BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
Buku
PENGURUSAN SEKOLAH
GANDING Kudrat Keringat KHIDMAT
NO.TEL : 09-486 3433 [email protected] https://www.facebook.com/SK-BUKIT-NIKMAT-267608440074391
NO FAX : 09-486 3433 1
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. UMUM
1 Kata Aluan 4
2 Moto, Visi Dan Misi Sekolah 5
3 Lencana Sekolah 6
4 Lagu Sekolah 7
5 Piagam Pelanggan 8
6 Matlamat Sekolah 9
7 Aturcara Perhimpunan Rasmi Sekolah 10
8 Laluan Kecemasan 11
9 Penggal Persekolahan 2021 12
10 Hari kelepasan Am Negeri Pahang 13
11 Cuti Perayaan 2021 14
12 Maklumat Guru,Staf,Pekerja Pembersihan & Pengawal keselamatan 15
13 Enrolmen Guru ,Staf,Pekerja dan Murid 2021 16
14 Jadual Pencerapan dan Penyeliaan 17
15 Jadual semakan buku Latihan murid
16 Takwim Persekolahan 18
17 Panduan Am Guru dan Staf 19-29
18 Misi Kementerian Pelajaran Malaysia 30-37
19 Rukun Negara
20 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 38
21 Falsafah Pendidikan Islam 39
21 Falsafah pendidikan Guru 40
23 Etika Kerja Islam 41
24 Fokus Pengurusan Pentadbiran 42
25 Laporan UPSR 43
26 Ikrar Integeriti 44
27 Kalendar 2021 45
46
47
2
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
2.PENTADBIRAN
28 Bidang dan Senarai Tugas GPK pentadbiran 49-50
29 Carta Organisasi Pentadbiran 2021
30 Jawatankuasa Kewangan Sekolah 2021 51
31 Jawatankuasa Pentadbiran 2021
52
3.PENGURUSAN KURIKULUM 53-56
32 Visi dan Misi Kurikulum
33 Carta Organisasi Kurikulum 58
34 Jawatankuasa Kurikulum 2021
35 Perancangan Aktiviti Kurikulum 2021 59
4.PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 60-63
36 Visi dan Misi HEM
37 Carta Organisasi HEM 64
38 Jawatankuasa HEM
39 Jadual bertugas Mingguan 66
40 Bidang tugas HEM 67
68-71
5.PENGURUSAN KOKURIKULUM 72-73
74-80
41 Visi dan Misi Kokurikulum
42 Carta Organisasi 2021 82
43 Jawatankuasa Kokurikulum 83
44 Takwim Kokurikulum 2021 84-92
93-95
6.LAMPIRAN
97-98
45 11 AnjakanTransformasi 2013 - 2025 99
46 5 Aspirasi sistem Pendidikan 100
47 6 Ciri Utama murid bersaing peringkat global 101
48 Impak Transformasi Pendidikan
49 PAK 21 102-105
50 7 Ciri PdPC STEM 106
3
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
KATA ALUAN
SEBARIS KATA SEUNGKAP BICARA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kalimah syukur kehadrat Ilahi atas ruang dan peluang untuk saya mengucapkan “Selamat Tahun
Baru 2021” bagi sesi baru kepada seluruh warga pendidik dan staf SK Bukit Nikmat. Kepada pemimpin
barisan hadapan dan guru-guru yang sentiasa komited sepanjang tahun 2020, diharapkan semoga
kesinambungan budaya kerja cemerlang itu akan dapat diteruskan untuk mencipta lebih banyak
kejayaan pada tahun 2021.
Segala usaha yang membuahkan hasil perlu ditambah gilap supaya sinarnya sentiasa
bergemerlapan cemerlang. Jadikanlah kekurangan lalu sebagai dorongan untuk mencipta sesuatu
yang luar biasa untuk akan datang. Dalam sebuah keluarga yang harmonis, kita akan menjunjung
tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi memartabatkan SK Bukit Nikmat dalam menghasilkan
modal insan yang cemerlang bukan sahaja daripada segi akademik, malah pembentukan rohani dan
sahsiahnya. Di samping mementingkan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran abad ke-21 ini,
perlu diberi lebih penekanan dan perhatian terhadap budaya teknologi dan menerapkan nilai-nilai murni
bagi melahirkan para pelajar yang mampu berdaya saing dalam merealisasikan matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Selain itu juga, penerapan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) akan menjadi keutamaan dalam setiap pelaksanaan program peningkatan
kecemerlangan.
Kepada guru-guru dan anggota kumpulan sokongan yang sentiasa menyokong penuh hasrat
Pendidikan Negara, marilah kita bersatu hati ke arah satu matlamat dalam mewujudkan budaya kerja
yang progresif, kreatif dan inovatif demi memartabatkan profesion kita.Percayalah untuk mencipta rekod
baharu, usaha perlu digemblengkan daripada semua individu berlandaskan daripada idea yang dijana
bersama-sama. Semoga segala usaha yang kita lakukan ini akan dapat menghasikan kesan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang,bertepatan dengan hasrat yang terkandung dalam visi dan misi
sekolah.
Harapan saya, semoga SK Bukit Nikmat akan terus mencapai kecemerlangan dan kejayaan
yang gemilang dalam satu pasukan pada setiap lapangan
Sekian terima kasih, wassalam.
