The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fizah20002z, 2024-04-01 03:31:55

TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Keywords: Teknologi

TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN DR. MARZNI BINTI MOHAMED MOKHTAR JABATAN PENDIDIKAN BAHASA DAN KEMANUSIAAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LHE3116


Agenda Perbincangan Teknologi dalam Pendidikan Revolusi Industri 4.0 Usaha KPM dalam PdP Digitalisasi Peranan dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu


TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Teknologi dalam Pendidikan Pengetahuan saintifik ialah himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah diuji dan dinyatakan dalam bentuk satu set prinsip am. Teknologi dapat ditafsirkan sebagai keupayaan menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.


Teknologi dalam Pendidikan Pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) adalah suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan. Walaupun belum diuji dan dibuktikan secara saintifik, tetapi amalan itu diterima. Teknologi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan bukan juga alat, bahkan perkara yang dititikberatkan ialah proses, kaedah dan idea demi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu boleh menghasilkan kejayaan.


TEKNOLOGI BUKAN ALAT SEMATA-MATA SEBALIKNYA TEKNOLOGI ADALAH SUATU SENI ATAU SAINS BERKAITAN CARA ALAT ITU DIGUNAKAN UNTUK TUJUANNYA YANG TERTENTU. TEKNOLOGI SEBENARNYA IALAH PENGGUNAAN ALAT DALAM MENYEMPURNAKAN PERANAN DAN FUNGSINYA BAGI MENCAPAI SESUATU TUJUAN SECARA SISTEMATIK EVANS & NATION (2000)


PERKAITAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Teknologi dan PdPc Teknologi dalam PdPC adalah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh murid. Dari semasa ke semasa, pelbagai usaha perlu dijalankan untuk memperbaiki masalah dan kelemahan dalam proses PdPc. Penggunaan perkakasan sebagai alat bantu mengajar dikatakan mampu membantu proses PdPc


Teknologi dan PdPc Association for Educational Communication and Technology (AECT) pada tahun 1994 menyatakan bahawa komunikasi audiovisual ialah cabang teori dan amalan yang bermula dengan reka bentuk dan kegunaan mesej yang mengawal proses pembelajaran. Teknologi dalam PdPc ialah proses perancangan dan penciptaan yang mampu mengintegrasikan nilai kebudayaan dengan amalan pengajaran berserta sumber demi mencapai matlamat pendidikan yang seimbang dan bersepadu.


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN MERUPAKAN PROSES YANG KOMPLEKS DALAM MENGANALISIS KEPERLUAN PENDIDIKAN SECARA SISTEMATIK, SAINTIFIK DAN RASIONAL UNTUK MENYEPADUKAN IDEA, TENAGA, SUMBER BAHAN SERTA KAEDAH DEMI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PDP. PERSATUAN TEKNOLOGI MALAYSIA (1998)


MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA ASPEK APLIKASI MEDIA, SISTEM, PENDEKATAN DAN TEKNIK DEMI MENCAPAI KEBERKESANAN PROSES PDP. BAHAGIAN SUMBER TEKNOLOGI KPM


USAHA KPM DALAM DIGITALISASI PDP


A B Dalam usaha membina modal insan yang seimbang dari sudut intelek, emosi dan spritualnya, maka keberkesanannya dalam proses PdP tidak boleh mengabaikan peranan teknologi dalam membangunkan sahsiah dan personaliti unggul manusia B C D E Teknologi dalam PdP wajar diberikan ruang yang cukup untuk memberikan tumpuan dalam pembinaan modal insan sebagai usaha melahirkan masyarakat yang berdaya saing bukan sahaja dalam aspek intelek, malah dalam aspek emosi dan spriritual (ESQ). Sehubungan itu, teknologi dalam PdP tidak sepatutnya terbatas dalam proses di dalam bilik darjah kerana murid (sebagai manusia) juga perlu diberikan perhatian. C


D E Hal ini akan mendorong dan mengembangkan potensi masyarakat apabila berdepan dengan pelbagai masalah dan halangan dalam kehidupan sehingga mampu menyelesaikan masalah B C D E Sekiranya kita menghalusi definisi yang dikemukakan oleh AECT, teknologi dalam pengajaran ialah proses yang kompleks dan bersepadu melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah serta mereka bentuk, menilai dan menyelesaikan masalah yang mana proses PdP itu bermatlamat dan terkawal – aspek ESQ diberikan penekanan.


