1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR ZARIF AZRI BIN ABDULLAH ZAWAWI NOMBOR KAD PENGENALAN 030603-03-0899 ALAMAT TETAP LOT 1296 KOTA JEMBAL, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN NO. TELEFON DAN E-MEL 019 470 9083 [email protected] AMBILAN DAN PENGKHUSUSAN AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU TUGASAN E- PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH FASA 1 TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER 3 TARIKH PBS 11 JUN 2023 SEHINGGA 22 JUN 2023
2 PENGHARGAAN Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat saya siapkan tugasan ini bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Zaimah binti Abdul Rahman yang telah mencurahkan segala ilmu beliau dan bimbingan dalam menyempurnakan tugasan ini. Penghargaan juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan serta ahli keluarga yang sentiasa membantu dan memberi sokongan semasa menyiapkan kerja kursus ini. Akhirnya, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung bagi menyelesaikan tugasan ini. Semoga Allah SWT membalas jasa kesemua individu yang terlibat supaya hidup diberkati.
3 SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN 1-2 2.0 BIODATA DIRI 3 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI 3.1 PERNYATAAN PBS 4-5 3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTVITI YANG DIFOKUSKAN 6-8 3.3 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 9 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA 4.1 PEMERHATIAN 10-11 4.2 SENARAI SEMAK12-14 4.3 TEMU BUAL 14 4.4 SOAL SELIDIK 14 5.0 KOLABORATIF 15 5.1 PERBINCANGAN DENGAN GURU BESAR 16 5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU PENOLONG 17 5.3 PERBINCANGAN DENGAN PENGAWAL KESELAMATAN 18 5.4 PERBINCANGAN DENGAN MURID 19 6.0 ILMU BAHARU MELALUI KAEDAH 20 6.1 PEMERHATIAN 20 6.2 SENARAI SEMAK 20 6.3 TEMU BUAL 21 6.4 SOAL SELIDIK 21 7.0 REFLEKSI 22-25 8.0 LAPORAN AKHIR 26 LAMPIRAN 27-31
4 KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun Semester_ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi (Lampiran 1-5) 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: Tandatangan : Tarikh: Nama :
1 1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN
2
3 2.0 BIODATA DIRI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR ZARIF AZRI BIN ABDULLAH ZAWAWI NOMBOR KAD PENGENALAN 030603030899 ALAMAT TETAP LOT 1296 KOTA JEMBAL, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN NO. TELEFON DAN E-MEL 019-4709083 [email protected] AMBILAN DAN PENGKHUSUSAN AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER 3 TARIKH PBS 11 JUN 2023 SEHINGGA 22 JUN 2023
4 3.1 PERNYATAAN PROFESIONAL Saya Zarif Azri bin Abdullah Zawawi, pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 Tahun 1 Semester 3 di IPGK Bahasa Melayu telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di SK Ismail Petra 2. Sekolah ini terletak berdekatan dengan rumah saya iaitu di Kota Bharu, Kelantan dan telah memudahkan pergerakan saya untuk melengkapkan PBS sepanjang tempoh dua minggu. PBS merupakan tugasan wajib untuk dilaksanakan oleh semua pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 di samping menyelesaikan pentaksiran berterusan. PBS ini penting bagi memberi gambaran awal mengenai situasi dan suasana di sekolah kelak sebagai seorang guru yang berintegriti. Melalui pengalaman yang berharga ini, para pelajar dapat memahami sistem pengurusan serta pentadbiran sesuatu sekolah itu berjalan di samping dapat mempelajari cara berinteraksi dengan guru-guru, murid serta komuniti. 3.1.1 SEBELUM PBS Sebelum memulakan PBS Fasa 1, pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 telah diberikan taklimat mengenai PBS pada 8 Jun 2023 oleh Encik Umar bin Norman sebagai panduan dan persiapan awal sebelum ke sekolah pilihan masing-masing. Taklimat yang disampaikan oleh pihak Unit Praktikum tersebut telah diadakan di Dewan Zaaba, IPGKBM selama hampir 2 jam. Hasil daripada taklimat tersebut, pelbagai maklumat telah kami perolehi berkaitan objektif bagi pelaksanaan PBS itu sendiri. Fokus utama PBS ialah memberi kefahaman dan pengalaman kepada pelatih guru mengenai sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tanggungjawab sebenar seorang guru. Saya telah merancang untuk melakukan kaedah temu bual, soal selidik, senarai semak serta perbincangan bersama pihak pengurusan sekolah, para guru, murid-murid serta komuniti di sekitar kawasan sekolah tersebut. Segala maklumat yang diperolehi akan saya masukkan ke dalam e-portfolio untuk melengkapkan tugasan pentaksiran berterusan bagi kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
