorang Pengerusi Tetap

10.3.2 Seorang Timbalan Pengerusi Tetap

10.3.3 Seorang Presiden (terdiri bukan guru MRSM/KM/KPM)

10.3.4 Seorang Timbalan Presiden 1 (MRSM)

10.3.5 Seorang Timbalan Presiden 2 (KM/KPM)

10.3.6 Seorang Setiausaha Agung

10.3.7 Seorang Penolong Setiausaha Agung

10.3.8 Seorang Bendahari Agung

10.3.9 Dua belas (12) Ahli Jawatankuasa Biasa dipilih daripada Cawangan yang
berlainan

10.4. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Pusat

10.4.1 Pengerusi Tetap dan/atau Timbalan Pengerusi Tetap Pusat bertugas
mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pusat.

10.4.2 Pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah dipilih
tiap-tiap dua (2) tahun sekall dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pusat.

10.4.3 Pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah dibuat

13

secara mengundi mengikut kehendak majoriti Mesyuarat Agung.

10.4.4 Mesyuarat Agung, di dalam Mesyuarat Agungnya berkuasa memberhentikan
Pengerusi Tetap dan/atau Timbalan Pengerusi Tetap dengan persetujuan sekurang-
kurangnya dua pertiga (2/3) daripada bilangan ahli yang hadir. Jika salah seorang
daripadanya diberhentikan maka seorang Pembantu hendaklah dipilih bagi
membantu sehingga Mesyuarat Agung itu ditangguhkan.

10.4.5 Pengerusi Tetap yang dipilih dibawah fasal 10.4 di atas ini hendaklah
menjadi Pengerusi dalam sebarang Mesyuarat Agung melainkan jika Pengerusi itu
tidak hadir maka Timbalan Pengerusi hendaklah mengambil alih tempat beliau
dan/atau bolehlah mereka secara bergllir-gilir mempengerusikan mesyuarat yang
sama.

10.4.6 Sekiranya kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir maka
Setiausaha Agung berkuasa menjalankan mesyuarat bagi memilih Pengerusi
Sementara dan seorang Pembantu yang menjalankan tugas-tugas Pengerusi
Mesyuarat Agung bagi Mesyuarat Agung itu sahaja.

10.4.7 Jika salah seorang daripadanya tidak dapat hadir maka seorang Pembantu
hendaklah dipilih oleh ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung dan akan membantu
sehingga Mesyuarat Agung ditangguhkan.

10.4.8 Pemilihan Pengerusi Sementara dan Pembantu hendaklah dipilih di
kalangan Ahli Mesyuarat Agung dan mereka tidaklah hilang hak asalnya untuk
mengundi sebagai seorang wakil Mesyuarat Agung.

10.4.9 Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berhenti serentak maka
Setiausaha Agung hendaklah menjalankan Mesyuarat Agung itu bagi memilih
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi sementara. Mereka memegang jawatan itu
sehingga Mesyuarat Agung itu ditangguhkan. Jika salah seorang daripadanya
berhenti maka seorang Pembantu yang menjalankan tugas-tugas Pengerusi
Mesyuarat Agung handaklah dipilih di kalangan Ahli Mesyuarat Agung. Beliau akan
membantu sehingga Mesyuarat Agung ditangguhkan.

10.5 Presiden mempunyai kuasa untuk melantik dan memberhentikan
perkhidmatan Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung
dan empat (4) orang Ahli Jawatankuasa Biasa (tambahan).

10.6 Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan tiap-tiap
pegawai yang menjalanikan tugas eksekutif di dalam Badan ini hendaklah
warganegara Malaysia. Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan atau
Bendahari Agung adalah Pegawai-pegawai Utama Badan yang berurusan dengan
Pendaftar Pertubuhan dan/atau Penolong Pendaftar Pertubuhan.

10.7 Pemilihan bagi jawatan-jawatan Jawatankuasa Pusat hendaklah dibuat secara
mengundi mengikut kehendak majoriti Mesyuarat Agung. Keputusan adalah
dengan cara undi terbanyak. Sekiranya jumlah undi yang diperolehi untuk sesuatu
jawatan tersebut adalah sama, maka Pengerusi mesyuarat pada ketika itu

14

mempunyai undi pemutus (casting vote), di samping undinya sendiri.

10.8 Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa untuk mengambil segala tindakan
yang perlu bagi melaksanakan serta mencapai tujuan-tujuan Badan dengan
sempurna.

10.9 Jawatankuasa Pusat juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa-
jawatankuasa Kecil apabila diperlukan untuk tujuan tertentu. Pengerusi bagi
Jawatankuasa Kecil ini serta ahli-ahlinya boleh dilantik dari kalangan Ahli-ahli
Jawatankuasa Pusat dan/atau ahli-ahli Badan. Jawatankuasa Kecil itu adalah
tertakluk kepada arahan dan kawalan Jawatankuasa Pusat.

10.10 Jawatankuasa Pusat berkuasa membuat serta mengadakan aturan-aturan
atau dasar-dasar untuk menjalankan kegiatan-kegiatan, termasuk mengadakan
aturan-aturan atau dasar-dasar bagi Mesyuarat Agung serta pemilihan Ahli
Jawatankuasa Pusat.

10.11 Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat
(4) kali dalam masa setahun dan notis pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat
hendaklah diberikan kapada Ahli Jawatankuasa Pusat, tujuh (7) hari terlebih dahulu
sebelum tarikh mesyuarat diadakan. Presiden dengan bersendirian, atau sekurang-
kurangnya dua pertiga (2/3) daripada Ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama,
boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila
masa. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada Ahli-ahli Jawatankuasa
Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum
mesyuarat.

10.12 Jika pada bila-bila masa yang berkenaan, timbul perkara-perkara mustahak
yang memerlukan kelulusan segera Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak
dapat diadakan, Setiausaha Agung boleh mendapatkan kelulusan Jawatankuasa
Pusat secara pengedaran surat pekeliling dan/atau secara menggunakan media
elektronik lain. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah
disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai
telah diterima.

10.12.1 Perkara yang dibangkitkan itu hendaklah diperincikan dengan terang jelas
di dalam surat pekeliling dan/atau media elektronik lain yang berkenaan yang dan
diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Pusat.

10.12.2 Ahli-ahIi Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka secara bertulis dan/atau media elektronik lain yang berkenaan
terhadap cadangan itu.

10.12.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan
yang diperolehi melalui surat pekeliling dan/atau secara menggunakan media
elektronik lain hendaklah dilaporkan oleh Setlausaha Agung kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit
mesyuarat.

15

10.13 Ahli Jawatankuasa Pusat yang gagal menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa
Pusat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah akan disifatkan
sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat.

