The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

M05 (3.3) AMALAN SUMBER TENAGA KERJA PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shairahariffin91, 2021-09-16 23:55:45

M05 (3.3) AMALAN SUMBER TENAGA KERJA PDF

M05 (3.3) AMALAN SUMBER TENAGA KERJA PDF

Z-009-3:2015–M05/P(3/3)

AMALAN SUMBER TENAGA
KERJA

1. STANDARD DAN PRESTASI KERJA

• Tujuan standard prestasi ialah untuk menyampaikan jangkaan pekerjaan dan
untuk menyediakan satu penanda aras yang boleh digunakan oleh kedua-dua
penyelia dan pekerja menilai prestasi pekerja tersebut.

• Standard prestasi menerangkan seberapa baik seseorang pekerja perlu
laksanakan tugasan mereka untuk mencapai sasaran.

• Standard prestasi juga memberitahu pekerja apa yang patut dibuat dan
menyediakan pekerja dengan jangkaan prestasi tertentu untuk setiap tugasan.

2. KEPERLUAN KOMPETENSI

• Kompetensi adalah kebolehan seseorang untuk melakukan kerja dengan betul.
• Merujuk kepada tingkahlaku yang menyediakan panduan berstruktur yang

membolehkan pengenalpastian, penilaian dan perkembangan tingkah laku setiap
pekerja.
• Kompetensi juga diperlukan untuk seseorang itu berjaya dalam pekerjaan.
• Kompetensi termasuk semua yang berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran,
keupayaan, dan sifat-sifat yang membentuk kerja seseorang

3. PEMBANGUNAN KARIER PEKERJA

3.1 Laluan kerjaya
• Laluan kerjaya dan tangga kerjaya adalah dua kaedah tradisi di

mana pekerja boleh berkembang dan meningkatkan diri dalam
organisasi .
• Laluan kerjaya merangkumi pelbagai bentuk perkembangan
kerjaya, termasuk tangga kerjaya tradisi yang mendatar, tangga
kerjaya dual, kekisi kerjaya mendatar, perkembangan kerjaya di
luar organisasi dan kerjaya.

3.2 Keperluan latihan
• Latihan adalah proses mendapat kemahiran (kompetensi) dan pengetahuan untuk

melaksanakan sesuatu aktiviti dengan berkesan.
• Latihan biasanya mempunyai sasaran praktikal.
• Latihan membantu meningkatkan kemahiran kakitangan sedia ada kepada kedudukan yang lebih

tinggi atau untuk mengambil tugas yang berbeza dalam perniagaan.
• Latihan adalah satu pelaburan dalam perniagaan dan boleh membawa kepada peningkatan

produktiviti, kakitangan yang bersemangat, semangat yang tinggi, meningkatkan keuntungan dan
reputasi perniagaan yang positif.





RUMUSAN


Click to View FlipBook Version