Kaedah Pembelajaran Kontekstual Chong, Joey, Mona & See Yong TUGASAN MINGGU 8: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP
keadaan, situasi dan kejadian Konteks: Maksud Konsep & Kontekstual diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks Kontekstual:
Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). 1. 2. Maksud Kaedah Kontekstual
Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.
Ciri-ciri pembelajaran kontekstual Menghubungkait - menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup Mengalami - memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Pelajar aktif menemui sendiri idea dan fakta. Mengaplikasi _ pelajar mengaplikasi aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar sama ada dalam kehidupan atau pekerjaan pada masa akan datang. Bekerjasmaa - pembelajaran dalam konteks perkongsian dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi mewujudkan sikap kerjasama. Memindahkan - pelajar menemui pemgetahuan baru melalui penerokaan, pengujian, dan mencari jawapan.
Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Proses Pembelajaran Kontekstual Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri.
Kepentingan Pembelajaran Kontekstual Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran Kontekstual mendorong murid-murid mencari hubungan dan cara penyelesaian berdasarkan persekitarannya. Pembelajaran Kontekstual berkisar kepada konteks kehidupan sebenar dan cara ini sudah tentu akan lebih mudah memberi kefahaman kepada muridmurid tentang konsep-konsep berkaitan. Pembelajaran ini juga boleh dilaksanakan secara koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Kaedah pembelajaran ini menggalakkan guru memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh.
Pendekatan PdP Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).
Pendekatan PdP Pendekatan pembelajaran dan pengajaran Kaedah Pembelajaran Kontekstual mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.
KESIMPULAN Pembelajaran secara kontekstual atau melalui pengalaman sebenar merupakan antara kaedah yang paling berkesan untuk memahami sesuatu konsep.
Sekian, Terima Kasih!