c) Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang Novel
d) Sipnopsis Keseluruhan
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas
menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan
mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang
dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit, namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan
di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Hal
ini, membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Namun, berbekalkan semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang
adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang
unsur-unsur pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun
kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan,
pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain
kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah,
hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak
menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada
sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula
berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh
berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tenang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang
dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit
yang berpendapatan sederhana.
e) Sipnopsis Setiap Bab
Bab 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang
mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang
diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas
pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga tentang pembedahan
yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan
yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha
berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip
hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak. Raiha juga dibayangi dengan
kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah
terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu
sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang
dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak
apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Ayahnya yang berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi
golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai
suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa
depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak
menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak
berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang
menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan
supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia
berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap dirinya tidak adil.
Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang
menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh
dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu
anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan
menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah
lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat
yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka.
Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan
Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas
permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah
malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang
kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.
Bab 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju
sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil
keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal
usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila
ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu
tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor
Uwang terhadap perniagaan kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang
doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah
mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk
kaya tidak harus ada halangan asalkan berusaha. Walaupun agak kesal
menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan
menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya
seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa
untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat
perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan
tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat
terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk melakukan
pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada
Raiha.
Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron.
Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang
amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah
lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak
bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga
teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia
dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga
turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di
PRPK miliknya.
Bab 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat
mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan
seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi
pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya
merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang
tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat
lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja,
barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu.
Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang
berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung
akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur
dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi
pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang
perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan.
Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga
sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan
anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya
hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa
benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan
Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga
teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak
perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpunca
daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini
menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan
kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah
bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan
berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya
mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya
menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka
bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian
ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang.
Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja
Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut
dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan
bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik
peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia
tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak
bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
Bab 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang
terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha
teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya dan kekalahan kes
tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa
sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini.
Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya
dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan
di hulu lubuk dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum
peristiwa hitam muncul. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya
menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi
tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang
kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak
dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak
membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau
panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor
Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu
tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak
diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor
Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga
tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong
Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan
penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah
menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk
memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali
ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana
mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang
mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen.
Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di
hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag
pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan
garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya.
Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit
tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak
dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia
memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu
sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia
juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang
terpaksa dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia
terjelopok, namun itu, merupakan hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia
mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor
Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Bab 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak
ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif.
Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah
itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba
wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong
Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang
keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut
keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri
tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih
dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-
tiba wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis
mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya.
Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut
dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya
selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk
mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad
menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan
supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak
malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat
Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan
didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati
terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa
dia tergelincir di situ.
Bab 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar.
Kisahnya bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta
Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama
meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar
Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat
tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta
Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz
bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. Tidak sampai
lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan
merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor
Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta
Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang
ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi
dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai
membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan
pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini.
Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang
kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan
tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit
yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan
tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih
diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga
terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron.
Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara
sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia
menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat
cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang
penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam
perawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan
dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya
datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana
sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya
memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah
bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai
digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas
bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Bab 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan
Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor
Usman sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa
dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan
tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong
Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa
bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia
masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh
malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk
supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan
karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga
begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia
sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan
golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya
yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya
kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan
rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya
itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti
seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan
jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan
kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan
kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan
Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang
dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan
bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat.
Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong
Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan
kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah
Doktor Uwang sedangkan menurut Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang
siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa
doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur
sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron
yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap
Unong akan berjaya pada kali ini.
Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor
Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya
tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang
inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6
infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan
yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua
wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong
yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis
kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya
menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik
bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron
menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh
yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta
penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan
anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu
kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi
dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan
dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu
ke hospital tersebut. Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan
sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah
universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.
Bab 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai
Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal
dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu
Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun
sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua
belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali
keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut
sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang
pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli
dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur.
Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi
pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru.
Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta
Porsche bersama-sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa
Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol dan berhenti di sebuah rumah
tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak
lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara
kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang
lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih
berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang
masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan
perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai
doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada
penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai
Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun
sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha
tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar
melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat
dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang
mengekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-
tiba di persimpangan lampu trafik.
Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa
kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang
dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah
yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan
apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki
yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang
akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz
melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila
secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut
menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana
takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
f) 5 Kekuatan novel Pantai Kasih
Pada pendapat saya , berdasarkan kulit hadapan novel Pantai Kasih ini kita dapat
ketahui bahawa cerita yang ditulis berkatian doktor kerana di kulit hadapan novel
ini terdapat dua orang doktor. Seterusnya , kulit novel ini kelihatan menarik
apabila dipandang. Hal ini kerana warna bersertakan gambar yang digunakan amat
sesuai dan sejuk mata memandang . Selain itu , cerita ini kelihatan menarik kerana
cerita yang ditulis adalah berkaitan doktor . Pekerjaan seorang doktor tidak
mudah dilakukan , walaubagaimanapun pekerjaan ini anatara pekerjaan yang
banyak memberi inspirasi kepada para pelajar mahupun para pembaca. Di
samping itu , terdapat pengajaran yang boleh kita ambik daripada novel ini
walaupun pengajaran itu masih tidak diperlukan . Akan tetapi apabila kita sudah
berumah tangga , pasti kita akan menggunakannya. Akhir sekali , jalan cerita yang
dihasilkan sangat menarik memudahkan pembaca-pembaca memahami.
g) 5 Kekurangan novel Pantai Kasih
Pada pendapat saya , ada beberapa ayat yang tidak sesuai untuk dituliskan di
dalam novel ini. Hal ini kerana ayat-ayat tersebut tidak sesuai untuk dibaca oleh
para pembaca terutamanya pelajar sekolah. Seterusnya , cerita dalam novel
banyak tergantung seperti pengarang tidak menghabiskan ceritanya sehingga
tamat. Selain itu , novel ini terlalu banyak konflik yang berlaku di antara mereka .
Hal ini menyebabkan timbul kekeliruan kepada para pembaca. Di samping itu ,
pengarang perlulah menceritakan lebih terperinci tentang watak-watak yang ada
dalam novel untuk memudahkan para pembaca memahaminya. Akhir sekali , nilai
yang ada dalam novel ini kurang . Oleh hal demikian , menyukarkan para
pembaca untuk menilainya.
h) 5 Cadangan Penambahbaikan novel Pantai Kasih
Pada pendapat saya , penerbit perlulah memeriksa dengan teliti tentang apa yang
ditulis di dalam novel . Hal ini kerana kita tidak tahu golongan mana yang akan
membacanya. Seterusnya , pengarang perlu menghabiskan ceritanya sehingga
penghujung . Hal ini kerana para pembaca akan berasa berang dan akan berhenti
membaca novel tersebut akibat cerita tergantung . Selain itu , saya mencadangkan
agar menggantikan perbualan yang ada pada kulit belakang novel ini kepada
mana-mana situasi yang teradapat dalam novel. Hal ini kerana memudahkan
pembaca-pembaca memahami serba sedikit jalan cerita novel tersebut. Di samping
itu , mengurangkan masalah-masalah yang ada supaya para pembaca dapat fokus
pada satu masalah yang berlaku . Akhir sekali , kulit belakang novel perlu di tukar
pada corak yang baharu kerana kelihatan tidak kemas , tidak cantik dan tidak
menarik.
5 : Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
a) Cerita Ringkas
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada
adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha
dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya
dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya
pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya
dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke
sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana
gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah
kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya
dengan Azhari.
b) Biografi Penulis
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit
Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik
beradik.
c) Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang Novel
d) Sipnopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan
disenangi oleh teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia
menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap
peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke
Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya
pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya
dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap
degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan
ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang
melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia.
Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang
kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga
sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan
Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk
menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun
begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau
ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada
keluarganya. Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama
penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan
Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di
Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad
untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang
masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka
dilanda banjir besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga
pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m)
yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah
mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim
(wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang
serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan
demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda,
Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula.
Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk
tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada
30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat
ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih
berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia
perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan
berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala
Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari
terlambat sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi
jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung
telah menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur.
Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak
RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah
menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu
dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut,
beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat
Timur walau di mana-mana dia berada.
e) Sipnopsis Setiap Bab
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas
kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah
dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang
lelaki mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang
bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan
mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga
memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.
Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi
sehingga ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya
semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik
dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas
sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak
suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum
pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana
membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah
menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim
untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar
emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia
benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak
mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul
dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia
menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi
Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu
diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia
tertanya-tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak
tahu orang yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah
dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia
berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk
melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti
sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu kepada
emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu,
beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang
tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek
Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang
semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji
Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka
adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan
Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati
menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik.
Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu
menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk
melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya
yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri
sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi
Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk
mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia
dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik
Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah
keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu
mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka
keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya
yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh
Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu
bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya.
Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa
lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong
tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan
di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah
kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu
Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi
gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya
pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya,
Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri
oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia
sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima
minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh
Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya
pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji
temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan
dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada
petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak
bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam.
Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke
hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman
ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke
Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai.
Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah
telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke
rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “orang gila” yang
dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah
memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia
di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu
dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain
pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu
rumah dan pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah.
Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya
dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said
telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk
mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang
pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan
jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said
keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi
malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong
kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu
menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi
mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan
memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said
mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata
Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata
tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong
terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka
yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau
tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim.
Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong
sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton.
Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah
kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada
petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-
kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya.
Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak
ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi
mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan
tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia
tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia
bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak
dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang
yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati
meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang
yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak
mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan
mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya
membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah
berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan
Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan
mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai
yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia
berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan
nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib
melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia
menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa
Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya
Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong
mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak
diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh
keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli.
Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu
yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar
dari asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia
hanya memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu
menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar
dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan
dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah
mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah
Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan
cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan
suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan
Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan
terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah
diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan
Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah
Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik
kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi
emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan.
Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke
Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15
petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik.
Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya
tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa
dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia
penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal
yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan
kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di
bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu
bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui
punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi
Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang.
Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia
pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada
malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan
Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di
pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-
adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan
menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di
kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing
peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa
apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa
kesal kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing
peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu
kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana
dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya
dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian,
Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah
rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk
menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi
harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke
universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang
mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan
bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia
atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid.
Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa
ketiadaan abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan
keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat
menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah
berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan
semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita
menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan
nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana
seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga
memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun
di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah,
emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di
Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk
membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar
balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya,
dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya
tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu
Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya
tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak
RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang
akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut,
tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang
tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan.
Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.
Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk
menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah
kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum
menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke
sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang
mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib
bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran
Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan
dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah
tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk
berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang
akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila
Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya
tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek
Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan
parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke
rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu
meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan
keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas
membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang
ke balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang
akan diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke
Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji
Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan.
Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji,
isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya.
Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar
akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton
tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk
Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar
juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing
milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya
yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam
melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan
kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain
merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum
peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini
menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga
mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi
dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai.
Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau
di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi
ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah
telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira
oleh kawan-kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap
agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap
Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah
pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada
bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek
Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak
disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari.
Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah
dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak
menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu
Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula
mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli
keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak
Embong sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek
Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman
telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau
menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan
prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk
kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu
keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan
mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang
sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk
kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa
dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti
bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang.
Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan
tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas
Dahlia tamat peperiksaannya Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga
Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang
pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari
pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun
selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan
Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum
bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama
enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan
mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia
akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin
rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur
selepas pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada
Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan
Azhari. Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis
pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi
rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya
menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan
memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak
ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai
songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut
“Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga
jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
f) 5 Kekuatan novel Songket Berbenang Emas
Pada pandangan saya , kulit buku hadapan novel ini amat menarik sesuai dengan
warna , reka bentuknya dan corak serta manusia yang ada . Selain itu , kisah ini
menarik dibaca kerana jalan cerita yang tidak berkecamuk dapat memudahkan
para pembaca memahaminya . Di samping itu , di dalam novel ini terdapat banyak
nilai murni yang boleh kita ikuti seperti nilai kasih sayang , nilai keberanian , nilai
kesabaran dan sebagainya. Seterusnya , novel ini memberikan banyak pengajaran
kepada para pembaca agar sentiasa melakukan kebaikan kepada semua orang
walaupun diri sendiri berada dalam keadaan susah . Akhir sekali , novel ini
mengajar kita supaya sentiasa cekal dalam menempuh cabaran hidup walaupun
kita masih muda lagi .
g) 5 Kekurangan novel Songket Berbenang Emas
Pada pandangan saya , jalan cerita yang dihasilkan oleh pengarang terlalu
panjang . Hal ini menyebabkan para pembaca sukar untuk menghabiskan novel ini
dalam jangka masa yang singkat . Selain itu , jalan cerita ini agak panjang dan
boleh membuat pembaca-pembaca berasa cepat bosan . Akan tetapi apabila kita
membaca sipnopsis terlebih dahulu mungkin mudah untuk fahami. Di samping itu ,
watak yang ada dalam novel ini terlalu ramai menyebabkan punca kekeliruan
berlaku . Seterusnya , watak yang diceritakan dalam novel ini tergantung seperti
bagaimana Said boleh tiba – tiba terjatuh dan meninggal dunia . Hal ini
menyebabkan para pembaca akan membuat andaian sendiri seterusnya tidak
memahami apa yang ditulis oleh pengarang . Akhir sekali , pengarang perlulah
mengurangkan mengguna bahasa asing dalam novel ini . Hal ini kerana novel ini
dipilih untuk dijadikan novel komsas Tingkatan 4 dalam subjek Bahasa Melayu di
zon utara .
h) 5 Cadangan Penambahbaikan novel Songket Berbenang Emas
Pada pandangan saya , pengarang perlu menghasilkan jalan cerita yang pendek
tetapi padat . Hal ini kerana , dengan cara ini para pembaca akan belajar
berimaginasi tentang apa yang ditulis oleh pengarang. Selain itu , pengarang perlu
menukar tajuk kerana tajuk yang diletakkan tidak sesuai dengan jalan cerita .