10.14 Kecuali bagi kekosongan ke atas jawatan Setiausaha Agung, Bendahari
Agung, Penolong Setiausaha dan empat (4) Ahli Jawatankuasa Biasa lantikan
Presiden, sekiranya herlaku kekosongan jawatan-jawatan yang lain di dalam
Jawatankuasa Pusat, maka Jawatankuasa Pusat berhak melantik mana-mana ahli
Badan untuk memenuhkan kekosongan ltu sehingga Mesyuarat Agung yang ada
pemilihan pagawai-pegawai.

10.15 Gugur Kelayakan menjadi Ahli Jawatankuasa

10.15.1 Diisytiharkan muflis yang belum dilepaskan.

10.15.2 Tidak hadir dalam tiga mesyuarat Ahli Jawatankuasa berturut-turut tanpa
kebenaran atau sebab-sebab yang munasabah.

10.15.3 Berhenti menjadi ahli atau dipecat daripada menjadi Ahli Badan.

10.15.4 Kehilangan akal, gila, atau kurang siuman.

10.15.5 Disahkan meninggal dunia dan/atau hilang tanpa dapat dikesan dalam
tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perlantikan.

10.15.6 Disabitkan dengan kesalahan di mana-mana mahkamah menjalankan
kegiatan-kegiatan atau perniagaan-perniagaan yang bertentangan dengan undang-
undang yang sah atau yang difikirkan boleh merosakkan Badan ini; dan

10.15.7 Kewarganegaraannya ditarik balik oleh Kerajaan.

10.16 Peletakan dan Pemecatan Jawatan (Pusat)

10.16.1 Presiden

Jika berlaku salah satu daripada dua situasi di atas, kekosongan jawatan Presiden
akan dipangku oleh salah seorang daripada Timbalan Presiden serta-merta
sehingga Mesyuarat Agung yang ada pemilihan pegawal-pegawai diadakan.

10.16.2 Timbalan Presiden

Jika berlaku salah satu daripada dua situasi di atas, kekosongan jawatan Timbalan
Presiden akan diisi melalui pemilihan di kalangan ahli Jawatankuasa secara undi
majoriti sehingga Mesyuarat Agung yang ada pemilihan pegawai-pegawai diadakan.

10.16.3 Ahli Jawatankuasa

Jika berlaku salah satu daripada dua situasi di atas, kekosongan mana-mana
jawatan Ahli Jawatankuasa (bukan dilantik), kekosongan jawatan ahli

16

Jawatankuasa berkenaan hendaklah dipilih melalui Mesyuarat Agung walaupun
tiada pemilihan pegawai-pegawai diadakan.

10.17 Kuasa Memecat

Segala peruntukan di bawah Fasal 10.16 adalah merujuk kepada Fasal 6 bagl
tatacara peletakan dan pemecatan Ahli Jawatankuasa.

10.18 Kekosongan Sementara Jawatan

Dalam keadaan di mana Presiden bercuti dari tugas Presiden dalam satu tempoh
yang dimaklumkan melalui mesyuarat ahli Jawatankuasa dan/atau secara bertulis
kepada ahli Jawatankuasa, salah seorang daripada Timbalan Presiden akan
memangku segala tugas-tugas Presiden tanpa mengubah apa-apa keputusan yang
telah dibuat terdahulu sehingga Presiden kembali bertugas.

10.19 Peletakan dan Pemecatan Jawatan (Cawangan)

10. 19.1 Yang Dipertua

Jika berlaku salah satu daripada dua situasi di atas, kekosongan jawatan Yang
Dipertua akan dipangku oleh Naib Yang Dipertua serta-merta sehingga Mesyuarat
Agung yang ada pemilihan pegawal-pegawai diadakan.

10. 19.2 Naib Yang Dipertua

Jika berlaku salah satu daripada dua situasi di atas, kekosongan jawatan Naib
Yang Dipertua akan diisi melalui pemilihan di kalangan ahli Jawatankuasa secara
undi majoriti sehingga Mesyuarat Agung yang ada pemilihan pegawai-pegawai
diadakan.

10. 19.3 Ahli Jawatankuasa

Jika berlaku salah satu daripada dua situasi di atas, kekosongan mana-mana
jawatan Ahli Jawatankuasa (bukan dilantik), kekosongan jawatan ahli
Jawatankuasa berkenaan hendaklah dipilih melalui Mesyuarat Agung walaupun
tlada pemilihan pegawai-pegawa: diadakan

10.20 Kekosongan Sementara Jawatan

Dalam keadaan di mana Yang Dipertua bercuti dari tugas Yang Dipertua dalam
satu tempoh yang dimaklumkan melalui mesyuarat ahli Jawatankuasa dan/atau
secara bertulis kepada ahli Jawatankuasa, Naib Yang Dipertua akan memangku
segala tugas-tugas Yang Dipertua tanpa mengubah apa-apa keputusan yang telah
dibuat terdahulu sehingga Yang Dipertua kembali bertugas.

11 MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

17

11.1 Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Pusat adalah sebagai mana berikut:

11.1.1 Doa.

11.1.2 Ucapan Pengerusi.

11.1.3 Ucapan Ex-Officio MARA, jika ada.

11.1.4 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

11.1.5 Perkara berbangkit.

11.1.6 Laporan Setiausaha Agung.

11.1.7 Laporan Kewangan Bulanan Bendahari Agung.

11.1.8 Laporan Biro, jika ada.

11.1.9 Hal-hal lain.

11.2 Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat

11.2.1 Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat hanya boleh diadakan bagi
membincangkan hanya satu agenda sahaja.

11.2.2 Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada Ahli-ahli Jawatankuasa
Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan kuorum
mesyuarat.

11.2.3 Minit Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat tersebut hendaklah disahkan
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya.

11.2.4 Setiausaha Agung atau Penolong Setiausaha Agung yang diarahkan oleh
Presiden hendaklah menghantar notis kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat
sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat
Khas Jawatankuasa Pusat yang menyatakan tarikh, waktu, tempat mesyuarat dan
tujuan Mesyuarat Khas diadakan.

12 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA PUSAT

12.1. Presiden

12.1.1 Bertanggungjawab, berkomited, beramanah dan berakauntabiliti di atas
kesempurnaan pengurusan pentadbiran dan kewangan, hala tuju dan hal ehwal
Badan secara keseluruhannya.

12.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, Timbalan
Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

18

12.1.3 Menandatangani minit-minit mesyuarat, cabutan-cabutan dan/atau salinan-
salinan rekod Badan bersama Setiausaha Agung, sekiranya perlu.

12.1.4 Memanggil sendiri mesyuarat-Mesyuarat Agung, Jawatankuasa Pusat,
Jawatankuasa Kecil serta lain-lain mesyuarat sekiranya perlu.