5 3.1.2 SEMASA PBS Pelbagai perkara telah saya lakukan semasa berada di sekolah selama 2 minggu seperti merancang strategi melaksanakan tugasan selain mengumpul maklumat berkaitan sekolah khususnya. PBS saya bermula pada 11 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2023 iaitu 10 hari persekolahan. Pada hari pertama, saya dan rakan saya telah berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut iaitu Encik Mohd Sukendi bin Mat Salleh di pejabat sekolah. Seterusnya, saya diminta untuk memperkenalkan diri semasa perhimpunan mingguan sekolah sebelum melawat kawasan sekolah. Saya telah melihat suasana pembelajaran di dalam bilik darjah semasa PdP berlangsung selain memerhatikan bagaimana guru mengawal keadaan kelas masing-masing. Seterusnya, aktiviti yang yang melibatkan murid-murid dengan borang kaji selidik ialah mengenai iklim sekolah. Soalan yang dikemukakan kepada murid-murid adalah tentang keadaan sekolah mereka. Mereka juga diberi peluang untuk mengemukakan komen mahu pun cadangan mereka bagi meningkatkan fasiliti sekolah mereka. Aktiviti ini juga dijalankan dengan kaedah pemerhatian. Kemudahan sekolah yang berkeadaan baik dan selesa secara terus dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk belajar selain mencari idea dan buah fikiran. Semasa menjalani PBS juga, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat memasuki setiap kelas termasuk bilik-bilik khas seperti perpustakaan, bilik tayang dan bilik darjah PPKI. 3.1.3 SELEPAS PBS Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, beberapa maklumat baharu telah berjaya saya kumpul melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya juga memperolehi beberapa ilmu yang baharu seperti teknik penyoalan yang betul dan berkesan sekiranya ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik penyoalan yang betul membantu saya mendapatkan maklumat yang betul. Berdasarkan kemahiran menyoal yang saya perolehi, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kita perlu mengamalkan sikap yang baik dan saling menghormati serta bersopan santun dalam masyarakat. Selain itu, saya juga dapat menyimpulkan bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi mahupun intelek (JERIS). Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik serta kondusif dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan lebih tertarik untuk hadir ke sekolah dan bersemangat untuk belajar. Kemudahan infrastruktur yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.
6 3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang berpandukan senarai semak tugasan yang telah dilampirkan. Berikut adalah tindakan yang telah dilakukan sepanjang tempoh PBS di SK Ismail Petra 2. BIL TARIKH TINDAKAN 1. 11 Jun 2023 (Ahad) Melapor diri di pondok pengawal keselamatan sebelum bertemu guru besar di bilik guru. Berbual bersama guru besar dan berkenalan antara satu sama lain. Mendengar penjelasan guru besar berkenaan dengan sekolah yang saya pilih. Mengumpul maklumat sekolah. Memperkenalkan diri kepada seluruh warga sekolah pada waktu perhimpunan mingguan sekolah. Memasuki kelas bagi kali pertama sebagai guru ganti. 2. 12 Jun 2023 (Isnin) Menghadiri sekolah untuk hari kedua. Mengikuti kelas Pendidikan Jasmani bersama guru di padang sekolah. Terlibat dalam menjalankan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) terhadap murid Tahap Dua. Melihat aktiviti yang dijalankan sempena Bulan Bahasa Melayu 2023. 3. 13 Jun 2023 (Selasa) Melawat kantin sekolah pada waktu pagi bagi melihat suasana Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bersama guru bertugas iaitu Puan Nurulhuda binti Ibrahim Menghadirkan diri ke perhimpunan harian di tapak perhimpunan. Melibatkan diri dalam urusan jual beli di koperasi sekolah pada waktu rehat.
