PELAN STRATEGIK kementerian pendidikan malaysia PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 2023-2025 Imbas kod qr ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BPSK dari laman web kami.
BPsK 2023-2025 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
06 Pengenalan Latar Belakang Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM Visi Misi 6 6 6 09 Analisa Jurang 46 Mekanisma Pemantauan 46 Kesimpulan 47 Gambar Bengkel 48 Penghargaan 05 Kata Aluan TSUB 04 Kata Aluan SUB Hala Tuju Strategik 2023-2025 Objektif Matlamat Keberhasilan 10 10 10 11 07 Isu dan Cabaran Isu Kesejahteraan Psikologi Isu Kesejahteraan Psikologi Kesan Pandemik COVID -19 Isu Perkhidmatan Kaunseling 7 7 8 Psikologi & Kaunseling Teras 1 Mempertingkatkan Kesejahteraan Psikologi Insan Teras 2 Mempertingkatkan Kesejahteraan Psikologi Organisasi Teras 3 Pemerkasaan Profesionalisme Kaunselor Pendidikan Teras 4 Pemartabatan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Teras 5 14 22 24 28 38 Penjajaran Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling TERAS STRATEGIK
4 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Kata Alu-aluan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan sebuah organisasi utama dalam pembangunan modal insan negara. Kementerian ini bertanggungjawab melahirkan modal Insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual kerana modal insan inilah yang bakal menerajui negara daripada pelbagai kerjaya. Oleh itu, pelan strategik (2023 -2025) dilihat penting bagi merealisasikan pembangunan modal insan yang cemerlang dan seimbang. Perkhidmatan psikologi kaunseling merupakan nadi dalam kemenjadian murid dan warga KPM menjadi medium pembentukan karakter, kekuatan dalaman serta kematangan individu bertindak dalam kehidupan. Harapan saya agar buku pelan strategik (2023 -2025) ini dapat menjadi panduan kepada perkhidmatan psikologi dan kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cawangan Pembangunan Startegik Bahagian Psikologi dan Kaunseling atas usaha merealisasikan Buku Pelan Strategik (2023 -2025). Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi mewujudkan keseimbangan ini, pengetahuan dan penguasaan dalam subjek teras semata-mata tidak dapat melengkapkan kemenjadian insan dalam pembangunan organisasi yang mantap. Kesejahteraan psikologi seseorang individu dapat membantu melahirkan generasi pelapis yang mampu berhadapan dengan pelbagai perubahan. PN HAJAH SALMIAH BINTI MONSHIE Setiausaha Bahagian
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 5 Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Unit Pembangunan Dasar, Cawangan Pembangunan Startegik Bahagian Psikologi dan Kaunseling yang telah berjaya menerbitkan buku Pelan Strategik 2023-2025 . Buku ini merupakan rujukan utama dalam pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dan psikologi di Kementerian ini, khususnya dalam usaha untuk merancang, merangka dan melaksanakan pelan yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia dan kemenjadian insan. Pelan strategik 2023-2025 dibuat dengan teliti dan tersusun secara komprehensif ini pasti berupaya menambah baik landskap perkhidmatan psikologi kaunseling di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya sangat berharap agar buku ini dapat dijadikan panduan dalam penyampaian perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada setiap warga KPM. Hasrat saya, biarlah setiap warga KPM menerima sentuhan daripada kaunselor pendidikan yang pakar dalam bidangnya untuk memastikan mereka mampu mendepani pelbagai cabaran, terus membina kecemerlangan dalam kerja dan membentuk jati diri unggul bagi meningkatkan produktiviti yang optimum. Saya juga mendoakan agar pelaksanaan dasar ini dapat membuka ruang yang lebih luas ke arah pemantapan pengurusan perkhidmatan kaunseling dan psikologi KPM. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya kaunselor pendidikan yang telah menunjukkan komitmen, menyumbangkan idea dan tenaga serta membina kesepakatan dalam merealisasikan buku ini. Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pembangunan Strategik Bahagian Psikologi Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Keupayaan pelaksanaan program akan memberikan manfaat kepada seluruh warga KPM dalam konteks intervensi, pembangunan diri dan menyerlahkan potensi masing-masing. Selain itu, pelaksanaan program mengikut Dasar Kaunseling KPM ini juga menjadi nadi kepada peningkatan kompetensi profesionalisme kaunselor pendidikan. PN MAHERAN BINTI ALIAS Timbalan Setiausaha Bahagian
6 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Pengenalan Berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals (SDG)), Matlamat 3 Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan, pihak kerajaan mensasarkan penurunan kadar kematian bunuh diri, manakala Matlamat 4 Kualiti Pendidikan, mensasarkan peningkatan peratusan guru dengan latihan perguruan minimum yang teratur mengikut tahap pendidikan. Melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), Strategi B1 Meningkatkan Kualiti Pendidikan, Menambah Baik Outcome Pembelajaran, pengajaran berasaskan nilai akan diaplikasikan untuk membangunkan karakter dan menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan murid. Di samping itu, pelan strategik jangka pendek dan panjang akan dikaji semula untuk memupuk nilai dan membangunkan karakter murid secara menyeluruh. Dasar Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (DKKPM) merupakan dasar operasi yang dirangka untuk mempertingkatkan kesejahteraan psikologi warga KPM melalui pemerkasaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Dasar yang diluluskan diperingkat Top 7 KPM pada Mac 2021 ini mensasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi kementerian pertama yang melaksanakan perkhidmatan kaunseling secara holistik, sistematik dan berkualiti untuk meningkatkan kecemerlangan prestasi serta keharmonian dalam organisasi, sekolah dan kehidupan. Berdasarkan hasrat ini, Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM tahun 2023-2025 yang merupakan perancangan strategik organisasi KPM yang akan digunakan dalam tempoh empat tahun akan datang Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan Pembestarian Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara Visi Misi telah digubal. Ianya akan menjadi dokumen rujukan utama bagi perancangan aktiviti program psikologi dan kaunseling KPM. Dokumen ini yang berlandaskan DKKPM dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) serta turut mengambilkira perancangan Outcome Based Budgeting (OBB) KPM. Pelan Strategik ini memberi penekanan kepada outcome, output dan proses program dan aktiviti yang memberi impak berlipat kali ganda dalam tempoh yang singkat bagi memastikan akses kesejahteraan psikologi yang berkualiti boleh diperolehi oleh warga KPM.
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 7 Isu & Cabaran Sistem pengurusan kesejahteraan psikologi di Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhadapan dengan isu-isu yang semakin mencabar. Antaranya adalah :- 1. ISU KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI Secara global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa bunuh diri adalah di antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 20 orang ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi. (Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 10 Oktober 2019 semasa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019). Berdasarkan tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, hampir setengah juta rakyat di Malaysia mengalami simptom tekanan atau depresi. Tinjauan ini juga mendapati seramai 424,000 kanak-kanak yang berdepan masalah kesihatan mental. Kajian Kesejahteraan Psikologi (2019) yang dijalankan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan tahap psikologi warga KPM adalah pada tahap sederhana tinggi. Keadaan ini boleh mengundang risiko penurunan tahap kesejahteraan psikologi warga KPM sekiranya langkah-langkah yang sewajarnya tidak diambil. 2. ISU KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI KESAN PANDEMIK Pada 9 April 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan hasil dapatan Tinjauan Khas “Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Individu” yang mendapati daripada 168,182 responden yang terlibat, 52.6% melaporkan sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang setakat ini telah meragut lebih 60 nyawa. Talian hotline yang disediakan oleh MERCY Malaysia dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan bagi individu yang terjejas dengan pandemik COVID-19 menunjukkan 46.8 % panggilan adalah daripada mereka yang mempunyai masalah psikologi. Kementerian Kesihatan Malaysia pula menyatakan. Talian Sokongan Psikososial telah menerima sebanyak 36,269 panggilan sejak 25 Mac 2020 sehingga 19 Oktober 2020 dan 50% pemanggil mempunyai isu yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.
