The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zul9220, 2021-03-21 00:23:55

DIABETIS

DIABETIS

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

-: DIABETES :-
BOLEH PULIH?

DR NORMAN MOHD NORAWI

MBBS (Manipal), MSc AARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)

Copyright© Dr Norman Mohd Norawi 2020

1

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
Dr Norman Mohd Norawi
Copyright© 2014 Dr Norman Mohd Norawi
Hak penerbitan oleh Dr Norman Mohd Norawi
Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan
buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat keizinan secara bertulis daripada Dr Norman Mohd Norawi.
Diterbitkan oleh:
Dr Norman Mohd Norawi
Klinik Dr Norman
28, Jalan MJ1, Taman Merdeka Jaya,
Batu Berendam, 75350, Melaka
Tel/Fax: 06 3178300
Email: [email protected]

2

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

DIABETES : BOLEH PULIH ?

Kandungan:

1. Pengenalan : Diabetes & Insulin
2. Mengubah Pola Pemakanan

i. Elakkan Gula & Makanan Proses
ii. Elakkan Trans Fat
iii. Ambil Lemak/Minyak Sihat
iv. Ambil Protin Sihat
v. Ambil Sayur-sayuran
vi. Ambil Buah-buahan
3. Bersenam
4. Mengawal Stres
5. Tidur yang cukup
6. Puasa Berkala
7. Suplemen untuk Diabetes
Rujukan

3

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

BAB 1: PENGENALAN
DIABETES & INSULIN

DIABETES
Diabetes Mellitus Jenis 2 (NIDDM) adalah penyakit yang paling banyak berlaku dalam
masyarakat kita hari ini. Peningkatan jumlah pesakit diabetes di Malaysia adalah amat
membimbangkan dan menjadi satu beban kepada sosioekonomi masyarakat kita hari ini.

Masyarakat kita hari ini sebenarnya tidak faham bahawa punca penyakit diabetes jenis 2
adalah berpunca daripada masalah ‘RINTANGAN INSULIN’ yang menyebabkan
kegagalan glukosa darah di tolak masuk ke dalam sel kerana ‘pintu insulin’ (insulin
receptor) pada dinding sel-sel tubuh gagal berfungsi secara normal dan ini akan
menyebabkan berlaku pengumpulan glukosa dalam darah iaitu hyperglisemia.
Selama ini masyarakat kita di fahamkan bahawa penyakit Diabetes hanya boleh di kawal
dengan ubat-ubatan tertentu untuk mengawal paras glukosa darah dan ia tidak boleh
pulih sepenuhnya. Hakikatnya, terdapat banyak kajian-kajian terkini telah menunjukkan

4

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
bahawa sebenarnya penyakti Diabetes Mellitus Jenis 2 (NIDDM) boleh pulih dengan cara
memulihkan masalah RINTANGAN INSULIN dengan pemakanan, bersenam dan
berpuasa.
APA ITU INSULIN?
Insulin adalah sejenis HORMON yang dihasilkan oleh kelenjar pancreas dengan fungsi
utamanya mengawal paras glukosa dalam darah kita.

Apabila makan, maka makanan tersebut akan dihadamkan menjadi glukosa dalam usus
dan seterusnya diserap ke dalam saluran darah. Daripada saluran darah, glukosa ini
perlu di bawa masuk kedalam sel-sel tubuh kita sebagai sumber tenaga. Insulin akan
membantu proses membawa glukosa ke dalam sel-sel tubuh melalui ‘pintu’ atau reseptor
insulin pada dinding sel-sel tubuh kita.

5

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

APA FUNGSI UTAMA INSULIN?

Apabila paras glukosa naik selepas kita makan, maka insulin akan dirembeskan ke dalam
darah untuk membantu menolak glukosa didalam saluran darah masuk ke dalam sel-sel
tubuh. Kita boleh umpamakan insulin ini sebagai ‘kunci’ yang membuka ‘pintu’ untuk
glukosa masuk ke dalam sel-sel tubuh kita. Tubuh kita akan merembeskan insulin dari
kelenjar pankreas sebagai respon kepada glukosa, asid amino dan lemak yang kita
makan dalam hidangan makanan kita, tetapi insulin akan di rembeskan dengan lebih
banyak apabila kita makan makanan karbohidrat. Makanan karbohidrat yang paling tinggi
respon insulin adalah makanan karbohidrat dengan indeks glisemik tinggi (high GI)
seperti makanan manis dan makanan proses.

Apabila glukosa dalam darah kita naik tinggi memuncak, maka berlaku peralihan sistem
metabolisma yang menyebabkan lemak tidak lagi di pecahkan tetapi ia di sintesis di
dalam sel-sel lemak. Ini berlaku kerana hormon insulin ini mempunyai kesukaan atau
‘affiniti’ kepada sel-sel lemak kerana sel-sel lemak (adipos) adalah sel yang mempunyai
paling banyak ‘reseptor’ (pintu) untuk glukosa masuk. Ini akan memudahkan tugas insulin
untuk menurunkan paras glukosa dalam darah kita. Insulin menolak semua glukosa yang

