The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farrahmad89, 2023-05-25 19:40:31

USUL AGM KALI KE-19 2023

USUL AGM KALI KE-19 2023

SENARAI USUL IBU BAPA AKADEMIK, MOTIVASI & TUGASAN PELAJAR BIL IBU BAPA / WARIS USUL 1. Pn. Suzana binti Khairudin (Maximus Mustafa Gitano, 3 Al-Khawarizmi) Adakan motivasi atau knowledge talk dengan parents atau volunteers. (I'm sure most parents are happy to assist). 2. En. Mohd Nazri bin Abu Bakar (Muhammad Ammar bin Mohd Nazri, 3 Al-Jazari) Program mentor-mentee untuk pelajar yang kurang penguasaan dalam pelajaran. 3. Pn. Ummal Mahriba Banu binti Abdul Hameed (Amirah Sofiya binti Mohammed Yacobe, 5 Al-Razi) Mengadakan lebih banyak bengkel subjek-subjek SPM kritikal sebagai usaha membantu pelajar Tingkatan 5 siap-siaga menghadapi SPM 2023. 4. Pn. Hjh Sardanah binti Ijap (Nurainatul Aimi binti Mohd Yusof, 4 Al-Jazari) Adakan kelas tambahan Matematik dan Matematik Tambahan untuk anak-anak didik yang lemah dan feedback guru kelas dari masa ke semasa. 5. Pn. Nadiah binti Zawawi (Nasrullah bin Abdullah, 2 Al-Biruni) Saya berharap pihak sekolah dan guru-guru dapat mengurangkan kerja sekolah pada cuti panjang.


DEWAN SELERA BIL IBU BAPA / WARIS USUL 1. Pn. Suzana binti Khairudin (Maximus Mustafa Gitano, 3 Al-Khawarizmi) a) Kalau boleh upgrade the cooking method atau food source quality. b) Banyakkan sayur dalam hidangan (yang ini kena kreatif), understood, tak semua kids makan sayur. c) Adakan satu badan yang pantau dewan selera aktiviti i.e. food storage, lebihan makanan yg dimasak dan kebersihan pinggan mangkuk. ASRAMA BIL IBU BAPA / WARIS USUL 1. En. Awis Kharni bin Nuruddin (Airin Qistina binti Awis Kharni, 2 Al-Biruni) Cadangan saya apabila tamat semester akhir tahun, pihak MRSM dapat menetapkan bilik asrama untuk semester yang baharu untuk pelajar sebelum pelajar pulang bercuti bagi meringankan urusan keluar masuk pelajar. Sebelum ini pelajar harus mengosongkan bilik asrama dan membawa pulang semua barangan ke rumah dan semasa proses kemasukan pelajar sekali lagi terpaksa membawa kembali semua barang ke bilik baru.


UMUM BIL IBU BAPA / WARIS USUL 1. En. Fahmir bin Zamri (Amir Azril bin Fahmir, 4 Al-Khawarizmi) Membangunkan kumpulan WhatsApp untuk ibu bapa bagi menyalurkan maklumat terkini tentang aktiviti MRSM dan pelajar. 2. Pn. Noriah binti Mohamad (Nur Zulaikha Izzati binti Zahari, 2 Al-Battani) 1. Saya rasa pemilihan AJK MUAFAKAt perlu dibuat secara teliti. Bagi pada yang betul-betul boleh menjalankan tanggungjawab masing-masing sebab saya perhati yang sebelum ini macam tidak berfungsi. 2. Tubuhkan satu group Telegram untuk ibu bapa bersuara. Kutipan dana MUAFAKAT mesti ditunjukkan secara tulus. Semua berhak mengetahui termasuk ibu bapa ke mana perginya dana-dana dari semasa ke semasa. 3. En. Wan Mohd Sany Helmy bin Wan Mohar (Wan Amir Hussaini Helmy bin Wan Mohd Sany Helmy, 1 Al-Razi) Minta maklumkan progress pelajaran anak kepada ibu bapa. 4. Pn. Hjh Sardanah binti Ijap (Nurainatul Aimi binti Mohd Yusof, 4 Al-Jazari) Pastikan semua waris/penjaga ada dalam group WhatsApp atau Telegram homeroom masing-masing supaya tidak ketinggalan dalam info terkini maktab.