8 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling 3. ISU PERKHIDMATAN KAUNSELING KPM Dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan psikologi dan kaunseling, KPM telah menjalankan pelbagai libat urus dengan pihak tertentu seperti jabatan pendididkan negeri, pejabat pendidikan daerah, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru kampus, kolej vokasional, sekolah serta ibu bapa dan komuniti. Hasil libat urus ini memerlukan KPM untuk mengambil langkah-langkah strategik bagi memperkemas dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan. Antara langkah yang perlu diambil adalah keperluan untuk menyelaraskan fungsi, peranan, kemudahan infrastruktur, struktur organisasi, bidang tugas dan prosedur perkhidmatan. Ini bertujuan memastikan pelaksanaan program intervensi dapat dijalankan dengan lebih terancang dan sistematik. Usaha yang giat perlu dilakukan untuk memastikan pengamal kaunseling berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia kerana sehingga tahun 2021 hanya 35% pengamal kaunseling KPM yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Isu ini berkait rapat dengan kelayakan dan kompetensi untuk menjalankan intevensi secara profesional dan menepati Akta Kaunselor 1998. Pembangunan kompetensi kaunselor juga perlu dilakukan dengan terancang dan sistematik. Justeru ketiadaan pelan operasi latihan yang seragam antara kaunselor pendidikan yang bertugas di organisasi dan guru bimbingan dan kaunseling yang bertugas di sekolah akan merencatkan usaha ini. Masih terdapat ramai pengamal kaunseling KPM yang tidak mendapat latihan kompetensi fungsional dan generik secara berterusan dan memenuhi keperluan kes-kes kaunseling semasa. Perkara ini memberi kesan kepada tahap kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada murid sekolah dan warga KPM yang menghadapi isu kesejahteraan psikologi dan isu pengurusan serta pembangunan kerjaya. Untuk mewujudkan sistem perkhidmatan kaunseling yang sistematik, seragam dan menyeluruh memerlukan satu piawaian yang dapat menentukan tahap kualiti sesuatu perkhidmatan. Ketiadaan piawai yang khusus bagi menilai kualiti pengurusan, operasi perkhidmatan kaunseling dan penyeliaan klinikal kaunseling di peringkat organisasi dan sekolah menyebabkan tahap kualiti perkhidmatan kaunseling KPM tidak dapat diukur tahap keberkesanannya. Perkhidmatan kaunseling yang berkesan juga memerlukan satu sistem data berpusat supaya maklumat semasa berkaitan keperluan perkhidmatan, analisis keperluan semasa, penyampaian perkhidmatan, pelaporan dan unjuran dapat dikenalpasti dari semasa ke semasa. Penggunaan sistem data secara seragam bagi semua kaunselor di organisasi dan sekolah menjadi keperluan bagi mencapai hasrat ini.
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 9 Seramai 230,016 warga KPM telah mengikuti program pembangunan, pencegahan dan pemulihan (3P) bagi tahun 2022 iaitu 38.89% lelaki dan 61.11% perempuan. Sebanyak 1,868 Program 3P telah dijalankan pada tahun 2022 di semua peringkat KPM yang melibatkan program pembangunan, pencegahan dan pemulihan. Maklum balas peserta program menunjukkan 89.12% peserta memberi penilaian memuaskan, baik atau sangat baik bagi semua aspek yang dinilai. KPM juga telah menganjurkan program #3A Sedar, Peka , Tindak (Aware, Allert, Action) bermula tahun 2019. Sehingga kini jumlah kumulatif peserta dalam kalangan guru-guru yang telah mengikuti program psikopendidikan ini adalah seramai 1.4 juta orang. Purata sebulan guru-guru yang telah mengikuti program psikopendidikan ini adalah seramai 116,667 orang dari seluruh negara. Perkhidmatan kepakaran sesi kaunseling individu dan kelompok merupakan satu proses menolong yang dijalankan oleh kaunselor berdaftar berdasarkan kepada kod etika kaunseling bagi klien memahami diri dan situasinya yang sebenar. Seramai 9,792 warga KPM serta pelajar di Kolej Matrikulasi (KM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) telah menjalani sesi kaunseling bagi tahun 2022 iaitu 34% lelaki dan 66% perempuan. Seramai 2,343 klien menghadapi isu berkaitan intervensi COVID-19, 1,758 klien menghadapi isu kerjaya, 1,047 klien menghadapi masalah kesihatan mental dan 1,281 klien lagi menghadapi peribadi . Maklum balas klien menunjukkan 96.38% klien memberi penilaian skala Likert 3 dan 4 (setuju dan sangat setuju) terhadap penilaian sesi kaunseling yang diberikan oleh kaunselor. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai guru yang memerlukan perkhidmatan ini tetapi tidak dapat menjalani intervensi secara individu mahupun secara kelompok. Hal ini disebabkan bilangan kaunselor pendidikan yang tidak mencukupi iaitu hanya seramai 385 perjawatan kaunselor pendidikan berbanding dengan bilangan guru seramai hampir 416,000 orang yang bertugas di sekolah dan hampir 500,000 orang warga KPM keseluruhannya. Bagi membolehkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dapat diperluas dan manfaatnya dirasai bersama maka satu usaha yang proaktif dan strategik perlu dijalankan melalui usaha berterusan dari semua pihak dan agensi. Peruntukan kewangan juga sangat diperlukan supaya usaha yang dirancang dapat dilaksanakan dengan segera dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Justeru, dengan pelaksanaan Perancangan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM tahun 2023-2025 akan memberikan output dan outcome yang sangat besar. Pelaksanaan perancangan strategik diharap dapat mewujudkan warga KPM yang sejahtera emosi dan mental, serta memiliki sahsiah terpuji bagi memacu organisasi dan sekolah yang harmoni. Analisa Jurang
10 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling HALA TUJU STRATEGIK (2023-2025) Objektif Matlamat Meningkatkan kesejahteraan psikologi murid dan warga KPM. Memperkembangkan potensi murid dan warga KPM. Meningkatkan profesionalisme pengamal kaunseling KPM. Meningkatkan kualiti perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM. Mempertingkatkan kesejahteraan psikologi warga KPM melalui perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang profesional. 1 2 3 4
Berdasarkan Perancangan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling tahun 2023-2025, KPM mensasarkan 2.43 organisasi KPM (bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru kampus, kolej vokasional dan sekolah) mempunyai indeks kesejahteraan organisasi menggunakan My Organization Wellbeing Index (My OWI). Manakala pada tahun 2025, disasarkan 100 organisasi KPM mempunyai Indeks Kesejahteraan Organisasi. Dalam usaha untuk menyediakan keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling melalui pemupukan, penerapan dan penghayatan nilai bagi memperkasa warga KPM, profil psikologi kakitangan di bahagian KPM disasarkan mencapai 30% pada tahun 2023. Pada tahun 2025 disasarkan 100% warga bahagian mempunyai profil kesejahteraan psikologi. kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 11 Keberhasilan PERANCANGAN STARTEGIK PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 2.43 Pencapaian MY OWI 2023: 2.43 2025: 100 2025 100 sasaran 2023 2022 2025 30% 100% sasaran Pencapaian Profil Kesejahteraan 2022: 30% 2025: 100% Hub Kesejahteraan Psikologi Penilaian Standard Kualiti Perkhidmatan Kaunseling Psikologi (SKPKP) 100% Psikopendidikan Direktori Kepakaran Kaunselor Literasi Undangundang Instrumen Psikologi 2023 100% Pakar Bidang Khusus (SME) Perjawatan Kaunselor Pendidikan Kaunselor Pendidikan Cemerlang 2022-2025 2025 Organisasi KPM 100% 5% 5% 100 Certified Practicioner GURU sasaran sasaran 100% 50% Memiliki Profil Psikologi GURU MUDA Memiliki Profil Kerjaya