6

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
berlebihan didalam saluran darah masuk ke sel-sel lemak dan mencetuskan proses
sintesis lemak yang dipanggil sebagai ‘adipogenesis’.
Oleh kerana itu, kita perlu faham bahawa punca sebenarnya masalah kegemukan atau
obesiti adlah kerana pengambilan karbohidrat proses dan tinggi indeks glisemik seperti
GULA dan tepung gandum. Kebanyakan makanan proses yang kita makan hari ini adalah
makanan yang dibuat menggunakan tepung gandum, gula dan marjerin. Marjerin juga
adalah sumber lemak trans yang merupakan lemak tidak sihat yang juga boleh
menyebabkan masalah ‘rintangan insulin’ ini. Kerana itulah kita dapati peningkatan ketara
masalah obesiti dan penyakit diabetes kerana kebanyakan masyarakat kita amat suka
mengambil makanan proses setiap hari tanpa kita sedari bahayanya kepada kesihatan.
SENSIVITI INSULIN VS RINTANGAN INSULIN
Sensiviti insulin adalah keadaan di mana tubuh kita memberikan respon yang sepatutnya
kepaa hormon insulin. Jika sel-sel tubuh kita sensitif kepada insulin, maka apabila
glukosa naik dalam darah maka insulin boleh menolak semua glukosa tersebut masuk ke
dalam sel-sel tubuh tanpa masalah dan ini akan menjadikan paras glukosa darah kita
normal. Seolah-olah kunci sel berfungsi secara normal dan pintu untuk glukosa masuk
boleh dibuka dengan mudah dan glukosa tidak akan berkumpul dalam saluran darah.

Masalah rintangan insulin pula adalah keadaan di mana insulin itu gagal menolak glukosa
ke dalam sel-sel tubuh dan menyebabkan pengumpulan glukosa dalam saluran darah.
Ini menyebabkan paras glukosa tinggi dalam darah yang dipanggil sebagai

7

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
‘hyperglysemia’. Ini adalah punca utama kepada masalah penyakit diabetes mellitus jenis
2 (NIDDM). Oleh itu, perlu kita faham bahawa kita boleh memulihkan diabetes dengan
cara memulihkan masalah ‘rintangan insulin’ ini dan bukan semata-mata fokus kepada
menurunkan paras glukosa darah sahaja.

RINTANGAN INSULIN – ‘KITARAN KEJAM’ MASALAH OBESITI & DIABETES
Kebanyakan rawatan konvensional untuk diabetes yang di berikan adalah rawatan yang
hanya fokus kepada menurunkan paras glukosa darah walaupun dengan memberikan
ubat-ubatan yang meningkatkan lagi paras insulin (termasuklah memberikan suntikan
insulin itu sendiri).
Apabila seseorang mengambil ubat yang meningkatkan paras insulin tetapi tidak
memulihkan masalah rintangan insulin, maka ia akan menyebabkan masalah rintangan
insulin menjadi lebih teruk. Oleh kerana itu kita lihat realitinya, tiada siapa pun pesakit
diabetes yang akan pulih daripada diabetes dengan makan ubat sahaja, malahan
keadaan penyakit diabetes akan terus menjadi lebih teruk dengan pesakit mendapat
komplikasi penyakit diabetes akibat ‘keradangan kronik’ yang tidak terkawal.

8

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Pesakit perlu faham bahawa kaedah terbaik untuk merawat dan memulihkan penyakit
diabetes dan obesiti adalah dengan memperbaiki masalah rintangan insulin dengan
mengurangkan karbohidrat dan lebihkan pengambilan lemak/minyak dalam pemakanan
dan juga ada waktu-waktunya pesakit perlu ‘berpuasa berkala’ (Intermittent Fasting; IF)
samada secara kaedah puasa kering atau puasa basah. Dengan mengamalkan kaedah
ini maka diabetes boleh dikawal dengan lebih baik dan mampu di pulihkan sepenuhnya
serta mengelakkan komplikasi daripada berlaku.
Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila seseorang yang mengalami masalah obesiti
akan menyebabkan masalah rintangan insulin menjadi menjadi semakin kronik. Ini jelas
boleh dilihat apabila kebanyakan individu yang mempunyai masalah obesiti akan
mendapat penyakit diabetes. Rintangan insulin akan menyebabkan pertambahan berat
dan obesiti yang sangat sukar di pulihkan.
Apabila mereka menadapat penyakit diabetes, mereka akan diberikan ubat-ubatan yang
meningkatkan lagi insulin yang akan menjadikan masalah rintangan insulin bertambah
parah dan kronik. Ini seperti satu ‘KITARAN KEJAM’ (vicious cycle) yang akan terus
menjalani kitaran sehingga akhirnya pesakit mendapat komplikasi diabetes yang akan
menyebabkan pelbagai masalah penyakit kronik seperti masalah kardiovaskular
(atherosclerosis, microangiopathy), rosak buah pinggang (nephropathy), rosak saraf

9

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
mata (retinopathy), rosak saraf (neuropathy), gangrene dan sebagainya. Mereka juga
akan menghadapi masalah obesiti yang sangat susah menurunkan berat badan dan
tenaga akan semakin lama semakin lemah dan lesu.

