The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Zafirah, 2023-07-25 09:20:29

SBLM1023 INTRODUCTION TO WRITING

E-MAJALAH| KUMPULAN 2

FRESH FASHION JEJAK INSPIRASI M A J A L A H PENULIS KEDAH TIADA PELAPIS PERSATUAN PENULIS PERLU BERSATU J U L A I 2 0 3 0 BANGKEL TULIS LAGU 'PUISI' ADIWANGSA SUKMA


AHLI KUMPULAN Nur Zafirah 285281 Wan Damia 285293 Maizura Shafika 278348 Siti Nur Asyira 277640 Nur Amirah 285299 Nur Atikah 280822


TINTA EDITOR Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya E-Majalah Jejak Inspirasi ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak menyumbangkan tenaga, idea dan kerjasama yang baik dalam menghasilkan E-Majalah ini. Berkat kerjasama dan usaha setiap individu telah membuahkan hasil sehingga kami dapat menerbitkan E-Majalah ini. Sebagai ahli sidang editor ini, saya amat berbangga kerana diberi peluang untuk saya menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman terutama dalam penghasilan majalah ini. Selain itu, kami juga memperoleh banyak ilmu berkaitan rekaan grafik dan suntingan dalam menghasilkan majalah. Pengahasilan majalah ini banyak memberi pengalaman dan dapat dijadikan inspirasi pada masa hadapan. Saya mewakili sidang editor EMajalah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan kandungan dalam EMajalah yang kami hasilkan ini. Saya berharap agar para pembaca berpuas hati dengan hasil E-Majalah kami ini. Sekian, terima kasih. Nur Zafirah J ULAI 2 0 2 3, BIL. 10


BERITA UTAMA


Kedah ketinggalan dalam mengiktiraf penulis. Persatuan penulis perlu petunjuk prestasi utama Penaung Kelab Pemuisi Nasional (PEMUISI), Tan Sri Dr Hamad Kama Piah Che Othman. - Foto Owee Ah Chun NILAI: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan sastera disaran mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai tanda aras keberhasilan dan keberkesanannya. Bekas tokoh korporat, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata pesatuan perlu menghasilkan rangka kerja komprehensif yang menjelaskan tujuan dan perencanaan aktiviti. Hamad Kama Piah berkata, dengan adanya KPI, kegiatan persatuan dapat ditentukan supaya menjadi produktif dan keberhasilannya boleh diukur dengan jelas. “Persatuan baharu terutamanya perlu menjadi persatuan yang dapat dicontohi dalam pengurusan cekap walaupun kita organisasi sukarela,” katanya ketika berucap merasmikan Kelab Pemuisi Nasional (PEMUISI) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini. KUALA LUMPUR: Persoalan mengiktiraf dan diiktiraf dalam dunia kesusasteraan dan penulisan kreatif bukan persoalan baharu. Di peringkat nasional, kerajaan mewujudkan Anugerah Sastera Negara yang bermula pada tahun 1991 yang urus setianya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malah, DBP turut menunjangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (asalnya Hadiah Karya Sastera) yang mula diperkenalkan pada 1971 dan baharu sahaja diumumkan untuk tahun penilaian karya 2017/2018.


Persatuan Penulis Perlu Bersatu KUALA KANGSAR — Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) mengesa persatuan penulis tempatan untuk bersatu demi memperjuangkan pelbagai isu berkaitan bahasa, pendidikan, dan hak keistimewaan. Timbalan Presiden Gapena, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, menyatakan bahawa tanpa perpaduan antara persatuan, dunia sastera tidak akan mendapat pengiktirafan dan sokongan kerajaan. “Kita tidak ingin persatuan penulis berpecah-belah dan kita harus terus bekerjasama untuk memastikan sastera kita dihormati. Sebanyak 20 persatuan sastera dari seluruh negara telah bergabung dengan Gapena,” katanya semasa Simposium Penulis Utara 2023 di Resort Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) hari ini. Seramai 100 penulis dan peminat sastera yang menyertai Simposium Penulis Utara 2023 di Resort Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Perak. Di pihak lain, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Pengembangan dan Pembangunan Budaya Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (Motac), Abdul Mutalib Abdul Rahman, berharap para penulis dan sasterawan dapat membantu kementerian dalam mempromosikan Dasar Kebudayaan Negara. Beliau menyatakan bahawa penulis memiliki kekuatan seperti pedang, kerana tulisan mereka dapat memiliki kekuatan simbolik yang dapat mempengaruhi dan membentuk pemikiran masyarakat.