Pada tahun 2023, disasarkan 100% warga pendidikan mempunyai akses program kesedaran kesejahteraaan psikologi. Usaha ini adalah melalui pewujudan Hub Kesejahteraan Psikologi yang terkandung di dalamnya bahan-bahan berkaitan psikopendidikan, literasi undang-undang, direktori kepakaran kaunselor dan instrumen psikologi. Pada tahun 2023 juga disasarkan 100% organisasi KPM yang memberikan perkhidmatan kaunseling mencapai sekurang-kurangnya tahap 4 bintang dalam penilaian Standard Kualiti Perkhidmatan Kaunseling Psikologi (SKPKP). Pada tahun 2025 pula, KPM berhasrat melahirkan 5 orang Pakar Bidang Khusus (SME) iaitu iaitu mewakili 5% perjawatan kaunselor pendidikan dan seterusnya melahirkan 14 orang Kaunselor Pendidikan Cemerlang iaitu mewakili 5% perjawatan kaunselor pendidikan. KPM juga mensasarkan 100% pematuhan bilangan kaunselor pendidikan terhadap nisbah keperluan di peringkat organisasi pada tahun 2025. Usaha ini adalah untuk memastikan warga KPM mendapat perkhidmatan kepakaran dalam menangani isu-isu kesejahteraan psikologi dan pembangunan kerjaya. Manakala pada tahun 2025, KPM berhasrat melahirkan 100 Certified Practicioner kemahiran khusus kaunseling dan psikologi. Bagi memastikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang berkesan, nisbah keperluan kaunselor perlu diselaraskan berdasarkan keperluan bilangan klien. Bagi mencapai hasrat ini, satu kajian menyeluruh akan dilaksanakan di peringkat organisasi dan institusi pendidikan KPM bagi mendapatkan nisbah kaunselor yang bersesuaian. Justeru cadangan nisbah ini akan diangkat kepada agensi pusat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Keperluan mengenalpasti tahap kesejahteraan guru juga adalah perlu bagi memastikan program pembangunan, pencegahan dan pemulihan dapat dijalankan dengan tepat dan berkesan. Untuk mencapai keperluan ini disasarkan 100% guru mempunyai profil kesejahteraan psikologi dan intervensi diberikan kepada kumpulan sasaran yang memerlukan. Pengesanan isu-isu berkaitan pengurusan kerjaya yang mempengaruhi kesejahteraan psikologi bagi setiap individu diperlukan agar intervensi khusus dapat diberikan dengan berkesan melalui pengumpulan profiling psikologi. Justeru, KPM mensasarkan 50% kumpulan sasaran khusus dalam kalangan warga KPM (guru muda) mempunyai profil psikologi bagi mencapai hasrat ini. Pemprofilan akan dijalankan kepada kumpulan sasaran yang dikenalpasti melalui Instrumen Kerjaya. 12 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 13 Teras 1 Mempertingkatkan Kesejahteraan Psikologi Insan Teras 2 Mempertingkatkan Kesejahteraan Psikologi Organisasi Teras 3 Pemerkasaan Profesionalisme Kaunselor Pendidikan Teras 4 Pemartabatan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Teras 5 Penjajaran Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Teras ini bertujuan untuk menyediakan keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling melalui pemupukan, penerapan dan penghayatan nilai bagi menjamin kesejahteraan psikologi agar dapat memperkasa warga KPM. Teras ini bertujuan untuk menyediakan keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling melalui pemupukan, penerapan dan penghayatan nilai bagi menjamin kesejahteraan organisasi dan sekolah KPM. Teras ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kepakaran kaunselor pendidikan KPM bagi menyediakan kaunselor pendidikan yang profesional, cekap dan berkesan. Teras ini bertujuan untuk memperkasa profesion kaunselor pendidikan agar sejajar dengan visi dan misi perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM. Teras ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan tadbir urus termasuk sistem penyampaian perkhidmatan, akauntabiliti dan integriti serta pematuhan terhadap DKKPM. TERAS PELAN STRATEGIK PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 2023-2025
14 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling 01 STRATEGI Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Mempertingkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Warga KPM Strategi Kesedaran Kesejahteraan Psikologi merupakan inisiatif program dan intervensi dalam menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling melalui pemupukan, penerapan dan penghayatan nilai bagi mempertingkatkan kesejahteraan psikologi warga KPM. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesejahteraan psikologi ke tahap yang tinggi bagi mewujudkan warga KPM yang stabil dari aspek pemikiran, emosi, sahsiah dan tingkah laku serta mempunyai daya tahan dalam menghadapi isu psikososial yang mencabar. Inisiatif ini juga menggerakkan usaha mewujudkan profil kesejahteraan psikologi menggunakan Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) kepada setiap warga KPM bagi mengenalpasti tahap kesejahteraan insan di samping melaksanakan program interversi yang berkesan. Melalui inisiatif ini program pembangunan dan pencegahan dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan aspek psikologi secara holistik dari aspek intrapersonal, interpersonal, etika dan disiplin. 01 INISIATIF Isu Strategik KPI Keperluan mengenalpasti tahap kesejahteraan psikologi warga KPM Peratus warga KPM yang mempunyai profil kesejahteraan psikologi. Sasaran TOV 2023 2024 2025 30 55 80 100 MEMPERTINGKATKAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI INSAN TERAS 1
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 15 02 STRATEGI Sokongan Kesejahteraan Psikologi Memperkukuhkan Jalinan dan Jaringan Rakan Strategik Strategi Sokongan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi adalah untuk memperkasa hubungan kerjasama strategik dengan agensi dalam dan luar KPM. Strategi ini juga bertujuan memantapkan peranan rakan pembimbing yang menjadi agen penyebaran perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh hubungan antara bahagian yang menjalankan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dengan agensi lain di KPM, kementerian, agensi luar, ibu bapa dan komuniti. Inisiatif ini bertujuan agar kerjasama strategik dilaksanakan dan perkongsian kepakaran sedia ada digembleng bersama seterusnya meminimumkan kos pengendalian operasi. Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengadakan kerjasama dalam mengendalikan pengurusan kes kaunseling yang melibatkan semua agensi dalam dan luar KPM. Senario ini akan membantu Kaunselor Pendidikan KPM dalam proses menyediakan pelan intervensi dan rawatan yang sesuai mengikut keperluan kes kaunseling. Contoh Rakan strategik adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Kaunselor Malaysia (LK), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta lain-lain agensi mengikut keperluan semasa. 02 INISIATIF Isu Strategik KPI Mengadakan kerjasama dengan agensi luar kepada warga KPM Peratus kerjasama yang dihasilkan bersama dengan agensi luar. Sasaran TOV 2023 2024 2025 100 100 100 100 TERAS 1
16 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Memperkasa Rakan Pembimbing Inisiatif ini memberi fokus kepada meningkatkan bilangan dan kualiti rakan pembimbing seperti Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Pementoran, Pembimbing Rakan Siswa (PRS), Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Rakan pembimbing merupakan ejen terlatih yang menyokong perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi memastikan perkhidmatan ini dapat diperluaskan kepada warga KPM. Inisiatif ini juga bertujuan untuk memberi kursus kepada rakan pembimbing agar mendapat latihan pengurusan dan kemahiran yang berterusan bagi menjamin kompetensi sebagai rakan pembimbing. 03 INISIATIF Isu Strategik KPI Terdapat organisasi yang mempunyai kumpulan rakan pembimbing yang kurang mantap. Peratus ahli kumpulan rakan pembimbing yang mendapat latihan pengurusan dan kemahiran. Sasaran TOV 2023 2024 40 60 80 2025 100
