The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-16390744, 2021-06-08 23:59:53

BANGKIT BERJUANG PENJAJAH DITENTANG

ULANGKAJI SEJARAH UNIT 5

SEJARAH TAHUN 5

UNIT 5 : BANGKIT BERJUANG
PENJAJAH DITENTANG

HARI : ISNIN
MASA :9.30-10.30 pagi.
TARIKH: 14/06/2021
GURU : USTAZAH NORULHUDA BT AB GHAFAR
KELAS : 5 CERDAS
SEKOLAH: SK BUKIT CHEMPAKA

Apakah yang akan murid pelajari?

Mengulangkaji Unit 5: Bangkit Berjuang
Penjajah ditentang.

Menjawab soalan latihan berkaitan tajuk ini.

MARI KENALI TOKOH TEMPATAN

Antenom Dol Said Dato’ Bahaman Sharif Masahor Haji Abdul Rahman
Limbong

Rentap Mat Salleh Dato' Maharaja Lela Yamtuan Antah Tok Janggut

TOKOH TEMPATAN SEBAB PENENTANGAN PERISTIWA PENENTANGAN

Dol Said ◆ Naning merupakan kawasan yang ◆ Pada tahun 1831, British menyerang Naning tetapi
Rentap bersempadan dengan Melaka. kalah. Dol Said menang kerana menerima bantuan
◆ British mendakwa Naning ialah ketenteraan dari Ulu Muar, Sungai Ujong, Seri
jajahannya tetapi Dol Said membantah. Menanti dan Rembau.
◆ Dol Said enggan membayar cukai ◆ Pada tahun 1832, British menyerang semula Naning
hasil tahunan satu persepuluh dan Berjaya mengalahkan Dol Said. Kekalahan ini
kepada British. disebabkan oleh sekutu Dol Said menolong British.
◆ Dol Said berusaha untuk ◆ Akhirnya, Dol Said menyerah diri,diberi pencen,
mempertahankan kedaulatan Naning. sebidang tanah dan dibawa ke Melaka.

◆James Brooke menghapuskan ◆ Pada tahun 1853, Rentap berjaya menyerang kubu
petempatan orang Iban di Nanga Skrang. James Brooke di Nanga Skrang.
◆ James Brooke menganggap ◆ James Brooke menyerang balas dengan membakar
orang Iban sebagai lanun. 20 buah rumah panjang di kawasan Rentap.
◆ Pada tahun 1854, James Brooke menyerang Rentap
di Sungai Lang.Rentap berundur ke hutan dan
membina kubu di Bukit Sadok.
◆ Pada tahun 1861, James Brooke
menyerang kubu Rentap.
◆ Rentap berundur ke Ulu Entabai.

TOKOH TEMPATAN SEBAB PENENTANGAN PERISTIWA PENENTANGAN
Sharif Masahor ◆ Sharif Masahor menentang James
Brooke kerana menguasai Sarikei. ◆ Pada tahun 1859, Sharif Masahor bersama-sama dengan
Dato’ Maharaja Lela ◆ Penguasaan James Brooke Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Pengiran Temenggung
menyebabkan Sharif Masahor Hashim berpakat untuk mengusir keluarga Brooke di Kuching.
kehilangan hak dan kuasa sebagai ◆ Sharif Masahor menyerang kubu Brooke berhampiran
pembesar di Sarikei. Sungai Rajang di Kanowit.
◆ Namun begitu, keluarga Brooke Berjaya menggagalkan
◆ Residen British J.W.W. Birch serangan ini.
campur tangan dalam pentadbiran ◆ Sharif Masahor dibuang negeri, manakala Datu Patinggi
negeri dan adat resam orang Melayu. Abdul Ghapur ditangkap oleh Belanda dan dipenjarakan di
◆ Residen British mengambil alih Betawi.
kuasa sultan dan pembesar
tempatan. ◆ Pada Februari 1875, Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela
◆ British memperkenalkan cukai dan pembesar Melayu Perak membuat bantahan terhadap
baharu yang membebankan rakyat. campur tangan British.
◆ Residen British bersikap angkuh ◆ Pada September 1875, Dato’ Maharaja Lela bersetuju
dan sombong. mengambil tanggungjawab untuk membunuh Residen British,
iaitu J.W.W. Birch.
◆ Pada November 1875, J.W.W. Birch dibunuh oleh Seputum
atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.
◆ Pada tahun 1877, Dato’ Maharaja Lela dan Seputum
ditangkap dan kemudian mereka dijatuhi hukuman gantung.

TOKOH TEMPATAN SEBAB PENENTANGAN PERISTIWA PENENTANGAN

Yamtuan Antah ◆ Yamtuan Antah menentang British ◆ Pada tahun 1875, berlaku pertempuran di Paroi.
Dato' Bahaman kerana mencampuri urusan pentadbiran ◆ Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi, namun
di Sungai Ujong. British menyerang balas dan
◆ British menyokong Dato’ Kelana yang akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.
mendakwa Terachi ialah wilayahnya. ◆ Pada tahun 1876, Yamtuan Antah berunding dengan
◆ Yamtuan Antah tidak bersetuju British untuk menamatkan
dengan tindakan British menyokong persengketaan.
Dato’ Kelana. ◆ Hasil rundingan tersebut, Yamtuan Antah diiktiraf
◆ Yamtuan Antah bimbang British akan sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.
meluaskan kuasa terhadap wilayah lain.
◆ Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman mengetuai
◆ Dato’ Bahaman kehilangan hak serangan terhadap British dan berjaya menawan
memungut cukai dan dilucutkan gelaran Lubuk Terua.
sebagai pembesar. ◆ Pada tahun 1892, Dato’ Bahaman mematahkan
◆ Dato’ Bahaman menentang serangan British di Semantan.
pembinaan balai polis di Lubuk Terua ◆ Pada tahun 1894, Dato’ Bahaman menguasai Kuala
yang merupakan kawasan pengaruhnya. Tembeling dan Jeram Ampai.
◆ Pada tahun 1895, Dato’ Bahaman berundur ke
Kelantan setelah British menawan semula
Jeram Ampai.

