The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-16390744, 2021-02-09 22:45:08

PAMERAN BERTEMA TAHUN BARU CINA

PROGRAM NILAM

PUSAT SUMBER IBNU SINA
SK BUKIT CHEMPAKA
TERENGGANU

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu
tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas
yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di
Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia
hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.

Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan
makhluk ini. Akhirnya, mereka berjaya
menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga
api siang dan malam.

Tahun Baru Cina disambut secara
besar-besaran oleh masyarakat Cina di
seluruh dunia kerana ia menandakan
kelahiran tahun baru mengikut kalendar
lunar.

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama zodiak
Cina (nama haiwan).

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama zodiak
Cina (nama haiwan).
12 haiwan yang menaungi kalendar lunar
ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular,
kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing
dan khinzir. Setiap haiwan membawa
signifikasi yang tersendiri.

ANG PAU

Ang pau atau sampul merah diedarkan
sepanjang Tahun baru Cina oleh pasangan

suami isteri atau orang tua kepada
muda-mudi yang belum berkahwin.

Adalah satu kebiasaan untuk orang
dewasa memberi sampul merah ini

kepada kanak-kanak.

MALAM TAHUN
BARU CINA

Pada malam Tahun Baru, kaum
keluarga sama ada dekat atau jauh
akan berkumpul di rumah ibu bapa
untuk upacara makan besar. Ini
simbol eratnya kekeluargaan yang
menjadi tunjang masyarakat
harmoni.

YEE SANG

Merupakan menu wajib setiap kali meraikan
sambutan Tahun Baru Cina. Menu ini biasanya

disajikan sebagai hidangan pembuka dan
dianggap sebagai Simbol Penyatuan dan
Lambang Kemurahan Rezeki yang akan diperoleh

sepanjang tahun tersebut.

PAKAIAN

Mereka percaya warna merah membawa tuah dan
kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka
akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian
yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap.
Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu
dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan
kesedihan.

TARIAN SINGA

Tarian Singa adalah sebahagian daripada
tarian tradisional dalam masyarakat Cina.
Penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu
dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan
menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian

belakang kostum singa tersebut.

TARIAN SINGA

Tarian Singa adalah sebahagian daripada
tarian tradisional dalam masyarakat Cina.
Penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu
dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan
menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian

belakang kostum singa tersebut.

TARIAN NAGA

Tarian naga akan dikuasai oleh
sekumpulan penari yang ramai.
Lebih kurang 15 hingga 20 orang penari
yang terlibat dalam persembahan
tersebut, bilanganya bergantung
kepada saiz naga yang berbeza.

Sebiji bola akan diambil dan dimainkan
oleh salah seorang daripada
penari-penari untuk mengarahkan
perjalanan atau pergerakkan naga
tersebut.

LIMAU MANDARIN & LOKAM

Amalan memberi limau mandarin juga
simbolik memberi tuah. Buah limau mandarin
yang dipanggil ‘kam’ dalam bahasa Kantonis
bermaksud emas . Ia merupakan kewajipan
setiap Tahun Baru Cina kerana ia
melambangkan limpahan kekayaan kepada
masyarakat Tiong Hua.

KUIH BAKUL

Dikenali juga sebagai Nian Goa. Diperbuat
daripada tepung pulut dan berbentuk seperti
dodol. Nian Gao merujuk pada frasa ‘semakin
tinggi tahun demi tahun’. Hidangan Nian Gao
semasa jamuan makan malam adalah cukup
penting kerana hidangan ini menandakan
peningkatan dalam kehidupan mereka.

CHAP GOH MEI

Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan,
bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut
“Pesta Lampu”, kerana lampu-lampu dinyalakan

pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada
hari perayaan itu.

PUSAT SUMBER IBNU SINA
SK BUKIT CHEMPAKA
TERENGGANU


Click to View FlipBook Version