“GANDING KUDRAT KERINGAT KHIDMAT ”
EN. RUSLAN BIN OTHMAN
Guru Besar
SK Bukit Nikmat
27090 Jerantut Pahang
4
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
MOTO ,MISI ,VISI
VISI SEKOLAH
2024 SEKOLAH CEMERLANG DALAM KALANGAN SKM DAERAH JERANTUT
MISI SEKOLAH
Mewujudkan sebuah sekolah yang kondusif dan efektif dengan budaya
yang ceria serta mengadakan :
1.Program akademik dan kokurikulum yang inovatif.
2.Menjana kemenjadian insan yang cemerlang
MOTO
ILMU PELITA HIDUP
5
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
LENCANA
SEKOLAH
LENCANA LAMBANG PENGERTIAN
BINTANG Melambangkan Agama Islam ada-
lah agama Rasmi Negara
POKOK PADI Melambangkan resmi padi peri-
OBOR badi senantiasa merendah diri wa-
lau dimana jua berada.
WARNA BIRU
WARNA MERAH Melambangkan semangat warga
WARNA PUTIH SKBN yang sentiasa menyala untuk
mendidik anak bangsa
Melambangkan semangat
perpaduan dan hidup Bersatu hati
antara semua warga sekolah.
Melambangkan keberanian
warga SKBN dalam mengharungi
cabaran dalam bidang pendidikan
Nilai-nilai murni dan kebersihan
menjadi teras keharmonian sekolah
JALUR MERAH PUTIH Melambangkan warna bendera
Malaysia negara yang dicintai
LIMA BULATAN Melambangkan pemuafakatan
yang kukuh antara warga sekolah
COGAN KATA dalam masyarakat sekitar dalam
“ILMU PELITA HIDUP” pelbagai bidang dan urusan.
Melambangkan ilmu penting da-
lam kehidupan yang sempurna
6
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
LAGU SEKOLAH
Dipagari keindahan taman
SKBN yang amat ku cinta
Berjanji usaha hingga berjaya
Dengan semangat tekun di dada
Disiplin menjadi pegangan kita
Tekun belajar tidak pernah leka
Wawasan mulia pasti terlaksana
Ilmu berguna di sini bermula
Ikhlas di hati pasti diberkati
Bersatu berbakti kukuh jati diri
Mencapai hasrat insan berbudi
(Ulang rangkap 1)
7
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN
Dalam merealisasikan misi Sekolah Kebangsaan Bukit Nikmat sebagai institusi pendidikan
yang cemerlang selaras dengan motto sekolah iaitu “Ilmu Pelita Hidup”, oleh itu dengan
penuh iltizam, kami berjanji akan menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti
berikut:
Kepada Murid
Memberikan pendidikan cemerlang, pemantapan akal budi dan pendidikan
peradaban yang tinggi.
Kepada Staf
Menyediakan kemudahan terbaik lagi terkini bagi melicinkan tugas harian dalam
mewujudkan pendidikan yang berkesan.
Kepada Ibubapa/ Penjaga
Mewujudkan hubungan yang positif dan memenuhi kehendak mereka demi
menyokong pendidikan cemerlang dan berkesan
8
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
MATLAMAT SEKOLAH
Berusaha untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik
dan kokurikulum murid setiap tahun.
Sentiasa memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran
berkesan dan mencapai objektif.
Melahirkan murid berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah.
Berusaha untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Wawasan Pendidikan dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).
9
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
ATURCARA PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
MASA ACARA TINDAKAN
7.40 pagi - Guru bertugas / pengawas
● Pelajar berbaris di tapak perhimpunan - SU Perhimpunan / pengawas
7.45 pagi - Ketua pelajar
8.00 pagi ● Persiapan tempat – kerusi guru, dll. - Pengawas pengacara majlis
- Guru pengawas / pengawas
● kawad perhimpunan dan tunggu ketibaan - Pengawas
- Guru Bertugas Mingguan
guru-guru
● ketibaan pentadbir - Guru pengiring / penasihat /
● ucapan aluan pengacara majlis penyelaras kegiatan untuk
● alunan Asmaul Husna upacara penyampaian hadiah.
● bacaan doa
● sedia dengan muzik untuk : - pengacara majlis
nyanyi lagu negaraku dengan iringan muzik
nyanyi lagu Negeri Pahang dengan iringan muzik - Ketua pelajar / Pengawas
nyanyi lagu sekolah dengan iringan muzik - Pengawas
● Ikrar
● ucapan bertema guru bertugas mingguan • Guru bertugas / pengawas
● upacara penyampaian hadiah/sijil/
penghargaan Urutan penyampai oleh :
Guru-guru
PK Kokurikulum
PK HEM
Penolong Kanan
Guru Besar
● ucapan-ucapan :
Guru-guru – pengumuman/tindakan
Guru disiplin
Kaunselor
PK Kokurikkulum
PK HEM
Penolong Kanan
Guru Besar
● penutup :
pengumuman guru-guru bertugas mingguan
Bacaan Surah Al-’Asr
8.10 pagi ● majlis bersurai
kemaskan peralatan semasa perhimpunan
Nota :
Jika perhimpunan tiada / dibatalkan, perubahan berikut hendakalah dibuat:
Waktu perhimpunan dijadikan masa pengurusan kelas.
Guru kelas dan guru taulan akan bergilir-gilir berada di kelas masing-masing sepanjang waktu
tersebut.(masa perhimpunan iaitu 7.40 – 8.10).
Guru bertugas akan sebarkan kepada pelajar.