7 Menyertai guru subjek Pendidikan Seni Visual Tahun 3 dengan melakukan aktiviti melukis serta mewarna bersama murid. 4. 14 Jun 2023 (Rabu) Melihat murid melakukan Latihan Memberus Gigi (LMB) bagi murid Tahun 1. Menyertai guru subjek Bahasa Inggeris dengan melakukan latihan bertulis berdasarkan buku teks Tahun 3. Mengambil alih aktiviti mingguan bagi Kelab Bola Tampar bagi slot kokurikulum dengan mengajarkan cara menghantar dan menerima serta teknik servis yang betul kepada murid. 5. 15 Jun 2023 (Khamis) Program Bacaan Yasin yang diketuai oleh rakan saya iaitu Muhammad Juhaidi bin Muhammad Jauhari. Menyertai guru bagi subjek Pendidikan Islam Tahun 4. Aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti membaca dalam tulisan jawi berdasarkan buku teks Tahun 4. 6. 18 Jun 2023 (Ahad) Menghadiri perhimpunan mingguan sekolah yang bertempat di Dewan Datuk Haji Mohamad Fatmi. Melawat bilik khas iaitu PPKI bagi memerhati kaedah pengajaran yang sesuai terhadap murid berkeperluan khas. Melawat prasekolah semasa waktu rehat. 7. 19 Jun 2023 (Isnin) Menghadiri Program Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebagai jurugambar. Melawat perpustakaan sekolah. 8. 20 Jun 2023 (Selasa) Terlibat secara langsung dalam Program Permata Hati yang dijalankan di Dewan Datuk Haji Mohamad Fatmi. Program Permata Hati merupakan satu inisiatif bagi membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran seperti masalah membaca, menulis dan mengira.
8 Murid akan diberikan seorang mentor sebagai penyelia prestasi mereka. Menyertai guru bagi subjek Pendidikan Kesihatan Tahun 5. 9. 21 Jun 2023 (Rabu) Menemu bual guru besar, pengawal keselamatan Menghadiri permainan bola sepak peringkat akhir anjuran sekolah dalam kalangan murid-murid sendiri. Menyertai aktiviti mingguan bagi badan beruniform bagi slot kokurikulum dengan mengajarkan cara kawad kaki yang betul kepada murid. 10. 22 Jun 2023 (Khamis) Program Bacaan Yasin yang diketuai oleh saya. Menyerahkan plak kepada guru besar sebagai tanda kenangan.
9 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SK Ismail Petra 2 SK Ismail Petra 2, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. 2 No. Telefon Sekolah 097481890 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah Mohd Sukendi Bin Mat Salleh 6 Nama PK Pentadbiran Ruhaya Binti Yunus 7 Nama PK HEM T. Salwani Binti Tengku Haris 8 Nama PK Kokurikulum Mohd Romzi Bin Yusof 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah B 11 Bilangan Guru Lelaki: 9 Perempuan: 27 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 34 Bukan Siswazah: 2 13 Bilangan Kelas 17 14 Purata Saiz Kelas 20 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lainlain 340 Orang Lelaki 182 Perempuan 158 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini - Mempunyai kemudahan seperti Coway di kawasan sekolah.
