Buku Cerita Kanak-Kanak KIKI DAN KOKO DUA SAHABAT YANG BAIK Jom Baca Bersama! CERITA HAIWAN Lim See Yong
1
Rimba: hutan Meneroka: menempuh Di sebuah hutan yang ceria dan harmonis, tinggallah seekor monyet yang bernama Kiki dan seekor gajah yang bernama Koko. Mereka berdua merupakan sahabat yang baik. Mereka sering bermain-main di rimba dan meneroka pelbagai perkara baru. 1
Kiki dan Koko sering membantu antara satu sama lain. Kiki dengan kecerdikannya sering kali membantu Koko untuk menjangkau buah-buahan yang tinggi di atas pohon-pohon besar. Menjangkau: menghulurkan tangan untuk mencapai sesuatu 2
Koko pula dengan kekuatannya, selalu membantu Kiki menyeberangi sungai yang deras dengan membawanya di atas badannya yang besar. Menyeberangi: pergi ke seberang sana sungai 3
Kiki dan Koko juga suka membantu haiwan lain yang berada di hutan disebabkan oleh mereka yang sangat baik hati. Mereka sering membantu seekor tupai yang bernama Piko untuk mengutip buah dan kacang. Mengutip: memungut benda yang kecil Baik hati: suka menolong dan membantu 1 4
Kiki dan Koko juga selalu menolong seekor beruang yang bernama Balu untuk menangkap ikan di tepi sungai. Mereka bertiga juga bekerjasama untuk membersihkan sungai dengan mengutip sampah di kawasan sungai bagi menjaga kebersihan air. Mereka berasa sangat seronok apabila dapat membantu orang lain dan membuat sesuatu untuk melindungi alam sekitar. Seronok: perasaan yang menyedapkan hati 5
Namun, pada suatu hari, keamanan hutan diganggu olehkemunculan seekor harimau yang bernama Tale. Talemerupakan seekor harimau yang garang dan jahat. Semuahaiwan di hutan juga tidak suka berkawan dengan Tale. Kemunculan: perihal muncul 6
Tale suka mengugut haiwan lain yang berada di hutan dan merosakkan sumber hutan. Mengugut: menakutkan/mengancamkan 7
Semua haiwan yang berada di hutan sangat risau dan takut terhadap perangai Tale yang jahat akan memusnahkan ekosistem hutan. Perangai: perlakuan Memusnahkan: merosakkan 8
Dengan ini, Kiki dan Koko bercadang untukmelakukan sesuatu untuk menghalang Tale berbuatjahat lagi. Mereka berdua berbincang dengan Pikodan Balu. Akhirnya mereka membuat keputusanuntuk memberi nasihat kepada Tale supaya dia tidakberbuat jahat lagi. Menghalang: tidak membenarkan seseorang untuk melakukan sesuatu 9
Kiki dan Koko yang gemar membantu orang sebagai wakil untuk memberi nasihat kepada Tale. “Tale kenapa kamu hendak berbuat jahat di hutan?” tanya Kiki kepada Tale. “Saya sebenarnya berbuat demikian kerana saya tiada kawan dan tiada orang peduli saya, jadi saya hendak melakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang lain, ” jawab Tale kepada Kiki. Perhatian: hasil memerhatikan 10
“Tapi kamu tahu tak, perangai kamu yang jahat tidak ada haiwan akan suka berkawan dengan kamu, kita sering saling membantu di dalam hutan ini, ” Kiki pula menjawab kepada Tale. “Betul, kita suka membantu satu sama lain dan bersama-sama melindungi hutan kegemaran kita, ” kata Koko kepada Tale. “Tale, janganlah berbuat jahat lagi, kita akan menjadi sahabat baik kamu, ” kata Kiki dan Koko. “Baiklah, saya tidak akan berbuat jahat lagi, saya akan berubah sikap saya juga, ” jawab Tale kepada Kiki dan Koko. Dengan nasihat Kiki dan Koko, Tale berjanji akan berubah sikapnya. Melindungi: membela 11
Tale kemudian meminta maaf dengan haiwan yang lain atas kesalahannya. Selepas itu, semua haiwan di hutan bekerjasama untuk memulihara dan memelihara ekosistem hutan untuk mendapatkan sebuah hutan yang ceria dan aman. Semua haiwan di hutan turut hidup dengan aman dan damai serta bersama-sama melestarikan kawasan hutan. Hutan juga kembali kesejahteraan dengan bantuan Kiki dan Koko. Mereka terus bersahabat dan selalu siap membantu haiwan lain di dalam hutan yang indah itu. Kiki dan Koko juga menjadi contoh bagi semua haiwan di hutan tentang pentingnya tolong-menolong dan persahabatan yang sejati. Bekerjasama: bekerja bersama-sama dengan cara saling membantu Memelihara: menjaga Memulihara: melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik Melestarikan: mengekalkan 12
Pengajaran cerita ini ialah: Kita haruslah bekerjasama dengan rakan kita untuk menjalankan sesuatu kerja. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan kita. Kita sepatutnya melindungi kawasan hutan supaya tidak dimusnahkan oleh pihak lain. 13
“Kiki dan Koko Dua Sahabat Yang Baik” berkisah tentang dua sahabat yang baik iaitu Kiki seekor monyet dan Koko seekor gajah sering bermain dan membantu bersama. Kiki dan Koko yang bersifat baik hati juga suka menolong haiwan lain yang memerlukan bantuan di hutan. Oleh itu, banyak haiwan suka berkawan dengan Kiki dan Koko.