10
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
LALUAN KECEMASAN
11
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
PENGGAL PERSEKOLAHAN
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU
CUTI AWAL TAHUN 19 3
01.01.2021 – 19.01.2021
20.01.2021 31.01.2021 8
01.02.2021 28.02.2021 17
20 10
01.03.2021 26.03.2021
JUMLAH HARI 45
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 91
27.03.2021 – 04.04.2021
1 05.04.2021 30.04.2021 20
01.05.2021 28.05.2021 15 8
JUMLAH HARI 35
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 16 2
29.05.2021 – 13.06.2021
14.06.2021 30.06.2021 13
01.07.2021 16.07.2021 12 5
JUMLAH HARI 25
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
17.07.2021 – 25.07.2021 91
26.07.2021 31.07.2021 01.08.2021 5
31.08.2021 20 7
8
01.09.2021 10.09.2021
JUMLAH HARI 33
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 91
11.09.2021 – 19.09.2021
2 20.09.2021 30.09.2021 9
01.10.2021 31.10.2021 20
01.11.2021 30.11.2021 19 12
01.12.2021 10.12.2021 8
JUMLAH HARI 56
CUTI AKHIR TAHUN 21 3
11.12.2021 – 31.12.2021
HARI GANTI
Hari ganti ialah hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bgi menggantikan
hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh
Pendaftar. Hari ganti persekolahan bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B boleh
diambil daripada vmana=mana hari Sabtu minggu ke-2 atau ke-4 dalam mana-mana
bulan pada Tahun 2021 jika Guru Besar atau Pengetua mendapati bahawa hari sekolah
bagi sekolahnya adalah bkurang daripada satu ratus sembilan pulu (190) hari.
12
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
HARI KELEPASAN AM NEGERI PAHANG
HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI
Tahun Baru 01.01.2021 Jumaat
Tahun Baru Cina 12 & 13.02.2021 Jumaat dan Sabtu
Hari Nuzul Al-Quran 29.04.2021 Khamis
Hari Pekerja 01.05.2021 Sabtu
Hari Raya Aidilfitri 13 & 14.05.2021 Khamis dan Jumaat
Hari Hol Pahang 22.05.2021 Sabtu
Hari Wesak 26.05.2021 Rabu
Hari Keputeraan YDPA 07.06.2021 Isnin
Hari Raya Qurban 20.07.2021 Selasa
Hari Keputeraan Sultan Pahang 30.07.2021 Jumaat
Awal Muharam 10.08.2021 Selasa
Hari Kebangsaan 31.08.2021 Selasa
Hari Malaysia 16.09.2021 Khamis
Maulidur Rasul 19.10.2021 Selasa
Hari Deepavali 04.11.2021 Khamis
Hari Krismas 25.12.2021 Sabtu
CATATAN :
Apabila Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari
kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika yang
kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari
kelepasan.
Hari Sabtu ialah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. jika hari
kelepasan am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu adalah merupakan hari
kelepasan am dan tidak digantikan pada hari-hari yang lain.
13
2021 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
LAMPIRAN C
CUTI PERAYAAN
CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
TAHUN BARU CINA
12.02.2021 (Jumaat) dan KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN
13.02.2021 (Sabtu) 10.02.2021 (Rabu) 10.02.2021 (Rabu) Dua (2) Hari Cuti
11.02.2021 (Khamis) 11.02.2021 (Khamis) Tambahan KPM
HARI RAYA AIDILFITRI 11.05.2021 (Selasa) 11.05.2021 (Selasa) Dua (2) Hari Cuti
13.05.2021 (Khamis) dan 12.05.2021 (Rabu) 12.05.2021 (Rabu) Tambahan KPM
14.05.2021 (Jumaat)
HARI KAAMATAN Sabah dan Wilayah Dalam Cuti Perten-
30.05.2021 (Ahad) dan Persekutuan Lbuan gahan Tahun
31.05.2021 (Isnin) sahaja
HARI GAWAI Negeri Sarawak saha- Dalam Cuti Perten-
01.06.2021 (Selasa) dan ja gahan Tahun
02.06.2021 (Rabu)
HARI DEEPAVALI 03.11.2021 (Rabu) 03.11.2021 (Rabu) dan Dua (2) Hari Cuti
04.11.2021 (Khamis) 07.11.2021 (Ahad) 05.11.2021 (Jumaat) Tambahan KPM
Semua Negeri
Kumpulan B kecuali Satu (1) Hari Cuti
Sarawak Tambahan KPM
05.11.2021 (Jumaat)
Sarawak sahaja
KUMPULAN A:
Sekolah-sekolah di negeri: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya.