PUNCA MASALAH RINTANGAN INSULIN
Masalah rintangan insulin bermula apabila seseorang mula mengambil makanan yang tinggi
gula dan karbohidrat proses. Secara khususnya gula fruktosa didalam gula pasir (sukrosa)
itu yang menjadi factor utama yang menyebabkan masalah rintangan insulin. Oleh kerana itu
bukan hanya gula pasir sahaja adalah ‘kulprit’ nya, tetapi ia juga disebabkan sumber
makanan lain yang tinggi fruktosa seperti jus buah-buahan proses, sirap jagung tinggi
fruktosa (HFCS), maltodekstrin, minuman berkarbonat, minuman bergula tinggi dan
sebagainya. Punca lain adalah tidak bersenam, stres, tidur tidak cukup dan genetik.

10

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Apabila seseorang mempunyai masalah rintangan insulin, maka pengumpulan lemak akan
terjadi terutama di bahagian abdomen (perut) yang menyebabkan masalah perut buncit.
Lemak berlebihan yang terkumpul dalam abdomen ini pula akan menyebabkan masalah
rintangan insulin menajdi lebih teruk dan kitaran kejam akan bermula. Lemak berlebihan ini
juga akan mencetuskan tindakbalas ‘keradangan’ dalam tubuh seseorang. Keradangan
kronik yang berlaku ini adalah punca berlakunya pelbagai komplikasi kronik seperti penyakit
jantung, strok, rosak buah pinggang, atherosklerosis, gangrene, mata buta (retinopathy),
kanser, masalah mental dan sebagainya.

Kajian oleh penyelidik daripada Stanford University School of Medicine menunjukkan
pengumpulan lemak dalam abdomen (perut buncit) akan meningkatkan 80% risiko rintangan
insulin. Lemak pada bahagian lain dalam tubuh kita Cuma meningkatkan risiko rintangan
insulin sebanyak 50 ke 60% sahaja. Sebenarnya lemak dalam abdomen yang menyebabkan
rintangan insulin kerana ia menghasilkan bahan ‘adipokin’ iaitu bahan yang menjadi punca
keradangan kronik dan perubahan metabolik yang akan menyebabkan insulin menjadi tidak
responsif atau disfungsi.

NATIJAH KEPADA MASALAH RINTANGAN INSULIN

Kesan utama masalah rintangan insulin adalah ianya menyebabkan kegemukan atau obesiti.
Ini adalah kerana ‘rintangan insulin’ ini menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam
sel-sel tubuh secara optimum menjadikan sel-sel ini seperti ‘kebuluran’. Ini menyebabkan
seseorang itu menjadi ‘lapar’ dan akan makan secara berlebihan terutamanya makanan
manis dan bergula tinggi yang dipanggil sebagai ‘craving’.

Peningkatan selera makan kepada makanan manis dan bergula tinggi ini juga adalah kerana
kesan insulin kepada otak kita. Ia berkaitan dengan hubungan dengan antara ‘insulin-leptin’
yang menyebabkan masalah ‘craving’ kerana berlakunya juga masalah yang dipanggil
sebagai ‘rintangan leptin’. Masalah rintangan leptin berlaku kesan daripada ‘adipokin’ yang
di keluarkan oleh lemak-lemak terkumpul didalam abdomen tadi. Kesan jangkamasa panjang
menyebabkan masalah rintangan insulin berlaku kepada sel-sel otak dan ini menjadikan
selera makan semakin bertambah-tambah dan sangat sukar dikawal.

11

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Masalah rintangan insulin juga menyebabkan gangguan kepada paras hormon estrogen
yang juga menjadikan tubuh lebih suka mengumpul lemak daripada membakarnya. Didalam
wanita masalah ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen yang dipanggil
sebagai ‘Estrogen Dominance’ dan didalam lelaki peningkatan estrogen menyebabkan
masalah hormon ‘testosterone’ menjadi rendah dan akan menyebabkan gangguan hormon
lelaki yang dipanggil sebagai ‘andropause’. Kesannya ia akan menyebabkan masalah
gangguan kepada nafsu syahwat dan menyebabkan masalah ‘mati pucuk’. Di sini lah dapat
kita lihat kaitan diantara kesan paras insulin yang tinggi dan gangguannya kepada hormon
lain seperti estrogen, testosteron dan leptin. Dengan mengawal paras insulin kita, maka
ketidakseimbangan hormon ini boleh dikawal dan di pulihkan. Kawalan paras insulin bermula
dengan mengawal pengambilan karbohidrat proses dan gula pasir dan juga mengambil lebih
banyak lemak sihat dalam pemakanan seharian serta amalkan kaedah berpuasa berkala.

12

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Gaya hidup yang betul dan sihat adalah kuncinya. Kita sepatutnya fokus kepada pengawalan
paras insulin dalam tubuh dan tidak membiarkan paras insulin menjadi tidak terkawal serta
mengelakkan masalah rintangan insulin.

13

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

BAB 2 : MENGUBAH POLA PEMAKANAN

Fokus utama adalah dengan mengawal paras insulin, iaitu dengan cara mengambil makanan
yang tidak memuncakkan paras insulin, bersenam, mengawal Stres, tidur yang cukup & tidak
makan pada tempoh waktu tertentu iaitu dengan mengamalkan Berpuasa Berkala
(Intermittent Fasting).