12.1.5 Mengarah Juruaudit Badan supaya mengaudit Akaun Badan pada bila-bila
masa yang diperlukan dan melaporkan keputusan audit tersebut kepada
Jawatankuasa Pusat.

12.2 Timbalan Presiden

12.2.1 Dalam masa ketiadaan Presiden. Timbalan Presiden akan memangku dan
menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Presiden sepertimana yang
dinyatakan di dalam Fasal 12.1.

12.2.2 Membantu Presiden dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

12.2.3 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat
ke atasnya dari semasa ke semasa.

12.3 Setiausaha Agung

12.3.1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Badan, Setiausaha Agung
bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden. Atas arahan Presiden, beliau
akan memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Agung, Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu
menyampaikan segala dokumen-dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-
mesyuarat itu.

12.3.2 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini rekod Badan yang
mengandungi butiran seperti nama berdaftar Badan, alamat berdaftar Badan,
alamat surat-menyurat Badan, tarikh pendaftaran Badan dengan pihak Pendaftaran
Pertubuhan dan lain-lain maklumat yang diperlukan dalam tempoh masa yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat.

12.3.3 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini maklumat ahli
Jawatankuasa Pusat. Maklumat ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah mengandungi
butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, maklumat cawangan
yang diwakili dan pekerjaan ahli dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pusat.

12.3.4 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli cawangan,
buku-buku dan laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan. Tertakluk kepada
Fasal 5, senarai daftar ahli hendaklah mengandungi butiran seperti nama, nombor
pendaftaran keahlian, alamat, tarikh keahlian, tarikh tamat menjadi ahli, nombor kad
pengenalan dan pekerjaan ahli dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pusat.

19

12.3.5 Menyediakan taporan Tahunan Badan untuk dipertimbang dan diluluskan
oleh Jawatankuasa Pusat sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Badan.

12.3.6 Bertanggungjawab di atas keseluruhan kesempurnaan urus setia Badan.

12.3.7 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat
dari semasa ke semasa.

12.4. Penolong Setiausaha Agung

12.4.1 Semasa ketiadaan Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung akan
menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada Setiausaha Agung.

12.4.2 Membantu Setiausaha Agung menjalankan tugas.

12.5. Bendahari Agung

12.5.1 Bertanggungjawab, berkomited, beramanah dan berakauntabiliti di atas
kesempurnaan pengurusan kewangan; menerima dan menjaga semua transaksi
dan rekod pengurusan kewangan Badan.

12.5.2 Membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Jawatankuasa Pusat
sepertimana yang diminitkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Pusat.

12.5.3 Menyimpan ke dalam akaun bank Badan yang dibuka atas kelulusan
Jawatankuasa Pusat semua transaksi kewangan wang yang diterima dalam masa
tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaannya.

12.5.4 Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucer-baucer, cek-cek pembayaran
dan surat-surat lain mengikut arahan-arahan Jawatankuasa Pusat.

12.5.5 Menyimpan dalam Akaun Panjar Runcit sebanyak tidak lebih daripada
RM1,000 (Ringgit Malaysia Seribu Sahaja) yang dikhaskan oleh Jawatankuasa
Pusat untuk perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun ini
boleh diganti seberapa kerap yang perlu.

12.5.6 Menyelenggara dan menyimpan akaun-akaun Badan dan dokumen-
dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemasklni supaya dapat diperiksa
oleh Juruaudit Badan atau mana-mana pihak yang diberi kebenaran melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa.

12.5.7 Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan Bulanan untuk
dipertimbangkan dan diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

12.5.8 Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan yang telah siap diaudit untuk
dipertimbangkan dan di luluskan oleh Jawatankuasa Pusat untuk dibentangkan di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

12.5.9 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Badan untuk

20

tahun berikutnya untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat
sebelum 31 Disember tahun semasa, sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat
Agung: Tahunan.

12.6 Ahli Jawatankuasa Biasa

12.6.1 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat
ke atasnya dari semasa ke semasa.

12.7 Ex-Officio
(Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi dan Pengarah Bahagian Pendidikan
Menengah MARA terkini)

12.7.1 Mewakiili pihak MARA bagi mengawal dan menasihati Badan supaya segala
kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Badan tidak
bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar MARA dan hal-hal
berkaitan dengan Pentadbiran MRSM/KM/KPM dan Bahagian-bahagian MARA.

12.7 2 Boleh menghadiri Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa
Badan.

12.7.3 Sebagai pemerhati mengenai aktiviti Badan.

12.7.4 Tidak dikira dalam menentukan kuorum.

12.7.5 Tidak boleh mengundi.

12.7.6 Bertindak selaku pengantara di antara Badan dan pihak pengurusan MARA
dalam apa-apa isu yang melibatkan penambahbaikan kemudahan, cadangan-
cadangan, dasar-dasar dan yang berkaitan dengannya.

12.8 Setiap keputusan dan/atau persetujuan yang dibuat dan dipersetujui di dalam
mesyuarat ahli Jawatankuasa adalah muktamad dan hendaklah dipatuhi oleh
semua ahli Jawatankuasa. Sekiranya sebarang pindaan hendak dilakukan terhadap
keputusan dan/atau persetujuan berkenaan, wajiblah dilakukan melalui mesyuarat
ahli Jawatankuasa yang seterusnya.

13 HAL EHWAL KEWANGAN BADAN

13.1 Semua wang yang diterima oleh Badan akan dimasukkan ke dalam Akaun
Badan di Bank dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaannya.

13.2 Cek-cek hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Agung dan oleh salah
seorang daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.

13.3 Kumpulan wang yang lebih daripada RM1,000 (Ringgit Malaysia Seribu
Sahaja) tidak boleh disimpan oleh Bendahari Agung sebagai Wang Runcit dalam
satu-satu masa.

21

13.4 Perbelanjaan melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) pada
satu-satu masa untuk satu tujuan tidak dibenarkan tanpa persetujuan
Jawatankuasa Pusat.

13.5 Perbelanjaan yang kurang daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh
Ribu) boleh diluluskan oleh Presiden bersama dengan Timbalan Presiden,
Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

13.6. Tahun Kewangan Badan ini bermula daripada 1 Januari tiap-tiap tahun.

14 JURUAUDIT

14.1 Dua (2) orang yang bukannya pegawai Badan boleh dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan
selama dua (2) tahun.

14.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Badan dan bagi setahun
dan membuat laporan untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.

14.3 Sekiranya diperlukan Juruaudit juga boleh diarahkan oleh Presiden untuk
mengaudit penyata kewangan Badan atau Cawangan-Cawangan pada bila-bila
masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa Pusat.

