The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGURUSAN SK KLANG 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitihawaruslaini, 2023-03-13 10:03:49

BUKU PENGURUSAN SK KLANG 2023/2024

MANUAL PENGURUSAN SK KLANG 2023/2024

Keywords: BUKU PENGURUSAN

6. Guru yang pergi berkursus atau mesyuarat perlu menyediakan bahan/ modul mengikut subjek. Bahan/modul perlu diserahkan kepada SU Jadual Waktu menggunakan borang (SPSK PK 18/1). 7. Guru mata pelajaran yang perlu memeriksa hasil kerja murid. 8. Semua guru perlu mempratikkan amalan MMI di sekolah mengikut tugas dan tanggungjawabmasing-masing.Guru yang mengganti perlu memastikan proses PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kehadiran guru subjek. 3. PENYEDIAAN JADUAL WAKTU BILIK KHAS 1. Menyediakan, mengedarkan dan mempamerkan jadual penggunaan bilik-bilik khas. 2. Merekodkan penggunaan bilik khas mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan penggunaannya secara optimummengikut SPSK PK 03/1. 3. Memantau penggunaan bilik khas. 12. WAKTU PERSEKOLAHAN 12.1 Satu sesi 13. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1. Guru merekod penguasaan murid di dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM). 2. Setiap guru matapelajaran perlu menanda pada Tahap Penguasaan (TP) yang telah dikuasai oleh murid setelah selesaisesuatu tajuk atau tema yang ditaksir. 3. Dalam PBD pencapaian murid dilaporkan berdasarkan Tahap Penguasaan (TP). Tahap tafsiran penguasaan 4. Guru kelas perlu mencetak pelaporan PBS setelah semua guru mata pelajaran selesai merekod tahap penguasaan murid. 5. Guru-guru PJK perlu melaksanakan SEGAK sebanyak dua kali setahun dan mengisi markah tersebut secara dalam talian (online). 6. Guru Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan Ujian Psikometrik seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan sebanyak sekalisetahun dan markah direkodkan. KURI 5 14. PEMANTAUAN 1. Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran /Pemudacaraan (PdPc). 1. Pencerapan PdPc dilaksanakan mengikutsurat Pekeliling Ikhtisas 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran. Instrumen pencerapan menggunakan Standard 4 SKPM: Pembelajaran dan Pemudahcaraan(PdPc). 2. Pencerapan dilaksanakan oleh Guru Besar dibantu oleh Guru Penolong Kanan. Surat Penurunan Kuasa disediakan bagi setiap pencerap yang dilantik. Jadual Pencerapan dan agihan tugas pencerapan disediakan. 3. Setiap guru akan dicerap dua kali dalam tempoh setahun.


4. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar/ Guru Penolong Kanan. Jadual Induk Pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun. 5. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh, masa dan kelas yang sesuai untuk dicerap. Maklum balas pencerapan/coaching dilaksanakan kepada guru oleh pihak pencerap. Maklum balas/Coaching dari segi peratusan skor, kekuatan dan kelemahan disampaikan sama ada secara lisan/bertulis dan secara individu/berkelompok. 6. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panitia masingmasing 7. Semua Penolong kanan dan ketua panitia akan dicerap oleh Guru Besar. 8. Borang pencerapan disediakan dalam dua salinan untuk disimpan dalam fail pencerapan, fail panitia dan salinan kepada guru yang dicerap. 9. Maklumat/data pencerapan perlu dilaporkan dan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum sekolah dan panitia mata pelajaran. KURI 6 14.2 Bilik-bilikKhas 1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah. Peraturan dan tatacara penggunaan bilik khas perlu dipameran di tempat yang sesuai dan ditaklimatkan kepada semua guru dan murid pada awal tahun. 2. Pelan bilik khas dan pelan kecemasan disediakan dan dipamerkan untuk memastikan keselamatanmurid. 3. Guru yang menggunakan bilik khas perlu membuat catatan pada Buku Rekod Penggunaan Bilik Khas(SPSK PK 03/1). 4. Pengambilan dan pemulangan alatan di bilik khas perlu direkodkan (SPSK PK 03/2). Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiapmasa. 5. Murid hanya dibenarkan masuk dengan kehadiran guru dan guru perlu mengawasi murid sepanjang waktu penggunaan bilik tersebut. 6. Guru perlu memastikan bilik-bilik khas sentiasa kemas, bersih dan selamat digunakan. 7. Memastikan kunci bilik khas dilabelkan mengikut nombor bilik dan satu (1) salinan kunci disimpan di pejabat. 8. Menampalkan Jadual Penggunaan Bilik Khas di dalam/luar bilik. 14.3 Jawatankuasa Pemantauan 1. Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik 2. Guru Besar 3. Guru Penolong Kanan Pentadbiran 4. Guru Penolong Kanan HEM 5. Guru Penolong Kanan Kokurikulum 6. Ketua Panitia 14.4 Tugasan dan latihan 1. 100% hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran. Latihan/ tugasan kepada murid perlu diberikan bagi memastikan pengukuhan konsep dan pengayaan dalam topik-topik yang diajar. 2. Tugasan dan buku latihan murid akan disemak 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. 3. Guru mata pelajaran perlu menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan Guru Penolong Kanan (SPSK PK 06/2) dan rekod penghantaran direkodkan pada (SPSK PK 06/4). 4. Guru Penolong Kanan akan menganalisisrekod penghantaran semakan kerja murid oleh guru mata pelajaran (SPSK PK 06/3). 5. Buku latihan/aktiviti dipulangkan kepada murid selepas pengesahan pemantauan. 6. Hasil kerja murid yang betul ditanda √ dan yang tidak betul ditanda dengan simbol yang sesuai menggunakan pen berdakwat merah. 7. Guru memintamurid membuat pembetulan bagi latihan bertulis yang salah. 8. Guru mata pelajaran perlu memberi ulasan yang membina terhadap hasil kerja murid. 9. Latihan/tugasan perlu berfokus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sekurang-kurangnya 30% keatas mengikut tahap keupayaan /kebolehan murid.


