PAMERAN BERTEMA
MAYA
TEMA:PERISTIWA ISRA' DAN
MI'RAJ
PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ BERLAKU PADA
MALAM ISNIN, 27 REJAB,
HARI INI DISAMBUT OLEH ORANG ISLAM DI
MALAYSIA BAGI MEMPERINGATI PERISTIWA YANG
SANGAT LUAR BIASA YANG TELAH DILALUI
RASULULLAH S.A.W. PADA TAHUN KE-11
KERASULAN BAGINDA.
KEISTIMEWAAN HARI ISRAK DAN MIKRAJ
Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami
oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah
daripada Allah swt.
Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.Dua
keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang
berlaku hanya dalam satu malam.
Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-
Aqsa.Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil
Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.
Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui AllahMikraj
pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh
lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke
Mustawa.
KRONOLOGI PERISTIWA DIPETIK DARI BAHAGIAN DAKWAH, JAKIM
BERIKUT ADALAH RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.
1.Israk Nabi Muhammad S.A.W dibawa oleh Malaikat
Jibril a.s. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
dengan menunggang Buraq.
Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda
dibersihkan oleh Malaikat Jibril a.s. dengan air suci
Zam Zam.
Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat yang
tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah),
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti
dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:Negeri Thaibah
(Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan
hijrah.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S.
menerima wahyu daripada Allah.Baitul-Laham (tempat
Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan).
Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai
peristiwa antaranya ialah baginda melihat Kaum yang sedang
bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila
dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah
belum lagi dituai.
Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu
oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang
digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan
sehingga gandaan yang lebih banyak.Diringkaskan kisah ini
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada
Buraq.
Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang
dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi
makmum.Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail
dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W
memilih susu lalu diminumnya.
Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak
itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa
kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga
daripada syurga.
Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril A.S naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).
Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan
disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan
melalui pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat
umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang
masuk syurga tanpa hisab.
Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari
Allah s.w.t. iaitu penerimaan ibadah solat. (Yang mana ketika
itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu.)Kemudian
dikurangkan menjadi 10 waktu.
Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini
kita lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib
dan Isyak.
Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram.
Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah
solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah.Ketika itu ada yang
percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad
dari Islam.
Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila
dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit
pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan
sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’
dan Mikraj ini.
Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi
maksud ‘Yang Membenarkan’.
SUMBER
https://ecentral.my/cuti-umum/israk-dan-mikraj/
http://mdyan.gov.my/ms/md-yan/pusat-media/berita/peristiwa-
israk-mikraj-2019
https://www.youtube.com/watch?v=Zsc3ccC2cmk
Disediakan oleh: USniintaPusat Sumber Ibnu
SK BUKIT CHEMPAKA,
KUALA NERUS,TERENGGANU