15 PEMEGANG AMANAH

15.1 Sekiranya wujud keperluan untuk melantik Pemegang Amanah, tiga (3) orang
Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada Dua Puluh Satu (21) tahun mesti
dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang
dikehendaki oleh Badan.

15.2 Harta boleh alih dan harta tidak boleh alih yang dimiliki oleh Badan boleh
diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Ikatan Amanah.

16 PEMBUBARAN

16.1 Badan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada dua pertiga (2/3) jumlah semua Cawangan yang sah berdaftar dan Ahli
Jawatankuasa Pusat yang hadir di dalam suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa yang
dipanggil khas kerananya.

16.2 Sekiranya Badan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Badan yang sah mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut.

22

16.3 Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan oleh Setiausaha
Agung Badan secara bertulis kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa empat
belas (14) hari daripada tarikh pembubaran itu.

17 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN

17.1 Penubuhan Cawangan

17.1.1 Jawatankuasa Pusat akan mengeluarkan surat tawaran penubuhan
cawangan kepada pihak pengurusan MRSM/KM/KPM.

17.1.2 Sekiranya tawaran penubuhan cawangan diterima, pihak pengurusan
hendaklah menubuhkan jawatankuasa penaja bagi menguruskan penubuhan
cawangan berkenaan.

17.1.3 Sekurang-kurangnya lima puluh (50) orang ahli diperlukan bagi menubuhkan
sesebuah Cawangan Badan.

17.1.4 Borang permohonan cawangan yang telah dilengkapkan untuk pendaftaran
hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung Badan untuk didaftarkan.

17.2 Penubuhan Cawangan Badan

Tanpa menghiraukan mana-mana Fasal dalam perlembagaan ini Jawatankuasa
Pusat juga boleh membentangkan penubuhan Cawangan di peringkat Badan bagi
menyatukan pegawai dan bekas pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA, bekas
pelajar MRSM/KM/KPM dan ahli-ahli yang tidak lagi bergiat di Cawangan
MRSM/KM/KPM. Sebelum sesebuah Cawangan ditubuhkan, kebenaran secara
bertulis perlu diperolehi daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

17.3 Alamat surat-menyurat adalah di mana MRSM/KM/KPM ditubuhkan kecuali
proviso dalam Fasal 17.2.

17.4 Pembubaran Cawangan

17.4.1 Cawangan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak
kurang daripada dua pertiga (2/3) jumlah semua wakil Cawangan dan AhIi
Jawatankuasa Cawangan yang hadir di dalam suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa
yang dipanggil khas kerananya.

17.4.2 Sekiranya Cawangan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas,
maka segala hutang dan tanggungan Cawangan yang sah mengikut undang-
undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut.

17.4.3 Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan oleh
Setiausaha Cawangan secara bertulis kepada Pendaftar Pertubuhan dengan
memaklumkan kepada Setiausaha Agung Badan di dalam masa empat belas (14)

23

hari daripada tarikh pembubaran itu.

18 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN

18.1 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah diadakan pada atau
sebelum 31 Mei setiap tahun.

18.2 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan adalah merupakan saluran yang akan
menentukan hala tuju dan wawasan Cawangan. Ahli-ahli Cawangan dan Ahli-Ahli
Jawatankuasa Cawangan boleh hadir bagi menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan
mengikut aturan-aturan atau dasar-dasar sepertimana yang ditetapkan oleh
perlembagaan ini.

18.3 Semua Ahli Jawatankuasa Cawangan dan ahli-ahli Cawangan yang hadir
berkuasa mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

18.4 Kuorum untuk Mesyuarat Agung Tahunan dianggap cukup jika perwakilan
Cawangan dan Ahli Jawatankuasa cawangan yang hadir berjumlah sekurang-
kurangnya dua (2) kali bilangan Ahli Jawatankuasa Cawangan.

18.5 Jika kuorum tidak cukup selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan selama
satu jam lagi, dan jika kuorum tidak cukup juga selepas daripada waktu yang
ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka wakil-wakil yang hadir
boleh menjalankan mesyuarat pada hari itu.

18.6 PEMILIHAN JAWATANKUASA DAN JURUAUDIT CAWANGAN

Mesyuarat Agung Cawangan untuk memilih ahli Jawatankuasa dan Juruaudit
Cawangan hendaklah diadakan untuk suatu tempoh selama dua (2) tahun.
Seorang Ex-Officio (Pengetua MRSM/Pengarah KM/KPM terkini) dengan syarat
orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan nya secara bertulis.

18.6.1 Seorang Pengerusi Tetap

18.6.2 Seorang Timbalan Pengerusi Tetap

18.6.3 Seorang Yang Dipertua (terdiri) dari kalangan ibu/bapa/Penjaga)

18.6.4 Seorang Naib Yang Dipertua

18.6.5 Seorang Setiausaha Cawangan (terdiri dari kalangan tenaga pengajar)

18.6.6 Seorang Penolong Setiausaha Cawangan (terdiri dari kalangan
pengajar/ibu/bapa/penjaga)

18.6.7 Seorang Bendahari Cawangan (terdiri dari kalangan tenaga pengajar)

24

18.6.8 Dua belas (12) Ahli Jawatankuasa Biasa (terdiri dari lima (5) orang tenaga
pengajar dan tujuh (7) ibu/bapa/penjaga).

18.7 Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Cawangan

18.7.1 Pengerusi Tetap dan/atau Timbalan Pengerusi Tetap Cawangan bertugas
mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.

18.7.2 Pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah dipilih
tiap-tiap dua (2) tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.

18.7.3 Pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap hendaklah dibuat
secara mengundi mengikut kehendak majoriti Mesyuarat Agung.

18.7.4 Mesyuarat Agung, di dalam Mesyuarat Agungnya berkuasa memberhentikan
Pengerusi Tetap dan/atau Timbalan Pengerusi Tetap dengan persetujuan sekurang-
kurangnya dua pertiga (2/3) daripada bilangan ahli yang hadir. Jika salah seorang
daripadanya diberhentikan maka seorang Pembantu hendaklah dipilih dan/atau
akan membantu sehingga Mesyuarat Agung itu ditangguhkan.

18.7.5 Merujuk kepada Fasal 18.7.1, Pengerusi Tetap yang dipilih di bawah Fasal
18.7 di atas ini hendaklah menjadi Pengerusi dalam sebarang Mesyuarat Agung
melainkan jika Pengerusi itu tidak hadir maka Timbalan Pengerusi hendaklah
mengambil alih tempat beliau dan/atau bolehlah mereka secara bergilir-gilir
mempengerusikan mesyuarat yang sama.

18.7.6 Merujuk kepada Fasal 18.7.1, sekiranya kedua-dua Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi tidak hadir maka Setiausaha Cawangan berkuasa menjalankan
mesyuarat bagi memilih Pengerusi Sementara dan seorang Pembantu yang
menjalankan tugas-tugas Pengerusi Mesyuarat Agung bagi Mesyuarat Agung itu
sahaja.