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 17 03 STRATEGI Pemulihan Kesejahteraan Psikologi Memperkasa Pemulihan Berfokus Kesejahteraan Psikologi Strategi Pemulihan Kesejahteraan Psikologi adalah proses pengurusan dan pentadbiran yang berfokus kepada perkhidmatan psikologi dan kaunseling melalui kaedah pemulihan yang bersesuaian. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan psikologi warga KPM. Sasaran inisiatif ini adalah kepada kumpulan pegawai berprestasi rendah, berprestasi sederhana, keterhutangan serius dan pegawai dalam Jawatan Kumpulan (Pool). Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan kumpulan sasaran menerima intervensi pemulihan kesejahteraan psikologi dengan menggunakan modul yang dicadangkan oleh BPsK . 04 INISIATIF Isu Strategik KPI Kumpulan sasaran tidak mendapat intervensi menggunakan modul yang standard Peratus kumpulan sasaran yang menerima intervensi pemulihan kesejahteraan psikologi dengan menggunakan modul yang dicadangkan oleh BPsK. Sasaran TOV 2023 2024 2025 100 100 100 100 TERAS 1
18 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Memperkasa Intervensi Krisis Kesejahteraan Psikologi Inisiatif ini memberikan fokus kepada isu-isu krisis yang perlu ditangani dengan segera serta memerlukan kepakaran khusus dalam bidang kaunseling krisis dan kesihatan mental. Kes-kes ini disebabkan oleh peristiwa yang traumatik dan pelbagai yang boleh mengakibatkan kesan psikologi yang lebih parah jika tidak diuruskan dengan segera secara cekap dan profesional. Inisiatif ini juga bertujuan untuk memastikan kumpulan sasaran menerima intervensi pemulihan kesejahteraan psikologi dengan menggunakan intervensi krisis bencana dan intervensi krisis insiden (CISM). Intervensi krisis bencana adalah bagi menangani warga KPM yang terkesan akibat fenomena banjir, gempa bumi, ribut, tsunami dan sebagainya. Manakala intervensi krisis insiden pula adalah bagi menangani warga KPM yang terkesan akibat kemalangan, bunuh diri, penderaan dan seumpamanya. 05 INISIATIF Isu Strategik KPI Pelaksanaan intervensi krisis yang tidak standard Peratus kumpulan sasaran yang menerima intervensi krisis mengikut standard yang telah ditetapkan. Sasaran TOV 2023 2024 2025 70 80 90 100
TERAS 1 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 19 04 STRATEGI Pembangunan Bakat dan Kerjaya Pengoptimuman Profil Kerjaya Warga KPM Potensi diri amat berkait rapat dengan kekuatan atau bakat yang ada pada seseorang individu. Sifatnya sangat eksklusif dan unik. Bakat yang ada boleh menentukan hala tuju dan meningkatkan kerjaya setiap individu. Bakat seseorang perlu dikenalpasti dan dibimbing agar keunikan individu tersebut dapat diekspresikan bagi kemajuan kerjaya dan kesejahteraan psikologi. Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengadakan dan mengoptimumkan penggunaan profil kerjaya bagi pembangunan bakat warga KPM. Informasi personaliti, minat dan bakat dalam profil digunakan dalam proses pemilihan penyesuaian tugas, penilaian personel, pembangunan dan pengurusan kerjaya warga KPM. Bermula tahun 2022 usaha adalah menjurus kepada pembinaan instrumen kerjaya dan modul intervensi warga KPM. Pemprofilan akan dijalankan kepada kumpulan sasaran yang dikenalpasti memerlukan program pembangunan dan pemulihan kerjaya. Inisiatif ini melibatakan kerjasama antara Bahagian Psikologi dan Kaunseling dan pakar dari universiti awam. Inisiatif mensasarkan 100% kumpulan sasaran dalam kalangan warga KPM. 06 INISIATIF Isu Strategik KPI Ketiadaan profil kerjaya dalam pembangunan dan pengurusan kerjaya warga KPM (guru, pegawai bukan guru, pegawai guna sama dan anggota kumpulan pelaksana ) Peratus kumpulan sasaran warga KPM mempunyai profil kerjaya. Sasaran TOV 2023 2024 2025 0 50 50 50
20 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Pemerkasaan Pembangunan Bakat dan Kerjaya Kakitangan KPM Inisiatif ini dibangunkan untuk pembangunan dan pengurusan kerjaya warga KPM sepanjang tempoh berkhidmat. Modul pembangunan dan pengurusan kerjaya dibina bagi memastikan tugas perkembangan kerjaya dilaksanakan oleh semua warga KPM sama ada pada tahap perlaksanaan, penstabilan dan pengukuhan kerjaya. Modul pembangunan kerjaya melibatkan kumpulan sasaran iaitu guru. Melalui inisiatif ini setiap warga KPM akan berperanan meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping berusaha mencapai kemajuan dalam kerjaya. Aplikasi profiling juga menjadi sebahagian strategi dalam mencapai hasrat inisiatif ini. 07 INISIATIF Isu Strategik KPI Ketiadaan model dan modul pembangunan kerjaya guru, pegawai bukan guru , pegawai gunasama dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) Peratus kumpulan sasaran dalam kalangan guru dan AKP yang menjalani modul pembangunan kerjaya (kumpulan sasaran). Sasaran TOV 2023 2024 2025 0 50 50 50
TERAS 1 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 21 Pembangunan Bakat dan Kerjaya Murid Inisiatif ini bertujuan mengimplementasikan model pembangunan kerjaya murid yang berada di kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru kampus. Model pembangunan kerjaya yang holistik, tersusun dan strategik dibangunkan bagi memenuhi keperluan semua kategori murid dalam fasa penerokaan dan pengkhususan kerjaya. Aplikasi profiling juga menjadi sebahagian strategik dalam mencapai hasrat inisiatif ini. 08 INISIATIF Isu Strategik KPI Ketiadaan model pembangunan murid yang komprehensif Peratus pembinaan model pembangunan bakat dan kerjaya murid di IPG dan Kolej Matrikulasi. Sasaran TOV 2023 2024 2025 5 30 70 100
22 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling 05 STRATEGI Pembudayaan dan Kesejahteraan Organisasi Pembudayaan Kesejahteraan Organisasi Strategi pembudayaan kesejahteraan organisasi adalah satu inisiatif yang digunakan untuk memelihara kelangsungan tahap kesejahteraan organisasi pada persekitarannya. Bertujuan mewujudkan indeks kesejahteraan organisasi KPM agar berada pada tahap kefungsian yang baik. Aspek pengurusan organisasi dan sekolah, sumber manusia, infrastruktur, kepimpinan, pentadbiran, budaya kerja serta sistem sokongan dan kebajikan menjadi tumpuan dalam menzahirkan kesejahteraan organisasi dan sekolah. Tahap kesejahteraan organisasi dan sekolah diukur berdasarkan My Organization Wellbeing Index (My OWI) yang dibina bagi menilai pencapaian inisiatif ini. Usaha dalam memelihara pembudayaan kesejahteraan psikologi organisasi adalah sangat wajar untuk dilaksanakan agar dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap sederhana berdasarkan Indeks Organisasi Sejahtera. Oleh itu, sasaran yang telah ditetapkan bermula tahun 2025 sebanyak 100% organisasi KPM menggunakan instrumen My Organization Wellbeing (My OWI) 09 INISIATIF Isu Strategik KPI Keperluan mengenalpasti tahap kesejahteraan organisasi di KPM Peratus organisasi KPM yang mempunyai indeks kesejahteraan Organisasi menggunakan My Organization Wellbeing Index (My OWI). Sasaran TOV 2023 2024 2025 0 2.34 25 100 MEMPERTINGKATKAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI ORGANISASI TERAS 2
TERAS 2 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 23 Pembudayaan Nilai Organisasi KPM Inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan ciri-ciri moral serta etika sesebuah masyarakat, organisasi dan sekolah. Hal ini kerana setiap warganya mempunyai nilai keagamaan dan keharmonian yang utuh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Melalui inisiatif ini setiap organisasi mampu mempraktikkan sistem pengurusan audit nilai bagi menilai keberkesanan amalan nilai teras menerusi program-program nilai serta pengamalan nilai dalam pentadbiran dan pengurusan. 10 INISIATIF Isu Strategik KPI Ketiadaan model dan modul penerapan nilai organisasi yang komprehensif Peratus organisasi yang menjalankan modul penerapan nilai organisasi (kumpulan sasaran). Sasaran TOV 2023 2024 2025 25 50 75 100 Melalui inisiatif ini setiap organisasi mampu mempraktikkan sistem pengurusan audit nilai bagi menilai keberkesanan amalan nilai teras menerusi program-program nilai serta pengamalan nilai dalam pentadbiran dan pengurusan.
