The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26027723, 2023-09-03 12:52:36

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2023

SK LKTP TENGGAROH 5, MERSING

PUSAT SUMBER AR-RAZI, SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TENGGAROH 5, MERSING JOHOR LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2023


1.0 Butiran program : Nama program : Sambutan Hari Guru Tarikh/hari/tempoh masa : 16 Mei 2023 (Selasa) Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari Tempat : Dewan Pendeta, SK LKTP Tenggaroh 5 2.0 Pengenalan / Latar belakang : Hari Guru disambut setiap tahun bagi mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan. Guru adalah aset penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sambutan Hari Guru amat bermakna bagi guru agar mereka terus berusaha memartabatkan profesion perguruan selaras dengan salah satu teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan profesion perguruan. Justeru itu, bersempena dengan sambutan Hari Guru, Pusat Sumber Ar Razi, SK LKTP Tenggaroh 5 telah menganjurkan satu program temubual bagi meninjau pandangan guru-guru dan aktiviti yang diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa.


3.0 Rasional : Program ini dilaksanakan bertujuan meninjau pandangan guru-guru berkaitan dengan tema sambutan hari guru dan aktiviti yang diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. di samping memberi peluang PPS yang dipilih untuk menyerlahkan bakat dan idea kreatif mereka sewaktu berinteraksi dengan guru-guru. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan membantu mereka membina keyakinan diri yang tinggi dan berketerampilan ketika berhadapan dengan kamera. 4.0 Objektif 4.1 Menjana idea kreatif dalam kalangan PPS ketika membuat temubual bersama guru. 4.2 Melahirkan perasaan muhibbah murid-guru. 3.3 Membina keyakinan diri ketika berhadapan dengan kamera. 3.4 Mewujudkan sikap kerjasama antara guru d dan PPS. 4.4 Meningkatkan kemahiran diri ketika mengendalikan peralatan multimedia


5.0 Kumpulan sasaran : Bilangan peserta yang terlibat : Guru-guru dan PPS yang dilatih Pengendali/fasilitator yang terlibat : Guru Penyelaras Media (GPM) Unit Multimedia, PSS Ar Razi Pengawas Pusat Sumber 6.0 Ringkasan Perjalanan Program 6.1 Taklimat dan perbincangan guru penyelaras, AJK Unit Multimedia dan PPS terlibat 6.2 Penyediaan teks ucapan dan temubual 6.3 Sesi latihan 6.4 Penyediaan peralatan yang diperlukan 6.5 Sesi rakaman sambutan hari guru 6.6 Temubual PPS bersama guru terpilih 6.7 Penghasilan video 6.8 Muat naik video dalam saluran Youtube TVPSS https://www.youtube.com/watch?v=k5hATos0WTk&t= 1062s


7.0 Kekangan yang timbul : 7.1 Kekurangan peralatan seperti kamera 7.2 Kekurangan kemahiran dalam menghasilkan video yang lebih berkualiti 7.3 Bilangan kumpulan sasaran yang ditemu bual agak terhad 8.0 Cadangan Penambaikan untuk masa yang akan datang : 8.1 Jadikan acara tahunan 8.2 Meluaskan kumpulan sasaran daripada kalangan guru dan murid 8.3 Menjalinkan kerjasama dengan pihakpihak tertentu uru Penyelaras ICT 8.4 Mendapatkan tajaan dan sebagainya bagi mendapatkan peralatan yang lengkap


9.0 Dokumentasi bergambar : Ucapan wakil murid


Krew TVPSS membuat liputan


Ucapan pihak pentadbir


Bacaan ikrar dan nyanyian Lagu Guru Malaysia


Penyampaian cenderahati KGK dan pertukaran hadiah guru


Temubual wartawan TVPSS bersama wakil guru


Persembahan guru-guru


Persembahan murid-murid


10.0 Penutup : PSS Ar Razi berharap program ini dapat dilaksanakan secara berterusan dengan memberi peluang kepada lebih ramai PPS untuk mengambil bahagian. Melalui pelaksanaan program ini, ia mampu melahirkan tokohtokoh murid yang berketerampilan, harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Disediakan oleh, ……………………. (SITI ZULAIHA BINTI ZARI) Guru Penyelaras Media (GPM) / Penyelaras TVPSS SK LKTP Tenggaroh 5, Mersing


Sekian, terima kasih dari PSS Ar Razi SK LKTP Tenggaroh 5


Click to View FlipBook Version