CATATAN: : 30 & 31 Mei 2021 (Dalam Cuti Pertengahan ahun)
Perayaan Hari Kaamatan : 01 & 02 Jun 2021 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun)
Perayaan Hari Gawai Dayak : (Dalam Cuti Pertengahan Penggal)
Perayaan Hari Raya Qurban 20 Julai 2021 (semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Perlis
dan Terengganu tambahan cuti pada 21 Julai 2021)
Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2021 dalam Cuti Akhir Tahun)
14
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
MAKLUMAT GURU DAN STAF
BIL GURU JAWATAN OPSYEN M/P AJAR
1 En. Ruslan bin Othman Guru Besar SN SN/SEJ
2 En Jefri bin yahya PI PI/SEJ
3 En. Zam Tuah b. Misiran GPK 1 PM BM/DSV
4 En. Mohd Jeffry b. Hussain GPK HEM BI BI/SEJ
5 En. Mohd Robi b. Yong GPK KO SN
6 Pn.Nor Hanim bt Abu Bakar PM SN/PJ/PK/PJK
7 En.Faizaluddin b.Abd Aziz KP SN PM BM/DSV
KP BM BM/MT
8 Pn. Noor Azlina bt. Ilias Guru Data/Guru PRA/PM
9 Pn. Siti Sarah bt. Tungkai Pemulihan BA PRA
Guru Pra BA/DSV/RBT
10 Pn. Yusmizal Muna bt. Mat Akil Penyelaras J-QAF / MT
11 Pn. Norakesumawati bt. Yusof KP BA PM MT/MZ
12 Pn. Haslina bt. Hassan KP MT PI BI/PJPK
13 En.S Kamarulhisyam bin Syed KP BI PJK/MT PI/PRA
KP PI/Guru Media SAINS/PJPK
Hussain KP PJK/ Kedai Buku
14 Pn.Jamizan bt Ibrahim
14 Pn. Asnita bt. Ahmad KP SAINS MATE/SAINS BM/MT
15 Pn. Rusmaniah bt. Ahmad
16 Pn. Hafidah bt. Abdul Rahman Pembantu Tadbir
Pembantu pengurusan Murid
Pembantu Am Pejabat
MAKLUMAT PEKERJA PEMBERSIHAN DAN PENGAWAL KESELAMATAN
BIL NAMA JAWATAN
1 En. Roslan b. Abd Razak Pekerja
2 Pn. Normah bt. Dollah Pekerja
3 En. Mohd Najib b. Samat
4 En. Mohd Redzuan b. Mohd Adam Pengawal Keselamatan
Pengawal Keselamatan
15
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
ENROLMEN GURU, STAF,PEKERJA DAN MURID
ENROLMEN GURU, STAF DAN PEKERJA TAHUN 2021
KUMPULAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
GURU 7 7 14
STAF 0 3 3
PEKERJA SWASTA 1 1 2
PENGAWAL KESELAMATAN 2 0 2
JUMLAH KESELURUHAN 10 11 21
ENROLMEN MURID PRA – TAHUN 6 2021
KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
PRA SEKOLAH 11 14 25
12 7 19
TAHUN 1 5 10 15
TAHUN 2 4 7 11
TAHUN 3 6 11 17
TAHUN 4 7 5 12
TAHUN 5 5 11 16
TAHUN 6 50 65 115
JUMLAH KESELURUHAN
ENROLMEN MURID TAHUN 1 – TAHUN 6 2021
KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
TAHUN 1 12 7 19
TAHUN 2 5 10 15
TAHUN 3 4 7 11
TAHUN 4 6 11 17
TAHUN 5 7 5 12
TAHUN 6 5 11 16
JUMLAH KESELURUHAN 39 51 90
16
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
JADUAL PENCERAPAN DAN PENYELIAAN
JADUAL PENCERAPAN/ PENYELIAAN
2021
PENYELIAAN OLEH MENILAI
EN. RUSLAN BIN OTHMAN SEMUA GPK & GURU
EN. JEFRI B. YAHYA 1) PN. SITI SARAH BT. TUNGKAI
EN. ZAM TUAH B. MISIRAN 2) PN NORAKESUMAWATI BT YUSOF
EN. MOHD JEFFRY B. HUSSAIN 3) PN. NOOR AZLINA BT. ILIAS
1) PN. YUSMIZAL MUNA BT. MAT AKIL
2) PN JAMIZAN BT IBRAHIM
3) TN.S. MOHD KAMARULHISYAM B.
SYED HUSSAIN
1) PN. NOR HANIM BT ABU BAKAR
2) EN. MOHD ROBI B. YONG
3) PN. HASLINA BT. HASSAN
4) EN FAIZALUDDIN BIN ABD AZIZ
17
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
JADUAL SEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
JADUAL SEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
2021
SUBJEK MINGGU MAC APRIL JULAI OKTOBER
BAHASA PERTAMA PK HEM PK HEM GURU BESAR PK HEM
MELAYU
BAHASA KEDUA PK KOKU PK KOKU PK KOKU GURU BESAR
INGGERIS
MATEMATIK KETIGA PK PENTADBIRAN GURU BESAR PK PENTADBIRAN PK
PENTADBIRAN
SAINS PERTAMA GURU BESAR PK PENTADBIRAN PK HEM PK KOKU
PENDIDIKAN KEDUA PK PENTADBIRAN GURU BESAR PK PENTADBIRAN GURU BESAR
ISLAM
18
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
TAKWIM PERSEKOLAHAN
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2021
MULAI 20/01/2021 HINGGA 10/12/2021
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
12 JAN MESYUARAT EXCO BIL 1 SEMUA EXCO
14-15 JUALAN KEDAI BUKU PENYELARAS KEDAI BUKU
SEMUA GURU DAN STAF
18 JAN MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN KALI PERTAMA
SEMUA GURU
19 JAN MESYUARAT KURIUKULUM, HEM DAN KOKURIKULUM
MINGGU 1 KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
TARIKH
20 JAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PDPR SEMUA GURU
GURU KELAS
21 JAN SERAHAN BUKU TEKS
22 JAN TINDAKAN
MINGGU 2 GPK 1
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI GPK HEM
25 JAN MESYUARAT KURIKULUM 1 GPK KO
26 JAN MESYUARAT HEM 1 SU HEM
27 JAN MESYUARAT KOKURIKULUM 1 KP SN / KP MT