USAHA KPM WAWASAN 2020 Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 (Mahathir 1991). PPPM (2013-2025) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2013) telah mengambil serius perkembangan penggunaan teknologi di dalam sistem pendidikan Negara. Fazrina Mohd Tahir & Mohamed Yusoff Mohd Nor (2018)


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


ANJAKAN KETUJUH Modern Portfolio Presentation Anjakan ke-7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM, 2013) iaitu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan memanfaatkan penggunaan ICT di dalam bilik darjah merupakan tunjang inisiatif intergrasi teknologi di sekolahsekolah. MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA


Budaya PdPc Abad ke-21 Budaya persekolahan perlu berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak, berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi bersesuaian dengan perkembangan semasa. Murid di sekolah perlu mahir dan kompeten dengan penggunaan teknologi sebagai persediaan masa hadapan mereka dengan budaya kerja dan kehidupan yang bergerak sepantas teknologi. Fazrina Mohd Tahir & Mohamed Yusoff Mohd Nor (2018)


Komponen Literasi TMK Abad ke-21 Literasi ICT abad ke-21 merujuk kepada kebolehan seseorang individu menggunakan teknologi digital, alat komunikasi, dan rangkaian teknologi yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah maklumat dan berfungsi kepada masyarakat. Keadaan ini termasuklah keupayaan untuk menggunakan teknologi sebagai alat untuk menyelidik, menyusun, menilai, menyampaikan maklumat dan memberikan kefahaman asas mengenai isu-isu etika atau undang-undang mengenai persekitaran dan penggunaan maklumat. Abdul Manaf, S.Z., Din, R., Hamdan, A., Mat Salleh, N.S., Kamsin I.F., Karim, A. A. Mohd Fauzi, I. F., Zaid, A.S., & Ismail, N.M. (2015)


KOMPONEN LITERASI TMK ABAD KE-21 MENGURUS MANAGE MENILAI EVALUATE MENENTUKAN DEFINE MENGAKSES ACCESS MENGINTEGRASIKAN INTEGRATE MEMBINA CREATE MENYAMPAIKAN MAKLUMAT COMMUNICATE


KEMAHIRAN ABAD KE-21(MURID) Kemahiran belajar dan inovasi Kemahiran dalam media, teknologi maklumat dan komunikasi . Kemahiran menguasai subjek terasi di sekolah Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Kolaborasi Kemahiran berkehidupan dan kerjaya Kemahiran Berfikiran kritikal The Assesment and Teaching of 21st Century Skills (ATC21S) Project


REVOLUSI INDUSTRI 4.0


REVOLUSI INDUSTRI 4.0 PURBA LITERASI PENCETAKAN ELEKTRONIK IR 4.0 (Fuziah Rosman, Norlidah Alias, Mohd Nazri Ab Rahman & Dorothy Dewitt, 2016) WEB 1.0 WEB 2.0 WEB 3.0 IR 4.0 World Wide Web www. Social Web laman sosial seperti blog, Wikis, Podcasts, Friendster, YouTube, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan pelbagai aplikasi yang diwujudkan bagi tujuan model perniagaan serta e-learning Virtual world interaksi secara simulasi menerusi social computing dalam dunia maya


REVOLUSI INDUSTRI Revolusi 2.0 Revolusi 1.0 Revolusi 4.0 1 2 3 4 Revolusi 3.0 berlaku pada tahun 1784 untuk memperkasakan penggunaan peralatan mekanikal berasaskan air dan wap berlaku pada tahun 1870 yang memfokuskan kepada penggunaan tenaga elektrik berlaku pada tahun 1969 yang memberi fokus kepada teknologi automasi dan pengkomputeran memberi perhatian kepada Sistem Fizikal Siber.


R E V O L U S I I N D U S T R I 4 . 0 OKTOBER 2011 Perkembangan baharu yang telah diperkenalkan oleh Canselor Jerman di Hanover Fair pada Oktober 2011 terutama untuk industri pembuatan telah membawa kesan ke atas industriindustri lain ternasuklah sektor pendidikan.


