1KARANGAN TAHAP
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU SALENAH RAHMAT BAHASA MELAYU
SJKT GEMAS
GURU KELAS SAYA
Di sekolah, saya diajar oleh beberapa orang guru. Guru kelas saya bernama
Cikgu Venmathi. Cikgu Venmathi baik orangnya.
Cikgu Venmathi mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil, Matematik dan
Pendidikan Moral.
Semasa mengajar, Cikgu Venmathi akan memastikan murid-muridnya
faham. Beliau akan membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah
dalam pelajaran.
Cikgu Venmathi selalu berpesan supaya kami belajar dengan bersungguh-
sungguh dan mendengar nasihat ibu bapa.
KAWAN KARIB SAYA
Saya mempunyai seorang kawan karib. Nama kawan karib saya ialah
Daneswari. Daneswari seorang budak India. Dia berumur lapan tahun.
Daneswari tinggal berdekatan dengan rumah saya. Kami belajar
dalam kelas yang sama. Daneswari seorang budak perempuan yang
pandai. Dia selalu membantu saya dan kawan-kawan yang lain.
Pada waktu petang, kami akan ke taman permainan. Kami bermain
buaian, papan gelongsor dan berjoging. Saya suka berkawan dengan
Daneswari.
TELEVISYEN
Televisyen telah menjadi satu alat perhubungan yang penting pada
masa kini.
Peristiwa seperti bencana alam , kemalangan, jenayah dan sukan
dapat diikuti secara langsung melalui televisyen.
Murid sekolah boleh menonton rancangan-rancangan pendidikan
yang disediakan. Rancangan-rancangan ini disusun dengan baik dan
menarik untuk tontonan murid.
Jika digunakan dengan cara yang betul, televisyen akan membawa
banyak faedah kepada masyarakat.
TAMAN PERMAINAN
Sharran tinggal di rumah teres di Taman Damai. Di hadapan rumah
Sharran ada sebuah taman permainan.
Pada setiap petang, Sharran dan kawan baiknya Kartigen bermain
di taman permainan itu. Mereka bermain buaian, papan gelongsor dan
jongkang-jongket.
Taman permainan itu cantik dan bersih. Di sekeliling taman
permainan itu terdapat banyak pokok bunga yang berwarna-warni.
Mereka tidak pernah membuang sampah di merata-rata tempat.
Mereka membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan
oleh pihak berwajib.
CITA-CITA
Semua orang ada cita-cita. Saya bercita-cita hendak menjadi seorang
doktor. Saya ingin merawat orang yang sakit.
Saya akan menyelamatkan banyak nyawa manusia. Saya akan
memakai pakaian seragam doktor. Orang ramai juga akan
menghormati saya.
Selain itu, saya akan membuka klinik saya sendiri. Saya akan
mengenakan bayaran yang murah. Bagi orang miskin, saya akan
mengenakan bayaran yang rendah.
Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita
saya ini.
HOBI SAYA
Hobi saya ialah mengumpul setem. Saya mula mengumpul setem
sejak berumur tujuh tahun
Pada suatu hari, bapa saudara saya telah mengirimkan saya
sekeping kad hari lahir dari Australia. Saya sangat tertarik dengan
setem yang cantik itu. Semenjak itu, saya pun suka mengumpul
setem.
Saya telah menggunting banyak setem daripada sampul surat dan
bungkusan. Saya juga bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan.
Setem-setem itu disimpan di dalam sebuah album khas.
SELAMAT
MEMBACA