Di sini saya berikan beberapa tips untuk kita lakukan bagi membalikkan masalah rintangan
insulin dan memulihkan Diabetes Mellitus Jenis 2 (NIDDM) sepenuhnya :

1. MENGUBAH POLA DAN GAYA PEMAKANAN
Pemakanan adalah kuncin utamanya kerana ia adalah punca kenapa rintangan
insulinnterjadi pada mulanya. Jika kita masih tidak mahu mengubah cara pemakanan
kita maka masalah ini tidak akan berubah dan kita akan melalui kitaran kejam yang
akan akhirnya menyebabkan kesihatan kita rosak keseluruhannya.

i. ELAKKAN GULA DAN KARBOHIDRAT PROSES (TEPUNG GANDUM)

Gula adalah pantang yang paling utama dan terpenting. Kita boleh gantikan
gula dengan pemanis gantian lain seperti stevia atau lakanto. Pengambilan
madu dan gula palma masih boleh di lakukan dalam jumlah yang terkawal.
Elakkan pengambilan secara berlebihan karbohidrat proses yang selalunya
berasaskan tepung gandum seperti:

• Roti putih dan semua jenis roti berasaskan gandum
• Piza, Kek & Pastri
• kuih-muih berasaskan gandum
• mee & pasta
• biskut & cookies berasaskan gandum
• Jajan dan cereal berasaskan gandum
• Mee segera
• Roti Canai
• Capati

14

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Ambil karbohidrat asli yang lebih tinggi serat dan tidak melalui pemprosesan
yang melampau (highly processed) seperti

• Nasi (beras perang, parboiled, herba ponni, beras bukit)
• Organik oats,
• ubi kayu,
• keledek
• quinoa
• barli organik
‘Nasi putih’ adalah kurang digalakkan, tetapi kita boleh mengambil nasi yang
tinggi serat dan rendah GI nya seperti beras perang, beras merah, beras bukit,
basmathi, parboiled, herba ponni dsbgnya.

15

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Nasi yang dimasak dengan lemak juga mempunyai nilai GI yang rendah dan
kandungan kanji degil (resistant starch) yang tinggi di galakkan
pengambilannya seperti:

• nasi lemak
• nasi briyani
• nasi minyak
• nasi ayam
• nasi dagang

16

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Alternatif kepada nasi adalah ubi kayu, keledek dan pisang (terutama pisang
yang sedikit keras seperti pisang tanduk, pisang nangka, pisang berangan dan
pisang nipah – pisang goreng).

17

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
Jika masih berhajat untuk mengambil ‘ROTI’ , maka alternatif yang lebih sihat
adalah seperti:

• ROTI WHOLEGRAIN (pengecualian kepada yang sensitif kepada GLUTEN)
• ROTI SOURDOUGH,
• ROTI KETO (roti yang dibuat menggunakan tepung kelapa, tepung

almond, physillium husk dan telur **boleh rujuk Youtube untuk tahu
resepi bagaimana membuatnya)

ii. ELAKKAN MENGAMBIL LEMAK TRANS

Lemak trans adalah lemak buatan atau sintetik yang dibuat dengan tujuan
menjadikan minyak masak lebih tahan lama dan keras. Proses penghasilan
lemak trans ini adalah dengan menambahkan ‘HIDROGEN’ ke dalam minyak
tersebut dan ianya di panggil sebagai proses ‘HIDROGENISASI’
(hydrogenation).

Oleh itu untuk mengenal samada LEMAK TRANS terdapat dalam makanan
yang diambil, kita boleh membaca label produk makanan tersebut dan
perhatikan pada label tulisan seperti ‘HYDROGENATED OIL’. Jika terdapat
tulisan seperti itu pada label nya menunjukkan produk tersebut mengandungi
LEMAK TRANS.

Di antara produk yang selalunya ada lemak trans adalah marjerin, shortening
dan krimer. Walaubagaimanapun, produk marjerin dan krimer yang dibuat
menggunakan minyak kelapa sawit tidak mengandungi ‘lemak trans sintetik’
ini. Itulah kelebihan minyak kelapa sawit kerana kandungan lemak tepu yang

18

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
tinggi di dalamnya menjadikan ianya tidak perlu melalui proses hidrogenasi
untuk membuat marjerin dan krimer
.

Elakkan pengambilan minyak masak sayuran (vegetable oils) seperti minyak
bunga matahari, minyak jagung dan minyak soya kerana kandungan lemak
‘omega 6’ yang sangat tinggi dalam minyak masak jenis ini akan menghasilkan
lemak trans semasa proses menggoreng kerana ia tidak stabil pada suhu
tinggi.

iii. AMBIL LEBIH BANYAK LEMAK/MINYAK SIHAT
Pengambilan lemak atau minyak sihat adalah kunci kepada kaedah
memulihkan masalah rintangan insulin. Perlu kita fahami bahawa lemak atau
minyak ini bukan punca kepada penyakit jantung dan tidak menyebabkan
masalah kegemukan.

19

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Di antara lemak/minyak sihat yang boleh kita amalkan adalah:
• Minyak Kelapa dan Santan
Amalkan penggunaan santan dalam resepi makanan seharian kita
seperti:
➢ masak lemak cili api,
➢ masak kari
➢ rendang
➢ masak gulai
➢ masak lemak tempoyak
➢ masak lemak putih dsbgnya.
20

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Minyak Kelapa dara (VCO) juga boleh kita amalkan setiap hari samada
dengan minum terus 2 sudu besar 2 kali sehari atau boleh diletakkan
dalam masakan atau semasa masak nasi.