BERITA SAMPINGAN


“Pencapaian yang dimiliki Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) sejak zaman awal penubuhannya yang aktif menyusun pelbagai program yang berjaya menyuntik semangat untuk melahirkan pengarang-pengarang pelapis.” Kedah mempunyai sejarah penulisan yang sangat hebat yang sudah melahirkan tiga orang Sasterawan Negara iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad (1982); Datuk Abdullah Hussain (1996) dan Datuk Dr Zurinah Hassan (2015). Tidak kurang hebat juga ialah Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 1988, Azizi Haji Abdullah dan Puzi Hadi. Berita Sampingan July,2023 Sehingga ke hari ini, belum ada novelis negeri Kedah yang boleh mengatasi pencapaian Shahnon. Bukan sahaja dari segi gaya bahasa, juga kebijaksanaan dalam membangunkan naratif sebuah novel. Cerpen sekurang-kurangnya mempunyai Zainal Rashid dengan dongeng kotanya. Sementara Lutfi menawarkan puisi intelektual kerohanian. Ya, mereka adalah penulis pelapis negeri Kedah, namun mereka bukan milik ASASI seperti yang dibanggakan oleh Dr Ghazali Din.


Bengkel ini dianjurkan bertujuan untuk menarik minat penulis-penulis lirik dan pemuzik terhadap penghasilan lagu-lagu yang berpuisi dan lebih ke arah genre tradisional. Ia juga bertujuan untuk mencungkil bakatbakat baru yang berminat untuk menghasilkan lagu namun kekurangan ilmu. Bengkel ini telah dihadiri 50 orang peserta yang terdiri daripada pemuzik, penulis lirik lagu dan bakat-bakat baru yang berminat dalam seni muzik dan kebudayaan. Bengkel ini juga dibantu oleh beberapa orang pensyarah universiti di sekitar Kedah dan tenaga pengajar JKKN Kedah. Fokus utama bengkel ini untuk memperbanyakkan lagi lagu-lagu puisi sekali gus memartabatkan Bahasa Melayu sebagai kesenian yang tidak harus dilupakan. Bengkel ini telah berjaya menarik minat pelbagai golongan dan sambutan pada hari bengkel berlangsung amat memuaskan. Diharapkan segala ilmu yang dikongsi dalam bengkel tersebut dapat digunakan sebaiknya oleh pemuzik-pemuzik tanah air. Pihak JKKN Kedah juga berharap dapat menganjurkan lebih banyak bengkel seperti ini pada masa akan datang. Pada 16 Jun yang lalu iaitu Jumaat, pihak Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dengan kerjasama JKKN Negeri Kedah telah menganjurkan satu bengkel menulis lagu berdasarkan puisi. Bengkel ini telah diadakan di Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Kedah yang bertempat di Alor Setar bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang. Bengkel ini telah disampaikan oleh Tuan Adiwangsa Sukma iaitu Pengarah Pusat Kebudayaan USIM. Tuan Adiwangsa Sukma merupakan seorang penyanyi lagu yang bertemakan puisi. Tuan Adiwangsa Sukma juga mempunyai bakat-bakat yang terpendam dalam menghasilkan lagu menarik dan berpuitis. Beliau juga pernah menerbitkan sebuah buku puisi Islam yang mengandungi 50 karya di USIM. Bengkel Tulis Lagu 'PUISI' Berita Persatuan Julai,2023