10 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 4.1 KAEDAH PEMERHATIAN Bagi pelaksanaan instrumen ini, saya akan memerhati dengan teliti pandangan keseluruhan sekolah sambil meliputi lima maklumat asas berkaitan pengurusan kurikulum sekolah, hal ehwal murid, aktiviti kokurikulum, kemasyarakatan dan dasar pendidikan semasa yang lain. Pertama, saya akan meronda di sekitar kawasan sekolah dan memerhati infrastruktur sedia ada di seluruh kawasan. Melalui pemerhatian ini, saya berharap dapat mengenal pasti kewujudan infrastruktur yang diperlukan seperti makmal sains, makmal komputer, dan bilik muzik serta peralatan pengajaran yang canggih dan berteknologi seperti bilik darjah yang dibekalkan dengan LCD dan pembesar suara. Selain itu, saya akan meminta izin guru untuk turut serta semasa sesi PdP. Hal ini bagi memerhati cara mengajar yang betul dan belajar cara pendekatan yang boleh dlakukan bagi menarik minat murid supaya sentiasa fokus sepanjang PdP berlangsung. Akhir sekali, saya juga akan cuba meminta kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum atau sebarang program yang diadakan sepanjang dua minggu saya di sana. Dengan memerhatikan bagaimana aktiviti dirancang dan diadakan pada hari tersebut, saya berharap dapat mengumpul sebanyak mungkin maklumat penting seperti tahap penyertaan pelajar, sukatan pelajaran yang digunakan dan pemilihan aktiviti yang bersesuaian dengan tema pada hari tersebut. Selain itu, ia juga membolehkan saya mengenal pasti dasar pendidikan yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pelbagai objektif program.
11 BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN (TERHADAP PENGAJARAN SEDIA ADA GURU KEPADA SATU KELAS MURID SEMASA MENJALANI PBS) Tajuk : Perbezaan individu dan pembelajaran dalam kalangan murid-murid. Masa / Tarikh : 8.45 – 9.15 pagi / 15 Jun 2023 Guru : Puan Ruhaya binti Yunus Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Kelas : 6 Bestari Bilangan murid : 22 orang murid Bil. Soalan Jawapan Ya Tidak 1 Murid-murid menunjukkan minat dan motivasi semasa mengikuti sesi PdPC. / 2 Guru memastikan suasana pembelajaran yang sesuai untuk menjalankan sesi PdPC. / 3 Guru menggunakan bahan bantu mengajar semasa PdPC. / 4 Guru menglibatkan menggunaan TMK dalam proses PdPC. / 5 Guru menyerapkan EMK dalam proses PdPC. / 6 Guru melakukan aktiviti yang mengaitkan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada murid / 7 Guru mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. / 8 Murid memberi maklum balas serta menyuarakan pandangan, pendapat dan jawapan yang berbeza semasa interaksi dalam bilik darjah. / 9 Guru membimbing murid-murid semasa melakukan aktiviti dan semasa mereka membuat rumusan bagi sesi PdPC. / Pemerhatian : Guru memasukkan unsur permainan serta nilai murni dalam dijalankan PdPC supaya lebih berkesan dan menyeronokkan. Kesimpulan : Guru mahir dalam pendekatan pengajaran yang dapat
12 mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menyeronokkan. 4.2 SENARAI SEMAK Seterusnya, instrumen senarai semak telah digunakan bagi mendapatkan data atau maklumat berhubung dengan tugasan. Senarai semak yang baik mestilah mempunyai jadual yang tersusun sekaligus meletakkan tugas-tugas yang perlu dilakukan mengikut masa, hari dan juga waktu yang ditetapkan. Sementara itu, senarai semakberkaitan dengan item-item dalam pengurusan dan pentadbiran. Contohnya, kurikulum sekolah, kokurikulum sekolah dan prasarana sekolah.