28 JAN MESYUARAT JK BANTUAN (RMT THN 1/BAP 2021) TINDAKAN
SU BIMBINGAN
29 JAN MESYUARAT PANITIA MATEMATIK / SAINS
KP BM / KP BI
MINGGU 3
SU KANTIN
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI GPK HEM
1 FEB #PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH# GB / PT
2 FEB MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU / BAHASA INGGERIS
3 FEB MESYUARAT KANTIN 1
4 FEB MESYUARAT PEKERJA SEKOLAH
5 FEB MMESYUARAT KEWANGAN
19
MINGGU 4 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
SU DISIPLIN DAN
8 FEB #WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS#
KP PI / KP BA
9 FEB MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB
10 FEB TINDAKAN
11 FEB CUTI TAHUN BAHARU CINA
12 FEB CUTI TAHUN BAHARU CINA KP
CUTI TAHUN BAHARU CINA GPK 1 / SU
MINGGU 5 GPK HEM
SU/GPK 1
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
TINDAKAN
15 FEB MESYUARAT PANITIA ELEKTIF 1
SEMUA KP
16 FEB MESYUARAT PSS 1
SU PENGAWAS
17 FEB MESYUARAT AJK DISIPLIN DAN BINA INSAN GPK 1
PENYELARAS
18 FEB MENTOR MENTEE GURU
TINDAKAN
19 FEB SU HEM
MINGGU 6 SU PIBG
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
22 FEB MENGEMASKINI STOK
23 FEB
24 FEB MESYUARAT PENGAWAS KALI PERTAMA
25 FEB MESYUARAT EXCO 2
26 FEB PROGRAM MOTIVASI
MINGGU 7
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
01 MAC PELANCARAN PROGRAM KEBERSIHAN KELAS
PELANCARAN PROGRAM KEHADIRAN KELAS TERBAIK
02 MAC
03 MAC MESYUARAT AGUNG PIBG
04 MAC PROGRAM PENABUNGAN BANK RAKYAT 1
05 MAC
20
MINGGU 8 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
PENYELARAS & GBM
8 MAC
PANITIA PI
9 MAC PROGRAM MENTOR-MENTEE
10 MAC
11 MAC CUTI ISRAK DAN MIKRAJ
12 MAC TAZKIRAH BULANAN
MINGGU 9
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
15 MAC GPK KO
GB / SEMUA GPK
16 MAC MESYUARAT KOKURIKULUM 2 GB / SEMUA GPK
GB / SEMUA GPK
17 MAC PENCERAPAN DAN PEMERIKSAAN BUKU TULIS DAN LATIHAN
18 MAC PENCERAPAN DAN PEMERIKSAAN BUKU TULIS DAN LATIHAN
19 MAC PENCERAPAN DAN PEMERIKSAAN BUKU TULIS DAN LATIHAN
MINGGU 10
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
SU KESIHATAN
22 MAC PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN GPK1
SU DISIPLIN
23 MAC MESYUARAT KURIKULUM 2 GPK HEM
24 MAC KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
25 MAC MESYUARAT HEM 2
26 MAC
27 MAC HINGGA 4 APRIL = CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
MINGGU 11
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
05 APR SU KESIHATAN
SU KESELAMATAN
06 APR
07 APR GOTONG-ROYONG BEBAS AEDES
08 APR LATIHAN KEBAKARAN 1
09 APR
21
MINGGU 12 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
KP PAI
12 APR AMBANG RAMADAN
KP PAI
13 APR AWAL RAMADAN KP PAI
KP PAI
14 APR TADARUS
15 APR TADARUS
16 APR BACAAN YAASIN / SOLAT HAJAT
MINGGU 13
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
19 APR MESYUARAT PANITIA BM / BI 2 KP BM / KP BI
20 APR GB / SEMUA GPK
21 APR PENCERAPAN DAN PENILAIAN BUKU TULIS DAN LATIHAN SU BUKU TEKS
22 APR
23 APR PEMERIKSAAN BUKU TEKS
MINGGU 14
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
26 APR GPK 1 / PENYELARAS
27 APR MESYUARAT PSS 2 KP PI / KP BA
28 APR MESYUARAT PANITIA PI / BA 2
29 APR NUZUL AL-QURAN
30 APR
MINGGU 15
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
3 MEI GPK 1 /PENYELARAS
4 MEI MESYUARAT AJK KECEMERLANGAN UPSR SU KANTIN
5 MEI MESYUARAT KANTIN 2 KP
6 MEI
7 MEI SOLAT HAJAT / BACAAN YAASIN BULANAN
22
MINGGU 16 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
10 MEI TINDAKAN
11 MEI CUTI HARI RAYA AIDILFITRI KP MT / KP SN
SU
12 MEI CUTI HARI RAYA AIDILFITRI
PENYELARAS
13 MEI CUTI HARI RAYA AIDILFITRI
GPK KO / KP PI
14 MEI CUTI HARI RAYA AIDILFITRI
SU PENABUNGAN
MINGGU 17
TINDAKAN
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI SU BIMBINGAN
17 MEI MESYUARAT PANITIA MT/SN 2
18 MEI MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN 2
19 MEI KARNIVAL KELAB DAN PERSATUAN
20 MEI SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH
21 MEI PENABUNGAN BANK RAKYAT 2
MINGGU 18
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
24 MEI
25 MEI PROGRAM ADAB
26 MEI CUTI HARI WESAK
27 MEI
28 MEI
29 MEI HINGGA 13 JUN = CUTI PERTENGAHAN TAHUN
MINGGU 19 KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
TARIKH
14 JUN PBD 1
15 JUN PBD 1
16 JUN PBD 1
17 JUN PBD 1
18 JUN
23
MINGGU 20 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
GPK HEM