06 STRATEGI Pembangunan Kompetensi Kaunselor Pendidikan Pengukuhan Kompetensi Fungsional Strategi ini menjurus kepada keupayaan kompetensi kaunselor pendidikan bagi melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan. Kaunselor pendidikan yang terlatih perlu mempunyai ilmu dan kepakaran berlandaskan piawaian serta kaedah yang dapat memberi impak kepada cabaran pada masa kini. Inisiatif ini bertujuan melatih, memberikan ilmu dan kepakaran yang mencapai standard dan kualiti dalam melaksanakan tugasan sebagai kaunselor pendidikan. Kefungsian ilmu dan kemahiran kaunseling yang terkini perlu dikuasai oleh kaunselor pendidikan bagi melahirkan kaunselor pendidikan yang sentiasa relevan pada setiap masa. Bagi merealisasikan matlamat inisiatif ini, satu peruntukan khas perlu disediakan. Kemahiran dan ilmu baharu perlu diterapkan secara berperingkat berdasarkan sasaran mengikut kapasiti keperluan dalam bidang tertentu. Kemahiran dan ilmu baharu juga diselaraskan dengan keperluan isu semasa. 11 INISIATIF Isu Strategik KPI Kepelbagaian isu baharu memerlukan kaunselor pendidikan sentiasa mempelbagaikan kemahiran dan menerima ilmu baharu bidang kaunseling Peratus organisasi pendidikan yang dilatih sekurang-kurangnya satu kursus dalam bidang fungsional perkhidmatan psikologi dan kaunseling (385 orang mengikut gred jawatan) Sasaran TOV 2023 2024 2025 100 100 100 100 24 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling PEMERKASAAN PROFESIONALISME KAUNSELOR PENDIDIKAN TERAS 3
TERAS 3 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 25 Pengukuhan Kompetensi Generik Tahap kompetensi generik kaunselor pendidikan perlu merangkumi ilmu dan kemahiran selain bidang kaunseling dan psikologi yang dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan. Pengetahuan dan kemahiran berkenaan revolusi industri serta pengetahuan dan kemahiran lain perlu menjadi teras kepada inisiatif ini. 12 INISIATIF Isu Strategik KPI Keperluan melaksanakan latihan mengikut gred untuk melengkapkan kemahiran dalam mengurus dan mentadbir organisasi Peratus kaunselor pendidikan yang dilatih sekurang-kurangnya satu kursus dalam bidang fungsional perkhidmatan psikologi dan kaunseling. (385 orang mengikut gred jawatan). Sasaran TOV 2023 2024 2025 100 100 100 100 Ilmu dan kemahiran perkhidmatan kaunseling perlu bergerak seiring dengan kemajuan globalisasi dalam kalangan kaunselor pendidikan bagi memastikan kecekapan dalam menguruskan perkhidmatan. Oleh itu, sasaran kaunselor pendidikan yang mahir sesuatu bidang perlu dipertingkatkan pada setiap tahun.
07 STRATEGI Peningkatan Ilmu Melalui Kaedah Pensijilan dan Perakuan Pembangunan Kejurulatihan Kaunseling Dan Psikologi Peningkatan ilmu melalui kaedah pensijilan dan perakuan kepada kaunselor pendidikan akan dapat memperkukuhkan pengetahuan dan kepakaran mereka. Membentuk kumpulan jurulatih bertauliah yang dapat melatih serta menjadi tempat rujukan kaunselor pendidikan dalam kemahiran tertentu. Kumpulan jurulatih ini berpengetahuan dalam aspek pengurusan operasi kaunseling dan psikologi. Kepakaran mengurus dan mentadbir organisasi perlu dikuasai oleh setiap kaunselor pendidikan mengikut tahun agar bilangan kaunselor pendidikan yang menjadi pakar rujuk adalah lebih ramai. Ini memudahkan warga pendidikan mendapat sumber rujukan yang lebih tepat. 13 INISIATIF Isu Strategik KPI Keperluan menyediakan jurulatih utama untuk melatih kaunselor pendidikan Peratus kaunselor pendidikan yang ditauliahkan sebagai jurulatih utama untuk sekurang-kurangya 1 bidang psikologi dan kaunseling. Sasaran TOV 2023 2024 50 80 90 2025 100 26 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
TERAS 3 Pensijilan Pengamal Kaunseling (Certified Practitioner) Pensijilan khusus dalam bidang kemahiran kaunseling dan psikologi perlu ditauliahkan oleh badan atau penganjur berautoriti dan profesional. Kumpulan ini akan menjadi rujukan kepada kaunselor pendidikan melalui perkongsian profesional. 14 INISIATIF 2024 2025 90 100 Isu Strategik KPI Keperluan mendapatkan pentauliahan dan pengiktirafan bagi memantapkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling Peratus kaunselor pendidikan yang memperolehi minimum satu sijil pentauliahan sebagai pengamal bidang kaunseling dan psikologi. Sasaran TOV 2023 35 60 Pentaulihan dan pengiktiran seseorang kaunselor pendidikan mampu meningkatkan pencapaian ilmu dan kemahiran. Pentauliahan ini perlu dikuasai oleh kaunselor pendidikan bagi memartabatkan organisasi. kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 27
28 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling 08 STRATEGI Profesion Kaunselor Pendidikan Penyeragaman Profesion Kaunselor Pendidikan Strategi ini bertujuan menyeragamkanan gelaran kaunselor pendidikan dan memastikan pengamal kaunseling KPM berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia bagi mengangkat tahap profesional pengamal kaunseling KPM. Memperkasa profession kaunselor pendidikan agar sejajar dengan visi dan misi perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM. Teras ini bertujuan memartabatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di setiap peringkat organisasi pendidikan di Malaysia. Ia merangkumi penyeragaman profesion berdasarkan keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dengan mewujudkan platform yang mantap untuk laluan kerjaya bagi mencapai pengiktirafan terhadap perkhidmatan psikologi dan kaunseling Inisiatif ini bertujuan menyeragamkan gelaran jawatan kaunselor organisasi di jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru kampus kepada Kaunselor Pendidikan. Inisiatif ini juga adalah untuk memastikan semua kaunselor penddikan yang mempunyai kelayakan professional berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia bagi memenuhi kehendak Akta 580 (Akta Kaunselor 1998). Usaha juga hendaklah dilakukan supaya kaunselor pendidikan yang belum memiliki kelayakan profesional memperolehi kelayakan tersebut. Kaunselor Pendidikan KPM perlu memiliki : i. Ijazah sarjana muda dalam bidang kaunseling atau sarjana muda bukan dalam bidang kaunseling dan diikuti dengan pengajian peringkat sarjana dalam bidang kaunseling yang diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia); ii. Ikhtisas pendidikan; dan iii. Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor (Malaysia) dan mempunyai perakuan amalan yang sah mengikut Akta Kaunselor 1998 15 INISIATIF PEMARTABATAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING TERAS 4
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 29 TERAS 4 Isu Strategik KPI Ketidakseragaman gelaran jawatan kaunselor pendidikan KPM Peratus gelaran kaunselor pendidikan KPM digunapakai di setiap peringkat organisasi. Sasaran TOV 2023 2024 2025 100 100 100 100 Melalui pelan strategik ini disasarkan pada tahun 2022, semua agensi KPM yang memberikan perkhidmatan kaunseling di Bahagian, JPN, PPD, KM dan IPG menggunakan gelaran Kaunselor Pendidikan kepada pengamal kaunseling. Isu Strategik KPI Terdapat Kaunselor Pendidikan yang tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor dan mempunyai Perakuan Amalan Peratus kaunselor pendidikan KPM berdaftar dengan Lembaga Kaunselor dan mempunyai Perakuan Amalan. Sasaran TOV 2023 2024 2025 95 95 95 100 Melalui pelan strategik ini disasarkan pada tahun 2025, semua kaunselor pendidikan agensi KPM yang memberikan perkhidmatan kaunseling di Bahagian, JPN, PPD, KM dan IPG berdaftar dengan Lembaga Kaunselor dan mempunyai Perakuan Amalan. Usaha ini melibatkan kolaborasi dengan bahagian strategik KPM seperti Bahagian Biasiswa dan IPGM bagi memberikan latihan yang diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor kepada kaunselor pendidikan yang masih belum mempunyai kelayakan profesional untuk berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Berdasarkan isu strategik yang dihadapi oleh kaunselor pendidikan di tempat perkhidmatan yang berbeza, terdapat ketidakseragaman dari sudut fungsi, bidang tugas, struktur organisasi, nisbah kaunselor dan penilaian prestasi. Justeru usaha untuk menyelaraskan perkara tersebut adalah perlu seiring dengan keperluan semasa.
