The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Siri tokoh-tokoh Islam: Ibnu Khaldun

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyahana2008, 2022-09-13 09:30:52

IBNU KHALDUN

Siri tokoh-tokoh Islam: Ibnu Khaldun

SIRI TOKOH-TOKOH ISLAM

IBNU KHALDUN

NUR ALYA HANA BINTI ROSZAIDI
2 SIMON

DAIPBAINYCAANNGGAKKAANN?

PENGENALAN
BIODATA
SUMBANGAN
KESIMPULAN

"Tiada seorang pun yang dapat
menentang kebenaran, dan kejahatan
kebatilan harus dilawan dengan spekulasi

yang mencerahkan."
Ibnu K
haldun

Pengenalan
Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (‫عبد الرحمن بن‬
‫ )محمد بن خلدون الحضرمي‬ataupun lebih dikenali dengan
Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains arab yang hidup
antara tahun 1332 - 1395.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang
memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun
merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga
dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains
sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah
berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya
Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah
Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Biodata

Nama sebenar: Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun
(‫)عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي‬

Tarikh lahir: 27 Mei 1332
Tempat lahir: Tunisia
Tarikh meninggal dunia: 17 Mac 1406
Tempat meninggal dunia: Kaherah, Mersir

Sumbangan

-Mempelopori ilmu sosiologi (orang pertama membincangkan pembangunan mental , akal
dan fizikal manusia)
-Mahir dalam bidang sejarah
-Menghasilkan kitab Al-Muqaddimah
-Sumbangannya dalam bidang ekonomi berpendapat:

Rezeki perlu dinikmati bersama dengan adil
Kemajuan negara bergantung kepada kekuatan
ekonomi
Menghasilkan kitab Al-Ibar
-Pengasas "philosophy sejarah" melalui kitab Al-Ibar

Sumbangan

-Sumbangannya dalam bidang politik:
Aktif dalam bidang politik
Berpendapat asas untuk membina peribadi dan negara adalah berasakan Islam
Mengemukakan teori yang mempengaruhi karya pemikir politik (melalui kitab Al-Ibar)

-Sumbangannya dalam bidang sosiologi:
Pengasas dan guru terkemuka dalam bidang sosiologi

Kesimpulan

Ibn Khaldun memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun
membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan

rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan
dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan

melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa
paksaan.

Karya teragungnya iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai sejarah
orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai
pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa

perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal (secara
pengalaman dan kajian).

Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi,
astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah
meletakkan titik mula bagi tradisi intelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan

bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian
sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

TerimSaekKiana,sih!


Click to View FlipBook Version