The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SJK(T) GEMAS, 2021-08-12 13:13:32

Pungguk rindui akan bulan

Pungguk rindui akan bulan

PUNGGUK RINDUI AKAN
BULAN

Penulis Nor Azlin Japar
Penerbit Kualiti Books Sdn Bhd

Di bulan terdapat seorang putera yang kacak
bernama Putera Pungguk. Di bulan juga, ada seorang
puteri yang cantik bernama Puteri Bulan.

Putera Pungguk sering berjumpa dengan Puteri
Bulan. Putera Pungguk ingin berkahwin dengan Puteri
Bulan.

Puteri Bulan mahu berkahwin dengan Putera
Pungguk juga

Putera Pungguk sangat sayang akan Puteri Bulan.
Segala kemahuan Puteri Bulan, Putera Pungguk turuti.

Ini membuatkan Puteri Bulan bertambah sayang
kepada Putera Pungguk.

“Kanda akan ikut apa – apa sahaja kemahuan tuan
puteri,” kata Putera Pungguk kepada Puteri Bulan.

Puteri Bulan berasa amat gembira mendengar kata
– kata Putera Pungguk.

Pada suatu hari, Puteri Bulan berkata,“Adinda
mahu sekuntum bunga putih di bumi,”

“Bolehkah kanda ambil sekuntum bunga putih itu
untuk adinda?” kata Puteri Bulan lagi.

Putera Pungguk terkejut akan permintaan Puteri
Bulan. Bumi sangat jauh dari bulan.

Putera Pungguk terdiam seketika. Dia berfikir
bagaimana hendak turun ke bumi untuk mengambil
bunga putih itu.

Putera Pungguk berjanji akan mengambil bunga
idaman Puteri Bulan.

Putera Pungguk akan berusaha sedaya upaya untuk
memenuhi permintaan Puteri Bulan itu. Dia tidak mahu
Puteri Bulan bersedih.

Puteri Bulan berasa amat gembira. Putera Pungguk
meminta tempoh beberapa hari untuk pergi ke bumi.

Putera Pungguk memberitahu kepada ayahandanya
yang dia akan turun ke bumi.

Ayahanda Putera Pungguk terkejut mendengar
permintaan anakandanya untuk ke bumi.

“Kamu akan terkena sumpahan jika turun ke bumi,”
kata ayahanda Putera Pungguk.

Putera Pungguk tetap mahu pergi ke bumi. Dia
berdegil tidaak mahu mendengar nasihat daripada
ayahandanya.Dia akan menunaikan janji kepada
Puteri Bulan.

Putera Pungguk pun turun ke bumi. Dia mencari-
cari bunga yang diminta oleh Puteri Bulan.

Di pertengahan jalan, Putera Pungguk terlihat
bunga putih yang dikehendaki Puteri Bulan. Dia
berasa gembira.

Namun begitu, bunga putih itu hanyalah hampas
tebu. Putera Pungguk berasa hampa.

Putera Pungguk terus mencari bunga berwarna
putih itu.

Tiba-tiba, tubuh Putera Pungguk semakin mengecil
dan ditumbuhi bulu. Dia bertukar menjadi seekor
burung pungguk.

Putera Pungguk berasa sedih. Dia tidak dapat
pulang ke bulan lagi.

Putera Pungguk tidak dapat berjumpa dengan
Puteri Bulan.

Putera Pungguk akan merindui bulan setiap bulan
mengambang. Sebenarnya dia rindukan Puteri Bulan.

MORAL

Jangan lakukan sesuatu mengikut perasaan tetapi ikut
fikiran.


Click to View FlipBook Version