18.7.7 Jika salah seorang daripadanya tidak dapat hadir maka seorang Pembantu
hendaklah dipilih oleh Ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung dan akan membantu
sehingga Mesyuarat Agung ditangguhkan.

18.7.8 Pemilihan Pengerusi Sementara dan Pembantu hendaklah dipilih di
kalangan ahli Mesyuarat Agung dan mereka tidaklah hilang hak asalnya untuk
mengundi sebagal seorang wakil Mesyuarat Agung.

18.7.9 Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berhenti serentak maka
Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan Mesyuarat Agung itu bagi memilih
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi sementara. Mereka memegang jawatan itu
sehingga Mesyuarat Agung itu ditangguhkan. Jika salah seorang daripadanya
berhenti maka seorang Pembantu yang menjalankan tugas-tugas Pengerusi
Mesyuarat Agung hendaklah dipilih di kalangan Ahli Mesyuarat Agung. Beliau akan
membantu sehingga Mesyuarat Agung ditangguhkan.

18.8 Yang Dipertua mempunyai kuasa untuk melantik dan memberhentikan

25

perkhidmatan Setiausaha Cawangan, Penolong Setiausaha Cawangan, Bendahari
Cawangan, dan empat (4) orang Ahli Jawatankuasa Biasa (tambahan).

18.9 Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap
pegawai yang menjalankan tugas eksekutif di dalam Cawangan ini hendaklah
warganegara Malaysia. Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha Cawangan
dan Bendahari Cawangan adalah Pegawai-pegawai Utama Cawangan yang
berurusan dengan Pendaftar Pertubuhan dan/atau Penolong Pendaftar Pertubuhan.

18.10 Pemilihan bagi jawatan-jawatan Jawatankuasa Cawangan, hendaklah dibuat
secara mengundi mengikut kehendak majoriti Mesyuarat Agung. Keputusan adalah
dengan cara undi terbanyak. Sekiranya jumlah undi yang diperolehi untuk sesuatu
jawatan tersebut adalah sama, maka pengerusi mesyuarat pada ketika itu
mempunyai undi pemutus (casting vote), di samping undinya sendiri.

18.11 Jawatankuasa Cawangan mempunyai kuasa untuk mengambil segala
tindakan yang perlu bagi melaksanakan serta mencapai tujuan-tujuan Cawangan
dengan sempurna.

18.12 Jawatankuasa Cawangan juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa-
jawatankuasa Kecil apabila diperlukan untuk tujuan tertentu. Pengerusi bagl
Jawatankuasa Kecil ini serta ahli-ahlinya boleh dilantik dari kalangan Ahli-ahli
Jawatankuasa Cawangan dan/atau ahli-ahli Cawangan. Jawatankuasa Kecil itu
adalah tertakluk kepada arahan dan kawalan Jawatankuasa Cawangan.

18.13 Jawatankuasa Cawangan berkuasa membuat serta mengadakan aturan-
aturan atau dasar-dasar untuk menjalankan kegiatan-kegiatan, termasuk
mengadakan aturan-aturan atau dasar-dasar bagi Mesyuarat Agung serta
pemilihan Ahli Jawatankuasa Cawangan.

18.14 Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya
empat (4) kali dalam masa setahun dan notis pengumuman bagi tiap-tiap
mesyuarat hendaklah diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Cawangan, empat belas
(14) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan. Yang Dipertua dengan bersendirian,
atau sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada Ahli Jawatankuasa Cawangan
bersama-sama, boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan pada bila-bila masa, Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada
Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan
dan mencukupkan kuorum mesyuarat.

18.15 Jika pada bila-bila masa yang berkenaan, timbul perkara-perkara mustahak
yang memerlukan kelulusan segera Jawatankuasa Cawangan dan mesyuarat tidak
dapat diadakan, Setiausaha Cawangan boleh mendapatkan kelulusan
Jawatankuasa Cawangan secara pengedaran surat pekeliling dan/atau secara
menggunakan media elektronik lain. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut
hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Cawangan boleh
dianggap sebagai telah diterima.

18.15.1 Perkara yang dibangkitkan itu hendaklah dimaklumkan dengan jelas di

26

dalam surat pekeliling dan/atau media elektronik lain yang berkenaan dan
diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Cawangan.

18.15.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan mestilah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka secara bertulis dan/atau media elektronik lain yang berkenaan
terhadap cadangan itu.

18.15.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan
yang diperolehi melalui surat pekeliling dan/atau secara menggunakan media
elektronik lain hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Cawangan kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit
mesyuarat.

18.16 Ahli Jawatankuasa Cawangan yang gagal menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan tiga (3) kall berturut-turut tanpa alasan yang munasabah
akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa
Cawangan.

18.17 Kecuali bagi kekosongan ke atas jawatan Setiausaha Cawangan, Bendahari
Cawangan, Penolong Setiausaha Cawangan dan empat (4) Ahli Jawatankuasa
Biasa lantikan Yang Dipertua, sekiranya berlaku kekosongan jawatan-jawatan yang
lain di dalam Jawatankuasa Cawangan, maka Jawatankuasa Cawangan berhak
melantik mana-mana ahli Cawangan untuk memenuhkan kekosongan itu sehingga
Mesyuarat Agung yang ada pemilihan pegawai-pegawai.

18.18 Perwakilan ke Mesyuarat Agung Badan

18.18.1 Wakil-wakil Cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh Cawangan
masing-masing di dalam Mesyuarat Agung Cawangan. Sesebuah Cawangan boleh
menghantar tidak lebih daripada tiga (3) wakil yang terdiri daripada Yang Dipertua
Cawangan atau wakilnya dan dua (2) lagi dipilih dari ahli-ahli Cawangan bagl
mewakili Cawangan tersebut ke Mesyuarat Agung Badan.

18.18.2 Perlantikan perwakilan ini adalah sah sehingga ke Mesyuarat Agung
Tahunan Cawangan di tahun seterusnya.

18.19 Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk:

18.19.1 Menerima laporan Setiausaha Cawangan, berkenaan perjalanan
Cawangan di dalam tahun yang sebelumnya.

18.19.2 Menerima laporan Bendahari Agung dan Penyata Kewangan yang telah
diaudit bagi tahun yang sebelumnya.

18.19.3 Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan untuk suatu
tempoh selama dua (2) tahun. Mesyuarat Agung Tahunan bagi tujuan ini hendaklah
dilakukan sama tahun dengan Mesyuarat Agung Tahunan Pusat yang diadakan
bagi memenuhi keperluan seperti di Fasal 8.8.3.