10. Bilangan buku latihan/lembaran ditetapkan dalam Mesyuarat Panitiamengikut aras kesukaran 5:3:2 dan perlu dipatuhi oleh semua ahli panitia. 11. Tugasan berbentuk individu/pasangan/kumpulan dilaksanakan dengan menerapkan peta pemikiran (i-THINK) perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu sekali. KURI 7 15. ANGGARAN BELANJA MENGURUS/PCG MATA PELAJARAN 1. Semua Ketua Panitia dikehendaki menyediakan Anggaran Perbelanjaan / Perancangan Kewangan berdasarkan peruntukan yang diberi. 2. Anggaran Belanja Mengurus dibuat mengikutformat (SPSK PK 17/1). Anggaran Belanja Urus perlu disimpan dalam fail panitia, fail kurikulum dan fail Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (KPT)@PT. 3. Peruntukan kewangan mata pelajaran digunakan secara optimumuntuk sumber pendidikan. (60% hingga 80%) melibatkan semua tahun. Peruntukan untuk program peningkatan pembelajaran murid (20% hingga 30%) melibatkan semua tahun. 4. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian sumber/ program kepada Guru Besar menggunakan nota minta (SPSK PK 17/2). Kegagalan mematuhi prosedur tidak akan diluluskan oleh Guru Besar. 5. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. 6. Peruntukan untuk sumber pendidikan mesti dibelanjakan sebelum sesi cuti pertengahan tahun bermula. Keseluruhan peruntukan mesti dibelanjakan sehingga 90.0% sebelum bulan September bagi tahun semasa. Semua panitia menyumbang 5.0% untuk pembelian hapus kira. 7. ABM panitia diserah kepada Setiausaha Kurikulum seminggu selepasmesyuarat panitia pertama. ABM disemak untuk memastikan telah dibuat dengan tepat. 8. Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (KPT)/ Pembantu Tadbir Kewangan (PT) memastikan pembelian barang yang dibelioleh panitia sama seperti barang/sumber/program yang dirancang dalam anggaran perbelanjaan panitia. 9. Sumber Pendidikan/program yang tidak tersenarai dalam perancangan/anggaran perbelanjaan tidak boleh diluluskan pembelian kecuali mendapat keizinan/kelulusan daripada Guru Besar. 10. Status Perbelanjaan PCG dipantau untuk memastikan peruntukan diurus dengan berkesan. Maklumatstatus dibawa dalam mesyuarat kewangan/mesyuarat kurikulum/panitia mengikut takwim sekolah. 16. BUKU TEKS/BUKUKERJA/BUKU LATIHAN 1. Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan guru. 2. Jumlah buku latihan bagisetiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panita. 3. Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks mematuhi SPI Bil 10/1991. 4. Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru bertanggungjawab. 17. PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN 1. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk ProgramNILAM. 2. Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pelajaran. 3. Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa. 4. Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sekurang-kurangnya dua kali seminggu. 5. Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan. 6. Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.