PERATURAN MAKTAB BIL IBU BAPA / WARIS USUL 1. Pn. Suzana binti Khairudin (Maximus Mustafa Gitano, 3 Al-Khawarizmi) a) Wajibkan pelajar turun ke padang selepas tamat sesi prep petang dan adakan rondaan untuk pastikan semua pelajar tiada di bilik masing-masing. b) Wajibkan sesi room inspection kebersihan dan kekemasan bilik sekali seminggu. c) Gotong royong kebersihan asrama selepas sesi room inspection. 2. Pn. Hayati binti Muhamad Noh (Muhammad Irfhan bin Ahmad Shukri, 5 Al-Battani) a) Memakai sandal ke solat Jumaat. b) Outing sendiri 3. Pn. Khairaton Najmiah binti Mat Khir (Izzuddin Hakimi bin Ezamnuddin, 2 Al-Biruni) Isu kekerapan kehilangan barang persendirian di asrama. Perlu diberi pendedahan kepada pelajar berkenaan isu ini. 4. En. Mohd Faiz Fazli bin Abd Wahab (Nurdina Damia binti Mohd Faiz Fazli, 4 Al-Razi) Pemakaian kasut hitam semasa prep. Tidak perlu tukar. Kekalkan peraturan asal. 5. En. Zulkifli bin Othman (Nur Arissa Nuralis binti Zulkifli, 2 Al-Battani) Kasut sekolah hitam yang paling sesuai specs adalah yang separa kulit dan seantaranya bagi yang berkemampuan. 6. En. Mohd Rozaiman bin Aziz (Nur Fatin Alyana binti Mohd Rozaiman, 4 Al-Battani) Hadkan penjualan makanan viral dan makanan kurang sihat atau tidak berkhasiat.


TELEFON BIMBIT BIL IBU BAPA / WARIS USUL 1. Pn. Suzana binti Khairudin (Maximus Mustafa Gitano, 3 Al-Khawarizmi) a) Terminate atau limit penggunaan cell phone dalam kalangan pelajar (all) atau weekend sahaja dan during weekday, homeroom cikgu akan simpan cell phone tersebut. b) Wujudkan public phone booth di bangunan tertentu untuk kegunaan asas pelajar. 2. Pn. Azreena binti Ismail (Adam Naufal bin Nor Asri, 3 Al-Razi) Limitkan penggunaan telefon bimbit. 3. Pn. Nor Asyikin binti Abdullah (Sumaiyyah Nur Assyifaa binti Syamsul Bahrin, 2 Al-Khawarizmi) Saya sedia maklum akan kelebihan pelajar menggunakan smartphone di sekolah & asrama. Namun, jika diteliti secara mendalam, lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang dapat diperoleh jika pelajar dibenarkan menggunakan smartphone 24/7. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar pihak sekolah dan asrama dapat mengehadkan penggunaannya kepada hari cuti & hujung minggu sahaja. Atau cadangan kedua, beri keizinan penggunaan 'phone basic' sahaja. Saya rasa pelajar boleh memberi tumpuan yang lebih seperti pelajar-pelajar dahulu & pelajar-pelajar sekolah lain jika kita dapat memberi had masa penggunaan smartphone kepada mereka. 4. En. Zainol Zaki bin Zaini Pn. Norshawallinda binti Ramli (Muhammad Haziq Fahmi bin Zainol Zaki, 1 Al-Jazari) Pengunaan smartphone utk Tingkatan 1 dihadkan waktu penggunaan sebab kejutan budayaberlaku apabila berjauhan dengan ibu bapa. Tidak dapat dikawal sepenuhnya seperti pada waktu tidur, limit bermain smartphone.


5. En. Abdul Rahman bin Hamsin (Adam Muizzuddin bin Abdul Rahman, 1 Al-Razi) Penggunaan telefon pintar diganti dgn penggunaan komputer riba. 6. En. Abdul Latif bin Ahmad (Azri Husaini bin Abdul Latif, 3 Al-Biruni) Penggunaan smartphone sedikit sebanyak mengganggu tumpuan pelajar dalam bidang akademik. Berbanding masa pandemik, smartphone merupakan satu keperluan dalam proses pembelajaran dan sebagainya. Dalam peralihan ke fasa endemik, smartphone bukan lagi satu keperluan asas dalam proses pembelajaran, penyebaran maklumat dan sebagainya supaya pelajar tidak terpesong dari matlamat asal mempunyai smartphone dan boleh lebih fokus dalam akademik. Sekarang pelajar berada di maktab sepenuh masa, pembelajaran secara fizikal, penyebaran maklumat, bahan-bahan pengajaran boleh diedar semasa di dalam kelas. Dicadangkan penggunaan smartphone diganti dengan telefon biasa adalah memadai untuk berhubungan dengan ahli keluarga sahaja. Sekadar cadangan demi kecemerlangan akademik pelajar. 7. Pn. Nurhasliza binti Rosli (Muhammad Hadif Zafran bin Mohd Faril, 2 Al-Battani) Penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan semasa waktu prep petang & malam


