NAMA : LIM SEE YONG
ANGKA GILIRAN : 2021192310240
NO KAD PENGENALAN: 031231080266
KUMPULAN : PPISMP H10
KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB 1144
KESANTUNAN BERBAHASA
NAMA PENSYARAH: DR. ZANARIAH BINTI HAMID
TARIKH HANTAR : 3 APRIL 2022
TARIKH MAKLUM BALAS PENSYARAH :
PENGHARGAAN
Dengan hati yang ikhlas dan bersyukur kepada tuhan bahawa saya dapat melaksanakan kerja
kursus Kesantunan Berbahasa dengan lancar dan pada masa yang ditetapkan. Tugasan kerja
kursus ini telah memberi beberapa manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman
yang amat berguna kepada masa depan saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Zanariah binti Hamid iaitu
pensyarah bagi subjek Kesantunan Berbahasa kerana telah memberi tunjuk ajar menyiapkan
tugasan kerja kursus kepada saya dan rakan-rakan saya dengan jelas dan teliti.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak
memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus.
Sokongan yang diberi oleh mereka amat saya hargai dengan sepenuh hati.
Saya juga hendak mengucapkan banyak terima kasih kepada rakan-rakan dan senior-senior
yang sudi kongsi pengalaman mereka dalam membuat kerja kursus dan memberi ajaran kepada
saya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi
bantuan kepada saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus. Jasa mereka akan sentiasa saya
hargai dengan bersyukur.
Gaya Kesantunan
1) Bahasa Kiasan
Bahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya
kepada perkara lain iaitu sama ada dengan membandingkan secara langsung atau mengandaikan
perbandingan itu.
Contoh bahasa kiasan yang terdapat dalam cerita pendek ialah orang itu kan macam-macam
tabiatnya. Ada yang kasar, ada yang lembut. Ada yang sopan, ada yang tidak. Kita sendiri memang
harus berusaha menjadi orang yang lembut dan sopan, tapi kan tidak harus membenci mereka yang
belum bisa bersikap begitu."
2) Peribahasa
Peribahasa merupakan kelompok kata daripada bahasa kiasan yang mempunyai maksud yang
tertentu.
Contoh peribahasa yang terdapat dalam cerita pendek ialah emas baru disepuh.
Gaya Kesantunan
3) Pantun
Pantun merupakan puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap untuk
menyampaikan tujuan yang tertentu. Contoh pantun yang terdiri dalam cerita pendek ialah
jalan-jalan ke pasar raya,
tak lupa membeli melon;
apalah arti seorang manusia,
jika ia tak tahu sopan santun.
4) Bahasa Sapaan
Bahasa sapaan ialah cara sapaan yang digunakan oleh sesuatu msyarakat atau bangsa untuk menegur
atau menyapa seseorang dengan sopan dan baik.
Contoh bahasa sapaan yang digunakan dalam cerita pendek ialah pak cik atau mak cik.
Sistem Bahasa
Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang berfokus pada
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan
intonasi, kosa kata, dan peribahasa.Secara ringkasnya, sistem bahasa
turut berperanan untuk menambahkan kemahiran berbahasa pelajar.
Sistem Bahasa yang digunakan perlu menepati dengan kesantunan
bahasa iaitu ayat-ayat yang digunakan perlu sopan dan tidak
menimbulkan masalah yang lain seperti yang ditunjukkan dalam cerita
pendek.