13 SENARAI SEMAK BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1. Pengurusan dan Organisasi Sekolah 1.1 Pelan Fizikal Sekolah / 1.2 Carta Organisasi Sekolah / 1.3 Takwim Sekolah / 2. Prasarana Sekolah 2.1 Kemudahan Sekolah: / Dewan / Surau / Kantin / Bilik-Bilik Khas / Makmal Komputer / Perpustakaan / Padang / Tandas / Pondok Keselamatan / Bilik Mesyuarat / Pejabat Sekolah / Bilik Guru / Bilik Tayangan / Bilik BBM / Bilik Muzik / Blok Akademik / Koperasi / Bilik Kesihatan / Bilik Kaunseling / Bilik SPBT / Bilik RBT / Makmal Sains / 2.2 Rukun Negara /
14 2.4 Bilik Darjah / Ruangan Belajar / Papan Kenyataan / Kerusi dan Meja (Guru dan Murid) / Papan Putih / Kipas dan Lampu / 3. Kokurikulum 3.1 Peralatan Sukan / 3.2 Kelengkapan Prasarana Sukan / 4.3 KAEDAH TEMUBUAL Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong, pengawal keselamatan serta murid-murid di sekolah ini. 4.4 KAEDAH SOAL SELIDIK Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Bagi memperolehi maklumat tambahan mengenai sekolahtersebut, saya telah bertanyakan kepada beberapa orang murid tentang kemudahan atau prasarana yang disediakan di sekolah ini.
15 5.0 KOLABORATIF Kolaboratif yang dijalankan melalui perbincangan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan di samping mewujudkan interaksi yang positif di antara dua orang atau lebih dan juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, saya telah merekodkan dalam borang kolaboratif sepanjang perolehan maklumat di SK Ismail Petra 2. Antara lampiran perbincangan tersebut adalah bersama: 5.0 Perbincangan dengan Guru Besar. 5.1 Perbincangan dengan Guru Penolong. 5.2 Perbincangan dengan Pengawal Keselamatan. 5.3 Interaksi dengan Murid.
16 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 JUN 2023 Masa : 8.30 PAGI Tajuk / Perkara : Amalan dan Program di Sekolah . Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Apakah budaya yang diamalkan di sekolah ini? - Guru-guru saling bertegur sapa sesama mereka serta kakitangan sekolah termasuk pengawal keselamatan, tukang kebun dan lain-lain. - Murid-murid selalu memberi salam serta menghormati guruguru mereka ● Apakah program kolaboratif yang telah dijalankan? - Pihak sekolah sentiasa mengalualukan penglibatan ibu bapa dalam pelbagai program. Salah satu program yang kami sempat lihat adalah Program Permata Hati dan program KWAPM. Cadangan tindakan terhadap hubungan sekolah dengan masyarakat ialah: ● Memperbanyak program kolaboratif bersama komuniti dan ibu bapa untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Tandatangan : Nama : Mohd Sukendi bin Mat Salleh Jawatan : Guru Besar
17 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 JUN 2023 Masa : 7.15 – 7.45 PAGI Tajuk / Perkara : Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Bagaimana RMT dapat membantu murid yang memerlukan? - RMT membantu sebahagian murid mengambil sarapan pagi bagi mengekalkan kesihatan dan keceriaan mereka untuk belajar. ● Apakah pendapat puan tentang menu RMT pelajar? - Terdapat hari yang mana muridmurid kurang berminat dengan menu RMT berbanding menu kesukaan mereka seperti ayam KFC. ● Apakah yang telah dilakukan bagi mengelakkan pembaziran makanan RMT? - Pada waktu rehat, murid-murid yang kekurangan wang untuk membeli makanan dipelawa untuk mengambil lebihan makan RMT. Cadangan tindakan terhadap kualiti makanan RMT yang disediakan agar sentiasa segar dan menyelerakan ialah: ● Pihak kantin sekolah boleh menyediakan makanan setelah murid dating dan bukannya menyediakan makanan terlalu awal. ● Contohnya: - Sup atau makanan berkuah perlu dituang secara ”on the spot” bagi mengekalkan kehangatan dan kelazatan makanan. - Hal ini bagi mengelakkan makanan seperti mihun menjadi kembang jika telah disediakan terlalu awal. - Secara tidak langsung, dapat menarik minat murid untuk menikmati RMT. Tandatangan : Nama : Puan Nurulhuda binti Ibrahim Jawatan : Guru Penolong DG 44