Mempraktikkan Perkembangan RI 4.0 dalam PdPc Saedah Siraj (2018) Keupayaan mesin, peranti, sensor dan orang untuk menyambung dan berkomunikasi antara satu sama lain melalui Internet of Things atau Internet of People. Interoperability / Interconnection Keupayaan sistem maklumat untuk mencipta satu salinan maya dunia fizikal dengan memperkayakan model perkembangan digital dengan data sensor. Ini memerlukan pengagretan data sensor mentah ke maklumat konteks bernilai tinggi. Ketelusan Maklumat Keupayaan sistem fizikal siber untuk membuat keputusan sendiri dan melaksanakan tugas mereka secara autonomi yang mungkin. Keputusan Desentralisasi Keupayaan sistem bantuan dan keupayaan sistem fizikal siber Bantuan teknikal


IMPLIKASI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 KPM perlu berani menghadapi cabaran dunia siber dan sistem pengkomputeran berteknologi tinggi. Penyediaan persekitaran yang dapat memenuhi tenaga internet, perkakasan dan peralatan perlu dilengkapi untuk semua sekolah dan institusi pengajian tinggi melaksanakan RI 4.0 dalam pendidikan. Setiap sekolah diberikan autonomi untuk pembangunan industri 4.0 berasaskan sekolah – kapasiti sekolah adalah berlainan. Perkongian pintar dengan syarikat berdekatan lokasi sekolah dengan memberikan inisiatif dalam bentuk apa jua. Memperbanyakan pertandingan latihan dan kemahiran professional awal untuk kanak-kanak sekolah seawal prasekolah – berbeza tahap.


IMPLIKASI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Mempertingkat bukan sahaja kualiti profesional tetapi juga meningkatkan produktiviti buruh (skilled worker) bagi pekerja muda. Membangunkan sistem latihan pendidikan guru dan perkongsian pintar dengan syarikat berkaitan. Memperbanyak projek-projek di semua peringkat sekolah dan universiti, malahan menggalakkan projek pertukaran pelajar antarabangsa dengan Negara maju. Membangunkan bahan-bahan pendidikan dan kaedah pada peringkat sekolah dan daerah.


IMPLIKASI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Setiap sekolah diberi peluang membangunkan pelaksanaan kurikulum tersendiri berasaskan kepada kurikulum pusat. Ini disebabkan setiap sekolah mempunyai keunikan tersendiri. Indeks pekerjaan masa depan perlu dibangunkan untuk menentukan persediaan sekolah dalam pelaksanaan kurikulum mereka. Ramalan dan perkembangan kemahiran masa hadapan. Perlu ada satu pasukan penyelidik khas untuk menentukan dan membuat projection permintaan pekerjaan masa hadapan bagi memastikan transformasi yang diperlukan dalam pendidikan dan sistem latihan guru dalam perkhidmatan untuk memenuhi permintaan ini.


IMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PENDIDIKAN FASA PERALIHAN FASA PERUBAHAN FASA PENGGANTIAN Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat (2011)


01 02 03 Guru akan menggunakan teknologi sebagai alat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa mengubah kaedah. FASA PENGGANTIAN FASA PERALIHAN melibatkan guru menggunakan teknologi yang dapat merangsang perubahan seterusnya membawa kepada kaedah pengajaran yang baru FASA PERUBAHAN melibatkan perubahan asas terhadap peranan pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.


PERANAN & KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU


GURU BAHASA MELAYU DAN TMK ABAD KE-21 01 02 Tuntutan mengaplikasikan teknologi secara berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha-usaha harus dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


GURU BAHASA MELAYU DAN TMK ABAD KE-21 03 04 Ia bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini seiring dengan perubahan pesat teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar di samping melahirkan pelajar kreatif dan inovatif sejajar dengan kepentingan kemahiran abad ke-21. Metiri Group (2003), menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagai kemahiran yang sangat penting diterapkan dalam diri pelajar di era ekonomi digital sematamata untuk memenuhi tuntutan perubahan pesat yang berlaku.


GURU BAHASA MELAYU DAN TMK ABAD KE-21 05 07 Perkembangan teknologi telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran daripada tradisi kepada kaedah yang lebih canggih dan moden. Esah (2003), menyatakan bahawa dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah menuntut pelbagai pembaharuan dan cabaran secara komprehensif. 06


GURU BAHASA MELAYU DAN TMK ABAD KE-21 08 09 Guru-guru Bahasa Melayu yang sentiasa prihatin dengan arus pendidikan semasa negara sewajarnya meneladani hal tersebut agar tidak terus-terusan mengajar para pelajarnya subjek Bahasa Melayu secara konvensional atau dengan kata lain ketinggalan zaman (Samuel & Zaitun 2007). Pengetahuan, kesediaan dan sikap terhadap komputer ialah faktor yang menyumbang kepada penerimaan guruguru terhadap penggunaan komputer. Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mendapati bahawa pengetahuan, kesediaan dan sikap guru yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang pelajar bagi mempelajari sesuatu subjek dan bertujuan memudahkan guru untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer. 10


TERIMA KASIH BERILMU BERBAKTI


Click to View FlipBook Version