30 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Isu Strategik KPI Ketidakseragaman fungsi, bidang tugas, struktur organisasi, nisbah kaunselor dan penilaian prestasi Peratus penyeragaman fungsi, bidang tugas, struktur organisasi, nisbah kaunselor dan penilaian prestasi. Sasaran TOV 2023 2024 2025 90 100 100 100 Melalui pelan startegik ini disasarkan pada tahun 2023, semua ketidakseragaman yang berkiatan dengan fungsi, bidang tugas, struktur organisasi, nisbah kaunselor dan penilaian prestasi dapat diselaraskan melalui sesi libat urus, bengkel kerja, pengeluaran garis panduan dan buku panduan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 31 TERAS 4 09 STRATEGI Perkhidmatan Kaunseling Berdasarkan Keperluan Penyelarasan Nisbah Keperluan Perkhidmatan psikologi dan kaunseling Inisiatif ini bertujuan mengimplementasi nisbah terbaik kaunselor pendidikan. Nisbah ini adalah dengan mengambil kira aspek bebanan tugas, bilangan warga KPM dan permintaan mendapatkan perkhidmatan kaunseling, agar perkhidmatan dapat disampaikan secara optimum bagi memastikan pengurusan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dapat berfungsi dengan lebih efisien. 16 INISIATIF Isu Strategik KPI Ketidakseimbangan di antara bilangan kaunselor dengan warga KPM di setiap peringkat organisasi dan sekolah Peratus bilangan kaunselor yang memenuhi nisbah dengan bilangan warga KPM dan keperluan mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Sasaran BAHAGIAN JPN PPD IPG KM TOV 2023 2024 2025 95 100 70 60 60 100 100 80 80 70 100 100 90 90 80 100 100 100 97 90
10 STRATEGI Kualiti Perkhidmatan psikologi dan kaunseling Perluasan Penglibatan Panel Kualiti Perkhidmatan psikologi dan kaunseling Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengoptimumkan serta memartabatkan peranan Panel Akreditasi Perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Panel ini berperanan menyatu dan menghimpunkan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti bidang pengurusan, pentadbiran, pengamal kaunseling dan ahli akademik dari agensi dalam dan luar KPM. Panel ini merangkumi Panel Pembangunan Kompetensi dan Latihan Kaunselor Pendidikan, Panel Standard Kualiti Perkhidmatan psikologi dan kaunseling, Panel Penyeliaan Klinikal dan Panel Pembangunan Pakar Bidang Khusus (SME) dan Kaunselor Pendidikan Cemerlang. Keanggotaan barisan panel perlu dipilih berdasarkan kepakaran individu yang merangkumi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang khusus. 17 INISIATIF Isu Strategik KPI Keperluan menubuhkan panel bagi tujuan memperaku dan mengesahkan kawal selia piawaian serta kualiti kaunselor pendidikan KPM Penubuhan dan kawalan pengurusan perkhidmatan panel. Sasaran Panel Pembangunan Kompetensi Panel Standard Kualiti Panel Penyeliaan Klinikal Panel Pembangunan Pakar Bidang (SME) TOV 2023 2024 2025 80 100 30 30 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 32 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
TERAS 4 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 33 11 STRATEGI Kemajuan Kerjaya Kaunselor Pendidikan Mewujud dan Memperkasa Pengamal Kaunseling Cemerlang KPM Strategi ini bertujuan membina laluan kerjaya yang jelas bagi Kaunselor Pendidikan KPM melalui perjawatan Kaunselor Pendidikan Cemerlang, Pengurusan Pentadbiran dan Pakar Bidang Khususu (SME). Jawatan ini diperlukan bagi menjadi rujukan pembangunan kerjaya kaunselor pendidikan di setiap lapisan organisasi. Inisiatif ini bertujuan membina pelan tindakan bagi melahirkan Kaunselor Pendidikan Cemerlang sebagai pakar rujuk dalam perkhidmatan psikologi dan kaunseling di peringkat daerah dan negeri. Setiap daerah disasarkan mempunyai sekurang-kurangnya seorang Kaunselor Pendidikan Cemerlang. Jadual di atas menggambarkan pencapaian sasaran pelantikan Kaunselor Pendidikan Cemerlang. Sasaran bagi tahun 2023 ialah 10% KPM memiliki Kaunselor Pendidikan Cemerlang dan pada tahun 2025 mencapai 70%. 18 INISIATIF Isu Strategik KPI Tiada laluan kerjaya yang jelas bagi pengamal kaunseling KPM (Kaunselor Pendidikan Cemerlang di KM, IPG, PPD dan JPN) Peratus bilangan kaunselor pendidikan yang dilantik (14 orang mewakili 5% perjawatan Kaunselor Pendidikan) Sasaran TOV 2023 2024 2025 0 10 50 70
Memperkasa Kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran Inisiatif ini bertujuan melahirkan pelapis kepimpinan dalam kalangan Kaunselor Pendidikan supaya dapat memenuhi perjawatan, pengurusan dan pentadbiran dalam bidang kaunseling. Usaha ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya brain drain pemimpin dan pentadbir dalam perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi. Inisatif ini juga bertujuan untuk mewujudkan jawatan Penolong Kanan Kaunseling di kolej vokasional dan sekolah sebagai salah satu laluan kerjaya untuk pengamal kaunseling. Usaha ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan psikologi dan kaunseling di sekolah dengan memberi fokus kepada perkhidmatan tersebut berbanding struktur sedia ada. Usaha ini juga dapat meningkatkan tumpuan perkhidmatan kaunseling kepada kesejahteraan psikologi guru di sekolah. 19 INISIATIF Isu Strategik KPI Tiada laluan kerjaya yang jelas bagi Kaunselor Pendidikan KPM ( Penolong Kanan Kaunseling ) Peratus proses kerja Pewujudan Jawatan Penolong Kanan Kaunseling yang dilaksanakan. Sasaran TOV 2023 2024 2025 70 100 100 100 34 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Jadual di atas menggambarkan pencapaian sasaran pencapaian proses kerja pewujudan jawatan Penolong Kanan Kaunseling di kolej vokasional dan sekolah. Sasaran bagi tahun 2021 ialah 50% proses kerja berjaya dilaksanakan dan pada tahun 2022 mencapai 100%.
TERAS 4 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 35 Mewujud dan memperkasa Pakar Bidang Khusus Inisiatif ini bertujuan melahirkan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert, SME) dalam kalangan kaunselor pendidikan. SME ini merangkumi bidang tumpuan dalam kaunseling, tingkahlaku organisasi dan psikometrik. Pegawai SME ini akan menjadi pakar rujuk perkhidmatan kaunseling di peringkat kebangsaan dan negeri. KPM mensasarkan memiliki sekurang-kurangnya 5 orang Pakar Bidang Khusus (SME) dalam kalangan pengamal kaunseling. 20 INISIATIF Isu Strategik KPI Keperluan menyediakan laluan kerjaya Pakar Bidang Khusus (SME) Peratus proses kerja Pewujudan SME (Psikologi dan Kaunseling) yang dilaksanakan Sasaran TOV 2023 2024 2025 90 100 100 100 TOV proses penyediaan dokumen laluan Pakar Bidang Khusus adalah 90% . KPM mensasarkan bagi tahun 2023 ialah 100% penyediaan dan kelulusan diperingkat agensi pusat. Isu Strategik KPI Keperluan menyediakan laluan kerjaya Pakar Bidang Khusus (SME) Peratus bilangan kaunselor pendidikan yang dilantik sebagai Pakar Bidang Khusus (SME) (5 orang) Sasaran TOV 2023 2024 2025 0 10 50 100 Jadual di atas menggambarkan pencapaian sasaran pelantikan Pakar Bidang Khusus. Sasaran bagi tahun 2023 ialah 10% KPM memiliki Pakar Bidang Khusus dan pada tahun 2025 mencapai 100%.