Minyak kelapa dan santan mengandungi bahan Asid Lemak Rantaian
Sederhana (Medium Chain Fatty Acids; MCFA / MCT) yang merupakan
sumber tenaga segera kepada tubuh dan boleh membantu memulihkan
masalah rintangan insulin.
Ia juga bersifat anti keradangan dan ini boleh membantu mencegah
masalah penyakit jantung dan kardiovaskular. Minyak kelapa juga amat

21

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
baik membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan efektif
serta memberikan tenaga kepada tubuh.
• Minyak Zaitun
Minyak zaitun yang baik adalah dari jenis Extra Virgin (EVOO) & Virgin
(VOO) kerana kandungan khasiat anti oksidannya yang tinggi. Minyak
zaitun mengandungi asid lemak oleik iaitu ‘omega 9’ yang bersifat anti
keradangan.

Kajian menunjukkan minyak zaitun boleh membantu memulihkan
masalah rintangan insulin, mengawal paras glukosa darah dengan lebih
baik, membantu mencegah penyakit jantung dan kanser.
• Minyak Kelapa sawit
Minyak kelapa sawit adalah minyak masak yang paling baik dan paling
sihat di dunia. Ia sangat stabil pada suhu tinggi kerana kandungan

22

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
lemak tepu nya adalah 55% dan ia juga kaya dengan bahan anti
oksidan seperti vitamin E (tokotrienol & tokoferol), squalene, vitamin K
dsbgnya.

Minyak kelapa sawit juga mempunyai kandungan omega 9 dan omega
3 disamping MCFA yang bersifat anti keradangan. Ia sangat baik
sebagai sumber lemak/minyak makanan utama kita kerana rasa dan
harga yang sangat berpatutan serta khasiat yang tinggi.
• Minyak Sapi & Mentega
Minyak sapi dan mentega adalah dibuat daripada lemak susu. Ia telah
digunakan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun tanpa apa-apa
masalah. Sebelum ia di persalahkan kerana kandungan lemak tepunya
yang tinggi kononnya menyebabkan peningkatan risiko penyakit
jantung.

Kajian terkini menunjukkan fakta ini tidak benar, malahan pengambilan
lemak tepu ini boleh membantu mencegah masalah penyakit
kardiovaskular sebenarnya. Ia boleh diamalkan sebagai sumber lemak
sihat yang akan membantu memulihkan masalah rintangan insulin dan

23

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
membantu menurunkan berat badan serta mengurangkan risiko
penyakit diabetes mellitus.
• Minyak Ikan (Omega 3)
Kajian menunjukkan minyak ikan yang kaya dengan omega 3 sangat
baik mengurangkan risiko diabetes dan obesiti kerana ia membantu
memulihkan masalah rintangan insulin.
Kita boleh mendapat sumber omega 3 ini daripada semua makanan
laut (ikan, udang, sotong, kerang, kupang dsbgnya), oleh itu
mengamalkan makanan yang kaya dengan makanan laut adalah baik
untuk kesihatan.

• Minyak Habbatussauda (Black Seed Oil)
Minyak yang sangat berkhasiat dengan kandungan polifenol jenis
Thymol, Thymoquinone (TQ) & Tetra Hydro Quinone (THQ) .
Kajian menunjukkan minyak habbatussauda boleh membantu
memulihkan rintangan insulin dan mengawal paras glukosa dengan
baik kepada pesakit diabetes.

24

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

• Minyak Kacang
Minyak kacang tinggi dengan omega 9 yang juga merupakan bahan anti
keradangan yang sangat baik mencegah penyakit kronik akibat
keradangan.

• Minyak Bijan
Minyak Bijan (sesame oil) adalah minyak yang juga kaya dengan
omega 9 yang bersifat anti keradangan. Ia juga kaya dengan vitamin E
(tokoferol) , lignans dan anti oksidan fitosterol (β sitosterol, campesterol
& stigmasterol) yang sangat baik untuk kesihatan.

25

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

• Lemak Haiwan yang sihat
Kajian menunjukkan masyarakat tradisional yang makan lemak haiwan
(daging dsbgnya) tidak mempunyai kadar penyakit jantung yang tinggi
seperti masyarakat tradisional Inuit (eskimo), kaum Masaai di Afrika,
Puak Tendille di Afrika, masyarakat di pulau Puka-puka & Tokelau di
Pasifik.

Manusia dari segi sejarahnya telah makan haiwan sejak zaman dahulu
sehinggalah sekarang dan sebelum tahun 1900, penyakit jantung
koronari adalah sangat jarang berlaku dalam keadaan masyarakat
zaman itu makan jumlah lemak haiwan yang tinggi termasuklah lemak
susu yang dijadikan keju, mentega dan minyak sapi.

26

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Kajian terkini yang dipanggil PURE Study dilaporkan pada tahun 2017,
menunjukkan pengambilan lemak tepu tidak meningkatkan risiko
penyakit kardiovaskular, tetapi kaitan yang sebenarnya adalah
penagmbilan karbohidrat proses dan gula yang tinggi menjadi punca
peningkatan masalah penyakit kronik dan kardiovaskular diseluruh
dunia sekarang.
Kita boleh makan lauk seperti kambing, daging, ayam, ikan, udang,
sotong, kerang, telur dan sebagainya yang di masak kari, masak lemak
cili api, masak sup, rendang, asam pedas, singgang, sambal, bakar
dsbgnya.

