KUCING YANG BIJAKSANA
Penulis Nor Azlin Japar
Penerbit Kualiti Books Sdn Bhd
Pada suatu pagi, ada dua ekor kera pergi berjalan-jalan.
Tiba-tiba merupa terjumpa seekor ikan yang besar di tepi
tasik.
Kera besar dan kera kecil bertengkar kerana berebut ikan
itu. Mereka mahu mencari seseorang untuk menentukan
pemilik ikan itu.
Ketika sedang berjalan, kera besar dan kera kecil
ternampak seekor kucing sedang berehat berdekatan dengan
lubang pokok.
Kera besar mendapat akal dan mahu melantik kucing
sebagai hakim.
“Kenapa kita hendak meminta pertolongan daripada kucing
?” tanya kera kecil kehairanan.
“Kucing arif tentang ikan. Tentu ia dapat menolong kita,” kata
kera besar.
Kera kecil bersetuju dengan cadangan kera besar itu.
Kera besar dan kera kecil pun pergi berjumpa dengan
kucing itu.
“Wahai kucing yang bijaksana, bolehkah kamu membantu
kami,” tanya kera kecil.
“Aku sedia membantu. Boleh ceritakan apa masalah kamu
berdua,” tanya kucing sambil matanya memandang ke arah
ikan yang dibawa oleh kera besar dan kera kecil.
“Kami terjumpa seekor ikan. Saya yang nampak dahulu,
tetapi sahabat saya yang mengambilnya. Kemudian, ia pula
mengaku yang ikan itu haknya. Siapa yang berhak ke atas
ikan itu, kucing?” tanya kera besar.
“Oh, begitu ceritanya. Tunggu sekejap saya masuk ke dalam
dahulu,” kata kucing itu.
“Aku mesti bahagikan ikan itu sama banyak di antara kera
kecil dan kera besar,” kata kucing.
Dua ekor kera pun menunggu kucing di luar. Tidak lama
kemudian, kucing muncul dengan membawa penimbang dan
sebilah pisau. Ia meminta ikan daripada kera-kera itu.
Kucing terus mengerat ikat itu kepada dua bahagian lalu
menimbangnya. Kedua-dua ekor kera hanya memerhatikan
sahaja apa yang dilakukan oleh kucing.
Apabila kucing mendapati bahagian ikan yang lebih berat, ia
akan memakan bahagian itu sedikit demi sedikit. Ia makan
ikan itu supaya menjadi sama banyak.
Lama-kelamaan ikan itu hanya tinggal tulang sahaja.Kucing
berasa gembira dapat memperdaya dua ekor kera itu.
Kera-kera itu terpinga-pinga melihat perbuatan kucing. “Apa
yang kamu lakukan kucing?”. “Kami masih belum mendapat
bahagian kami,” tanya kera kecil.
“Kalau kita selalu tamak, kita akan rugi,” kata kucing sambal
meninggalkan kera-kera itu. Ia berasa kenyang kerana
menghabiskan ikan yang besar itu.
Kucing berasa puas hati kerana dapat memberi pengajaran
kepada kera-kera itu.
“Aduhai sahabatku, nampaknya ada pihak lain yang untung
daripada sikap tamak kita ini,” kata kera besar.
Kedua-dua kera itu pulang dengan perasaan hampa. Kini,
mereka sedar sikap tamak akan merugikan diri sendiri.