18 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 21 JUN 2023 Masa : 9.00 PAGI Tajuk / Perkara : Isu di Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Pengalaman bekerja - 2 tahun bekerja di sekolah - Sebelum itu melakukan perkerjaan kilang - Bekerja syif 3 hari pagi, 3 hari malam ● Interaksi harian dengan guru-guru di sekolah - Baik. Guru-guru juga mesra sesama kakitangan awam sekolah - Mudah untuk berurusan dengan guru ● Isu atau masalah yang berbangkit di sekolah - Pelajar ponteng fardhu ain - Tiada isu besar setakat ini Cadangan tindakan terhadap kesalamatan dan disiplin di sekolah ialah: ● Melakukan rondaan dengan kerap bagi mengetatkan kawalan keselamatan sekolah. ● Mengarahkan ibu bapa menunggu di luar pagar sekolah semasa tamat waktu persekolahan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di dalam kawasan sekolah Tandatangan : Nama : Muhammad Faizzat bin Suhaiman Jawatan : Pengawal Keselamatan
19 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 JUN 2023 Masa : 11.15 – 11.45 PAGI Tajuk / Perkara : Keberkesanan Prasarana Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan ● Kemudahan makmal komputer - Komputer sekolah dihantar untuk pembaikan buat masa sekarang. ● Kemudahan stor sukan - Barang terlalu lama dan sebahagian alatan sudah rosak. - Bola-bola kebanyakannya kekurangan angin. ● Kemudahan pusat sumber - Terdapat pendingin hawa untuk mewujudkan suasana yang kondusif. - Pelbagai bahan bacaan dari pelbagai sumber bacaan. ● Kemudahan musalla - Kekurangan langsir untuk menghalang sinaran cahaya matahari dari luar bagi mengelakkan kepanasan. ● Kemudahan tempat permainan - Terdapat padang bola serta tiang gol yang mencukupi. - Tiada jarring untuk gelanggang bola tampar dan sepak takraw. ● Kemudahan kedai sekolah - Pelbagai barangan yang dijual kebanyakannya memenuhi keperluan murid-murid Cadangan tindakan terhadap isu ini ialah: ● Stor sukan - Guru perlu teliti dengan peralatan permainan yang disediakan. - Membeli bola atau alatan untuk memenuhi keperluan murid dan sekolah jika perlu. ● Musalla - Memasang langsir yang mencukupi dan sesuai dengan tempat untuk mewujudkan suasana yang kondusif. ● Tempat permainan - Memasang atau membeli jarring untuk gelanggang bola tampar dan sepak takraw untuk kegunaan pelajar dan sekolah Tandatangan : Nama : Ainnur Wardhiah binti Mohd Rozi Jawatan : Penolong Ketua Kelas 5 Cemerlang
20 6.0 ILMU BAHARU MELALUI KAEDAH Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah program yang wajib dilaksanakan bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Program PBS bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Melalui program ini, pelajar dapat memahami gerak kerja seorang guru selain memahami sistem pengurusan sekolah itu berfungsi dan berperanan dalam meningkatkan kebolehan akademik murid serta melahirkan pelajar yang berakhlak mulia. Setelah melakukan beberapa kaedah seperti kaedah pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik terhadap warga sekolah, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam mendalami suasana di sekolah. 6.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa suasana pembelajaran di dalam bilik darjah agak sukar untuk dikawal. Oleh itu, saya telah bertanyakan kepada beberapa orang guru tentang cara mengawal murid supaya sentiasa fokus di sepanjang PdP berlangsung. Selain itu, Program Permata Hati yang baru dilancarkan memfokuskan murid yang agak ketinggalan dalam akademik berbanding rakan mereka yang lain. Program ini adalah program kolaboratif antara pihak sekolah bersama ibu bapa murid itu sendiri dan secara tidak langsung dapat bersama-sama membantu murid yang terpilih menyertai program ini. 6.2 SENARAI SEMAK Kaedah senarai semak telah membantu saya untuk mengumpul maklumat dengan lebih tersusun dan lebih efektif. Hasil daripada senarai semak yang telah saya lakukan, segala prasarana contohnya ada tetapi perlu dinaik taraf agar murid dapat menggunakan setiap kemudahan di sekolah secara maksimum.
