berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan
air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila
pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga
emas yang mula mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani.
Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid
menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas
isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung
serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan
isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid
juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi
tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri
dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat
para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka
menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati
berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka
yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak
bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk
menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman
masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter.
Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan
menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman
dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat
curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah
mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang
tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal
kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan
kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya
mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih
daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang
kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana
dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung
wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya,
Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati
pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga
agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat
fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung
pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu
mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya
dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi
petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.
Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana
gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya.
Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati
selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana
marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya.
Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang
anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya
f) 5 Kekuatan
g) 5 Kekurangan
h) 5 Cadangan Penambahbaikan
7 : Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
a) Cerita Ringkas
Nurul Hafsa , Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang
untuk melestarikan alam sekitar . Mereka cuba memulihkan populasi kelip - kelip
dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan
mencerap bintang . Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan
terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara .
Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek
perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam
b) Biografi Penulis
Sri Rahayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita dari Malaysia.
Pada 31 Oktober 2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan-ExxonMobil 2010 (HSKU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-turut
apabila karyanya Bima Sakti Menari diumumkan sebagai pemenang tempat
pertama. Sebagai pemenang, Sri Rahayu membawa pulang wang tunai berjumlah
RM7,000 dan hadiah iringan.HSKU kali ke-26 ini dianjurkan sejak 1985 dan ia
juga merupakan antara acara sempena program Sastera Utusan 2011 yang turut
memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011
c) Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang Novel
d) Sipnopsis Keseluruhan
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan
Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya
runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya
Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad
Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan
projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa.
Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan
abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul
Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak
Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat
bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan
Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan
beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh
Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan
kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin
menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat
Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
e) Sipnopsis Setiap Bab
Bab 1 :
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid
dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke
balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah
menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut
yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada
mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut,
Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya
upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia
untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul
Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya
sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit
cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan
menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia
dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.
Bab 2:
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah
seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik.
Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa
terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan
Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk
menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan
anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk
berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang
sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk
bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal
ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang
projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh
anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya
walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.
Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang
kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana
tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal
tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang
melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji
Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya
Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain
ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip
terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan
kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut
bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya,
Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh
kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana
bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang
dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang
dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-
lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian
tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa
melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan
dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi
bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti
yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari
bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman
bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap.
Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang
merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit
Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E
Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap
kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas
1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau
oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui
penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan
kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa
kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila
menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan
Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.
Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan
kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya
Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali
kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah
kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran
bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan
kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah
apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap
bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum
bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan
isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun
mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim
mereka berdua.
Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai
Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang
tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian,
Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil
kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah
dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati
janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini
adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan
Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang.
Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman
menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala
Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan
tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar
sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang
menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul
Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya
agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa
bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan
tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-
hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat
bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah
mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa
ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang
melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul
Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam
wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya,
Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah
abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa
selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa
menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta
ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan
semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin
motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan
paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak
sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi
dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali.
Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En.
Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-
ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan
Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat
kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di
luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di
atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah
untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa.
Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat
Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat
dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa
dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh
dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul
Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya
membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor
satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur
dan profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri
Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada
mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan
Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama
ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin
dan Maryam.
f) 5 Kekuatan
g) 5 Kekurangan
h) 5 Cadangan Penambahbaikan
8 : Silir Daksina karya Nizar Parman
a) Cerita Ringkas
Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya,
Abdullah Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada
seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut
merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi telah menetap di Kuala Terengganu.
Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat Haiqal untuk mengenali
ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya. Masyarakat
Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-
orang yang rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis
oleh ayahnya didalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak
sebenar yang wujud di kampung itu. Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti
kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga adalah guru yang aktif menulis
sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan kecintaannya terhadap
bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu dan
berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal. Adakah
haiqal mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu
menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan?
b) Biografi Penulis
NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31
Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah
Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya
di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.
c) Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang Novel
d) Sipnopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia
hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip
lama yang didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada
uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah
Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian,
keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan
hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang
perbelanjaan untuk kesana.
Novel Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri Purnama,
Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian
kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi
sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga
seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali
ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama
kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan
zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana
umi, walid, dan adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya
terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri
Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
e) Sipnopsis Setiap Bab
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka
surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah
Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti
berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa
usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang
dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya
memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan
tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu
Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas
tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya.
Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu
keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia
sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal
cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu
punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba
bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan
Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya.
Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama
Batu Pahat Johor.
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba
mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai
Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di
kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling
dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang
jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling.
Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya.
Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual
dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak
ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim
tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana
semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat
gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh
getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung
untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah
ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke
Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut
di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai
Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu.
Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya
sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada
Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta
tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya
tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi
jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling
bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap
belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-
nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah
dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang
pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian
sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam
bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya.
Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang
diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari
subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia
mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai
Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa
mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.
ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim
tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan
perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat
cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya
di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai
mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu .
Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa
alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang
pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang
akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu.
Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman.
Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke
sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri.
Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu
hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-
orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan
sehingga nama kampung menjadi popular.
iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut
hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua
kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK
memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang
ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat
penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak
asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk
memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah
terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan.
Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung
perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang
persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi
tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir
memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya
di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia
sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya
sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling
antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi
murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang
minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat
dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku
meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada
petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku
meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak.
Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi
lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,
v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu
menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia
membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan
terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam
diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku
muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi.
Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai
raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak
Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon
Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu
Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang
dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu
kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama
mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati. Fikiran aku masih
bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata
Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang
keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan
semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku
hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman
dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya.
Menumpang kasih akan Ai Ling
vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju
mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku
ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi
penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan
sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan
sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh
diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin
D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn
iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri
amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15
malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu.
Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang
zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat
membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja
keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di
kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka
jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku
meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama
terus hidup.
vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri.
Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun
begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung.
Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa
bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang
kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun
tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya
Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling
memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus
dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya.
viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program
Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan
kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin
rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani
latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat
berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang
disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang
kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang
ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual
sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip
yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip
itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama
bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang
wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh
mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk
membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang
menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap
mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan
sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun
sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu
dan rindu akan Aiman. Aku menangis.
BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah
Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan.
Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal
bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal
berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal
terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu.
Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna..
Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal
berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal
dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan
akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya
Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa
ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan
manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada
persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi
johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang
memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa
bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada
ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal
untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.
BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia
ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya.
Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama.
Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan
membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup
bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi
dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan
itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal
mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang
kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan
alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan
dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang
ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan
ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada
umi.
BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna
menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik
timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke
kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang
diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi.
Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya
walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.
BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia
dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal
menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang
dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.
BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke
Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan
Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik
warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan
membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang,
dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus
membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya
di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong
dengan perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam
kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke
pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal
untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut
untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal
diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.
BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama
seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang
ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun,
Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa
sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan
Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang
mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang
berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal
kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula
mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak
kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan
pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama
dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim
telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat
keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai
raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya
itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan
bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang
terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah,
sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan
sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan
gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya
merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang
bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.
BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya
kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama
oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa
dan Tauke Ong.
BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk
bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri
Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di
Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah
apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung
Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat.
Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya
terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi
rakan kongsi dalam perniagaannya.
f) 5 Kekuatan
g) 5 Kekurangan
h) 5 Cadangan Penambahbaikan
Rujukan
1. https://www.studocu.com/my/document/sunway-university/business-
law/sinopsis-novel-left-adnan-bab/20588701
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latip_bin_Talib
3. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
4. www.amazon.com/Dayang-
Noor/e/B006X7T0GE%3Fref=dbs_a_mng_rwt_scns_share
5. http://noveljendelamenghadapjalan.blogspot.com/2016/12/sinopsis.html
6. https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
7. https://en.wikipedia.org/wiki/Ruhaini_Matdarin
8. https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-kasih.html
9. https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-
Bahasa-Melayu-Tingkatan-4-Kajian-Novel-Pantai-Kasih-Azmah-Nordin.pdf
10. http://mieadham86.blogspot.com/2016/01/novel-pantai-kasih-tidak-sesuai-
jadi.html?m=1
11. http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2018/01/sinopsis-novel-songket-
berbenang-emas.html
12. http://mrasyain2.blogspot.com/2016/01/novel-songket-berbenang-emas.html
13. https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
14. http://penulissarawak.blogspot.com/2008/06/beb-sabariah.html
15. https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html
16. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
17. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Rahayu_Mohd_Yusop
18. https://www.ipendidikan.my/novel-silir-daksina.html
19. http://klikweb.dbp.my/?p=11109
20. https://guruselamanya.wordpress.com/2020/02/23/novel-silir-daksina-
sinopsis-mengikut-bab/
21.