Zakiah Bahari: Penyair Kedah Menemukan Jati Diri Beliau mula bekerja sebagai Pembantu tadbir pada tahun 1978 di ibu pejabat Barisan Nasional Kedah yang Menteri Besarnya ketika itu ialah Dato’ Seri Syed Nahar bin Tun Syed Sheh Shahabudin. Sebagai petugas di pejabat UMNO, beliau pernah menjadi Jawatankuasa UMNO cawangan, Pengerusi Biro Pendidikan dan Kebajikan Cawangan, Jawatankuasa Ahli Sukan Daerah-daerah Kota Setar, dan pernah menjadi Setiausaha Kerja Majlis Daerah Kota Setar selama lima tahun. Beliau bertugas dengan penuh dedikasi dan khidmat bakti beliau di ibu pejabat UMNO hanya berakhir pada tahun 2013. Selepas bersara, beliau berkesempatan menjadi fasilitator sambilan di Lembaga Perancang Keluarga Negara (LPKN). Zakiah dilahirkan pada 15 Mac 1951 di Kampung Alor Setol, Langgar, Kedah. Beliau mendapat pendidik awal di Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung (darjah satu dan dua), Sekolah Kebangsaan Alor Merah (darjah dua hingga enam), Sekolah Menengah Sultanah Asma (tingkatan satu), Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah (tingkatan satu hingga lima), dan Sekolah Menengah St. Michael (Persendirian) Alor Setar untuk peperiksaan STPM. Zakiah Bahari mula terlibat dalam Persatuan Penulis dan Penggemar Sastera Kedah (3PSK) di bawah pimpinan Nazril Mohd Zain pada 1973-1974 sebagai Pakar Birokrasi (AJK). Beliau juga pernah menjadi AJK Persatuan Penulis Nasional Kedah (PENULIS) yang diketuai oleh Penulis Negeri Shahnon Ahmad dari 1974-1976 dan 1976-1977. Pada tahun 1978, apabila PENULIS menukar nama kepada Persatuan Sasterawan Negara Kedah (ASASI), Zakiah Bahari telah dipilih sebagai Pemeriksa Kira-kira bersama Hashim Ahmad. Pada tahun 1980-1981, Zakiah Bahari menjadi AJK dan bertanggungjawab di Biro Wanita. Beliau juga merupakan Setiausaha 2 ASASI dari tahun 1982-1985, dan terus aktif dalam AJK ASASI sehingga tahun 1987. Bagi AJK sesi 1988-1990, Zakiah Bahari telah diberi tugas menguruskan Unit Ekonomi dan Pengembaraan bersama Saad Taib dan Jamaludin Hashim. Puisi pertama beliau berjudul “Mendung di Balik Sinar”, tersiar dalam akhbar Berita Minggu pada tahun 1971. Sehingga akhir hayatnya, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah puisi. Puisi-puisi beliau turut dimuatkan dalam antologi puisi bersama penulis lain. Antaranya termasuk antologi Qalha (terbitan Majlis Kebudayaan Negeri Kedah); dua puisinya yang mendapat tempat ialah “Sungai Kedah” dan “Ombak Langkawi.” Dalam antologi Meniti Dekad (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka); empat buah puisi beliau terpilih, iaitu “Pagi Begitu Dingin”, “Masihkah Kauingat”, “Ingatan Tulus Ikhlas”, dan “Dapatlah Diterima Realiti”. Perjalanan Kerjaya Pelibatan dalam Industri Penulisan Penulisan Zakiah Bahari


E L A K I D E N G A N S A M P A N U S A N G Sampan berkolek begitu bebas dayungnya mengubas dengan rakusnya lelaki tua memerah tenaga percik peluh air masin bertali arus pukul memukul golekmenggolek menghempas pulas seperti dibuai mimpi dalam ruang yang begitu sempit terus menghimpit. L Zakiah Bahari