27

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
iv. Ambil protin sihat

Pengambilan protin sihat adalah sebahagian daripada pengambilan makanan
sihat yang seimbang sebenarnya. Protin sihat sebenarnya adalah makanan
asli (natural) yang biasa kita ambil setiap hari seperti makanan laut, daging,
kambing, ayam, telur, kekacang dsbgnya.

Elakkan pengambilan makanan protin proses seperti burger, sosej, naget
dsbgnya kerana kandungan protinnya rendah dan terdapat lebih banyak
karbohidrat didalamnya.

v. Sayur-sayuran dalam pemakanan seharian

28

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
Sayur-sayuran adalah kunci kepada pemakanan sihat dan boleh membantu
memulihkan masalah rintangan insulin, oleh itu ia membantu menurunkan
berat badan secara tidak lansung. Sayur-sayuran juga kaya dengan serat yang
sangat penting untuk kesihatan usus serta bertindak sebagai ‘prebiotik’ iaitu
makanan kepada bakteria baik didalam usus (probiotik).

Kita patut makan sayur-sayuran yang tidak dimasak iaitu ulam-ulaman seperti:
➢ Timun, kacang botol, kacang panjang, kacang buncis
➢ Daun Salad, Kobis, Seleri
➢ Pucuk ubi, pucuk gajus,
➢ Ulam raja,daun selom, tenggek burung dsbgnya

29

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Kita juga patut makan sayur-sayuran yang dimasak untuk memastikan
pengambilan sayur-sayuran yang secukupnya setiap hari. Kaedah memasak
sayur-sayuran ini adalah lebih baik dimasak dengan minyak seperti ditumis,
goreng atau boleh juga di masak dengan santan.

vi. Buah-buahan dalam pemakanan seharian
Buah-buahan adalah satu kemestian dalam setiap hidangan makanan kerana
kita perlu makan buah-buahan setiap kali makan termasuklah sewaktu
sarapan. Khasiat dalam buah-buahan akan membantu memulihkan masalah
rintangan insulin dan membantu menurunkan berat badan secara tidak
lansung.
30

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Pelbagaikan jenis buah-buahan yang kita makan dengan pelbagai warna
buah-buahan boleh kita amalkan. Elakkan pengambilan buah-buahan secara
berlebihan terutamanya buah-buahan yang terlalu manis dan elakkan
membuat ‘jus’ dengan buah-buahan (melainkan jika kita minum sekali dengan
seratnya). Elakkan makan buah-buahan yang di ‘tin’ kan atau di jeruk, kerana
kandungan gulanya adalah sangat tinggi.

BAB 3 : BERSENAM SECUKUPNYA

2. BERSENAM SECUKUPNYA
Bersenam akan menjadikan sel-sel otot kita menjadi lebih sensitif kepada insulin. Oleh
itu ia membantu memulihkan masalah rintangan insulin dan membantu menurunkan
berat badan kerana ia manyebabkan paras insulin menurun.

31

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Kajian menunjukkan bersenam atau aktiviti fizikal akan memperbaiki masalah
rintangan insulin sehingga 4 kali ganda. Kajian menunjukkan, bersenam konsisten
secara moderate atau sederhana selama 150 minit seminggu akan membantu
memulihkan rintangan insulin.

Bersenam sebanyak 5 sesi dengan satu sesi selama 30 minit dalam seminggu akan
mencapai saranan ini. Melakukan senaman tambahan 10 ke 20 minit lagi akan
memberikan kesan positif juga. Kita tidak digalakkan untuk bersenam secara
keterlaluan dan terlalu lama, kerana kesan positif bersenam tersebut akan hilang.

32

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

BAB 4 : MENGAWAL STRES

3. MENGAWAL STRES

Pengawalan stres adalah amat penting dalam penjagaan kesihatan dan juga untuk
memulihkan masalah rintangan insulin. Stres yang kronik akan menyebabkan
gangguan kepada hormon kortisol dan akan menjadikan tubuh mendapat masalah
rintangan insulin dan sangat susah menurunkan berat badan. Stres yang berlebihan
dan kronik juga menyebabkan masalah keradangan yang tinggi dalam tubuh kita.

33

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Kawalan stres dengan bersikap positif, bersenam, makan secara sihat adalah kaedah
yang betul yang patut diamalkan. Jangan membuat aktiviti yang tidak sihat apabila
stres seperti makan makanan bergula tinggi, makanan proses, makanan segera,
merokok dan memendam rasa. Ini akan menjadikan keadaan kesihatan bertambah
buruk.

34

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

BAB 5 : TIDUR YANG CUKUP

4. TIDUR YANG CUKUP
Tidur secukupnya adalah kunci kepada kesihatan yang baik dan mencegah masalah
rintangan insulin. Kajian menunjukkan tidak tidur yang cukup hanya satu malam akan
menyebabkan pengurangan sensiviti insulin dalam tubuh.

Kajian lanjut menunjukkan, pengurangan sensiviti insulin sehingga 44% dengan
seseorang tidak mendapat tidur yang secukupnya selama 12 hari. Bayangkan jika
seseorang itu mempunyai masalah tidak cukup tidur yang kronik, maka dia akan lebih
mudah mendapat masalah rintangan insulin, obesiti dan diabetes. Dapatkan tidur
yang secukupnya dengan anggaran 7 ke 8 jam sehari bergantung kepada individu
tersebut.