18. KURI 8 BUDAYA MEMBACA BERIMPAK TINGGI /PROGRAM NILAM 1.Merancang dan melaksanakan aktiviti/projek menggalakkan amalan membaca dalam kalangan murid. 2. Memastikan Program NILAM dilaksanakan dengan berkesan mengikut perancangan. 3. Buku NILAM murid perlu diperiksa oleh guru sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. 4. Setiap kelas yang meminjamkotak bacaan pukal mestilah merekodkan peminjaman dalam buku yang disediakan. 5. Koleksi buku di PSS memenuhi nisbah 1 murid : 20 buah buku. 6. 100% murid meminjambuku, 100% murid menerima anugerah NILAM, 50% murid mencapai tahap NILAM. 7. Sekurang-kurangnya 3 program galakan membaca. 8. GPM dan Guru NILAM perlu memastikan Program NILAM dilaksanakan dengan berkesan mengikut perancangan. Anugerah Budaya Membaca dan NILAM perlu dijalankan. 19. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 1. Panitia mata pelajaran perlu merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti PdPc. Perancangan program dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum dan panitia pertama. 2. Panitia hendaklah menyediakan Perancangan Strategik (PS) bagi program peningkatan. PS meliputi program peningkatan prestasi bagisemua murid untuk semua tahun dan program peningkatan kualiti PdPc. 3. Panitia diminta merancang sekurang-kurangnya satu program kualiti PdPc guru dilaksanakan setahun. Ketua Panitia perlu mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. 4. Program panitia mata pelajaran yang dilaksanakan hendaklah disediakan kertas kerja. Kertas kerja disediakan dan dihantar kepas SU/PK sebelum pelaksanaan program untuk kelulusan. Kertas kerja program disimpan dalam fail panitia dan sesalinan dalam fail kurikulum. 5. PenglibatanHEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik. 6. Status pelaksanaan program panitia perlu dipantau mengikutjadual pemantauan yang ditetapkan. Hasil pemantauan hendaklah dianalisis dengan menggunakan borang SPSK bagi program yang dijalankan. 7. Maklumat pemantauan dan penilaian perlulah dilaporkan dan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum untuk dibuat penambahbaikan. 8. Panitia hendaklah mencatatkan hasil laporan dan perbincangan serta direkodkan dalam Jadual 3 dan Jadual 4 Perancangan Strategik. 9. Program hendaklah dilaporkan dan didokumentasikan sebagai bahan rujukan guru mengikut format yang telah ditetapkan. 20. PROGRAM LATIHAN PERSONEL 1. Kursus Dalaman 1. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimatringkas kepada Guru Besar /Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai. 2. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. 3. Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu. 21. KAJIANTINDAKAN 1. Semua Panitia mata pelajaran digalakkan membuatsatu kajian tindakan setiap tahun. 2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah. 22. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdPc 1. Guru-guru dinasihatkanmengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font 9/10 Times New Romen,set-up kertas kiri & kanan 0.5, atas dan bawah pada 0.5. 2. Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat. 3. Bahan untuk cetakan 100 helai ke atas hendaklah direzo -Tempoh serahan mestilah 3 hari sebelumpenggunaannya. 4. Guru dilarang mencetak atau fotostatsendiri di bilik cetak.


KURI 9


KURI 10


KURI 11


KURI 12


KURI 13


KURI 14


KURI 15


KURI 16


KURI 17


KURI 18


KURI 19


HEM 10


HEM 11


HEM 12


HEM 13


HEM 14


KOKU 1


KOKU 2


SPBT


KOKU 4


KOKU 5


KOKU 6


KOKU 7


KOKU 8


KOKU 9


KOKU 10


KOKU 11


KOKU 12


KOKU 13


KOKU 14


KOKU 15


KOKU 16


DASAR Menurut Penyataan Dasar Pendidikan Khas, pendidikan khas diwujudkan untuk mengoptimumkan potensi murid dan memenuhi keperluan khas pendidikan Murid Berkeperluan Khas (MBK)yang telah dikenal pasti sebagai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, masalah pembelajaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizzikal dak ketidakupayaan pelbagai di peringkat prasekolah, rendah dan menengah. ❖ Semua MBK berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai; ❖ Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup; ❖ Semua MBK diberikan peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan; ❖ Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi asset kepada Negara; PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS ➢ Bagi maksud melaksanakan pendidikan khas (a) Mana-mana orang yang terlibat dalam pelaksanaan pendidikaan khas hendaklah menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas; (b) Seseorang guru hendaklah menggunakan Rancangan Pendidikan individu (c) Seseorang guru boleh membuat pengubahsuaaian kepada - Kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran - Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti - Susunan aktiviti - Bahan bantu mengajar ➢ Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas. PPKI 1 KETETAPAN PENDIDIKAN KHAS PENGLIHATAN SK KLANG


TEMPOH PENDIDIKAN MURID PENDIDIKAN KHAS ✓ Pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas boleh dilanjutkan kepada suatu tempoh seperti berikut; (a) Tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah (b) Tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah (c) Satu tahun di sekolah endah dan satu tahun di sekolah menengah PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) Pendidikan Inklusif melibatkan murid-murid dengan berkeperluan khas di dalam kelaskelas biasa di mana (bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jarji, 1994). BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa ➢ murid mengikuti semua mata muridan di kelas biasa seperti murid biasa. ➢ Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas. ➢ Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru damping) sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. ➢ murid pendidikan khas di tahun enam boleh diberi peluang untuk mengambil peperiksaan. 2. Pendidikan Separa Inklusif ➢ Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata muridan tertentu sahaja. ➢ Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa. ➢ Senarai nama murid pada daftar program Pendidikan Khas. ➢ Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. ➢ Ujian mata muridan terlibat sama dengan murid biasa. PPKI 2


Click to View FlipBook Version