Dengan ini akan membuat para pembaca berasa geram . Di samping itu ,
mengurangkan penggunaan watak dalam novel agar mudah para pembaca fahami .
Seterusnya , saya mencadangkan bahawa pengarang mengurangkan jalan cerita
agar para pembaca dari golongan pelajar berasa semangat untuk membacanya .
Akhir sekali , saya mencadangkan agar menggantikan perbualan yang ada pada
kulit belakang novel ini kepada mana-mana situasi yang teradapat dalam novel.
Hal ini kerana memudahkan pembaca-pembaca memahami serba sedikit jalan
cerita novel tersebut.
6 : Tirani karya Ben Sabariah
a) Cerita Ringkas
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga
ingin mengecapi kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga
suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas
pergaulan sebagai isteri. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda
tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta
Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang
tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid.
Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Akhirnya
mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid
terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
b) Biografi Penulis
BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di
Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
c) Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang Novel
d) Sipnopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga
ingin mengecapi kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga
suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas
pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah membuat pembetulan hidungnya yang
kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah
untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah
kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser.
Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan
rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan
tugasnya bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya
begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya.
Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi
kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda
bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang
diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai
pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut.
Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
e) Sipnopsis Setiap Bab
Bab 1 :
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang
terlalu obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang
kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man
dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat
ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan
bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan
lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang
sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan
Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada
keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak
Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah
gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-
buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu,
pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus
menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.
Bab 2 :
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais
seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang
yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat
Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas
penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk
membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah.
Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum
agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa
yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam
kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib
malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka
Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan
yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda
dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh
Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat
roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai
jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan
perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi
apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-
sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam
tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput
kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama
jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-
pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya
Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat
menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas.
Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah
Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah
Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama
Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang
dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4 :
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan
kebersihan bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak
berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka
kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada
itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia
sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual
mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda
telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr
Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah,
Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang
pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama,
Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di
kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen
perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang
yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
Bab 5 :
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang
akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil
masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak
dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan
ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak
bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura.
Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk
menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia
sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya
supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya.
Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat
lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda
amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan
mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian
Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan
wajahnya.
Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen
dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda
sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya.
Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya
yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC
bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya
berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah
wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di
rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh
Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa,
Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30
ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7 :
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari.
Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan
masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka
juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ
seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda
kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi
kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin
rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi
pengalaman dan pandangan.
Bab 8 :
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa
kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut
Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang
antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol.
Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan
kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang
ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke
tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya
bersama-sama rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda
teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding
dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet
Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu
temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah
membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir
mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort
terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
Bab 9 :
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan
Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati
dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun,
dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di
Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda
sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex
kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul.
Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka.
Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan
pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah
cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang
benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke
Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak
berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya
masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang
Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah,
Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway
datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway
telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan
ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda
terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway
memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10 :
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan
tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk
Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari
itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan
asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika.
Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana
beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur
atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo.
Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat
dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi
oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk
Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana
Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada
kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan
mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya
dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi
idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu
Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia
tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan
mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada
Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar
berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati
kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari.
Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda
juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat
gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan
Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di
Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau
bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis
pertunangan itu nanti.
Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya
setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja
menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara
di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali
Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda.
Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra.
Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak.
Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum
berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon.
Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda
menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan.
Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu
menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan
rawatan.
Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan
Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan
Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa
keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan
Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah,
isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi
Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan
berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu
Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman.
Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan
Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi
majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir
dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini
disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di
SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan
untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah
kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah.
Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan
Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di
SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah
mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya
dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah
selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda
dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin
menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema
yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas.
Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak.
Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang.
Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu
undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain
lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah.
Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu.
Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang
yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan
menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada
saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung
selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk
Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada
minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran
Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa
kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke
kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa
dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan
di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa
kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan
terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang
sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi
tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh
antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina
kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert
banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda
muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur
tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas
bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia
jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor
pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam
sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR
merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama,
zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading
bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-
masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah
dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu
berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari
Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan
suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap
isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik
masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap
malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur
dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri
Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di
mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik
berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh
ayahnya.
Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan
membayangkan dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan
menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin
berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda
sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya
biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda
mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini
mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya.
Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku
dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda
ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang
hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu
bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres,
tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap
Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan
suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di
Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam
ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama
suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal
malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan
yang melingkari hidupnya.