21 6.3 TEMU BUAL Temu bual yang telah dijalankan terhadap beberapa individu seperti guru besar, guru penolong, pengawal keselamatan serta murid-murid dapat membantu saya menambahkan pengetahuan mengenai selok belok semasa berada di sekolah. Hasil daripada perbincangan bersama guru besar ialah saya dapat memahami cara sistem pengurusan sesebuah sekolah itu berfungsi. Selain daripada itu, saya juga diberu pendedahan tentang program RMT terhadap murid yang telah banyak membantu mereka untuk bersarapan sebelum sesi persekolahan bermula. Guru-guru lain turut memuji tahap disiplin murid di sekolah ini kerana setakat ini tiada kes disiplin yang berat berlaku dan sebahagian besar daripada mereka dapat mematuhi peraturan sekolah dengan amat baik. Sesi temu bual juga telah membantu saya berkomunikasi dengan lebih baik apabila mengajukan beberapa soalan dan merespons terhadap pandangan yang diberikan. 6.4 SOAL SELIDIK Kaedah soal selidik telah saya lakukan terhadap beberapa orang murid mengenai iklim sekolah serta prasarana yang terdapat di sekolah tersebut. Saya mendapati bahawa murid-murid berpuas hati dengan prasarana yang disediakan pihak sekolah. Namun, terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan agar murid dapat menikmati kemudahan dan dapat meningkatkan prestasi akademik mahupun dari segi kokurikulum serta rohani.
22 7.0 REFLEKSI AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Fokus murid dalam kelas tahun 6 Bestari. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: Murid sentiasa bertanya kepada guru kerana sifat ingin tahu mereka. Murid memberi respons dengan baik terhadap soalan diajukan ooleh guru. Guru menggunakan unsur penghargaan seperti memberikan pujian kepada murid agar mereka lebih bersemangat dan rasa dihargai. 2.2 Kelemahan: Terdapat segelintir pelajar ingkar arahan dan bergurau senda semasa guru mengajar. 3. Cadangan Penambahbaikkan: Guru boleh menggunakan aplikasi TMK semasa pengajaran supaya dapat menarik perhatian semua pelajar. Hal ini dapat menggalakkan murid untuk bekerjasama seperti memberikan pendapat mereka sebagai respons.
23 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Latihan Kawad Kaki Minggu Kokurikulum 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan Murid datang awal ke tempat latihan. Guru memberikan arahan yang jelas dan lantang agar murid dapat mendengar dengan baik. Murid memberikan respons yang baik dan mendengar arahan dengan baik. 2.2 Kelemahan: Segelintir murid tidak memahami arahan guru kerana belum pernah menyertai kawad kaki. 3. Cadangan Penambahbaikkan: Guru boleh menayangkan video kawad kaki kepada murid supaya mereka dapat memahami setiap arahan dan dapat melaksanakannya. Latihan yang lebih kerap diperlukan agar murid dapat patuh serta peka dengan arahan dengan lebih pantas.
24 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Perhimpunan harian di Tapak Perhimpunan. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: Murid datang awal ke tapak perhimpunan. Guru bertugas memberikan input serta maklumat tentang program dan aktiviti yang bakal diadakan kepada murid-murid. Murid bertugas akan mengetuai bacaan doa pada akhir perhimpunan 2.2 Kelemahan: Terdapat murid yang bercakap semasa guru sedang memberikan maklumat . Pembesar suara tidak terlalu jelas. 3. Cadangan Penambahbaikkan: Pihak sekolah boleh membaiki pembesar suara supaya murid dapat mendengar dengan lebih jelas. Pengawas bertugas mengawasi murid dengan lebih ketat supaya dapat fokus terhadap ucapan guru.