21 JUN
GPK / SU
22 JUN MESYUARAT HEM 3
TINDAKAN
23 JUN MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR 3 SU PENGAWAS
GPK KO
24 JUN
GPK 1
25 JUN SEMUA GURU
KP PI
MINGGU 21
TINDAKAN
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
SU
28 JUN SU
29 JUN MESYUARAT PENGAWAS KALI KE-2/ TINDAKAN
MESYUARAT KOKURIKULUM 3
SU
30 JUN MESYUARAT KURIKULUM 3
1 JUL HARI TANDA KASIH
2 JUL SOLAT HAJAT / BACAAN YAASIN BULANAN
MINGGU 22
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
5 JUL
6 JUL MESYUARAT PANITIA P.ISLAM / BAHASA ARAB 3
7 JUL MESYUARAT PANITIA BM/ BI 3
8 JUL
9 JUL
MINGGU 23
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
12 JUL
13 JUL MESYUARAT PANITIA SN / MT 3
14 JUL
15 JUL
16 JUL
24
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
19 JULAI HINGGA 23 JULAI = CUTI HARI RAYA HAJI
MINGGU 24
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
26 JUL SU
27 JUL MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR
28 JUL CUTI HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG
29 JUL
30 JUL
MINGGU 25
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
2 OGOS PENYELARAS
SU/GPK 1
3 OGOS KEM GEMILANG
4 OGOS MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN 3
5 OGOS
6 OGOS
MINGGU 26
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
SU PENGAWAS
9 OGOS
10 OGOS CUTI AWAL MUHARRAM
11 OGOS
12 OGOS MESYUARAT PENGAWAS KALI KE-3
13 OGOS
MINGGU 27
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
SU KESIHATAN
16 OGOS
17 OGOS
18 OGOS PROGRAM BEBAS AEDES
19 OGOS
20 OGOS
25
MINGGU 28 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
MESYUARAT HEM 4 GPK HEM
23 OGOS
24 OGOS
25 OGOS
26 OGOS
27 OGOS
MINGGU 29
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
30 OGOS SU PENABUNGAN
31 OGOS TINDAKAN
GPK KO
1 SEPT SU KANTIN
2 SEPT
3 SEPT PENABUNGAN BANK RAKYAT 3
MINGGU 30
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
6 SEPT MESYUARAT KOKURIKULUM 4
7 SEPT MESYUARAT KANTIN 3
8 SEPT
9 SEPT
10 SEPT
13 SEPTEMBER HINGGA 17 SEPTEMBER = CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
MINGGU 31
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
20 SEPT MINGGU ANTI DADAH SU PPDa
21 SEPT
22 SEPT
23 SEPT
24 SEPT
26
MINGGU 32 KEGIATAN/AKTIVITI BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
TARIKH TINDAKAN
27 SEPT
28 SEPT
29 SEPT
30 SEPT
1 OKT
MINGGU 33
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
4 OKT
5 OKT KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SU SUKAN
6 OKT
7 OKT LATIHAN KEBAKARAN 2 SU KESELAMATAN
8 OKT TINDAKAN
MINGGU 34 SU KANTIN
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
11 OKT MESYUARAT KANTIN 4
12 OKT
13 OKT
14 OKT
15 OKT
MINGGU 35
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
18 OKT CUTI MAULIDUR RASUL
19 OKT
20 OKT
21 OKT
22 OKT
27
MINGGU 36 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
25 OKT GOTONG-ROYONG BEBAS AEDES 2
26 OKT SU KESIHATAN
27 OKT
28 OKT TINDAKAN
29 OKT
TINDAKAN
MINGGU 37 SU HEM
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
1 NOV
2 NOV CUTI HARI DEEPAVALI SU
3 NOV CUTI HARI DEEPAVALI
4 NOV CUTI HARI DEEPAVALI SU
5 NOV
SU
MINGGU 38 SU
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
8 NOV MESYUARAT JK BANTUAN (RMT 2020)
9 NOV
10 NOV
11 NOV
12 NOV
MINGGU 39
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
15 NOV
16 NOV PBD 2
17 NOV
18 NOV PBD 2
19 NOV
PBD 2
PBD 2
28
MINGGU 40 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI TINDAKAN
22 NOV
23 NOV MESYUARAT PANITIA PI/BA KP PAI/KP BA
24 NOV
25 NOV MESYUARAT PENGAWAS KALI KE-4 SU PENGAWAS
26 NOV
MESYUARAT PANITIA SN/MT KP SN /KP MT
MESYUARAT PANITIA BM/ BI KP BM / KP BI
MINGGU 41 TINDAKAN
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI SEMUA GURU
29 NOV
30 NOV SEMAKAN FAIL SU DISIPLIN
1 DIS
2 DIS MESYUARAT DISIPLIN DAN PENGAWAS GPK 1
3 DIS
MESYUARAT KURIKULUM 4 PENYELARAS
PEMULANGAN BUKU TEKS TINDAKAN
MINGGU 42 SU
TARIKH KEGIATAN/AKTIVITI
6 DIS
7 DIS MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN 4
8 DIS PERSIAPAN BANJIR
9 DIS
10 DIS
13 DISEMBER 2021 HINGGA 31 DISEMBER 2021 = CUTI AKHIR TAHUN
29
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
PANDUAN AM GURU & STAF AKP SEKOLAH
1.ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
1.1 Guru dan staf AKP hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Falsafah Pendidikan Islam, Nilai Teras Sekolah Rendah.
