PUSAT SUMBER AR-RAZI, SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TENGGAROH 5, MERSING, JOHOR LAPORAN PROGRAM BENGKEL KLINIK NILAM TAHUN 2023
1.0 Butiran program : Nama program : Bengkel Klinik Nilam Tarikh/hari/tempoh masa : Sepanjang hari persekolahan (Waktu Relief Guru) Masa : 7.20 pagi - 12.50 tengahari Tempat : Pusat Sumber, SK LKTP Tenggaroh 5 Anjuran : Pusat Sumber Ar Razi, SK LKTP Tenggaroh 5 2.0 Pengenalan / Latar belakang : ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
3.0 Rasional : Semua murid mempunyai peluang yang sama dalam mencapai pengiktirafan Bintang Nilam. Bagaimanapun, terdapat murid yang tidak menguasai kemahiran melaksanakan Program Nilam dengan berkesan dan ini akan memjejaskan peluang mereka untuk mencapai kejayan tersebut. Justeru, Program Bengkel Klinik Nilam dilaksanakan bertujuan membantu murid-murid tersebut bagi memastikan mereka juga tidak ketinggalan dalam mencapai pengiktirafan Bintang Nilam. 4.0 Objektif : 4.1 Memberi kesedaran kepada murid-murid agar saling bantu membantu supaya Program Nilam dapat dilaksanakan dengan jayanya. 4.2 Memperkasakan budaya membaca dalam kalangan murid-murid. 4.3 Memberi peluang kepada semua murid mendapat pengiktirafan melalui pencapaian Bintang Nilam . 5.0 Kumpulan sasaran : 5.1 Bilangan peserta yang terlibat : Murid Tahap 2 yang terpilih sebagai fasilitator Murid Tahap 1 yang tidak menguasai kemahiran Nilam 5.2 Pengendali/fasilitator yang terlibat : Guru Perpustakaan Media (GPM) dan guru relief Murid Tahap 2 yang terpilih
6.0 Ringkasan Perjalanan Program : 6.1 Taklimat dan perbincangan dengan murid yang terpilih sebagai fasilitor 6.2 Penyediaan bahan bacaan ringan 6.3 Fasilitator membimbing mente membaca bahan bacaan dan mencatat maklumat bacaan dalam buku Nilam 6.4 Fasilitator membimbing mente mengisi maklumat bacaan dalam Manual Nilam Johor 7.0 Kekangan yang timbul : 7.1 Kekangan masa – hanya dapat dilaksanakan ketika waktu relief GPM 7.2 Tidak dapat melibatkan mente yang ramai pada satu-satu masa. 8.0 Cadangan Penambaikan untuk masa yang akan datang : 8.1 Menjalinkan kerjasama dengan guru-guru mata pelajaran melalui penggabungan kelas agar lebih ramai fasilitator dan mente dapat dilibatkan pada satu-satu sesi 8.2 Hebahan pencapaian Bintang Nilam sebagai motivasi kepada murid-murid 8.3 melibatkan lebih ramai urid Tahap 1
Fasilitator membimbing mente membaca bahan bacaan ringan 9.0 Rakaman aktiviti :
Fasilitator membimbing mente mencatat maklumat bacaan dalam Buku Nilam
Fasilitator membimbing mente mencatat maklumat bacaan dalam Manual Nilam Johor
10.0 Penutup : Pusat Sumber Ar Razi, SK LKTP Tenggaroh 5 melahirkan rasa syukur di atas pelaksanaan program Bengkel Klinik Nilam. Walaupun dilaksanakan dalam tempoh masa yang amat singkat, iaitu pada waktu relief, namun jika dilaksanakan secara berterusan, program ini dapat membantu murid-murid yang memerlukan bimbingan untuk menguasai kemahiran yang diperlukan dalam menjayakan matlamat Program Nilam. PSS Ar Razi berharap, program ini dapat diteruskan sepanjang tempoh persekolahan bagi memastikan kejayaan pelaksaan Program Nilam di peringkat sekolah dapat dicapai sepenuhnya. Disediakan oleh : ……………………….. (SITI ZULAIHA BINTI ZARI) Guru Perpustakaan Media / Penyelaras Nilam, Pusat Sumber Ar-Razi, SK LKTP Tenggaroh 5, Mersing.
Sekian, terima kasih dari PSS Ar Razi SK Tenggaroh 5