The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SJK(T) GEMAS, 2021-09-11 08:03:09

Serigala Yang Berlagak

Serigala Yang Berlagak

Keywords: PSS SJKT GEMAS

SERIGALA YANG
BERLAGAK

Di dalam sebuah hutan tinggal seekor serigala yang mengaku dirinya bijak. Ia sangat suka berjalan-
jalan di dalam hutan itu. Sang Serigala juga suka menegur haiwan-haiwan lain yang ditemuinya.

Sang Serigala memang suka bercakap. Setiap kata-katanya pasti akan menyakiti hati haiwan yang
mendengarnya

Sang Serigala akan mengakui sesuatu perkara yang tidak disukainya.

“Bulu kamu ini sangat tajam dan hodoh kasihan kamu wahai Sang Landak,” kata Sang Serigala
kepada Sang Landak.

“Ini adalah kurniaan dari Tuhan sesungguhnya aku berasa sangat bertuah kerana memiliki duri-duri
yang boleh aku jadikan senjata,” jawab Sang Landak.

Sang Serigala berjalan lagi. Kali ini ia berjumpa pula dengan Sang Rusa.

“Wahai Sang Rusa sungguh kasihan aku melihatnya kamu. Walaupun tanduk kamu itu cantik tetapi
ia tetap menyusahkan hidup,” kata Sang Serigala.

“Walaupun ia susah aku sangat gembira kerana dapat memilikinya.”
“Tidak ada haiwan lain yang memiliki tanduk yang secantik aku,” jawab Sang Rusa lalu terus pergi
dari situ meninggalkan Sang Serigala yang mengakui dirinya pandai itu.

Setiap kali berjumpa dengan haiwan lain di dalam hutan, maka setiap kali itulah Sang Serigala akan
berkata sedemikian.

Ia akan berkata yang bukan-bukan sehinggakan semua haiwan yang dijumpainya berasa benci dan
meluat dengan sikapnya.

Suatu hari, Sang serigala berjalan di bawah sebatang pokok jambu. Terdapat banyak buah jambu
yang sudah masak ranum di atas pokok itu.

Kemudian, Sang Serigala terlihat pula pokok nanas yang berada di atas tanah. Sang Serigala
berasa sangat hairan dan pelik.

“Ini tidak masuk akal langsung!” kata Sang Serigala.
Seekor burung tiung terdengar akan kata-kata Sang Serigala dan mula menghampirimya.
“Mengapa kamu kelihatan sangat hairan?” tanya Burung Tiung.

“Aku hairan kerana buah jambu itu sepatutnya besar seperti buah nanas kerana pokoknya sangat besar
dan tinggi

Buah jambu itulah yang sepatutnya berada di bawah kerana ia sangat kecil. Kata Sang Serigala.
“Apa yang hendak kamu hairan dan pelik? Itu semua adalah ciptaan Tuhan. Kamu tidak boleh
sesekali mencurigainya,” jawab Burung Tiung.

“Ini semua tidak betul!” Ujar Sang Serigala dengan bersungguh-sungguh. Ia tidak dapat menerima
apa yang dilihatnya itu.

“Agaknya ada seseorang yang telah menukarkan buah-buah ini semua,” kata Sang Serigala.
“Itu tidak mungkin! Siapa pula yang hendak menukarkan buah-buah ini semua?” tanya Burung
Tiung.

“Aku tidak boleh menerima hakikat. Buah ini sepatutnya kembali kepada kedudukan asal!” kata
Sang Serigala bersungguh-sungguh.

“Sudahlah wahai Sang Serigala memang ia berada di kedudukan yang betul. Buah jambu itu
memang berada di atas pokok, manakala buah nanas berada di bawah,” ujar Burung Tiung.

“Aku tidak percaya! Aku seekor haiwan yang pandai! Kamu semua yang bodoh!

“Sepatutnya buah jambu ini berada di bawah dan buah buah nanas ini berada di atas!” marah Sang
Serigala.

Tiba-tiba dengan tanpa disangka-sangka, sebiji buah jambu telah gugur. Buah jambu itu telah
terjatuh ke atas kepala Sang Serigala.

“Ahh….sakitnya!” jerit Sang Serigala sambal membelek-belek kepalanya.
“Nasib kamu sangat baik kerana buah jambu itu kecil. Jika buah nanas itu terjatuh di atas kepala
kamu, sudah tentu kamu akan mati,” kata Burung Tiung sambil tersenyum.

Sang Serigala yang mengaku pandai itu tertunduk. Ia berasa sangat malu kepada Burung Tiung.
MORAL DAN PENGAJARAN.
Kita hendaklah menghargai apa yang kita miliki dan mensyukurinya. Kita tidak boleh memandang
rendah akan kelemahan orang lain

SELAMAT MEMBACA


Click to View FlipBook Version