The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by valentinajp80, 2021-08-20 13:29:51

NOTA PENGENALAN KAIN ANDUH BSMM

NOTA Pengenalan Kain Anduh BSMM

1. Kain Anduh (sling) ialah pembalut berbentuk segi tiga yang sangat
penting dan mempunyai pelbagai kegunaan dalam pertolongan
cemas.

2. Sesuai dibuat dari kain jenis belacu.
3. Kain anduh yang baik berukuran 90cm x 90cm x 130cm
4. Direka pada tahun 1831 oleh Dr. John Meyer.

1. Mengampu bahagian badan yang cedera atau patah.
2. Menghenti atau menahan pendarahan.
3. Menutup tempat yang luka atau cedera.
4. Menetapkan bahagian yang cedera.
5. Mengawal pergerakan bahagian yang cedera.
1. ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN

- Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan.

- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

2. ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN

- Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

3. PEMBALUT CINCIN

- Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam.
- Diperbuat daripada pembalut tirus.
- Digunakan untuk menutup luka.

BALUTAN LUKA DADA HADAPAN
BALUTAN LUKA DADA BELAKANG
BALUTAN LUKA BAHU

BALUTAN LUKA SIKU
BALUTAN LUKA PEHA
BALUTAN LUKA LUTUT

BALUTAN LUKA KEPALA
SEMUA BALUTAN MENGGUNAKAN IKATAN BUKU SILA


Click to View FlipBook Version