1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Misi dan Visi Sekolah.
1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Misi, Visi, Matlamat dan Objektif sekolah.
1.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
1.5 Dalam menjalankan tugas meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan
peribadi.
1.6 Semua guru adalah Guru Disiplin.
1.7 Semua guru adalah Guru Kaunseling.
2.KEDATANGAN
2.1 Jadual waktu persekolahan atau waktu bekerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan dan
merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat.
2.3 Guru /staf AKP hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir
atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan
kecemasan.
2.5 Waktu bekerja semua staf AKP mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuat-
kuasa.
3.KELUAR WAKTU BERTUGAS
3.1 Pada waktu persekolahan atau kerja guru dan staf AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan
sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kemen-
terian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeridengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru
Besar /Penolong Kanan.
3.2 Guru dikehendaki mengisi Buku Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong
Kanan.
3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah.
3.4 Staf AKP dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau wakilnya dan mengisi
Buku Kebenaran Keluar serta dapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran.
3.5 Guru dan staf AKP hendaklah mencatatkan waktu keluar dan masuk semula.
30
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
PANDUAN AM GURU & STAF AKP SEKOLAH
4.MELAKUKAN KERJA LUAR
4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am
Bab “D‟ seperti berikut:
4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
4.1.2 Dibenarkan dengan syarat:
4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
4.1.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
jabatan.
4.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah
melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79(1) dan subseksyen 132(g) di mana boleh
didenda tidak melebihi RM50,000.00 (ringgit Malaysia: Lima puluh ribu) atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
5. CUTI
5.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal
Mengikut surat pekeliling Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru
berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh
dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar biasa.
5.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
5.2.1 Cuti sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti
Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender ; dan
5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi
pegawai yang layak.
5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk guru sandaran terlatih dan guru kontrak.
Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5.2.4 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang
melayakkan dalam tahun berkenaan (Rujuk Perintah Am 1 (ix) Bab C).
5.3 Cuti Sakit
5.3.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut- turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam setahun.
5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus- putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
31
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
PANDUAN AM GURU & STAF AKP SEKOLAH
5.4 Cuti Keluar Negara
5.4.1 Semua guru yang bercuti keluar Negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan permohonan
yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
5.5 Cuti Khas – Isteri bersalin
5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam
lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan
kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
5.6 Cuti Tanpa Rekod
5.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan
syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan iktisas, mengambil bahagian
sukan, tugas khas perubatan.
5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga(3) hari sebagai
cuti tanpa rekod. Ahli yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa
kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan.
6.PAKAIAN
6. 1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur.
6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan juga dikehendaki
memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian uniform pada setiap hari Rabu, pakaian batik pada
setiap hari khamis dan Baju Melayu pada setiap hari Jumaat.
6.6 Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
6.6.1 Guru perempuan seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju
trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
6.6.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek
atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
7.TANDA NAMA
Semua guru dan staf AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di
sekolah atau di luar sekolah.
32
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
PANDUAN AM GURU & STAF AKP SEKOLAH
8.BILIK GURU
8.1 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah
dianggap “non-teaching period‟ dan bukan “free period‟. Masa tersebut sepatutnya digunakan
untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan
tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan
dijalankan di bilik guru.
8.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana
yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman guru lain
8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk
keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
8.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu
dipadamkan dan semua pintu dikunci.
9.MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
9.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau boleh berurusan dengan
Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran.
9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehberurusan dengan Ketua
panitia, GKMP, Guru Penolong Kanan.
10.TUGAS
10.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas
tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
10.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di Jabatan Pendidikan dan di sekolah
hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan
tanpa pengetahuan Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran.
10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai
hendaklah dikemukakan kepada Pengetua.
10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke
sekolah hendaklah menjalankan “In-House Training‟ kepada guru dan memaklumkan kepada
Guru Penolong Kanan/Pengetua tarikh, nama dan masa pelaksanaannya.
10.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk
pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Bidang atau Ketua Panitia.
11.BUKU REKOD MENGAJAR
11.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Buku Rekod Mengajar. Semua butiran
hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan
kepada Pengetua mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.
33
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
PANDUAN AM GURU & STAF AKP SEKOLAH
11.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk
urusan guru pengganti.
11.3 Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.
12.JADUAL WAKTU MENGAJAR
12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual
waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
12.2 Guru Tingkatan (Akademik) hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri.
13.KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
13.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar
yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah
dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM.
13.2 Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan peraturan- peraturan mengenai
penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain disediakan serta
ditampal.
14.KEBERSIHAN
14.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru kelas untuk kelas masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas
hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.
14.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas
(bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal bahasa dan lain- lain) bertanggungjawab
menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
14.3 Semua guru, staf AKP dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan
sekolah.
15.SURAT MENYURAT
15.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru
Besar untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
15.2 Surat-surat keluar yang ditulis oleh guru kepada Kementerian, Jabatan dan sekolah lain hendaklah
melalui Guru Besar.
16.SURAT YANG DITERIMA
16.1 Surat yang diterima oleh sekolah mesti diedar kepada guru untuk tindakan. Guru berkenaan
hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat tersebut.
16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada
Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru
berkenaan, maka guru itu hendaklah:
34
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
PANDUAN AM GURU & STAF AKP SEKOLAH
16.3.1 Memastikan samada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta
difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail pejabat.