35

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

BAB 6 : PUASA BERKALA (INTERMITTENT FASTING)

5. BERPUASA BERKALA (INTERMITTENT FASTING)
Puasa berkala adalah satu kaedah yang paling efektif untuk mengawal diabetes dan
menurunkan berat badan dengan berkesan. Berpuasa ini akan menurunkan paras
insulin dan akan memperbaiki masalah rintangan insulin.

Semasa berpuasa kita sebenarnya ingin menjadikan tubuh kita dalam keadaan
‘ketosis’ iaitu keadaan di mana tubuh kita akan membakar lemak yang tersimpan dan
menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Keadaan ketosis ini akan terhenti jika
paras insulin melonjak semula dan keadaan ini berlaku bila kita mula makan makanan
berkarbohidrat dengan nilai GI yang tinggi.

36

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Terdapat 2 jenis puasa iaitu jenis puasa kering (dry fasting) dan jenis puasa basah (wet
fasting). Puasa kering bermaksud kita melakukan puasa dengan tidak makan serta
tidak minum seperti yang di amalkan oleh umat Islam semasa berpuasa. Dengan
puasa kering kita akan mencapai tahap ketosis dengan lebih cepat iaitu seawal 6 ke
8 jam berpuasa.

37

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

Puasa basah pula adalah kita hanya tidak makan tetapi dibenarkan untuk minum air
tanpa kalori seperti

• air mineral
• air limau kosong
• air teh O kosong / stevia
• air kopi O kosong/ stevia
• air cuka epal sider/cuka teen/cuka delima/cuka kurma plus stevia.

Dengan berpuasa basah, kita hanya akan mencapai keadaan ketosis selepas
berpuasa 16 jam.

Tetapi kita boleh mulakan dengan mengamalkan puasa basah selama 12 jam, iaitu
12:12. Contohnya kita mula puasa daripada pukul 8.00pm hingga 8.00am. Kita boleh
minum tetapi tidak boleh makan semasa 12 jam berpuasa tersebut dan kita juga boleh
tidur seperti biasa pada waktu malam. Kita boleh mengamalkan puasa basah
seterusnya selama 16 jam dan boleh makan selama 8 jam. Contohnya bermula puasa
pukul 8.00pm sehingga 12.00pm keesokkannya dan hanya sarapan dengan minum
air sahaja dan ‘buka puasa’ dengan makan tengah hari.

KESIMPULAN:

Penyakit Diabetes Mellitus Jenis 2 (NIDDM) sebenarnya boleh pulih jika seseorang
mengambil langkah awal untuk membetulkan faktor-faktor yang menajdi puncanya.
Tetapi jika seseorang pesakit Diabetes ini telah mengalami kerosakan organ dan
komplikasi Diebetes maka adalah sangat susah dan agak mustahil untuk memulihkan
Diabetes sepenuhnya. Oleh kerana itu , kita perlu bertindak segera untuk
mengamalkan kaedah memulihkan diabetes ini di peringkat awal penyakit ini berlaku
dan Insyaallah ia akan berjaya.

38

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

DR NORMAN MOHD NORAWI

MBBS(Manipal), MScAARMMA(UCSI)
MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)

DR NORMAN CLINIC SDN BHD

Dr Norman bin Mohd Norawi telah berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan sejak
tahun 1997 dengan pengalaman selama lebih 23 tahun dalam bidang perubatan. Keluarga
beliau berasal dari Kg Bayai Lama, Jempol, Negeri Sembilan. Di lahirkan dan di besarkan
di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Beliau pengasas dan pemilik kepada KLINIK DR NORMAN yang mempunyai cawangan
di Batu Berendam & Sg. Udang, Melaka, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, Shah Alam
,Selangor.
Beliau adalah Konsultan Perubatan Nutrisi, Penuaan Sihat, Perubatan Estetik dan
Perubatan Regeneratif (Nutritional Medicine, Healthy Aging, Medical Aesthetic &
Regenerative Medicine) dan banyak menulis tentang kesihatan disamping memberikan
ceramah kesihatan di seluruh Malaysia.
Berkelulusan ijazah MBBS dari Kasturba Medical College, Manipal Academy of Higher
Education (MAHE), Manipal, India (1997). Beliau memperolehi ijazah Sarjana Sains
Perubatan Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Esthetik (Master in Anti
Aging, Regenerative Medicine and Medical Aesthetic) (MScAARMMA) dari UCSI
University, Kuala Lumpur (2013). Beliau juga telah mendapat Master in Nutritional
Medicine (MNM) daripada Australasian College of Nutrition & Environmental Medicine
(ACNEM) pada tahun 2018.
Aktif di Media Sosial FB Page : Dr Norman Norawi dengan menulis dan menyampaikan
ceramah secara Live. Beliau juga boleh di ikuti di Youtube Channel : Dr Norman Mohd
Norawi.
Beliau adalah penggerak kepada program Anti Diabetes & Obesiti (ADO) Dr Norman yang
menjalankan usaha mendidik masyarakat ke arah mengawal dan memulihkan masalah
Diebetes & Obesiti di Malaysia.
Buku ini adalah sebagai satu buku panduan umum kepada masyarakat untuk memahami
konsep memulihkan penyakit diabetes dan menurunkan berat badan secara sihat.