TOKOH TEMPATAN SEBAB PENENTANGAN PERISTIWA PENENTANGAN

Mat Salleh ◆ Mat Salleh menentang SBUB kerana tidak ◆ Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya
Antenom mengiktiraf kedudukannya sebagai menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.
pemerintah di Sandakan, Menggatal, Inanam ◆ Mat Salleh mendirikan kubu lebih kukuh di
dan Pulau Gaya. Tambunan setelah kubunya di Ranau
◆ SBUB mengambil alih hak memungut dimusnahkan oleh SBUB.
cukai dan mengadakan peraturan baharu ◆ Pada tahun 1900, SBUB melancarkan serangan
yang membebankan rakyat. besar-besaran dan menyebabkan
Mat Salleh terkorban.
◆ SBUB menjadikan kaum Murut sebagai ◆ Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh Mat Sator
buruh paksa untuk membina jalan. yang berpusat di KampungKapayan Lama, Tambunan.
◆ SBUB tidak menghiraukan adat dan
kepercayaan penduduk dengan menceroboh ◆ Antenom mengetuai pahlawan Murut untuk
kawasan hutan yang dianggap mengganggu menentang SBUB dan membina kubu di Silar Pinikit,
roh nenek moyang mereka. Salangit,Ulu Sungai Tahol, Pensiangan.
◆ Pengenalan cukai baharu yang ◆ Pada tahun 1915, Antenom melancarkan serang
membebankan rakyat. hendap dengan menggunakan tombak, pedang dan
◆ SBUB tidak membenarkan penduduk sumpit terhadap SBUB di Pensiangan dan membina
membuka tanah untuk pertanian. kubu di Sungai Salangit.
◆ Akhirnya, Antenom menyerah diri kepada
SBUB untuk menyelamatkan keluarga,
pengikut dan kaum Murut.

TOKOH TEMPATAN SEBAB PENENTANGAN PERISTIWA PENENTANGAN

Tok Janggut ◆ Tok Janggut tidak bersetuju dengan ◆ Pada tahun 1915, Tok Janggut menyerang dan berjaya
pengenalan Sistem Penasihat British. menguasai Pasir Puteh.
◆ Penduduk tempatan dipaksa ◆ British menyerang balas Tok Janggut yang berkubu di
menerima sistem cukai dan peraturan Kampung Dalam Pupuh.
tanah ◆ Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.
baharu yang membebankan mereka.
◆ Peraturan baharu British ◆ Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong
menimbulkan kesulitan kepada bertindak sebagai peguam di mahkamah
penduduk tempatan. dan berjaya membela petani yang ditangkap kerana
menentang peraturan baharu
Haji Abdul Rahman ◆ British memperkenalkan undang- di Kuala Telemong.
Limbong undang ◆ Pada tahun 1928, petani dan pengikut Haji Abdul
baharu yang membebankan rakyat Rahman Limbong telah menawan balai
seperti peraturan tanah untuk petani polis di Kuala Berang.
menjalankan kegiatan pertanian. ◆ British melancarkan seranganbalas. Haji Abdul
◆ British mengancam untuk Rahman Limbong ditangkap atas tuduhan menghasut
mengenakan dandihukum buang negeri ke Mekah.
tindakan undang-undang sekiranya
penduduk tempatan enggan
membayar cukai.

PADA AKHIR PDPR DI HARAP ;

Murid dapat:
7.2.1 Menyenaraikan tokoh tempatan yang menentang
campur tangan dan penjajahan kuasa asing serta kawasan
Jajahan.
K7.2.4 Menyatakan iktibar yang diperoleh daripada
perjuangan tokoh terdahulu.
K7.2.5 Menjelaskan kepentingan menghargai perjuangan
pemimpin terdahulu.

✏️Tugasan murid; SALIN DALAM BUKU TULIS SEJARAH.

FIKIR & JAWAB (muka surat 72-buku teks)

BAHAGIAN A.
Lengkapkan jadual dengan maklumat yang tepat.

BAHAGIAN B.
Jawab soalan berdasarkan lirik lagu Perajurit Tanah Air.

Murid boleh rujuk nota yang diberi @ rujuk buku teks untuk
menjawab soalan yang diberi.

NOTA TAMBAHAN; Muka Surat 72.

Bahagian A,
Lihat nota yang dihitamkan dalam slide yang diberi @ rujuk buku teks muka
surat antara 60 hingga 69 untuk pilihan jawapan bagi melengkapkan jadual
yang diberi.

Bahagian B, Muka surat 72.
Berikut ialah jawapan bagi soalan
1) i) Cintakan bangsa dan negara

ii) Sedia berkorban untuk bangsa dan Negara
2)Pejuang yang mempertahankan negara dengan ikhlas dan sedia berkorban
untuk negara
3)Memperingati peristiwa-peristiwa penting dalam perjuangan bangsa.

SEKIAN,TAHNIAH !
ANDA MURID HEBAT…


Click to View FlipBook Version