27

18.19.4 Membincangkan dan menguruskan perkara-perkara lain yang akan
dibentangkan di dalam mesyuarat itu sepertimana yang telah dipersetujui oleh
Jawatankuasa Cawangan.

18.20 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar notis kepada tiap-tiap ahli
cawangan dan Setiausaha Agung Pusat sakurang-kurangnya empat belas (14) hari
sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan cawangan yang
menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, panggilan mengemukakan
cadangan untuk perbincangan dan dipamerkan di pejabat berdaftar Cawangan.

18.21 Satu (1) orang wakil pemerhati Jawatankuasa Pusat atau wakil
Jawatankuasa Pusat yang dilantik secara berwatikah, bagi menghadiri Mesyuarat
Agung Tahunan Cawangan bagi memantau, memerhati dan mengesahkan
perjalanan Mesyuarat Agung Cawangan adalah mengikut ketetapan perlembagaan
Badan.

18.22 Cadangan dan/atau usul untuk perbincangan di dalam mesyuarat tersebut
hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada tujuh
(7) hari selepas penerimaan notis Mesyuarat Agung Cawangan.

18.23 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sebelum
diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, satu agenda termasuk salinan
peringatan mesyuarat dan laporan beserta dengan penyata kira-kira Cawangan
bagi tahun sebelumnya.

18.24 Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli Cawangan
yang berhak mengundi atau dua (2) kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa
Cawangan mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan
mencukupi kuorum untuk mesyuarat.

18.25 Jika kuorum tidak cukup selepas satu (1) jam daripada waktu yang
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan selama satu
(1) jam lagi dan jika kuorum tidak cukup selepas daripada waktu yang ditetapkan
untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan
mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang
melibatkan semua ahli.

18.26 Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan boleh diadakan jika:

18.26.1 Atas arahan Jawatankuasa Pusat, atau

18.26.2 Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak, atau

18.26.3 Atas permintaan bertulis daripada satu perdua (1/2) bllangan ahli-ahli
Cawangan atau sekurang-kurangnya lima puluh (50) orang ahli-ahli Cawangan
dengan menyatakan tujuan, empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat tersebut.

28

18.27 Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah
diadakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan permintaan
mesyuarat tersebut.

18.28 Fasal 18.24 dan 18.25 di dalam Perlembagaan ini berkenaan kuorum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat
Agung Luar Biasa, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi setelah satu
(1) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa itu atas
permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan. Sekiranya
pembatalan ini berlaku, maka sekurang-kurangnya di dalam tempoh enam (6) bulan
daripada tarlkh Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dibatalkan tersebut, satu
Mesyuarat Agung Luar Biasa yang lain yang dipohon dengan tujuan yang sama
tidak boleh diadakan.

18.29 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada ahli-ahli dan
Setiausaha Agung Badan minit mesyuarat tiap-tiap Mesyuarat Agung Cawangan
dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesainya mesyuarat itu. Penghantaran
boleh dibuat secara memuatnaik (upload) melalui Internet dalam laman sesawang
(website) yang disediakan oleh Cawangan.

18.30 Pegawal-pegawai dan juruaudit-juruaudit Cawangan boleh meneruskan
tugas atau memegang jawatan mereka dari mula hlngga ke akhir majlis Mesyuarat
Agung Tahunan (yang ada agenda pemilihan jawatan-jawatan tersebut). Pegawai-
pegawai dan juruaudit-juruaudit yang baharu dipilih, memulakan tugas mereka di
akhir Mesyuarat Agung Tahunan yang berkenaan.

18.31 Setiap pencalonan semua jawatan peringkat Cawangan wajib mendapatkan
pencalonan dan sokongan dari sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli Cawangan
yang hadir dan sah didaftar dalam Mesyuarat Agung Cawangan tersebut pada
tahun berkenaan.

18.31.1 Ahli-ahli yang berhasrat untuk bertanding mana-mana jawatan di peringkat
Cawangan wajib menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan tersebut pada
tahun pemilihan berkenaan.

19 JAWATANKUASA CAWANGAN

19.1. Seorang Ex-Officio (Pengetua MRSM atau Pengarah KM/KPM terkini) dengan
syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya itu secara bertulis.

19.1.1 Seorang Yang Dipertua Cawangan (terdiri bukan guru MRSM atau Pengarah
KM/KPM).

19.1.2 Seorang Naib Yang Dipertua Cawangan (terbuka).

19.1.3 Seorang Setiausaha Cawangan.

19.1.4 Seorang Penolong Setiausaha Cawangan.

29

19.1.5 Seorang Bendahari Cawangan; dan

19.1.6 Duabelas (12) orang Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan.

19.2 Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap
pegawai lain yang menjalankan tugas-tugas eksekutif di dalam Cawangan
hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia. Yang Dipertua Cawangan, Naib
Yang Dipertua Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan
adalah Pegawai-pegawai Utama Cawangan yang berurusan dengan Pendaftar
Pertubuhan dan atau Penolong Pendaftar Pertubuhan.

19.3 Setiausaha Cawangan, Penolong Setiausaha Cawangan dan Bendahari
Cawangan akan dilantik oleh Yang Dipertua Cawangan untuk tempoh selama dua
(2) tahun di atas persetujuan Pengetua MRSM/Pengarah KM/Pengarah KPM.

19.4 Pencalonan untuk jawatan-jawatan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan
dua belas (12) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah dicadang dan disokong dalam
pemilihan yang dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli atau proksi-proksi
dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.

19.5 Tugas Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja
harian Cawangan mengikut Perlembagaan Badan dan arahan-arahan
Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.

19.6 Jawatankuasa Cawangan hendaklah mengesahkan minit Mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan yang terakhir yang diadakan sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan Cawangan, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan kali yang pertama
selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan yang terkini diadakan.

19.7 Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya
empat kali setahun dan notis mesyuarat hendaklah disampaikan kepada
Jawatankuasa Cawangan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat
diadakan. Yang Dipertua secara bersendirian atau sekurang-kurangnya satu
perdua (1/2) daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan secara bersama, boleh
memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan atau Mesyuarat
Khas Jawatankuasa Cawangan (yang membincangkan satu agenda penting
sahaja) pada bila-bila masa. Cukup bilang atau kuorum mesyuarat ialah satu
perdua (1/2) daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan.

Kecuali bagi kekosongan ke atas jawatan Setiausaha Cawangan, Penolong
Setiausaha Cawangan, Bendahari Cawangan dan empat (4) orang Ahli
Jawatankuasa Biasa Cawangan lantikan Yang Dipertua, sekiranya berlaku
kekosongan jawatan-jawatan yang Iain di dalam Jawatankuasa Cawangan maka
Jawatankuasa Cawangan berkuasa melantik mana-mana Ahli Jawatankuasa
Cawangan yang lain atau ahli untuk memenuhkan kekosongan itu sehingga
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

19.8 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa
Cawangan dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha

30

Cawangan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Cawangan secara pengedaran
resolusi pekeliling atau melalui kemudahan media elektronik.

Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum
keputusan Jawatankuasa Cawangan boleh dianggap sebagai telah diterima:

19.8.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
resolusi pekeliling atau melalui kemudahan media elektronik yang diedarkan
kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Cawangan.

19.8.2 Ahli-ahIi Jawatankuasa Cawangan hendaklah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka secara bertulis atau melalui kemudahan media elektronik
terhadap cadangan itu, dan

19.8.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan
yang diperolehi melalui resolusi pekeling atau melalui kemudahan media elektronik
hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Cawangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.

19.9 Ahli Jawatankuasa Cawangan yang gagal menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah
akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa
Cawangan.

19.10 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan-jawatan selain daripada jawatan
Yang Dipertua, maka Jawatankuasa Cawangan boleh melantik mana-mana Ahli
Jawatankuasa Cawangan yang sedia ada atau mana-mana ahli Cawangan untuk
memenuhkan kekosongan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan
berkuatkuasa sehingga ke Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.

20 MESYUARAT JAWATANKUASA CAWANGAN

20.1 Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Pusat adalah sebagai mana berikut:

20.1.1 Doa.

20.1.2 Ucapan Pengerusi.

20.1.3 Ucapan Ex-Officio MARA, jika ada.

20.1.4 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

20.1.5 Perkara berbangkit.

20.1.6 Laporan Setiausaha Cawangan.

20.1.7 Laporan Bendahari Cawangan/ Kewangan Bulanan.

31

20.1.8 Pembentukan/Laporan Jawatankuasa Kecil, jika ada.

20.1.9 Hal-hal lain.

20.2 Mesyuarat Khas Jawatankuasa Cawangan boleh diadakan bagi
membincangkan hanya satu agenda penting sahaja. Minit Mesyuarat Khas
Jawatankuasa Cawangan tersebut hendaklah disahkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan berikutnya.

21 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

21.1 Yang Dipertua Cawangan

21.1.1 Bertanggungjawab, berkomited, beramanah dan berakauntabiliti di atas
kesempurnaan pengurusan pentadbiran dan kewangan; hala tuju dan hal ehwal
Badan secara keseluruhannya.

21.1.2 Yang Dipertua Cawangan akan mempengerusikan semua mesyuarat.
Sekiranya beliau tidak hadir, Naib Yang Dipertua Cawangan akan
mempengerusikan mesyuarat. Sekiranya kedua-duanya tidak hadir, seorang
pengerusi mesyuarat hendaklah dipilih di kalangan Ahli-Ahli Jawatankuasa
Cawangan yang hadir.

21.1.3 Berkuasa melantik dan memecat Setiausaha Cawangan, Penolong
Setiausaha Cawangan, Bendahari Cawangan dan dua (2) orang Ahli Jawatankuasa
Biasa Cawangan (tambahan).

21.1.4 Menandatangani minit-minit mesyuarat, cabutan-cabutan dan atau salinan-
salinan rekod Persatuan bersama Setiausaha Cawangan sekiranya perlu.

21.1.5 Memanggil sendiri Mesyuarat-mesyuarat Agung, Jawatankuasa Cawangan,
Jawatankuasa Kecil serta lain-lain mesyuarat, sekiranya perlu.

21.1.6 Mengarah Juruaudit supaya mengaudit akaun Cawangan pada bila-bila
masa yang diperlukan dan melaporkan keputusan audit tersebut kepada
Jawatankuasa Cawangan.

21.2 Naib Yang Dipertua Cawangan

21.2.1 Dalam masa ketiadaan Yang Dipertua Cawangan, Naib Yang Dipertua
Cawangan akan mengambil-alih dan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab
Yang Dipertua Cawangan.

21.2.1 Membantu Yang Dipertua Cawangan menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya.

21.2.1 Menjalankan apa-apa tugas sepertimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa
Cawangan.

32

21.3 Setiausaha Cawangan

21.3.1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan, Setiausaha Cawangan
bertanggungjawab secara langsung kepada Yang Dipertua Cawangan. Beliau akan
memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Agung Cawangan, Mesyuarat Agung
Luar Biasa Cawangan, Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan mesyuarat-
mesyuarat yang diadakan dan menyampaikan segala dokumen-dokumen untuk
pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu.

21.3.2 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskinl daftar ahli-ahli, buku-buku
dan laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan. Tertakluk kepada Fasal 4.1 di
atas, senarai daftar ahli hendaklah mengandungi butir-butir seperti nama, nombor
kad pengenalan, status yuran keahlian, alamat dan pekerjaan. Memuatnaik
maklumat keahlian ke dalam sistem e-Muafakat Badan sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan Cawangan tahun semasa.

21.3.3 Menyediakan Laporan Tahunan Cawangan untuk dipertimbangkan dan
diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan sebelum dibentangkan kepada
Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.

21.3.4 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa
Cawangan ke atasnya dari semasa ke semasa.

21.3.5 Bertanggungjawab di atas keseluruhan kesempurnaan urus setia Cawangan.

21.4 Penolong Setiausaha Cawangan

21.4.1 Semasa ketiadaan Setiausaha Cawangan, Penolong Setiausaha Cawangan
akan menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada Setiausaha
Cawangan.

21.4.2 Membantu Setiausaha Cawangan menjalankan tugas.

21.5 Bendahari Cawangan

21.5.1 Bertanggungjawab, berkomited, beramanah dan berakauntabiliti di atas
kesempurnaan pengurusan kewangan; menerlma dan menjaga semua transaksi
dan rekod pengurusan kewangan Badan.

21.5.2 Membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Jawatankuasa Cawangan
sepertimana yang diminitkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Cawangan.

21.5.3 Menyimpan ke dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Jawatankuasa
Cawangan semua transaksi kewangan yang diterima dalam masa tiga (3) hari
bekerja daripada tarikh penerimaannya.

21.5.4 Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucer-baucer, cek-cek pembayaran
dan surat-surat lain mengikut arahan-arahan Jawatankuasa Cawangan.

33

21.5.5 Menyimpan dalam akaun Panjar Tunai Runcit (petty cash) sebanyak tidak
lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu Sahaja) yang dikhaskan oleh
Jawatankuasa Cawangan untuk perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat
dari akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.

21.5.6 Menyelenggara dan menyimpan akaun-akaun Cawangan dan dokumen-
dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa
oleh Juruaudit Cawangan atau mana-mana pihak yang diberi kebenaran melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan pada bila-bila masa.