25 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Temu bual bersama Guru Penolong mengenai RMT. 3. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: Murid gemar akan program RMT. Menu yang disediakan adalah seimbang dan berkhasiat. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan guru. 2.2 Kelemahan: Terdapat lebihan makanan menyebabkan pembaziran berlaku. 3. Cadangan Penambahbaikkan: Guru perlu mempromosi makanan RMT kepada semua murid pada waktu rehat agar dapat menghabiskannya.
26 8.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib dilaksanakan oleh setiap guru pelatih pada tempoh atau semester yang tertentu sahaja. Guru pelatih dikehendaki untuk hadir ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan bagi memberi pengalaman awal kepada mereka dalam memahami suasana di sekolah kelak. Mereka juga akan merasai sedikit sebanyak tugas seorang guru dalam mendidik anak bangsa supaya cemerlang dalam akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Saya telah menjalani PBS di SK Ismail Petra 2, Kota Bharu, Kelantan selama 2 minggu. Fokus utama saya ke sekolah tersebut adalah untuk memahami budaya sekolah dan gerak kerja seorang guru. Sepanjang tempoh itu, saya telah mempelajari banyak perkara baharu melibatkan cara mengawal pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Seperti semua sedia maklum, murid di sekolah rendah adalah lebih aktif dan banyak ragam berbanding murid yang lebih dewasa. Oleh itu, pendekatan yang betul perlu dilakukan agar dapat menarik perhatian mereka seterusnya dapat mendengar arahan dengan lebih baik. Hal ini penting kerana semasa saya menjalani PBS dan bertemu dengan muridmurid, saya mendapati bahawa setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza dan perlu diberikan perhatian serta bimbingan yang betul agar dapat menstabilkan emosi mereka. Selain daripada itu, saya mendapati bahawa saya perlu memperbaiki aspek emosi, penampilan, komunikasi dan pergaulan sama ada bersama murid. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menarik perhatian mereka semasa sesi pembelajaran. Di samping itu, interaksi bersama guru-guru juga penting dalam meningkatkan kesefahaman. Sebagai balasan, kita dapat mengetahui banyak maklumat tentang kaedah pengajaran yang betul berdasarkan pengalaman mereka dalam mengajar murid di sekolah. Justeru itu, saya telah bertanyakan kepada beberapa orang guru tentang cara yang paling berkesan untuk berinteraksi dengan murid. Guru-guru telah telah memberi beberapa saranan yang berbeza berdasarkan pengalaman mereka dalam mengawal situasi kelas dan ragam murid. Kesimpulannya, PBS kali ini telah memberikan saya banyak maklumat dan pengalaman baharu sebagai guru pelatih. Saya amat bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk menjalani PBS kerana perkara ini dapat membantu saya menjadi seorang guru yang lebih berdedikasi pada masa akan datang. Pihak sekolah juga memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh 2 minggu dengan memberikan tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergelar seorang guru. Semoga setiap pengalaman yang telah saya lalui dapat dijadikan panduan sepanjang saya menjadi seorang guru.
27 LAMPIRAN PRASARANA SK ISMAIL PETRA 2 BANGUNAN SEKOLAH PADANG DAN GELANGGANG PERMAINAN DATARAN PERHIMPUNAN
28 PERPUSTAKAAN DAN SURAU PRASEKOLAH DAN BILIK PPKI BILIK GURU DAN TAMAN SAINS
29 MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK KEMAHIRAN HIDUP STOR SUKAN DAN KANTIN SEKOLAH Sesi temubual bersama Sesi temubual bersama Guru Penolong. Pengawal keselamatan
30 Sesi temubual bersama murid sekolah Sesi penyerahan plak penghargaan kepada Guru Besar Sesi temubual bersama Guru Besar. Aktiviti kokurikulum.
31 Sesi penyerahan bantuan KWAPM. Minggu Ujian SEGAK. Minggu Bulan Bahasa.