Novel "Nur di Ufuk Timur" karya Zarida Rasdi adalah buku yang menawarkan kisah yang penuh dengan perjuangan dan penemuan diri. Ia menerokai perjalanan hidup Toshiko atau Izaura, seorang gadis Jepun yang memulakan usaha untuk mencari identitinya dan menghadapi peristiwa tragis dalam hidupnya. Plot cerita yang sarat dengan kejutan menarik minat pembaca sejak dari awal lagi. Dialog bahasa Jepun yang dimasukkan bersama-sama dengan terjemahan, menambah nuansa asli kepada cerita, membolehkan pemahaman yang lebih mendalam tentang budaya dan watak Jepun. Melalui interaksi antara watak dari Jepun, pembaca benar-benar dapat merasai suasana yang nyata. Latar belakang sejarah Perang Dunia II dan perdagangan di Tanah Melayu digambarkan dengan menawarkan perspektif yang menarik tentang interaksi masyarakat Jepun dalam kerangka ekonomi. Selain itu, gambaran jelas budaya Jepun dan Malaysia meningkatkan pengalaman membaca, membolehkan pembaca memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kedua-dua budaya. Tema agama memainkan peranan penting dalam cerita ini juga. Pengislaman Toshiko menambahkan aspek kerohanian yang mendalam, menunjukkan bagaimana dia menemui kebenaran dalam agamanya dan memeluk Islam walaupun menghadapi cabaran, sekali gus meningkatkan kedalaman wataknya. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengetengahkan aspek tertentu. Terkadang, naratif cenderung untuk menyelidiki perincian yang berlebihan, mengakibatkan potensi kehilangan fokus daripada plot utama. Secara umumnya, "Nur di Ufuk Timur" adalah karya yang menimbulkan emosi dan memberi hikmah tentang pelayaran hidup, budaya, dan agama. Zarida Rasdi berkesan menggambarkan naratif yang sangat menyentuh hati dan memberikan pengajaran berharga tentang keazaman dan penerokaan diri. Buku ini layak mendapat pengiktirafan dan sangat disyorkan untuk individu yang mencari cerita yang menarik dan mendalam. Ulasan buku Nur di Ufuk Timur Zaridah binti Ahmad ataupun nama penanya Zarida Rasdi dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Convent Butterworth sebelum menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam bidang kejururawatan. Beliau berkarya sejak tahun 2015 dalam genre puis, namun sejak 2017 Zarida Rasdi memberikan tumpuan kepada genre novel dan cerpen. Antara karya beliau termasuklah novel Mantera Mahabbah (2018), Antologi Puisi Ceritera dari Pulau (2019), Antologi Puisi Simfoni Gagak Rimba (2016), Antologi Cerpen Mintraginin (2020), dan banyak lagi. Beliau kini bergiat aktif dalam bidang penulisan melalui Angkatan Sasterawan Nasional (ASASI) Kedah. Latar Belakang Penulis


Di bawah langit biru nan indah, terhampar negeri yang ku cinta, tersemat indah dalam hatiku, di bumi bertuah ini juga, darahku mengalir, tanah airku yang kucintai, di bumi ini tempat aku dilahirkan dan dibesarkan, di sini juga tempat aku dididik, ku didik sehingga berjaya, sehingga berjaya menjadi insan yang berguna. Tanah air ini, di sini aku menemukan cinta, cinta akan bangsa dan negara, tak akan sesekali aku, melupakannya, walaupun aku berada beribu batu jauhnya, tetap ku sanjung dan sayanginya, tak terdetik di fikiran ini, dan tidak pernah jua terlintas di fikiran ini, untuk aku melupakan tanah ini, tanah ini tanah airku, tanah ini juga tanah kelahiranku, tanah ini amat berjasa kepada semua bangsa. Bangsa kita bangsa merdeka, bangsa kita juga bangsa berjaya, kesetiaan kita hanyalah untuk Malaysia, Malaysia tanah air yang tercinta, tak sesekali ku lupakan segala perjuangan hebat, dari pahlawan negara, yang berkorban nyawa demi mencapai sebuah keamanan, dan kemakmuran serta kesejahteraan. Ruangan Kreatif TANAH AIR YANG TERCINTA Dicipta Oleh: SITI NUR ASYIRA BINTI AZHAR


Ruangan Iklan S T A P L E S


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version