INFRASTRUKTUR BIL IBU BAPA / WARIS USUL 1. Pn. Nadiah binti Zawawi (Nasrullah bin Abdullah, 2 Al-Biruni) Saya ingin cadangkan laluan berbumbung di asrama lelaki, senang untuk ibu bapa mengambil anak semasa hujan 2. Pn. Suzana binti Khairudin (Maximus Mustafa Gitano, 3 Al-Khawarizmi) a) Sediakan study room di bangunan kediaman pelajar yang mempunyai ruang besar. b) Sediakan little library di dalam study room - parents are willing to donate the books. c) Penyelenggaraan utilities di setiap bangunan yang ada masalah aircond tidak berfungsi atau pintu yang rosak - kita boleh bincang untuk cari sponsorship atau dana kecil. (idea saya - wujudkan parents info tele@WhatsApp group) 3. Pn. Nur Aminah binti Mohd Yusoff (Adam Rafiq bin Rafizal, 1 Al-Battani) a) Tikar getah di bilik asrama b) Tilam-tilam yang dah lama diganti baru - hygiene issue c) Dobi - basuh & kering sekali 4. Pn. Siti Norashidah binti Rozali (Nur Alissya Nazrieda binti Nazri) a) Baiki fasiliti maktab seperti: 1. Pam tandas 2. Laluan berbumbung ke dewan dan Transgarden b) Baiki kebersihan tandas maktab


5. En. Ariffin binti Mohamed Ismail (Muhammad Zafran bin Ariffin, 4 Al-Jazari) Menambah dan membaik pulih seterika untuk kegunaan pelajar 6. En. Mohd Faris Bin Mohd Abd Wahab (Damia Amani binti Mohd Faris, 1 Al-Jazari) Tandas untuk asrama diperbanyak supaya mudah kepada anak-anak bersiap ke sekolah. 7. Pn. Norma binti Mat Nayan (Nur Batrisyia binti Budiman Radzi, 2 Al-Razi) Menambah baik suis-suis di setiap aras. 8. En. Abdul Hadi bin Hasnul Basri (Ammar Hamizan binti Abdul Hadi, 1 Al-Battani) Tambah bilangan plug charger. 9. Pn. Hjh Sardanah binti Ijap (Nurainatul Aimi binti Mohd Yusof, 4 Al-Jazari) Perlu menambah baik keceriaan/painting bangunan dan persekitaran MRSM supaya kelihatan lebih segar dan ceria. 10. En. Mohd Farez bin Shabani (Muhammad Aireil Zafran bin Mohd Farez, 4 Al-Biruni) a) Memperkasa penggunaan e-wallet. b) Menambah baik barang di koperasi. c) USB port di bilik asrama. 11. En. Mohd Khairulnizam bin Abdul Rasid (Damia Maisarah binti Mohd Khairulnizam, 4 Al-Biruni) Penambahan 'Charging station' untuk memudahkan pelajar mengecas peranti mudah alih mereka. Kekurangan kemudahan tersebut menyebabkan kesesakan hingga segelintir pelajar menjatuhkan peranti pelajar lain hingga mengakibatkan kerosakan kepada peranti tersebut. 12. Pn. Norwahidah binti Sarlan (Ahmad Shuhaim Zahni bin Muhd Hafni Shakir, 3 Al-Battani) Rak kasut di dalam bilik.


OUTING & PULANG BERMALAM & LAWATAN BIL IBU BAPA / WARIS USUL 1. Pn. Siti Johana (Nur Ainaa binti Feroz El Liza Faisal, 5 Al-Razi) Dibenarkan Pulang Bermalam Pilihan 2 minggu sekali. 2. En. Mohd Faris Bin Mohd Abd Wahab (Damia Amani binti Mohd Faris, 1 Al-Jazari) Sediakan tempat untuk ibu & bapa melawat anak yang selesa & baik di dalam MRSM 3. En. Azman bin Abdul Hamid (Nor Afiya Hadirah binti Azman, 1 Al-Razi) Boleh pulang bersama keluarga pada hari cuti Sabtu dan Ahad. 4. En. Abdul Hadi bin Hasnul Basri (Ammar Hamizan binti Abdul Hadi, 1 Al-Battani) Tambah tempat duduk (kerusi & meja) untuk ibu bapa melawat anakanak yang tinggal di asrama. 5. Pn. Ummah Mahriba Banu binti Abdul Hameed (Amirah Sofiya binti Mohammed Yacobe, 5 Al-Razi) Pelajar dari selatan dibenarkan outing tanpa kehadiran ibu bapa (dalam kumpulan pelajar). 6. Pn. Norwahidah binti Sarlan (Ahmad Shuhaim Zahni bin Muhd Hafni Shakir, 3 Battani) Minta pelajar dibenarkan outing sekurang-kurangnya sebulan dua kali.


Click to View FlipBook Version