16.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan,
maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat
litup/iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berke-
naan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup dari sekolah walaupun dihantar
dengan serah tangan. Satu salinan disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau ru-
jukan bila diperlukan.
17.URUSAN DENGAN JPN
Guru dan staf AKP tidak digalakkan terus pergi Jabatan Pendidikan Negeri untuk urusan peribadi atau
perkhidmatan kecuali diarah berbuat demikian/dengan arahan Guru Besar.
18.PELAWAT / JURUJUAL
Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru
tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Guru
Besar/wakilnya.
19.PEMBELIAN BARANG
19.1 Setiap pembelian barang dengan kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan nota minta.
Nota Minta tersebut hendaklah diluluskan oleh Guru Besar.
19.2 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang Pesanan
Tempatan (Local Order/LO)
19.3 Segala inbois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod no. daftar stok dan
serah dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta
dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
20.KEGIATAN KOKURIKULUM
20.1 Semua guru adalah Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan
mengikut jadual yang ditetapkan.
20.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis namapada buku kehadiran kokurikulum
yang disediakan di pejabat.
21.PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
21.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang
ditetapkan.
21.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Blazer adalah
digalakkan.
21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, dan lain-lain.
35
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
PANDUAN AM GURU & STAF AKP SEKOLAH
22.MESYUARAT GURU
22.1 Guru Besar akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke
mesyuarat adalah diwajibkan.
22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru Penolong Kanan/Guru
Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.
22.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar
trek,selipar tidak dibenarkan.
23.ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH/ MESYUARAT/ KURSUS DALAMAN.
23.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman.
23.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada
pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
24.PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
24.1 Guru dan staf AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dalam organ-
isasi dan mengelakkan ketegangan hubungan.
24.2 Guru dan staf AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan sesamarakan atau pun pelajar sekolah ini.
24.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan
dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
25.KEAHLIAN KELAB GURU/PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
25.1 Semua guru dan kakitangan sokongan secata automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru & Staf
(BKGS)
25.2 Semua guru secara automatik menjadi ahli PIBG.
26.ARAHAN DAN PEKELILING
26.1 Setiap arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah
dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas
pekeliling Peribadi.
36
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
PANDUAN AM GURU & STAF AKP SEKOLAH
27.PENGGUNAAN ALAT-ALAT
27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkanmesti mendapat kebenaran
daripada penjaga stok dan direkodkan. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan
dengan segera dalam keadaan baik.
27.2 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.
28.TELEFON/FAKS
28.1 Penggunan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak
dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
28.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan semasa
mesyuarat.
29.KUNCI
Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod
Peminjaman di pejabat.
37
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
VISI DAN MISI KPM
38
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
RUKUN NEGARA
39
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
40
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat
41
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.
42
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
ETIKA KERJA ISLAM
43
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
FOKUS PENGURUSAN PENTADBIRAN
1.PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BERKESAN
2.SEKOLAH YANG BERKESAN
3.GURU YANG PROFESIONAL
4.KURIKULUM YANG RELEVAN
5.SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
6.PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SOKONGAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
7.PEMBINAAN INSTITUSI PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
8.PEMBINAAN SISTEM INSTITUSI PERLAKSANAAN DAN PEMANTAUAN YANG
BERKESAN : SISTEM PENTADBIRAN
9.PEMBANGUNAN STAF YANG KOMPREHENSIF
10.PEMBINAAN HUBUNGAN LUAR DAN MASYARAKAT
44
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
LAPORAN PENCAPAIAN UPSR
LAPORAN PENCAPAIAN UPSR BAGI LIMA TAHUN TERAKHIR
TAHUN BIL. BIL. PERATUS PERATUS KESE- GPS
MURID 5A/6A 5A/6A LURUHAN
2015 10.53 84.21 1.99
2016 19 2 0.00 100 2.33
2017 11 0 0.00 92.86 2.56
2018 14 0 0.00 75.00 3.00
2019 12 0 13.33 100 1.88
15 2
GRAF PENCAPAIAN KELULUSAN UPSR 2015 HINGGA 2019
45
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
IKRAR INTEGERITI
Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus
dan suci hati berikrar, memantap dan memperkukuhkan maruah dan
integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara
kami.
Ke arah itu, kami berikrar :
• Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan
undang-undang
• Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
• Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai
murni dan beretika
• Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak
untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan
perbuatan tidak berintegriti
• Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas
terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara
• Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara
individu dan berpasukan.
46
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
KALENDAR
47
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK BUKIT NIKMAT
PENGURUSAN
PENTADBIRAN
48
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
BIDANG DAN SENARAI TUGAS GPK PENTADBIRAN
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
• Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
• Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
• Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan
keselamatan.
• Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
• Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Kurikulum
• Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.
• Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
• Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
• Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
• Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar
dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.
• Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan su-
sulan.
• Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
• Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
• Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.
Pengurusan
• Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
• Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan.
• Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
• Membantu merancang takwim sekolah.
• Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
• Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.
• Menyelaras semua jenis kutipan yuran
49
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
2021
BIDANG DAN SENARAI TUGAS GPK PENTADBIRAN
• Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
• Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
• Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.
Pembangunan Diri Pelajar
• Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah.
• Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.
• Mengadakan kursus kemahiran pelajar.
Pembangunan Organisasi.
• Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
• Mengadakan kursus/latihan personal.
Pembangunan Kendiri.
• Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
• Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
• Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
• Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.
50