The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26027723, 2022-04-21 23:09:26

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA TAHUN 2022

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA TAHUN 2022

KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA

DAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA

ANJURAN

PUSAT SUMBER
SK LKTP TENGGAROH 5

TARIKH

24 APRIL 2022 – 28 APRIL 2022

[SKTV.400-5/4/2(PSS)]

KERTAS CADANGAN
NAMA PROGRAM/ AKTIVITI : PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKUSEDUNIA DAN KEMPEN
GALAKAN MEMBACA TAHUN 2022

YBrs. Guru Besar Nor Hashim bin Nordin

TAJUK KERTAS CADANGAN :
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM SAMBUTANHARI BUKU SEDUNIADAN KEMPEN
GALAKAN MEMBACA TAHUN 2022

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya
ilmu. Medium utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui
amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai
program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program
tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian, Kementerian
Pendidikan telah melaksanakan pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan
membaca yang lebih berkesan, yang diharap akan memberi impak yang menyeluruh kepada
kemenjadian murid dalam mendepani cabaran semasa.

Bagi memastikan kelangsungan budaya membaca yang berterusan dalam kalangan
murid-murid, Pusat Sumber SK LKTP Tenggaroh akan melaksanakan Program Sambutan Hari
Buku dan Kempen Galakan Membaca 2022. Program ini bertujuan untuk merangsang minat
murid-murid untuk terus melaksanakan aktiviti Nilam dan pembudayaan ilmu tanpa jemu. Di
samping itu, program ini juga bertujuan memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang
menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan budaya
membaca.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Meningkatkan pembudayaan aktiviti membaca dalam kalangan murid.
3.2 Menggalakkan murid-murid terus menjana idea kreatif dan inovatif melalui

amalan budaya membaca yang berterusan
3.3 Memberi peluang kepada murid-murid mendapat pengiktirafan melalui

pencapaian tahap minimum 1 Bintang (144 rekod) dan maksimum 5 Bintang (720 rekod)
dalam Program Nilam.
3.4 Memberi peluang kepada murid-murid mendapat penghargaan melalui aktiviti-aktiviti yang
disertai.

4. KUMPULAN SASAR
Semua murid Tahap 1 dan 2, Prasekolah dan Pendidikan Khas

4.1 Seperti dalam lapiran

Bil No.Kad Nama Kelas
Pengenalan Nama Jawatan

1
2
3

4.2 Seperti dalam lampiran

Bil No.Kad
Pengenalan

1

2

3

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 24 April 2022 hingga 28 April 2022

Tempat : Dewan SK LKTP Tenggaroh 5

BIL AKTIVITI KAEDAH PELAKSANAAN PEMBIMBING

1. Pertandingan Meneka Murid menulis judul buku bagi Guru Pusat Sumber
Judul Buku keratan cerita yang diberi

2. Pertandingan Meneka Murid membuat anggaran jumlah Guru Pusat Sumber
Jumlah Buku buku yang terdapat dalam kotak
lutsinar

Pertandingan Meneka Murid menulis bilangan muka surat Guru Pusat Sumber
3. Bilangan Muka Surat buku bagi buku yang dipamerkan

Buku

4. Pertandingan Mereka Murid mereka kulit buku dengan Guru Pusat Sumber
Kulit Buku tema alam sekitar

5. X’Plorasi Surah Yaasin Murid memahami maksud beberapa
ayat daripada Surah Yaasin dan kuiz Guru Pusat Sumber

mencari perkataan

6. Saya..... Berapa Bintang Murid membaca dan mencatat Guru Pusat Sumber
maklumat dalam Buku Rekod Nilam

7. Kenali Tokoh Ilmuan Murid membaca maklumat berkaitan
Islam ilmuan Islam dan menjawab soalan Guru Pusat Sumber
kuiz

Murid mencari maklumat berkaitan

8. Teroka Alam Semesta alam semesta dan menjawab soalan Guru Pusat Sumber

kuiz

Kenali Koleksi Setempat : Murid membaca maklumat berkaitan

9. Lombong Emas Warga koleksi setempat dan menjawab Guru Pusat Sumber

Felda soalan kuiz

10. Rakan Nilam Murid membuat aktiviti bimbingan Guru Pusat Sumber
Nilam Panitia Bahasa Melayu
Guru Mata Pelajaran

11. Jom Baca Bersama Murid berkongsi membaca Guru Pusat Sumber
menggunakan bahan bacaan yang Panitia Bahasa Melayu
sama Guru Mata Pelajaran

6. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : En. Nor Hashim bin Nordin (Guru Besar)

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Pn. Hashimah binti Jusoh
[ Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK LKTP Tenggaroh 5 ]
Setiausaha : Siti Zulaiha Binti Zari
[Penyelaras Media, SK SK LKTP Tenggaroh 5]
Naib Setiausaha : Samihatul Mukrimah Binti Nordin
Bendahari : Pn. Anizar Binti Ahmad
AJK :

Muhamad Syahir Silmie Bin Zainuddin
Anis Fariha Binti Mohd Nor
En. Abdul Raqib Bin Mat Hanifah
Pn. Wan Noriza Binti Wan Seman
Guru-guru Panitia Bahasa Melayu
Muhamad Siratulidham Bin Rosdi
Pengawas Pusat Sumber (Pustakawan)

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan :

PUNCA KEWANGAN JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
PCG Pusat Sumber Sekolah 190.00
190.00
JUMLAH

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH (RM)
KOS (RM)

• Pertandingan Meneka Judul Buku 2.00 X 5 10.00

1. • Pertandingan Meneka Jumlah Buku 2.00 X 10 20.00
• Pertandingan Meneka Bilangan Muka Surat Buku 2.00 X 10 20.00
10.00
• Pertandingan Mereka Kulit Buku 2.00 X 5

2. • Kuiz X’plorasi Surah Yaasin 2.00 X 10 20.00

3. • Saya ....... Berapa Bintang 5.00 X 10 50.00
4. • Kuiz Kenali Tokoh Ilmuan Islam 2.00 X 10 20.00

5. • Kuiz Teroka Alam Semesta 2.00 X 10 20.00

6. • Kuiz Kenali Koleksi Setempat 2.00 X 10 20.00

JUMLAH PERBELANJAAN 190.00

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu) – tiada

9. PENUTUP

Pengurusan PusatSumber,SK LKTP Tenggaroh 5 meletakkan harapan,Program
Sambutan Hari Buku Sedunia dan Kempen Galakan Membaca 2022 ini akan
dapat dilaksanakan dengan sistematik dan terancang agar mampu memberi
keberkesanan dalam mencerna minda melalui pemupukan amalan budaya
membaca yang berterusan dalam kalangan murid-murid SK LKTP Tengaroh 5.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan budaya
memartabatkan ilmu yang lebih mampan ke arah menjana peningkatan tahap
pengetahuan serta kecemerlangan murid, bagi melahirkan kemenjadian insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah, In Shaa
Allah.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

………………………………… …………………………………………

(SITI ZULAIHA BINTI ZARI) (HASHIMAH BINTI JUSOH)
Penyelaras Program, GPK Pentadbiran ,
SK LKTP Tenggaroh 5 SK LKTP Tenggaroh 5
Tarikh : Tarikh:

KERTAS CADANGAN
NAMA PROGRAM/ AKTIVITI : PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKUSEDUNIA DAN KEMPEN
GERAKAN MEMBACA TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan : Program Sambutan Hari Buku Sedunia Dan Kempen
Gaakan Membaca Tahun 2022

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan : Program Sambutan Hari Buku Sedunia Dan
Kempen Gaakan Membaca Tahun 2022

Ulasan :
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

.................................................
(NOR HASHIM BIN NORDIN)
Guru Besar,
SK LKTP Tenggaroh 5.
Tarikh:


Click to View FlipBook Version