12 STRATEGI Pengiktirafan dan Kesejahteraan Mengiktiraf dan Menghargai Kaunselor Pendidikan Inisiatif ini bertujuan memberikan pengiktirafan yang sama kepada kaunselor Pendidikan seperti mana yang diperolehi pegawai bidang pendidikan yang lain. Mewujudkan Tokoh Kaunselor Pendidikan, Anugerah Inovasi, dan biasiswa melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Lanjutan dalam bidang psikologi dan kaunseling juga merupakan usaha pengiktirfan kepada kaunselor pendidikan. 21 INISIATIF Isu Strategik KPI Keperluan kepada tokoh kaunselor pendidikan, anugerah inovasi dan kuota khas biasiswa Peratus penyediaan dokumen tokoh kaunselor pendidikan dan kuota khas biasiswa. Sasaran Tokoh Kaunselor Anugerah Inovasi Kuota khas Biasisiwa TOV 2023 2024 2025 50 50 50 100 100 100 100 100 100 100 100 100 36 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Jadual di atas menggambarkan pencapaian sasaran penyediaan dokumen penyediaan tokoh kaunselor pendidikan, anugerah inovasi dan kuota biasiswa.
TERAS 4 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 37 Pemantapan Jaringan Profesionalisme Perkhidmatan Psikologi Kaunseling Inisiatif ini bertujuan mewujudkan satu platform rasmi jaringan profesionalisme bahagian, agensi dan kaunselor pendidikan yang memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di KPM. Kewujudan beberapa bahagian peneraju yang memberikan perkhidmatan kaunseling di KPM seperti Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Bahagain Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Matrikulasi. Institusi Pendidikan Guru Malaysia, Bahagian PendidikanTeknik dan Vokasional, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, serta Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian memerlukan satu wadah untuk membincangkan dan memutuskan isu-isu berbangkit berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM. Oleh itu dicadangkan diwujudkan sebuah majlis/ jawatan kuasa yang menggabungkan semua wakil bahagian yang berkaitan dan Kaunselor Pendidikan, yang berperanan memelihara dan memperkasa fungsi perkhidmatan psikologi dan kaunseling serta kebajikan kaunselor pendidikan di semua peringkat organisasi pendidikan. Majlis ini juga berfungsi sebagai penerima, pelaksana dan pemberi maklum balas kepada dasar dan perkhidmatan kaunseling yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. 22 INISIATIF Isu Strategik KPI Ketiadaan suatu badan yang menyeragamkan perkhidmatan kaunseling KPM Peratus proses kerja yang dilakukan dalam mewujudkan Majlis/ Jawatan kuasa Induk Perkhidmatan Psikologi dan Kauseling KPM Sasaran TOV 2023 2024 2025 40 60 80 100
13 STRATEGI Pengurusan dan Pentadbiran Perkhidmatan psikologi dan kaunseling Penyelarasan Struktur Organisasi Pentadbiran Strategi pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah proses perancangan, pengurusan, penyusunan, dan penyampaian maklumat perkhidmatan berdasarkan akauntabiliti dan integriti yang terkandung dalam DKKPM. Inisiatif ini bertujuan menjajar struktur organisasi pentadbiran kaunseling dan psikologi KPM agar selaras di semua peringkat bagi memastikan pengurusan perkhidmatan kaunseling dan psikologi dapat berfungsi dengan lebih efisien kepada warga KPM. Bagi memastikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan KPM mensasarkan semua organisasi akan mencapai struktur pentadbiran kaunseling dan psikologi yang seragam pada tahun 2022. 23 INISIATIF Isu Strategik KPI Struktur organisasi yang tidak selaras di setiap agensi KPM Peratus agensi yang mempunyai struktur organisasi pentadbiran perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang seragam. Sasaran TOV 2023 2024 2025 100 100 100 100 PENJAJARAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING TERAS 5 38 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
TERAS 5 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 39 Penyediaan prasarana perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang Standard Inisistif ini dilaksanakan dengan menyediakan pejabat pengurusan serta bilik kaunseling yang lengkap, kondusif dan teraputik berdasarkan Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM (SKPKP). 24 INISIATIF Isu Strategik KPI Tiada peruntukan khusus bagi pewujudan prasarana perkhidmatan kaunseling Peratus agensi yang mempunyai prasarana perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang seragam Sasaran TOV 2023 2024 2025 50 70 80 100 Peningkatan 5% setiap tahun bagi sekolah dalam tempoh 2021 hingga 2024 kerana perkhidmatan kaunseling di sekolah telah lama dilaksanakan. Setiap agensi akan mempunyai prasarana perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang seragam bagi membolehkan setiap warga KPM dapat menikmati perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang standard.
Penyelarasan Peranan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi Peranan perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM di semua peringkat diseragamkan berdasarkan keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di setiap organisasi dan institusi. 25 INISIATIF Isu Strategik KPI Pengurusan perkhidmatan yang tidak sistematik dan selaras di setiap agensi KPM Peratus agensi yang patuh kepada peranan dan fungsi perkhidmatan kaunseling psikologi KPM Sasaran TOV 2023 2024 90 100 100 2025 100 Peningkatan peratus kepatuhan terhadap peranan dan fungsi perkhidmatan psikologi dan kaunseling direalisasikan melalui pengurusan yang sistematik dan selaras di semua agensi KPM. 40 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
TERAS 5 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 41 Penyediaan Tatacara dan Panduan Perkhidmatan yang Sistematik Semua peringkat organisasi dan institusi membuat penyeragaman tatacara dan panduan perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM membawa kepada pematuhan proses kerja berdasarkan Manual Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM (SKPKP). 26 INISIATIF Isu Strategik KPI Proses kerja yang sedia ada tidak mematuhi sepenuhnya standard kualiti perkhidmatan Peratus pematuhan setiap agensi terhadap tatacara dan panduan perkhidmatan psikologi dan kaunseling seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kualiti Perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM. Sasaran TOV 2023 2024 100 100 100 2025 100 Menjelang tahun 2023, setiap agensi dijangkakan telah menguasai dan melaksanakan tatacara dan panduan perkhidmatan psikologi dan kaunseling seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kualiti Perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM .
14 STRATEGI Piawaian Perkhidmatan psikologi dan kaunseling Pematuhan Standard Kualiti Perkhidmatan psikologi dan kaunseling Strategi ini merupakan satu usaha bagi mewujudkan satu garis panduan standard kualiti perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM yang boleh digunapakai oleh setiap organisasi. Inisiatif ini bertujuan memastikan pematuhan Standard Kualiti Perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM (SKPKP) melalui penggunaan instrumenn standard kualiti oleh setiap organisasi di bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru kampus, bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran yang efisien. Permatuhan terhadap Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Dan Kaunseling KPM diperkukuhkan dan berusaha ke arah mengurangkan karenah birokrasi di peringkat organisasi dalam KPM untuk mencapai tahap pengurusan yang lebih holistik dan bersepadu. 27 INISIATIF Isu Strategik KPI Birokrasi dalam pelaksanaan Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM Peratus agensi yang mencapai 4 bintang dalam Standard Kualiti perkhidmatan Kaunseling Psikologi KPM Sasaran TOV 2023 2024 2025 70 80 90 100 42 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
TERAS 5 kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 43 Pematuhan Standard Kualiti Penyeliaan Klinikal Kaunseling dan Psikologi Inisiatif ini bertujuan bagi mengiktiraf kualiti perkhidmatan psikologi dan kaunseling melalui kaunseling klinikal individu dan kelompok. Penggunaan instrumen penyeliaan dilaksanakan oleh Panel Penyeliaan Kaunseling KPM yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia kepada semua kaunselor pendidikan KPM. Kualiti khidmat kepakaran sesi kaunseling dapat ditingkatkan melalui penyeliaan khusus oleh panel pakar yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dalam usaha memartabatkan profesion kaunselor. 28 INISIATIF Isu Strategik KPI Tahap kualiti kepakaran sesi kaunseling tidak dapat dikenalpasti Peratus kaunselor pendidikan yang diselia (385 orang) Sasaran TOV 2023 2024 0 12 20 2025 30
44 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling 15 STRATEGI Penyampaian Perkhidmatan Yang Efisien dan Efektif Menangani karenah birokrasi dalam proses kerja Inisiatif ini bertujuan mewujudkan transformasi proses kerja berkaitan perkhidmatan pelanggan dan pengurusan perkhidmatan kaunseling psikologi untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan. Kecekapan perkhidmatan dan kemudahan prasarana, kompetensi kaunselor dan proses kerja yang teratur akan menjamin kepada penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif terutama dapat membantu warga KPM yang berkeperluan memperolehi kesejahteraan psikologi dan seterusnya dapat berfungsi dengan baik dalam masyarakat. 29 INISIATIF Isu Strategik KPI 6 proses kerja perkhidmatan pelanggan yang kurang sistematik Peratusan kemajuan transformasi dan penataran 6 proses kerja Sasaran TOV 2023 2024 2025 50 80 100 100 Penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif adalah satu proses transaksi segala maklumat dan ilmu pengetahuan dapat diakses pada bila-bila masa. Isu strategik yang dialami ialah terdapatnya enam proses kerja perkhidmatan yang kurang sistematik dan perkara ini perlu penambahbaikan. Antaranya ialah analisis data dan maklumat sesi bimbingan dan kaunseling di peringkat Bahagian/JPN/PPD/Institusi Pendidikan KPM, analisis data dan maklumat profil psikologi warga KPM berdasarkan instrumen personaliti psikologi KPM (i2PK) di Bahagian/JPN/PPD/Institusi Pendidikan KPM, analisis data dan maklumat program 3P (Pencegahan, Pembangunan dan Pemulihan) sebelum dan selepas program, pengumpulan laporan data program perkhidmatan psikologi dan kaunseling, pengurusan pentadbiran sistem pengurusan maklumat perkhidmatan kaunseling (e-2PK) KPM dan pengurusan pembangunan aplikasi sistem BPsK ke arah Enterprising Architecture (EA) Organisasi. Perkara ini menjadi sasaran dan diharapkan peningkatan peratusan kemajuan transformasi dan penataran 6 proses kerja dan mencapai 100% menjelang tahun 2024.
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 45TERAS 5 Isu strategik yang dialami ialah terdapatnya enam proses kerja perkhidmatan yang kurang sistematik dan perkara ini perlu penambahbaikan. Antaranya ialah analisis data dan maklumat sesi bimbingan dan kaunseling di peringkat Bahagian/JPN/PPD/Institusi Pendidikan KPM, analisis data dan maklumat profil psikologi warga KPM berdasarkan instrumen personaliti psikologi KPM (i2PK) di Bahagian/JPN/PPD/Institusi Pendidikan KPM, analisis data dan maklumat program 3P (Pencegahan, Pembangunan dan Pemulihan) sebelum dan selepas program, pengumpulan laporan data program perkhidmatan psikologi dan kaunseling, pengurusan pentadbiran sistem pengurusan maklumat perkhidmatan kaunseling (e-2PK) KPM dan pengurusan pembangunan aplikasi sistem BPsK ke arah Enterprising Architecture (EA) Organisasi. Perkara ini menjadi sasaran dan diharapkan peningkatan peratusan kemajuan transformasi dan penataran 6 proses kerja dan mencapai 100% menjelang tahun 2024. Memantapkan sistem perkhidmatan secara berpusat (1 one stop center). Penggunaan sistem pengurusan perkhidmatan kaunseling (e2pk) secara meluas, terancang dan sistematik dalam kalangan kaunselor pendidikan di semua peringkat KPM. Sistem ini membantu penyampaian yang standard dan menyeluruh dalam perkhidmatan kaunseling psikologi dan membuat pelaporan. 30 INISIATIF Isu Strategik KPI Penggunaan sistem dalam kalangan pengguna (kaunselor pendidikan / ketua jabatan) tidak secara menyeluruh Peratus penggunaan sistem di setiap peringkat di Bahagian, JPN, PPD, IPGK dan Kolej Matrikulasi Sasaran TOV 2023 2024 2025 50 60 80 100 Inisiatif bertujuan memantapkan sistem perkhidmatan secara berpusat (1 one stop center) dan mesra pengguna. Ia juga bertujuan untuk meluaskan penggunaan sistem dalam kalangan pengguna di setiap bahagian KPM. Pada peringkat awal penggunaan sistem e2pk yang telah digunakan dalam kalangan kaunselor pendidikan di peringkat Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Kampus.
46 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Mekanisma Pemantauan Pelan strategik ini akan dipantau pada setiap tahun. Senarai Petunjuk Prestasi bagi objektif strategik dinilai dari semasa ke semasa menggunakan sistem dalam talian dan semak silang. Manakala senarai aktiviti dan sasaran bagi setiap Teras Strategik dan Inisiatif adalah seperti yang terdapat dalam dokumen ini. Kesimpulan Pelan Strategik Perkhidmatan psikologi dan kaunseling KPM ini telah dibangunkan berdasarkan Dasar Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (DKKPM), sasaran Outcome Based Budgeting dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini merupakan fasa terakhir untuk mencapai hasrat aspirasi dan anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Adalah diharapkan Pelan Strategik ini akan menjadi rujukan kepada semua pihak di bawah KPM dan sebagai contoh kepada kementerian dan organisasi lain bagi membangunkan aktiviti dan program masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang. Bengkel Penulisan Pelan Strategik
kementerian pendidikan malaysia i 2023-2025 47 Bengkel Pelan Strategik Pada 5 - 7 Julai 2022 Di Bay View Melaka Bahagian Teknologi Pendidikan Port Dickson Negeri Sembilan 13-14 April 2021
48 Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Semua Kaunselor Pendidikan di Bahagian, Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri, Kaunselor Pendidikan Negeri, Kaunselor Pendidikan Daerah, Kaunselor Pendidikan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kaunselor Pendidikan Kolej Matrikulasi, Majlis Kaunselor Pendidikan Malaysia, yang telah memberikan sumbangan idea, tenaga dan kepakaran bagi menghasilkan serta penerbitan buku ini. Penghargaan Abdul Halim bin Idin Abdul Rahim bin Abdul Rahman Ahmad bin Adlie Ahmad Shukri bin Ismail Ariff bin Yusof Azhar bin Razali Fadhiah binti Mohd Zain Fatmawaty binti Mohamad Yusuf Halijah binti Mahmud Hasnida binti Othman Hjh Norazizah binti Kmaruddin Hajh Norzalina binti Sabudin Iesha Rina Bawang A/k Unding Katinah binti Mat Dom Mohamad Faizal bin Saad Mohd Fadli bin Hasan Murni Wati binti Abdul Karim Norazam bin Abdullah Norzila binti Md. Dali Nurulnajwa binti Saidon Nurzaimimah binti Pahmi Rizah binti Sulaiman Ruzaimah binti Razali Sabdin bin Japarudin Safar Ershad bin Majeran Siti Hajar binti Mohd Basir Suzana binti Abdulllah Suzilawati binti Seman Syed Mohd Hamzah bin Syed Abdul Hamid Ulik bin Likud Wan Zain bin Wan Jaafar Zainudin Sabran Zawani binti Mamat @ Mohamed Penolong Editor dan Jurulatih Utama Penaung Puan Salmiah binti Monshie Setiausaha Bahagian, Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia Penasihat Puan Maheran binti Alias Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pembangunan Strategik Tuan Haji Shahbani bin Othman Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Organisasi Dr.Rodiah binti Idris Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Operasi Ketua Editor Encik Rosli bin Suyot Penolong Ketua Editor Puan Virawaty binti Yunus Cik Haslinda binti Hussein Editor Puan Sharifah Hanizah binti Syed Jaafar Puan Norwazni binti Wahab @ Abd Wahab Encik Zaidi bin Korib Encik Mohamad Supian bin Taharim Puan Halawiah Shafinas binti Ishak Tn. Hj. Rushdan bin Nordin @ Noordin Encik Azizurahman bin Haji Samian Encik Azizi bin Lamat