21.5.7 Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan Bulanan untuk
dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan.

21.5.8 Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan yang telah siap diaudit untuk
dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan untuk dibentangkan
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

21.5.9 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Cawangan
untuk tahun berikutnya untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa
Cawangan sebelum 31 Disember tahun semasa.

21.5.10 Memastikan pembayaran yuran keahlian Cawangan dibuat kepada
Bendahari Agung Badan selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan tahun semasa diadakan.

21.5.11 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa
Cawangan ke atasnya dari semasa ke semasa.

21.5.12 Penolong Bendahari Cawangan membantu urusan Bendahari Cawangan.

21.6 Ahli Jawatankuasa Biasa

21.6.1 Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Cawangan ke
atasnya dari semasa ke semasa.

21.7 Kuasa-Kuasa Dan Tugas-Tugas Jawatankuasa Cawangan

21.7.1 Jawatankuasa Cawangan mempunyai kuasa untuk mengambil segala
tindakan yang perlu untuk melaksanakan tujuan-tujuan Badan dengan sempurna.
Bagaimanapun, tindakan-tindakan ini hendaklah selari dengan keputusan dan
arahan Jawatankuasa Pusat Badan.

21.7.2 Jawatankuasa Cawangan adalah berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil
apabila diperlukan. Jawatankuasa Kecil itu adalah tertakluk kepada arahan dan
kawalan Jawatankuasa Cawangan.

21.8 Ex-Officio
(Pengetua MRSM/Pengarah KM/Pengarah KPM terkini)

34

21.8.1 Mewakili pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan Bahagian
Pendidikan Tinggi MARA bagi mengawal dan menasihati Cawangan supaya segala
kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Cawangan tidak
bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan dasar-dasar MARA dan hal-hal
berkaitan dengan pentadbiran MRSM/KM/KPM dan Bahagian-bahagian MARA.

21.8.2 Boleh menghadiri Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan.

21.8.3 Sebagai pemerhati mengenai aktiviti Cawangan.

21.8.4 Menguruskan semua bahagian tokoh-tokoh untuk perasmian majlis anjuran
Cawangan mengikut prosedur pekeliling semasa.

21.8.5 Melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa
oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA berhubung dengan
pengurusan Cawangan di Maktab/Kolej masing-masing.

21.8.6 Tidak dikira dalam menentukan kuorum.

21.8.7 Tidak boleh mengundi.

22 HAL EHWAL KEWANGAN CAWANGAN

22.1 Semua wang yang diterima oleh Cawangan akan dimasukkan ke dalam Akaun
Cawangan di Bank dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaannya.

22.2 Cek-cek hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Cawangan dan oleh salah
seorang daripada Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua atau Setiausaha Cawangan.

22.3 Kumpulan wang yang lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Seribu
Sahaja) tidak boleh disimpan oleh Bendahari Cawangan sebagai Wang Runcit
dalam satu-satu masa.

22.4 Perbelanjaan melebihi RM5,000.00 (Lima Ribu Ringgit) pada satu-satu masa
untuk satu tujuan tidak dibenarkan tanpa persetujuan Jawatankuasa Cawangan.

22.5 Perbelanjaan yuran kurang daripada RM5,000.00 (Lima Ribu Ringgit) boleh
diluluskan oleh Yang Dipertua Cawangan bersama dengan Naib Yang Dipertua
Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

22.6 Tahun kewangan Cawangan ini bermula daripada 1 Januari tiap-tiap tahun.

23 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi perkara-
perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan, aturan-aturan atau dasar-dasar

35

yang berkenaan mengenai pentadbiran Cawangan mestilah dirujuk ke
Jawatankuasa Badan. Keputusan Jawatankuasa Badan adalah muktamad dan
mengikat.

24 PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung Badan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan
perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh
enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung Badan meluluskan
perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh
perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar
Pertubuhan.

25 LARANGAN

25.1 Badan atau ahli-ahlinya tidak harus mencuba menghalang atau dengan apa
cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil
peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja, 1959.

25.2 Badan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Badan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa Pusat
atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

25.3 ”Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966
tidaklah boleh diberi oleh Badan kepada mana-mana ahlinya.

25.4 Badan tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran mana-mana institusi
pendidikan MARA.

25.5 Badan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya kepada perkara-perkara
yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan
kakitangan lain di Maktab/Kolej.

25.6 Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Badan adalah muktamad
dan mengikat serta tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah yang berbidang
kuasa di Malaysia.

26 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

26.1 Bendera

26.2 Lambang

Keterangan: logo MUAFAKAT berlatar belakang putih tanda bersih dan murni.

36

Kuning melambangkan Negara Raja Berperlembagaan dan Merah berani
menempuh masa hadapan dengan berilmu tinggi.

Cogan kata badan ialah: MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

26.3. Lencana -

Keterangan: seperti di atas - lambang

27 PERBEKALAN LAIN

Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa Pusat boleh
memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan sekiranya perlu membuat
keputusan berhubung perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras
dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Badan. Keputusan
Jawatankuasa Pusat ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh
keputusan Mesyuarat Agung.

Protokol yang diamalkan untuk upacara atau adat-istiadat rasmi, perjawatan,
pentadbiran dan pengurusan dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang
lain adalah sebagai panduan kepada Badan sekiranya berlaku kekeliruan.

28 PENAUNG/PENASIHAT-PENASIHAT

28.1 Penaung bagi Badan ialah Pengerusi MARA dengan syarat orang yang
dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

28.2 Penasihat-Penasihat bagi Badan ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan)
MARA dan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA dengan syarat orang
yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

28.3 Ex-Officio (Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi dan Pengarah Bahagian
Pendidikan Menengah MARA terkini) juga adalah penasihat-penasihat kepada
Badan sebagaimana menurut subfasal 10.3 perlembagaan.

28.4 Jawatankuasa Cawangan boleh melantik seorang kenamaan atau pemimpin
sebagai Penaung Cawangan bagi membantu menggerakkan Cawangan dengan
lebih berkesan dan membawa kebaikan kepada Cawangan dengan syarat orang
yang dilantik ltu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

28.5 Penasihat Cawangan ialah Ex-Officio (Pengetua MRSM/Pengarah KM/KPM
terkini) sebagaimana menurut subfasal 21.8 perlembagaan.

28.6 Seorang Naib Yang Dipertua Cawangan dan AJK Cawangan hanya layak dan
dibenarkan memegang satu (1) jawatan dalam cawangan jika mereka merupakan
guru dan Pegawai/kakitangan Cawangan berlainan.

37

LAMPIRAN
1. Bendera
-
Keterangan
-
2. Lambang

Keterangan
-
3. Lencana
-
Keterangan
-

38


Click to View FlipBook Version