The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GURU PENDIDIKAN ISLAM,<br>USTAZAH ANEY SALWA BINTI MASHOD<br>SK LKTP TENGGAROH 5, MERSING

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26027723, 2023-08-29 01:26:17

LAPORAN TEMUBUAL PENGGUNAAN MINECRAFT DALAM PDPC

GURU PENDIDIKAN ISLAM,<br>USTAZAH ANEY SALWA BINTI MASHOD<br>SK LKTP TENGGAROH 5, MERSING

PUSAT SUMBER AR-RAZI, SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TENGGAROH 5, MERSING, JOHOR LAPORAN PROGRAM TEMUBUAL PENGGUNAAN MINECRAFT DALAM PDPC


1.0 Butiran program : Nama program : Temubual Penggunaan Minecraft Dalam PdPc Tarikh/hari/tempoh masa : 16 Julai 2023 (Ahad) Masa : 11.50 pagi - 1.20 tengahari Tempat : Bilik Akses, SK LKTP Tenggaroh 5 2.0 Pengenalan / Latar belakang : Permainan Minecraft sudah mula diperkenalkan pada tahun 2009 oleh minecraft.gamepedia.com dan ianya mula diguna dengan giat sebagai salah satu alat pembelajaran di dalam kelas pada tahun 2016 apabila Minecraft Education diperkenalkan. Penggunaan Minecraft dilihat berpotensi dalam mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan konseptual disebabkan Minecraft membolehkan aktiviti manipulasi secara hands-on dilakukan ke atas blok 3D dalam dunia maya Minecraft. TVPSS telah membuat tinjauan bagaimana Minecraft telah diaplikasikan oleh Ustazah Aney Salwa Binti Mashod dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di bawah tajuk ‘Membina Masjid”


3.0 Rasional : Program temubual ini dilaksanakan untuk meninjau bagaimana penggunaan Minecraft diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, yang bertujuan meningkatkan pengetahuan murid tentang penguasaan kemahiran teknologi maklumat komunikasi bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, di samping memperkenalkan teknologi pembelajaran terkini kepada murid-murid . 4.0 Objektif : 4.1 Mempromosikan penggunaan Minecraft dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.2 Meningkatkan kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai oleh Pengawas Pusat Sumber (PPS). 4.3 Membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan kamera dan sewaktu sesi temubual berlangsung. 4.4 Menjana idea kreatif dalam kalangan PPS ketika proses mendapatkan dan menyampaikan maklumat


5.0 Kumpulan sasaran : 5.1 Bilangan peserta yang terlibat : Guru Pendidikan Islam, Ustazah Aney Salwa Binti Mashod Murid kelas 4 Iltizam 5.2 Pengendali/fasilitator yang terlibat : Guru Penyelaras Media (GPM) AJK Unit Multimedia Pengawas Pusat Sumber 6.0 Ringkasan Perjalanan Program 6.1 Taklimat dan perbincangan guru penyelaras, AJK Unit Multimedia dan PPS terlibat 6.2 Penyediaan teks wawancara 6.3 Sesi latihan 6.4 Penyediaan peralatan yang diperlukan 6.5 Sesi rakaman wawancara PPS bersama guru 6.6 Penghasilan video dan muat naik dalam saluran Youtube TVPSS https://www.youtube.com/watch?v=qEdnC7I9zRc &t=131s


7.0 Ringkasan Perjalanan Program : 7.1 Taklimat dan perbincangan guru penyelaras, AJK Unit Multimedia, PPS terlibat dan Guru Pendidikan Islam, Ustazah Aney Salwa Binti Mashod 7.2 Penyediaan teks temubual 7.3 Sesi latihan 7.4 Penyediaan peralatan yang diperlukan 7.5 Sesi rakaman temubual PPS bersama guru Pendidikan Islam, Ustazah Aney Salwa Binti Mashod dan murid tahun 4 Iltizam 8.0 Kekangan yang timbul : 8.1 Kekurangan peralatan seperti kamera 8.2 Kekurangan kemahiran dalam menghasilkan video yang lebih berkualiti 9.0 Cadangan Penambaikan di masa akan datang : 9.1 Jadikan acara bulanan/tahunan 9.2 Melibatkan kebih ramai kumpulan sasaran (murid / PPS terlibat 9.3 Mendapatkan tajaan dan sebagainya 9.4 Latihan yang lebih inensif bagi meningkatkan kemahiran PPS terlibat


Dokumentasi bergambar :


10.0 Penutup : PSS Ar Razi merakamkan ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Ustazah Aney Salwa di atas kesudian menjayakan sesi wawancara ini. Syukur yang tidak terhingga kerana program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. PSS juga berharap program wawancara ini dapat dilaksanakan secara berterusan dengan mengetegahkan isu-isu yang lebih menarik dan ikon-ikon PPS yang berbakat. Melalui pelaksanaan program ini, ia mampu melahirkan tokoh-tokoh murid yang berketerampilan, harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Disediakan oleh, ……………………. (SITI ZULAIHA BINTI ZARI) Guru Penyelaras Media (GPM) / Penyelaras TVPSS SK LKTP Tenggaroh 5, Mersing


Sekian, terima kasih dari PSS Ar Razi SK LKTP Tenggaroh 5


Click to View FlipBook Version