The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-16390744, 2021-08-12 02:15:02

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH UTK PDF

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH UTK PDF

Kepada: SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHEMPAKA
21060 KUALA NERUS, TERENGGANU

Tel No : 0-69697851 Fax No: 0-69699548 Email : [email protected]

Tarikh : 11 Ogos 2021

Pn Salwana bt Halim (GPK Kurikulum)
Pn. Faridah bt Mat Yaacob (Ketua Panitia Sejarah)
Pn. Norulhuda bt Ab Ghafar (Setiausaha )
Pn Shabariah bt Yunus
En Ismail bin Abd Razak

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 2, 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh : 12.08.2021 ( Khamis)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Secara atas talian ( Voice Chat Telegram)

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Ucapan Aluan Pengerusi

3.2 Perutusan GPK Kurikulum

3.3 Mengesahkan Minit yang lepas

3.4 Perkara Berbangkit

3.5 Perbincangan Perkara Baru

3.5.1 PDPR

3.5.2 PBD /Pelaporan /Ujian Sumatif

3.5.3 Program Bulan Kemerdekaan bersama PSS

3.5.4 PLC

3.6 Hal-hal lain

4. Semoga mendapat kerjasama daripada pihak tuan/puan.Kehadiran adalah diwajibkan.

Sekian, terima kasih.

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan” “BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………….
HAJAH FATIMAH BINTI EMBONG
Guru Besar, SK Bukit Chempaka.

1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHEMPAKA
21060 KUALA NERUS, TERENGGANU

Tel No : 0-69697851 Fax No: 0-69699548 Email : [email protected].

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 1/2021

Tarikh : 16 Mac 2021
Hari : Selasa
Masa : 1.10 petang
Tempat : Pusat Sumber Ibnu Sina

Kehadiran :

Pn Salwana bt Halim (GPK Kurikulum)
Pn. Faridah bt Mat Yaacob (Ketua Panitia Sejarah)
Pn. Norulhuda bt Ab Ghafar (Setiausaha )
Pn Shabariah bt Yunus
En Ismail bin Abd Razak

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menghadiri mesyuarat panitia sejarah kali

pertama untuk tahun ini..
1.3 Mengucapkan tahniah kepada semua ajk kerana telah dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan

penuh komitmen dan dedikasi.
1.4 Sejarah merupakan subjek yang sangat menarik yang bermula pada tahun 4 merupakan mata pelajaran

yang dikuatkuasakan sebagai subjek elektif sejak tahun 2014 dengan peruntukan masa 60 minit
seminggu.
e-Rph digunakan mengikut KSSR dan Dokumen Standard Penjajaran 2.0.
1.5 Guru mata pelajaran Sejarah sesi 2021.

4P Cikgu Faridah bt Mat Yaacob. 5P Cikgu Faridah bt Mat Yaacob.
4C Cikgu Shabariah bt Yunus. 5C Ustazah Norulhuda b Ab Ghafar
6P Cikgu Ismail bt Abd Razak 6C Cikgu Salwana bt Halim

Tindakan : Makluman

2. Perutusan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

2.1 Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru di atas kehadiran pada mesyuarat kali pertama ini.

2.2 Fail panitia hendaklah dikemaskini isi kandungan untuk sesi 2021. Isi Kandungan fail

lama boleh diguna pakai untuk tempoh 3 tahun terakhir sahaja.

2.3 Mesyuarat panitia mesti dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun atau pun perlu

dilaksanakan mengikut keperluan sekolah masing-masing.

Tindakan : Makluman

2

3. Perbincangan Perkara Baru

3.1 Perancangan Aktiviti Tahunan

3.1.1 Mengadakan Pameran bertema Adam Resam di Malaysia,anjuran bersama Panitia Sejarah
dan Jawatankuasa Pusat Sumber Ibnu Sina .
3.1.2 Pertandingan sempena Kemerdekaan (melukis potret pemimpin/mewarna poster
Kemerdekaan/pertandingan mendeklamasikan sajak kemerdekaan).
3.1.3 Papan Kenyataan Panitia Sejarah,merangkumi Carta Organisasi,Tokoh pemimpin, Bendera
Malaysia dan yang berkaitan sejarah Malaysia.
3.1.4 Mewujudkan Sudut Khas untuk pengetahuan Sejarah di sekolah.
3.1.5 Menyenaraikan bahan yang diperlukan untuk menyebarluaskan pengetahuan sejarah di
sekolah secara umum dan khasnya di dalam kelas. Contohnya,Lencana sekolah untuk tahun
4, Jata Negara untuk tahun 5 dan Rukun Negara untuk tahun 6.

Tindakan: Semua Ajk

3.2 Pelan Strategik
3.2.1 Pelan Strategik merangkumi tahun 2019 – 2023.
Tindakan : Pengerusi/SU

3.3 Bajet Panitia
3.3.1 Peruntukan panitia yang sebenar belum dimaklum lagi.
3.3.2 Ajk bolehlah membuat pesanan berkaitan dengan bahan yang diperlukan untuk pdpc dan

dipanjangkan kepada pengerusi secepat mungkin.
Tindakan : Semua Ajk

3.4 PBD
3.4.1 PBD diteruskan dengan mencapai tahap minimum TP3. Rekod Transit perlu
disediakan dan dicatat terlebih dahulu sebelum perekodan akhir dalam PBD.

Tindakan : Semua Ajk

3

3.5 PLC

3.5.1 Laporan PLC hendaklah dibuat setiap kali mengadakan PLC dan dipanjangkan kepada Ustaz
Wan Rosli untuk tujuan perekodan.

3.5.6 PLC (Teacher Sharing) guru-guru sejarah bertajuk yang pertama, tajuk yang dipilih adalah
Pemurnian Aktiviti Tahunan

Tindakan : Semua guru Panitia Sejarah

4. Hal-Hal Lain

4.1 PKP mencadangkan guru-guru skbc mengambil gambar baru untuk diletakkan pada Carta
organisasi dan lain-lain keperluan yang memerlukan gambar guru.

Mesyuarat di tangguhkan jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………................. .............…………..................
( PN NORULHUDA BT AB GHAFAR ) ( FARIDAH BT MAT YAACOB )

Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
SK Bukit Chempaka SK Bukit Chempaka

4


Click to View FlipBook Version