39

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN

-: RUJUKAN :-

1. Chen M, Porte D Jr. The effect of rate and dose of glucose infusion on the acute insulin response
in man. J Clin Endocrinol Metab. 1976 Jun;42(6):1168-75.

2. Liu Z, Barrett EJ. Human protein metabolism: its measurement and regulation. Am J Physiol
Endocrinol Metab. 2002 Dec;283(6):E1105-12.

3. Amery, C.M. and Nattrass, M. (2000), Fatty acids and insulin secretion. Diabetes, Obesity and
Metabolism, 2: 213-221. doi:10.1046/j.1463-1326.2000.00059.x

4. Richard Denton, Barbara Bridges, Roger Brownsey, Gwenan Evans, William Hughes, David
Stansbie; Regulation of the Conversion of Glucose into Fat in White Adipose Tissue by Insulin.
Biochem Soc Trans 1 August 1977; 5 (4): 894–900.

5. Acheson KJ, Schutz Y, Bessard T, Anantharaman K, Flatt JP, Jéquier E. Glycogen storage
capacity and de novo lipogenesis during massive carbohydrate overfeeding in man. Am J Clin
Nutr. 1988 Aug;48(2):240-7.

6. McDevitt RM1, Bott SJ, Harding M, Coward WA, Bluck LJ, Prentice AM. De novo lipogenesis
during controlled overfeeding with sucrose or glucose in lean and obese women. Am J Clin
Nutr. 2001 Dec;74(6):737-46.

7. https://www.nih.gov/news-events/news-releases/nih-study-shows-how-insulin-stimulates-fat-
cells-take-glucose

8. Kahn CR. Insulin resistance, insulin insensitivity, and insulin unresponsiveness: a necessary
distinction. Metabolism. 1978 Dec;27(12 Suppl 2):1893-902.

9. McLaughlin T, Lamendola C, Liu A, Abbasi F. Preferential fat deposition in subcutaneous
versus visceral depots is associated with insulin sensitivity. J Clin Endocrinol Metab. 2011
Nov;96(11):E1756-60. doi: 10.1210/jc.2011-0615. Epub 2011 Aug 24.

10. Rabe K, Lehrke M, Parhofer KG, Broedl UC. Adipokines and insulin resistance. Mol Med.
2008;14(11-12):741–751. doi:10.2119/2008-00058.Rabe

11. Hardy OT, Czech MP, Corvera S. What causes the insulin resistance underlying obesity?. Curr
Opin Endocrinol Diabetes Obes. 2012;19(2):81–87. doi:10.1097/MED.0b013e3283514e13

12. Gerozissis K. Brain insulin and feeding: a bi-directional communication. Eur J Pharmacol.
2004 Apr 19;490(1-3):59-70.

13. Diamanti-Kandarakis E. Insulin resistance in PCOS. Endocrine. 2006 Aug;30(1):13-7.
14. Grantham JP, Henneberg M (2014) The Estrogen Hypothesis of Obesity. PLoS ONE 9(6):

e99776. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0099776
15. Bessesen DH. The role of carbohydrates in insulin resistance. J Nutr. 2001 Oct;131(10):2782S-

2786S.
16. Gower BA, Goss AM. A lower-carbohydrate, higher-fat diet reduces abdominal and

intermuscular fat and increases insulin sensitivity in adults at risk of type 2 diabetes. J Nutr.
2015 Jan;145(1):177S-83S. doi: 10.3945/jn.114.195065. Epub 2014 Dec 3.

40

ANTI DIABETES & OBESITI (ADO) DR NORMAN
17. Tremblay F, Lavigne C, Jacques H, Marette A. Role of dietary proteins and amino acids in the

pathogenesis of insulin resistance. Annu Rev Nutr. 2007;27:293-310.
18. Funaki M. Saturated fatty acids and insulin resistance. J Med Invest. 2009 Aug;56(3-4):88-92.
19. Rivellese AA, De Natale C, Lilli S. Type of dietary fat and insulin resistance. Ann N Y Acad

Sci. 2002 Jun;967:329-35.
20. Tsitouras PD, Gucciardo F, Salbe AD, Heward C, Harman SM. High omega-3 fat intake

improves insulin sensitivity and reduces CRP and IL6, but does not affect other endocrine axes
in healthy older adults. Horm Metab Res. 2008 Mar;40(3):199-205. doi: 10.1055/s-2008-
1046759.
21. Donga E, van Dijk M, van Dijk JG et al. A single night of partial sleep deprivation induces
insulin resistance in multiple metabolic pathways in healthy subjects. J Clin Endocrinol Metab.
2010 Jun;95(6):2963-8. doi: 10.1210/jc.2009-2430. Epub 2010 Apr 6.
22. Buxton OM, Pavlova M, Reid EW et al. Sleep restriction for 1 week reduces insulin sensitivity
in healthy men. Diabetes. 2010 Sep;59(9):2126-33. doi: 10.2337/db09-0699. Epub 2010 Jun
28.
23. Henriksen EJ. Invited review: Effects of acute exercise and exercise training on insulin
resistance. J Appl Physiol (1985). 2002 Aug;93(2):788-96.

41


Click to View FlipBook Version