PENDIDIKAN ISLAM
AQIDAH
(Beriman kepada Qada dan Qadar)
TAHUN 4
KAFA
SK SIOL KANAN
USTAZ ABDUL RAZI LUHI
PENGERTIAN QADA’ DAN QADAR
~ Beriman kepada qada’ dan qadar merupakan Rukun Iman yang keenam.
~ Qada’ ialah ketentuan sesuatu perkara sama ada yang telah berlaku atau
akan berlaku yang ditetapkan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
~ Qadar ialah pelaksanaan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk yang
telah ditentukan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram
dan Qada Muallaq.
Qada Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang
pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu
apa pun.
Contoh : Mati pasti akan berlaku.
Firman Allah Taala bermaksud :
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang
ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq : Ketentuan yang
tidak semestinya berlaku bahkan
bergantung kepada sesuatu
perkara.
Contoh: Panjang umur bergantung
kepada menghubungkan
silaturrahim dan amal kebajikan
yang lain.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang
boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada
ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas
bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari
pada-Ku" (HR Thabrani)
FAEDAH BERIMAH DENGAN QADA’ DAN QADAR ALLAH
· Redha Dengan Ketentuan Allah
· Iman Menjadi Teguh
· Sabar Atas Setiap Dugaan
· Mendapat Pahala
AKIBAT TIDAK BERIMAN DENGAN QADA’ DAN QADAR
· Mudah Berputus Asa
· Imah Menjadi Lemah
· Malas Berusaha
· Mendapat Dosa
Sememangnya sukar untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang
fana ini. Namun, ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah untuk melihat
sejauh mana keteguhan iman. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Sersikap redha
dalam setiap ujian Allah dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang
bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling
menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada
syaitan untuk menghasut kita agar menyalahkan takdir, melakukan sesuatu di luar
kawalan seperti membunuh diri dan sebagainya. Seharusnya kita wajib redha dengan
apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka
tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-
orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam
keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)