The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SJK(T) GEMAS, 2021-09-08 12:06:50

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Keywords: PSS SJKT GEMAS

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU SALENAH RAHMAT SJKT GEMAS

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat
bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie
pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil
kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie
bagi mendapatkan makanan. Ronnie hanya menurut segala kata-kata
dan arahan Joe.

Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan-jalan di dalam hutan.
Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya
tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk
melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan
kawannya itu.

“Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”
kata Joe. Joe berjalan ke arah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan
makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh
menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah
lembut.

“Baiklah, aku akan lepaskan kau! Tapi kau mesti bertindak
cepat!” jawab singa dengan garang. Joe Kembali menemui Ronnie.
“Singa itu tidak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi
segera dari sini dan menyorok di dalam gua.” Ketika rubah dan
keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah.
Kemudian, ia membaham keldai. Akhirnya kedua-dua sahabat itu
menjadi makanan singa.

AKTIVITI NILAM
Ceritakan semula apa yang telah kamu baca bersama guru dan rakan-rakan .
Nyatakan nilai pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut.
Lakonkan watak yang terdapat dalam cerita bersama guru dan rakan-rakan.
Berikan pendapat kamu, mengapa singa makan kedua-dua sahabat
itu……………….( Kemahiran Aras Tinggi).

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version